Monday, December 31, 2007

Tahun Baru Masihi

Kalendar sudah mau tukar baru. 2007 cuma tambah satu (sa.tu = 1) nak jadi 2008. Apa yang dah aku capai sepanjang 2007 ini?

Tak ada. Nada. Zilch. Zero. Nil. null. 0.

Sama saja dengan lain tahun. Sama saja dengan tahun lepas. Cuma angka pada butiran umur sahaja yang bertambah. Juga angka pada butiran saiz pinggang yang naik seperti harga jualan minyak mentah dunia. Asyik naik, tak pernah turun.

Mentaliti aku tetap sama macam dulu juga. Mungkin ada sikit perubahan, ya lah, sudah kahwin, lain sikit daripada zaman bujang dulu.

Prestasi kerja? Masih di takuk lama. Tang tu jugak lah.

Kehidupan sosial? Kalau dapat bersembang lebih dari 2 jam di warung-warung mamak ataupun kopitiam-kopitiam bersama sahabat-sahabat lama, mungkin juga dapat dikira sebagai satu pencapaian. Kot? Kalau tak, rutin yang sama berulang-ulang setiap hari, saban tahun. Pagi, bangun pagi, pergi kerja, petang, balik rumah, buat 'kerja'. Hehehehe...

Wang, simpanan, harta dan aset. Belum lagi dapat aset berjuta. Setakat simpan untuk hari tua tu adalah. Itu pun kalau sempat mengecap hari tua.

Azam baru? Tak pernahnya ada azam. Bukannya bagus pun ada azam, maksud aku, azam setiap kali tahun baru menjelma. Pada aku keazaman ini bila-bila pun perlu ada. Tak perlu tunggu sampai tahun baru, baru sibuk nak fikir azam.

hmm... tahun baru...tahun baru, tahun saja baru, bila pula nak bersemangat baru?

Apa pun, selamat tinggal 2007, simpan elok-elok dalam lipatan kenangan, buka lembaran baru untuk 2008 menghampar harapan semoga yang baik-baik saja menunggu kita di tahun baru nanti.

Selamat Tahun Baru Dunia!

Friday, December 21, 2007

Anak Haram!

Selamat hari raya Aidiladha terlebih dahulu. Tajuk tu bukan aku marah, bukan aku memaki dan juga bukan kategori carutan. Sengaja ditulis sebegitu rupa untuk aku sebenarnya mempromosi filem melayu terbaru "Anak Halal" karya Osman Ali yang sebelum ini telah menerbitkan 'Bukak Api' dan 'Puaka Tebing Biru' di layar perak.

Osman Ali juga menerbitkan telefilem-telefilem yang kebanyakkan menjadi buah mulut peminat-peminat drama melayu di kaca tv seperti 'Toll Gate Girl' lakonan bersahaja Amy Mastura dan 'Intan Mahsuri' lakonan Umie Aida yang kedua-duanya juga menjadi antara karya yang penulis minati.

Anak Halal adalah garapan kisah pemuda-pemudi yang hidup di lantai piramid dan hirarki sosial, yang tinggal di pangsapuri dan kebanyakkan masa luang dihabiskan di bawah-bawah jambatan, bermain gitar dan bersenda gurau sesama mereka. Inderaputera, lakonan Farid Kamil menjadi tunjang kepada set sosial di bawah jambatan ini dan kehidupannya ditemani rakan sejak kecil, Johanna lakonan Maya Karin. Menjadi pelangkap kepada set sosial ini adalah Ezan yang memikul tanggungjawab berat sebagai seorang abang untuk menyara kehidupan dia dan adik perempuannya, Milya yang belajar di kolej. Ezan lakonan Adi Putera yang popular dalam drama telenovela di kaca tv tidak mengecewakan, dan dapat membawa watak seorang yang berpewatakan lucu dalam keseriusan isu yang di bawa melalui wataknya. Milya lakonan Raja Farah (Salon) juga berlakon dengan begitu baik dan konsisten persembahannya sehingga ke penamat.

Filem ini mengisahkan Inderaputera yang diserahkan semasa bayi oleh ayahnya kepada Mariam aka Bonda sejurus sebelum ayahnya ditangkap polis. Lalu Inderaputera dibesarkan dalam persekitaran yang daif iaitu di kawasan setinggan pinggiran Sungai Klang. Di sini Inderaputera mula berkawan rapat dengan jirannya, Johanna anak Bu Leha(Kartina Aziz) yang juga lasak seperti lelaki.

Bonda ditangkap kerana mencederakan peragut yang meragut begnya, ketika itu, Inderaputera dan Jo sedang mengutip botol di bawah jambatan Sg Klang untuk di jual. Pendekkan cerita, kemudiannya Inderaputera dibesarkan pula oleh Bu Leha.

Tahun 2007, set ini telah berpindah dari setinggan pinggiran Sg Klang ke Flat (yang penulis agak) di Jalan hang Tuah kerana sudut pandangan yang menghadap Penjara Pudu dan Berjaya Times Square, 2 tempat, 2 darjat yang berbeza.

Dari sini, kita dapat melihat karakter Inderaputera dan rakan-rakan diperkembangkan lagi. Danny dan Shah lakonan Bront Palarae dan Remy Ishak (who?) berjaya membawa keceriaan dalam suasana kebuntuan hidup di bawah jambatan dengan watak mereka yang gila-gila remaja. Mereka adalah sahabat dan rakan sekerja di stor gudang menjual barang-barang half cut.

Masa untuk konflik. Konflik cinta dan perasaan. Secara tiba-tiba, entah dari mana dibawakan watak Amiera lakonan Fasha Sandha, anak orang kaya Dato apa entah namanya, lakonan Tarmimi Serigar yang tiba-tiba juga jatuh cinta kepada Inderaputera lalu membiarkan Johanna dilanda cemburu kerana dalam diam, Jo juga sudah lama menaruh rasa cinta dan sayangnya kepada Inderaputera.

Amiera seorang yang sedih hatinya, menemui kehidupan setelah bertemu dengan Inderaputera dan set sosial di bawah jambatan. Sebelum ini di juga telah menemui kehidupan, tetapi dalam bentuk serbuk putih, dan pil-pil LSD. Amiera seorang penagih dadah rupanya.

Juga konflik Ezan yang berhutang dengan Ahlong Geng Jahat (lakonan trio Zulhuzaimy, Fizz Fairuz dan Fauzi Nawawi) yang membawakan watak jahat yang dapat dibenci ramai. Zulhuzaimy sekali lagi membawakan watak streotaip jahatnya, yang walaupun streotaip tetapi penulis memang menggemari lakonannya sejak dari Gedebe the Movie lagi.

Apakah kesudahan konflik ini? Pergi panggung, tonton sendiri.

Pernilaian penulis: 4 Bintang dari 5.

Kekuatan filem ini: Dialognya yang real dan asli, tiada lagi dialog-dialog susunan buku teks bahasa melayu sekolah seperti dalam filem-filem terdahulu, Sembilu, Maria Marianna dan yang sewaktu dengannya.

Jalan cerita walaupun isu dan mesej yang biasa didengar iaitu dadah membawa kehancuran (mesej,mesej,mesej...klise betul), namun garapannya baik walaupun kadang-kadang membawa penonton entah kemana, namun tidak mencacatkan karya keseluruhannya.

Aksi-aksi pergaduhannya, wow!

Pergilah tengok!

Link lain:

Tayangan Unggul - Sinopsis dan maklumat filem
Budiey-Filem Anak Halal
Dia Tulis - Anak Halal
Sinema Malaysia
Tontonfilem - Anak Halal yang Haram Jadah


Monday, December 17, 2007

Nostalgia

Itu hari, masa kemas-kemas bonet kereta, terjumpa satu nota kecil ala diari aku tulis masa sekolah dulu. Saja aku nak kongsi dengan kamu semua.

15 Nov 1997, 10.40 p.m

Hujan mula turun kembali. Tadi dah stop. Dengan guruh, kilat, petir sabung menyabung, meremang bulu roma dibuatnya. Baru tadi aku pergi 'jamming' kompang kat musolla, lepas tu pegi gosok baju utk esok (preparing utk hari kecemerlangan-dapat hadiah pengakap & PMR 96). Lepas tu pegi DM-jamming lagi sampai merah tapak tangan aku.

[stop flashback]

"Sape ada rokok?" tanya Kacap. Hmm... aku tak tau la, mula-mula aku fikir nak stop, tapi lepas seminggu dua, mula balik, paling tinggi pun sebulan tahan. Aku dah fikir nak stop ni dah lama dah, masa bulan 9 lagi, aku cuba tapi, tak boleh. I can't. Tapi aku boleh cuba.

Jibam datang dorm nyanyi lagu 'Spice Girls' - spice up your life...

Tahun ni aku dpt no 12, aggregat 20, pangkat 1. Aku rasa naik sikit pencapaiannya dari semester lepas.

Guruh masih lagi berdentum kat luar. Jibam tengah cari rokok dia, hilang orang curik. Bodo! Letak atas loker mana tak hilang, entah2 semut curi hisap 'tong-tong' ramai2, eh buat lawak pulak!

Labu main skate, bosan betul le! Aku dah le tak reti naik Skateboard....argghh bosan betul!!

Hujan makin lebat...ahh...pegi 'on' la!!

daftar kata :

tong-tong = kongsi ramai-ramai
on = menghisap rokok

Saturday, December 15, 2007

Menghitung Detik

Perlawanan terbesar, terhebat, terpenting, terangsang...eh...apa kena mengena pulak? Heh


Liverpool FC v Manchester U*d FC

9.25 p.m. 16 Disember 2007. Ahad. Saluran ESPN.


jangan ketinggalan!

Friday, December 14, 2007

Kelawar

Hari Rabu malam khamis tempoh hari aku jadi kelawar. Kerja malam sampai subuh. Ada kerja pemasangan injap (valve) di Kuala Selangor, bandar bersejarah, daerah di mana aku membesar. Ada 4 tempat di mana 'benda alah' yang bernama injap itu di pasang. Satu di Jeram, satu di Sungai Buloh, satu lagi di Kg Api-Api dan satu lagi berhampiran IPD Kuala Selangor.

Mula kerja kira-kira jam 8 malam. Itu pun kerja-kerja penyediaan barang-barang dan mesin-mesin. Belum mula kerja pasang lagi. Air pun belum kurang lagi dalam paip, kena tunggu di kurang sikit, baru boleh mula kerja. Aku sampai Kuala Selangor pun jam 9 malam.

Jadi kelawar ini normal bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja berkaitan dengan utiliti dan kemudahan pengguna, seperti kerja-kerja membina jalanraya, bekalan air, bekalan elektrik dan lebih-lebih lagi bagi mereka pekerja kilang yang mengikut shift. Jadi macam aku ini, yang terlibat dengan kerja-kerja bekalan air, memang tidak hairan kalau kena kerja malam sampai pagi, sebab tidak mahu pengguna terbeban.

Pukul 9 lebih, kerja melonggar skru-skru yang sudah berkarat bermula. Punyalah berkarat sampai tak boleh gerak langsung. Ambil welding machine, kasi bakar itu skru. Potong guna api, senang cerita.

Jam 10 makan. Jam 12 makan lagi. Jam 2 minum dengan kakitangan SYABAS yang memantau kerja-kerja kami.

Aku bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Memantau kerja-kerja penyambungan. Seronok kerja malam ni, kereta tak banyak di atas jalanraya, tak panas fasal tiada matahari. Heh. Kebanyakkan masa aku berada di lokasi berhampiran IPD Kuala Selangor. Sebab berada betul-betul tepi jalan utama. Takut nanti ada pula pihak-pihak lain menganggu, oleh itu aku harus terus berada di situ.

Risau betul buat kerja kalau betul-betul hampir dengan jalanraya. Dengan lori-lori treler dan kontena yang berlumba dan merempit di atas jalanraya tatkala malam semakin larut, kecut perut juga membayangkan lori-lori yang laju macam jentera F1 itu tiba-tiba hilang kawalan lalu menghentam kami yang berada di tepi. Bukannya betul pemandu-pemandu lori yang membawa treler dan kontena ini, yang selalunya membuat perjalanan 'long haul distance', dan selalunya mengambil preskripsi sendiri seperti ganja, pil kuda dan sebagainya supaya tahan lama dan tidak mengantuk.

Selepas berhempas pulas, (bukan aku, budak-budak Indon aku la..) jam 5.30 pagi barulah kerja mengganti injap baru tersebut dapat diselesaikan. Injap lama yang sudah nampak macam harta karun yang baru digali dari dalam tanah kami hantar ke stor. Aku bergegas ke masjid untuk bersuci. Badan dah bau macam kambing, bau peluh, bau air lumpur, bau tanah dan pelbagai bau lagi yang tak dapat untuk dinyatakan di sini. Takut nanti ada yang loya.

Sampai saja di masjid, aku tengok bilik mandi lelaki dah tak rupa macam bilik mandi, macam dah nak runtuh saja aku tengok. Rupa-rupanya sedang diubahsuai. Jenuh aku fikir nak mandi di mana. Akhirnya, aku menumpang mandi di rumah kawan sekolah dulu, Skema yang kebetulan adiknya adalah kakitangan SYABAS yang memantau kerja-kerja penggantian tadi.

Jam 9 aku ada mesyuarat pula di SYABAS HQ. Pukul berapa aku boleh tidur daa??

Monday, December 10, 2007

Bungkus lagi

Bolasepak Malaysia... penuh dengan Harapan yang menggunung tinggi , Cita-Cita yang terlalu tinggi, Emosi yang berkecamuk, Mimpi-mimpi yang indah...

tapi realitinya, habuk pun tarak!

Nak masuk semi Sukan SEA pun tak layak, jangan mimpi dulu nak masuk Piala Dunia. Tapi mungkin boleh atas tiket tuan rumah, tapi lepas tu jadi sayur ataupun lauk la pasukan negara kita yang tercinta ni.

Menyampah!

Saturday, December 8, 2007

Radio

Aku sangat kerap membuat perjalanan-perjalanan jauh, yang jaraknya beratus-ratus kilometer. Memandu kereta, dan selalunya bersendirian. Jikalau memandu secara solo dilihat orang sesuatu yang mustahil, sudah pasti aku sudah mendapat gelaran Datp' kerana mengharumkan nama Malaysia dengan memandu secara solo mengelilingi tanahair. Sudah dapat Dato', tak lama lepas tu, kena tuduh murtad pula. Mungkin juga akan jadi begitu.

Semalam, dalam perjalanan ke Kuantan, dalam keadaan dingin, hujan renyai-renyai di puncak gunung sekitar kawasan Genting Sempah, aku mendengar celoteh-celoteh penyampai radio, yang kadang-kadang aku sendiri tak faham apa butir percakapan mereka. Merepek, tapi tidak apa, janji dapat membuat aku macam orang gila, ketawa seorang diri dalam kereta, asal aku tidak mengantuk.

Aku tala dari satu stesen ke satu stesen. Kesemua yang ada di simpan dalam memori radio kereta, dari Radio Muzik ke Mix FM, kemudian ke Sinar Fm terus ke Hot FM juga masih belum ada lagu yang menarik perhatian, atau topik yang menarik untuk di dengar. Akhir sekali aku tukar pula ke stesen radio HitzFM. Aku suka sekali mendengar program 'Gotcha'nya yang mengenakan orang lain melalui maklumat yang di beri oleh pihak yang ingin menyakat menerusi laman web mereka. Kebetulan ada satu siri 'Gotcha' sedang ke udara. Rudy dan JJ, DJ stesen ini mengenakan seorang wanita yang sedang mencari teman lelaki. Kali pertama Rudy menyamar menjadi seorang lelaki gagap yang bersuara kebudak-budakan. Langsung tidak dilayan sama sekali oleh wanita itu, kemudian JJ menyamar sebagai seorang warga asing berbangsa Afrika Selatan yang mempunyai suara yang macho. Yang menjadi tanda tanya kepada aku adalah (disebalik gelak tawa aku ketika mendengar rancangan ini) bagaimana seorang wanita yang dihubungi oleh seorang yang tidak dikenali boleh bersetuju untuk satu temujanji dalam sekelip mata. Asal lelaki itu bersuara macho dan mampu berbahasa Inggeris dengan fasih, adakah semudah itu wanita Malaysia mampu terpedaya?

Itu belum lagi masuk bab pukau memukau atau mulut manis yang menabur janji setia.

Huh, biarlah, mungkin itu satu kes terpencil, dan hanya gadis itu yang sedang terdesak untuk mempunyai seorang teman. Tapi bagaimana pula dengan berita-berita anak-anak gadis yang hilang dan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki mereka? Mungkin juga ada kaitannya.

Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, December 5, 2007

Rencam

Kerja

Selalu sangat cerita fasal kerja, naik muak pula orang nak baca. Ya lah, mana tidaknya, setiap hari rutin yang sama diulang-ulang. Tender-Mesyuarat tapak-subkontraktor buat hal- pembekal-panggilan telefon-memandu beratus-ratus kilometer-tekanan. Hampir sama rimanya sehari-hari.

Baru lepas mesyuarat semalam. Di Temerloh. Bertindih pula dengan lawatan ke kilang untuk projek satu lagi. Panggilan telefon bertali arus sampai lemas aku melayannya. Kalau dibiar, tak diangkat, alamatnya sampai ke sudah telefon tak berhenti berdering, kalau di'senyap'kan, tak berhenti bergetar pula. Lagi-lagi kalau telefon diletak di dalam poket baju. Bila bergetar, geli!

Tahun ini, tahun ada 'ong', banyak projek masuk mencurah-curah. Tak tahulah sama ada 'power' pakar Feng Shui yang menasihatkan bos aku yang warak dan alim dalam kepercayaannya itu memang dalam kelasnya yang tersendiri ataupun cuma kebetulan ataupun lebih teruk mungkin Istidraj dari Allah untuk lebih menyesatkannya lagi ataupun menguji sejauh mana iman aku yang melihat serta menilai sesuatu perkara. Wallahu a'lam.

Malaysia

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan kepada atlit-atlit negara, selamat berjuang dan berjuanglah dengan penuh semangat dan kemenangan tidak semestinya terletal pada bilangan pingat yang diraih, tetapi dengan semangat kesukanan yang tinggi, sekurang-kurangnya menang dari segi moral pun sudah cukup.

Lee Chong Wei adalah antara atlit yang wajar dijadikan sebagai 'role model'. 5 kali menjadi juara dalam pertandingan-pertandingan yang beliau masuk, dan paling tidak pun, terkandas di suku akhir. Baru-baru ini ke perlawanan akhir sekali lagi walaupun tewas namun setidak-tidaknya, berjaya ke akhir dalam 2 siri pertandingan back to back, adalah suatu yang sukar untuk dilakukan melainkan dengan daya usaha dan keinginan yang betul-betul kuat. Kepada Wong Mew Choo juga tahniah atas usaha anda memartabatkan permainan badminton wanita Malaysia di mata dunia.

Di dalam sudut sosio politik pula, tidak kurang hebatnya. Selepas Bersih yang menuntut Pilihanraya yang Adil, muncul pula gerakan Hindraf yang menuntut hak kaum India yang beragama Hindu. Aku berpandangan gerakan ini sudah seperti terlebih sudu dari kuah, sepatutnya gerakan ini menuntut layanan yang lebih adil dan sama rata dalam kebebasan beragama bukan kepada perkara-perkara pinggiran seperti menyaman Kerajaan British kerana membawa masuk kaum India zaman sebelum merdeka dulu. Ada baiknya jikalau pertubuhan ini menuntut perkara-perkara yang membabitkan isu penting, seperti isu ketinggalan kaum India dalam perkara-perkara bersama seperti isu pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan. Tetapi tuduhan melulu mengatakan orang Melayu menindas kaum India itu adalah sangat tidak berasas dan pemimpin pertubuhan ini perlu lebih bertanggungjawab atas 'remark' dan kenyataan yang dikeluarkan.

Media juga memperbesar-besarkan hal ini seperti satu masalah negara yang meruncing. Sebenarnya kita sedar atau tidak, tumpuan kita sedang di alihkan dari satu isu yang sangat berkaitan dengan kita, yakni rakyat terbawah, iaitu isu kenaikan kos sara hidup. Dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, kita tak dapat lari dari merasa bahang kenaikan harga-harga keperluan asas seperti petrol, makanan, bahan mentah, bahan binaan terutamanya besi dan lain-lain. Ditambah pula dengan kenaikan tol dan tarif bil-bil, sememangnya, kita merasakan bahawa apakah hak kita sebagai rakyat dan pengguna benar-benar dilindungi?

Makanya, pilihanraya yang sudah datang menghampiri, apakah pilihan kita? Australia sudah membuktikan bahawa pertukaran kuasa antara pihak pemerintah dan pembangkang boleh dilakukan tanpa ada kekacauan. Soalnya mampukah kita ? Beranikah kita? Bolehkah kita? Apakah majoriti rakyat masih lagi termakan dengan politik jalan tar baru menjelang pilihanraya, ataupun politik kain batik kain pelikat sebelum hari mengundi?

Kawan-kawan

Ramai antara sahabat-sahabat aku yang telah melalui hari pertabalan sebagai Raja Sehari, ada juga yang telah membuktikan kejantanan dengan melahirkan zuriat-zuriat penerus generasi dan ada juga yang sedang ingin menjengah ke alam perkahwinan. Apa-apa pun, yang belum sampai masa usah khuatir dan usah bimbang. Kelak sudah sampai waktunya, pasti ada jalannya. Tak percaya? Tanya aku. Heh...

Lain-lain

Semalam dapat sms-sms berupa amaran bahawa ada satu kekacauan akan berlaku. Aku tak percaya khabar-khabar angin seperti ini. Di harap kepada semua yang membaca blog ini, jangan terpedaya dengan khabar-khabar seperti ini tanpa usul periksa, malah jangan dibantu pula menyampaikannya kepada orang lain. Keamanan seperti yang kita nikmati tidak sepatutnya hilang dengan mempercayai khabar angin, kalau mahu hilang biarlah berkaitan dengan prinsip. Bukan dengan khabar angin dan fitnah yang melanda. Na'uzubillahi min zalik

Wednesday, November 28, 2007

Saja mahu aku utarakan...

Aku petik dari laman web rasmi LiverpoolFC.tv menjelang pertemuan hidup mati Liverpool dalam kancah saingan Champions League awal pagi ini menentang Porto. hahaha... nak highlight satu team ni je... Mankayu .. setaraf dengan Nottingham Forest je rupanya... heh....

" ... They (Porto) are one of seven teams to have won the trophy on two occasions. The others are Benfica, Inter Milan, Nottingham Forest, Juventus, Manchester United and Barcelona."


Tuesday, November 27, 2007

Rafa Benitez

Dengar-dengar tentang ketegangan yang berlaku antara Pengurus Liverpool, Rafa Benitez dan pemilik Tom Hicks dan George Gillet berkenaan dengan urusan pembelian pemain. Saja aku nak kongsi bersama buah fikiran aku yang telah aku lontarkan dalam satu forum internet di LFCfanatics.com, forum untuk penyokong-penyokong tegar Liverpool seluruh dunia.


"Quote:KEEP RAFA BUT RAFA CONCENTRATE ON OUR TEAM "

just want to know what did u mean by this?

He is a Manager. He is paid to be a manager. Not Coach. Did u even remember why did he leave Valencia for us?

He left them because he couldn't control the transfer deal. What he did there is only coaching.

He doesn't want to be a coach. He want a complete control about his team. That's why he accepted the offer from us, LFC. He knows he is about to gain a full backing from the board and all the details about the team is in his hands.

Little did he knows, when Americans bought the LFC, that their have a big egos as a wealthy Businessmen from US but knows a little about the football culture in Europe. They think that a Manager in English Football just involving in coaching and tactical board only like their NHL and NFL. But thanks to them, because without them we wouldn't see Torres wearing our Red.

He wants a complete control on his team, including the transfer deal. Why don't the board just give what the manager wants and all he need is a cover for centrebacks and it is for free and to tied up Mascherano.

Rafa is a man that have long term plans, vision and knows what he is doing. Look at these crises, he want to tied up a player in January but the works i.e scouting, gaining info about the players has been done and only the money isn't there to make the deal goes through.

He won Champions League, FA, and this season, we start so well with 13 matches unbeaten, we still, despite a little hiccups, have the chance to progress in European Champions League and i want to ask how many of us dares to say Rafa is not the best Manager we had?

How many of us dares to say he is not the most passionate person about the LFC? About winning? About glory? He worked himself out around the clock and making so much decision even that is often make a big question mark above our head, because he is not a fan of popular thoughts. He is dare and bold enough to make unpopular decision and what he thinks will benefit the team such as in the sacking of Pako, his long time pal and a loyal assistant. Now Rafa walking on a thin ice because of his boldness and reaction to his superior.

Look at the line-up of our team now, we have a numbers of world class internationals that we could never imagine especially for the fans that start supporting after the golden era, i.e from 1990 ~ Gerrard, Alonso, Mascherano, Torres, Babel, etc and all of them now is definitely Rafa's recruit (consider Gerrard because he signed a new deal) and his scouting team must get credit from that. All this is because of the fact that Rafa himself carefully choose the players he want and he knows they can adapt and fit into his system.

And I don't want he to leave. For the fan that fortunate to have the privilege and chance to go to Anfield and watch the game, please support any movement that damning the sacking of Mr Rafa Benitez that would take place during Porto game this Wednesday.

I don't want the words "when i asked for sofa they bought me a table lamp" comes out once again from his mouth.

Long may he serve us.

Monday, November 26, 2007

Gembira

Hahahahahaha....!!HAhahahahahaha!!!Muahahahahahahah!!!!!Warghhhkahkahkahkahkahkah!!!!
Hahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaha!!
Hahahahahahahahaahahahahahahaahahahahahahaaaaaaaarrruunnnnnnn!!!!

Kenapa aku gembira sangat ni? Nak tahu kenapa? Nak ??

Sebab Manchester U*d kalah. Salah satu titik bahagia dalam kehidupan aku. Aku terlalu gembira hingga merasakan bahawa kehidupan aku ini sudah melangkaui kesemua tahap kehidupan dalam Segitiga Maslow.

Huh, dengan team Taman Bolton Gombak pun tak boleh makan.

Gelak lagi! Haahahahahahahahahahha!!!!

p.s: Kepada penyokong tegar MU ~ Litat, Megat, Atan Noli, Aai, Angah dan Roti, kenapa tak balas SMS aku?? Hahahahahahahahaha!!!!!

Belasungkawa

Takziah buat balu dan anak-anak kepada Allahyarham Seniman Hussain Abu Hassan atas pemergian beliau ke rahmatuLLAH pada pagi tadi, 26 November 2007.

Semoga roh beliau aman di sana, insya Allah. Al Fatihah.

Sumber: Murai.com

Friday, November 23, 2007

Gambar Dalam Telefon Bimbit


Bahasa baru dan menu baru


Di Stadium Shah Alam


Penyokong tegar dari Sg Burong


Perlawanan yang membosankan


Buku baru yang aku miliki dan sedang di baca

Thursday, November 22, 2007

Rangkuman hari ini

Hari ini satu hari suntuk aku di luar sejak aku meninggalkan pejabat jam 10.30 pagi tadi. Banyak urusan harus aku selesaikan semuanya hari ini. Jam 11.30 aku singgah di ibu pejabat SYABAS untuk mengambil dokumen kontrak bagi projek yang sedang berjalan. Dokumen tersebut harus aku 'stamping' sebagai syarat sah perjanjian.

12.00 tengahhari aku lencongkan hala tuju aku ke Damansara Intan iaitu ke pejabat Setiausaha Syarikat untuk mengambil beberapa dokumen untuk urusan dengan PKK selepas ini.

12.45 tengahhari, selepas mengharungi kesesakan lalulintas di lebuhraya SPRINT akibat sekatan jalan raya oleh pihak Polis yang aku rasakan kurang sesuai dilaksanakan di waktu puncak, aku tiba di Kompleks Kerajaan Jalan Duta untuk membuat document stamping di pejabat LHDN.

Urusan di sini buat hati aku jadi panas. Terbakar. Marah.

Kalau kau beritahu dari awal yang dokumen tu tak boleh guna kaedah stamping dakwat, tak payah aku terus menunggu lama di situ. Apa punya bahlol lah pegawai penaksir tu. Kalau cakap awal-awal dokumen tu tebal, guna kaedah tampal setem hasil kan senang, tak payah aku menunggu lama kemudian kena ceramah pula dengan akak kaunter bayaran yang bersuara nyaring itu.

Malu aku, sial!

Jam 2.00 aku tiba di Putrajaya. Ke pejabat Pusat Khidmat Kontraktor. Urusan pembaharuan lesen. Oleh kerana aku belum makan apa-apa lagi kecuali roti pagi tadi, aku pun makan tengahhari di kafeteria MeCD.

Sekarang sudah jam 3. Cepat sungguh masa berlalu. BHP 57** yang aku pandu terus meluncur laju dalam kelajuan 140 km/j di lebuhraya ELITE menuju ke Shah Alam supaya aku sempat membeli setem hasil dan membuat stamping di LHDN Plaza Perangsang pula.

Jam 3.30 aku sampai di perkarangan tempat letak kereta SACC. Pejabat Pos penuh pulak dah! Walaupun bilangan menunggu hanya 7 orang, lebih kurang 20 minit juga aku menunggu di situ. Lepas beli terus bergegas ke Tingkat 9 Plaza Perangsang. Pejabat LHDN.

Aik? Dah lengang?

Aku terus bertanya pada pegawai yang ada di situ.

"Dah habis waktu pejabat lah dik."

Ah, akak ni, jangan la bergurau. Penat dah aku berjalan dari Kompleks PKNS tadi ni. Peluh pun tak habis lagi.

"Tapi kalau adik dah ada setem hasil, adik pergi dekat kaunter 3 sana, boleh buat lagi."

Fuh, lega! Tak sia-sia aku datang ke sini. Selesai. Aku turun ke bawah. Depan lif, Cpot call.

Keluar sahaja dari pintu lif di tingkat bawah, Cpot ada terpacak di depan pintu. Kami lepak-lepak depan lobi. Borak-borak lebih kurang, aku minta diri.

Jam 4.15. Aku perlu ke SYABAS HQ untuk memulangkan dokumen kontrak yang telah aku stamp tadi. Jam 5.30 pejabat tutup. Dengan sepantas kilat aku menuju ke KL. Lepas sahaja Plaza Tol Batu 3, kenderaan sudah mula sesak. Aku yang berada di lorong kanan terpaksa membuat satu cantasan ke sebelah kiri menuju exit Subang Jaya. Lalu lebuhraya NPE lagi cepat, pantas, dan mahal. Pergi balik dah RM 6.40. Makan tengahhari aku pun tak semahal itu.

Jam 5.00 aku tiba di SYABAS. Letak kereta tepi jalan sambil berdoa agar tidak disaman, di clamp atau di tunda. Masuk parkir berbayar RM 5 beb. Tak berbaloi.

Jam 5.30 aku sudah berada ditengah-tengah kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Berapa banyak lebuhraya aku masuk daa.... Harus nama blog ini ditukar kepada Raja Lebuhraya, mungkin?

p.s : Semalam pergi stadium. Selangor main macam haram. Nasib baik seri. Terima kasih Amri.

p.p.s : Baru dapat senaskhah buku "The Unmaking Of Malaysia" dari Bert bersama sehelai baju t shirt kuning untuk kempen BERSIH. Dapat duit claim aku bayar aarr..bert?

Tuesday, November 20, 2007

Selamat Pengantin Baru

Kepada Mohd Yazid Sanbaseri dan Sabrina, moga pertalian yang baru kamu berdua ikat pada 18 November 2007 yang lepas berkekalan hingga membawa ke syurga. Amin.

p.s : aku nak pergi Jid, tapi ada rintangan yang tiba-tiba di akhir masa datang melanda. Ampun patik wahai mantan raja sehari....

Monday, November 19, 2007

Liga Super

Liga Super sudah bermula. Selangor FA sudah menang ke atas Negeri Sembilan malam tadi. 2-0 hasil jaringan R Surendran dan Amri Yahyah.

Jadi Rabu ini, ada semangat sikit nak ke stadium.

Nak nyanyi lagu Merah Kuning.

Friday, November 16, 2007

10 Teratas - Lagu Semangat dan Emosi

Lagu. Dalam dunia ini, ada macam-macam lagu. Lagu sedap, lagu tu, lagu ni. Di Malaysia sejak dari awal industri muziknya yang menyanyikan lagu saduran sehinggalah beratus-ratus lagu tercipta saban tahun, ada pelbagai jenis lagu dapat dihasilkan.

Ceritanya di sini bukanlah fasal lagu paling popular mahupun juara lagu, tetapi lagu yang menaikkan semangat. Tak kiralah semangat fasisme ke, semangat patriotik ke, semangat assabiyyah ke, ataupun Semangat 46. Hehehehe....

Ini cerita 10 lagu yang boleh membikin bulu roma aku meremang, darah tiba-tiba mendidih, adrenalin tiba-tiba bergejolak dan dada tiba-tiba kembang dan perut tiba-tiba kempis. Air mata tiba-tiba meleleh. Heh.

10. Lagu Nur Nilam Sari, nyanyian Awie dan Search. Ciptaan M Nasir.

Lagu tema SPM 98. Sebab aku ambil SPM tahun 98, dan lagu ni tiap-tiap minggu jadi Juara Carta Era. Fasal masa tu pun heboh fasal gelombang radio-radio berformat ni, Era lah, Hitz FM lah. Jadi apabila terdengar lagu ni, terkenang zaman sekolah dan tiba-tiba aku rasa semangat sekolah itu datang menjenguk sebentar.

9. Lagu I'tiraf, nyanyian Raihan.

Lagu ketuhanan. Nasyid yang ini berkenaan rintihan seorang pendosa yang tak mahu masuk neraka tetapi tahu diri sendiri tak pula layak masuk neraka. Macam aku. Jadi dengar lagu ni, kalau tengah memandu seorang diri, mesti sebak dan ada air mata insaf mengalir. Lagu ini betul-betul membawa aku merasa kerdil bahawa "kau kena merayu-rayu untuk masuk ke dalam Syurga, dan jangan harap amalan kau boleh bawa kau masuk ke dalam sana..."

8. Master of Puppet oleh Metallica.

Lagu rock. Heavy. Lagu rock Inggeris pertama yang aku hafal lirik menggunakan sistem hafazan macam yang Ustaz-ustaz guna untuk pelajar-pelajar hafal ayat lazim. Dengar guna Discman rakan, tangan pegang senaskhah buku lirik Metallica. Dengar lagu ni, semangat vandalisme aku mulalah mencanak-canak naik. Semua benda aku nak hentak, semua barang aku nak sepak.

7. A Song for Mama - Boyz II Men

Buat aku bernostalgia dengan kehidupan semasa mak aku masih ada.

6. Standing In The Eyes Of The World dendangan Ella.

Ini lagu istimewa. Lagu tema Sukan Komanwel 1998. Selalu dengar lagu ni di televisyen. Lengkap dengan muzik video. Betul-betul bersemangat. Sayangnya, tiada satu acara pun aku tonton secara langsung di gelanggang-gelanggang ataupun stadium. Meremang bulu tengkuk kalau aku dengar dengan penuh penghayatan.

5. Negaraku. Lagu Kebangsaan.

Mahu ukur semangat nasionalisma anda? Cuba pergi stadium, kalau ada perlawanan antarabangsa antara Pasukan Kebangsaan dengan pasukan dari negara lain. Sebelum mula main, mesti ada dimainkan lagu kebangsaan. Lagu Negaraku sudah pasti, cuma mungkin versi berbeza, versi slow, versi march, versi Hattan atau versi Ning. Dan kalau bulu tengkuk anda tak meremang atau tak rasa apa-apa langsung, baiklah buat permohonan tukar warganegara.

4. You'll Never Walk Alone oleh Gerry and Pacemakers.

Ini lagu tema The Kop. The Reds. 5 times Champs of Europe. Liverpool FC. Sebelum live telecast di televisyen, jika perlawanan diadakan di Anfield, pasti kamera tv akan menunjukkan penyokong-penyokong Liverpool menyanyikan lagu ini sehingga serak suara mereka. Penuh semangat. Bilalah aku dapat berdiri di celah-celah penyokong-penyokong, Scousers sambil mengangkat kedua-dua belah tangan yang memegang scarf yang tertulis "LIVERPOOL FC" tinggi-tinggi ke udara dan sambil menyanyikan lagu ini.

3. Rabitah Hati.

Lagu nasyid yang dipetik dari doa. Sangat popular di sekolah aku dulu. Memang naik semangat assabiyah ke'sekolah'an kalau nyanyi lagu ni.

2. Lagu Merah Kuning. Ciptaan KRU.

Pergi Stadium Shah Alam mesti ada lagu ni. Setiap kali perlawanan melibatkan The Red Giants ~ Selangor, mesti berulang-ulang kali dimainkan lagu ini di PA sistem stadium. Penyokong ramai-ramai mengangkat bendera Selangor sambil bergoyang ke kiri ke kanan mengikut rentak lagu. Lagi ramai penyokong turun ke stadium, lagi bertambah meremang bulu roma setiap kali menyanyikan lagu ini.

1. Lagu paling buat aku rasa bersemangat. UiTM di Hatiku. Lagu tema UiTM.

Bila-bila saja aku dengar lagu ini, mesti terdetak jantung, dan memori akan menerjah ke tahun 99 hingga 2004 mengenangkan pahit getir dan suka duka aku mengharungi dunia baru sebagai seorang penuntut universiti.

Lagu ini, paling bersemangat dinyanyikan terutamanya di sidang-sidang Konvokesyen. Satu titik tertinggi dalam hidup. Dapat Diploma. Dapat Ijazah. Lagi 'power' dapat Master ataupun PhD.

Dan semalam, masa konvo adik aku, di luar dewan aku turut menyanyikan bersama-sama graduan yang berada di dalam dewan dengan penuh semangat dan emosi.

Heh.

Monday, November 12, 2007

Jauh lagi nampak gayanya....

Jauh lagi rupanya. Aku ingat dah dekat dah. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia terus membangun, tetapi mentaliti rakyatnya terbantut.

Mana tak terbantut, setiap 5 tahun sekali kita akan dimomok-momokkan dengan ketakutan. Takut kalau-kalau pembangkang memerintah. Disogok-sogokkan dengan bantuan itu ini, peruntukan itu ini, takut-takut kalau rakyat berubah angin.

Aku bukan apa, sejak terlibat secara tidak langsung dengan pilihanraya dan politik negara, (masa aku belum cukup umur untuk mengundi, tapi jadi jentera), sampailah aku dah mengundi, dan mungkin tahun ni, akan mengundi lagi kalau ada rezeki aku, nak guna dakwat kekal. Senario politik negara, tak berubah-ubah. Macam tu saja. Stagnant. Tiada perubahan.

Aku bukan nakkan perubahan drastik. Aku cuma idamkan Malaysia yang lebih terbuka, telus, bebas dan lebih mementingkan taraf rakyat daripada rasnya (kaum). Aku cuma mahu melihat rakyat Malaysia yang bebas dari ancaman takut. Takut dan syak wasangka sesama warganegara. Itu saja.

Dan aku tak nampak bagaimana itu boleh terjadi. Dalam konteks Malaysia, ianya mustahil. Mustahil untuk diperolehi dengan sistem yang ada sekarang.

Tun Dr Ismail pasti tidak percaya bahawa selepas 50 tahun, masih belum ada lagi gagasan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia di bawah satu entiti. Melayu dengan UMNO atau PASnya, Cina dengan DAP atau MCAnya. India dengan PPP atau MICnya. Ya aku tahu, PAS dan DAP bukan berasaskan kaum, tetapi aku melihat sebagaimana kebanyakkan orang lain melihat. PAS untuk Melayu dan DAP untuk Cina.

Satu lagi, kebanyakkan rakyat belum lagi dapat mengunyah dan menelan satu idea bahawa, untuk memastikan hak mereka terlindung, barisan pembangkang perlu cukup kuat untuk membahaskan setiap isu dan usul berkenaan rakyat di Parlimen supaya hak rakyat terbela. Dan usul itu perlu secara serius dan dikupas serta didebatkan sedalam-dalamnya supaya tiada rakyat dizalimi oleh akta-akta dan undang-undang yang digubal di Parlimen.

Bagaimana rakyat nak faham, jikalau asyik dimomok-momokkan dengan gambaran-gambaran yang menakutkan sekiranya BN kalah pilihanraya.

Dulu Pak Lah kata BN sendiri boleh buat Check and Balance. Betul ke? Dua orang YB BN yang diberi amaran keras kerana menyokong usul pembangkang tu apa pula ceritanya? Itu adalah berkenaan dengan hak rakyat. Rakyat mahu tahu kenapa, bagaimana dan apakah penyelesaian Kerajaan terhadap isu balak YB Jasin itu. Lalu diberi amaran pula mereka kerana menyokong usul pembangkang.

Bagaimana mahu check and balance kalau tiada kebebasan berfikir secara kritis, dan menaakul segala idea dan membuat keputusan?

Semalam pula naik muak aku tonton berita di TV. Gendang yang sama diulang-ulang. Rakyat mahu berkumpul menyuarakan rasa hati mereka secara aman, dihantar polis diserata ceruk tempat, dicanang berita takut keseluruh negara. Perhimpunan BERSIH jadi BASAH kerana disiram air dari jentera merah milik FRU, juga hujan lebat yang menyelubungi.

Jadi, bagaimana mahu menikmati demokrasi di Malaysia?

Hanya 5 tahun sekali, di meja-meja tempat pembuangan undi, melalui sehelai kertas di dalam peti undi.

Itu sahaja. Tiada jalan lain, walaupun mustahil untuk merobahnya.

Friday, November 9, 2007

Hari ini agak santai

Bos aku dua orang tiada di pejabat. Termasuklah akauntan syarikat yang bermulut bising. Mereka semua ke China mengikuti lawatan ke kilang Easy-pha max. Ejen-ejen penjual barangan kesihatan.
Quantity surveyor aku pun ambil cuti jadi tinggallah aku bersama kerani.

Tapi pagi-pagi tadi aku dah keluar. Ke KL kemudian ke Damansara akhirnya ke Kuala Selangor. Kemudian kembali ke pejabat. Banyak surat-surat harus dihantar keluar. Projek dah sampai ke peringkat kritikal ni. 3 Projek dalam tangan, sampai tak menang tangan aku dibuatnya. Tekanan tak usah cerita. Rasanya dah sampai tahap dapat darah tinggi agaknya.

Panggilan tak henti-henti masuk. Semuanya ada pertanyaan yang harus aku jawab dan ada yang harus aku tipu. Hari-hari menipu, esok-esok mencuri. Huisshhh...minta jauh lah.

Tapi petang ini aku agak santai sedikit. Dapatlah rehat-rehatkan minda, sambil taip-taip surat. Sambil taip-taip entry untuk blog. Sambil-sambil ber'facebook'. Heh.

Dah aku mau pulang. Selamat berhujung minggu!

P.s: Sabtu. 10/11. Dataran Merdeka. BERSIH. Kuning. ada berani?

Wednesday, November 7, 2007

I snapped earlier today...

I was so furious earlier today. I was so mad. I was so angry. I had a go at him over the phone. What is wrong with asking. I ask you politely, you answer back like some fucker with a bloody fucked up brain.

Fuck you Mr Ridzuan.

Go to hell with your Consultant company.

and fuck you Phillip Morris too! That Ghost of cigarettes haunted me yet again!

Rokok menghantui diri ku.

Minggu ni aku dihantui bayangan betapa sedapnya menghisap sebatang rokok. Hantu rokok sudah datang menganggu aku, datang kepada aku mengingatkan betapa sedapnya nikotin apabila bercampur dengan tar-tar.

Tolong aku....

p.s : Cilaka punya Phillip Morris!

Monday, November 5, 2007

Minggu yang sibuk

Betapa sibuknya minggu-minggu aku selepas raya Aidilfitri yang bakal melabuhkan tirainya minggu depan. Dengan agenda-agenda kerja dan peribadi, rumah-rumah terbuka rakan-rakan dan saudara mara, mesyuarat-mesyuarat kemajuan kerja, temujanji bersama doktor, bersama klien, bersama parti-parti lain (tetapi bukan parti tupperware mahupun parti politik), banyak menuntut aku bergerak ke sana dan ke sini.

Ramai kawan-kawan akan mendirikan rumah tangga tahun ni. Oleh itu kawan-kawan bujang aku harus berasa gerun apabila seorang demi seorang meninggalkan kepompong bujang yang selesa untuk satu cabaran baru dalam hidup masing-masing.

Cerita fasal raya, pagi raya lepas solat sunat Hari Raya aku ke pusara arwah mak bersama adik beradik. Raya pertama lagi aku dah mula menziarahi rakan-rakan yang dapat aku ziarah. Aku ke rumah Kacap dan Pijul petang raya tu, selepas baraan di kawasan kariah surau bapa mertua aku. Malamnya aku ke rumah Labu. Cadang nak berjalan raya ke rumah mertua Apai malam tu, tapi Apai pun tiada di rumah, maka aku pun terpaksalah duduk diam di rumah.

Aku dan Adik beradik bersama keluarga Isteriku

Raya ketiga aku ke Kuala Lipis. Tanah tumpah darah ibu kepada mak aku. Di sini aku menjenguk pakcik makcik dan sepupu sepapat yang bertebaran di Kuala Lipis dari bandarnya hinggalah ke ceruk Kechau membawa sampai keTg Jambu Kuala Telang dan Padang Tengku. Balik ke Lipis barulah ada rasa atau feel balik ke kampung berhari raya. Balik Tanjong Karang dah selalu sangat, rasa seronok itu sudah jadi pudar dek kerana keterbiasaan melihat suasananya.

Bergambar dihadapan rumah yang bakal dirobohkan selepas raya.

Di penghujung cuti raya, aku ke Banting, kampung tempat arwah abah aku selalu menghabiskan masa kecilnya dan masa mudanya. Atuk bagi aku duit raya. Dah besar panjang pun masih dapat duit raya.

Facebook. Ya Facebook. Kegilaan terkini aku. Banyak aplikasi yang boleh buat pekerja-pekerja macam aku ni terlupa tujuan dan objektif hidup. Oleh kerana Facebook, aku sudah melupakan Friendster, apatah lagi MySpace mahupun Hi5.

Esok aku akan ke Kuantan. Ada satu persidangan untuk aku hadiri. Dan sepatutnya aku ke Pulau Pinang hari ini, tetapi oleh kerana beban tugasan yang ada, dan tugasan itu harus di bahagi-bahagikan supaya semua kerja dapat selesai sekaligus.

Lusa mungkin aku ke Rompin, tapi belum tau lagi.

Aku betul-betul penat.

Monday, October 29, 2007

Kemaskini

Kemaskini. Update. Kali pertama aku mendapat perkataan baru untuk dimasukkan kedalam kamus kehidupan aku ialah semasa aku dalam darjah 5. Cikgu Zaleha merangkap guru Penolong Kanan 1 di sekolah tempat aku belajar yang memperkenalkannya.

"Asyran, esok kamu pergi BSN, kamu cakap dekat orang yang jaga kaunter tu, Saya nak update buku akaun"

"Update? Apa tu?"

"Nanti dia tulis baki terkini duit awak dekat dalam buku ni.."

"Oooo...Kena bawak duit tak cikgu?"

"Tak payah..."

Dalam kepala otak aku, sel-sel saraf aku sedang berusaha keras memproses perkataan tersebut dan memproses perlakuan 'update' itu di kaunter bank tanpa perlu memasukkan wang ataupun mengeluarkan wang.

"Boleh ke masuk bank tak payah bawak duit?"

"Karang dia mintak duit karang macam mana?"

Pendek cerita aku pun pergi ke bank tersebut dan melakukan perbuatan mengemaskini buku akaun itu. Selepas itu, tiada wang bertukar tangan, cuma buku bank sahaja yang bertukar tangan.

Bila dah besar, dah ada blog, kawan-kawan pula yang menyeru perkataan itu. Seumpama mantera, apabila mereka membacakan ayat tersebut, timbul satu kekuatan untuk mengemaskini blog yang dah lama tiada bahan untuk dicoretkan.

"Woi bila mau apdet haa??"

"Update!Update!"

Terkini, "oit..dah lebih 9 hari.. updet..updet.."

Apabila terlihat perkataan 'Update' itu serta merta otak aku akan ligat mencari bahan untuk diceritakan.

Cerita. Sebenarnya banyak yang ingin aku ceritakan. Tetapi aku rasakan ianya terlalu banyak dan tidak mampu pula untuk aku pendekkan ia menjadi cerita-cerita pendek kerana apabila ianya pendek, orang yang membaca akan jadi tak faham kerana aku telah memotong-motong cerita tersebut sehingga tinggal isinya sahaja.

Tiada orang yang makan karipap makan hanya intinya sahaja.

Dan, jika aku bercerita isinya sahaja, mungkin ianya jadi seperti ini.

Raya. Seronok. Sg Burong. Kuala Lipis. Tiada Datuk Siti. Main mercun. Jalan-jalan raya. Berat badan tak naik. Test kit. Positif. Suka hati. Kawan-kawan nak kahwin. Kawan-kawan jadi abah. Tumpang gembira. Bonus berganda. Bos best.

Apa macam? Ada faham?

heh....

Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 H

Kepada semua sahabat, rakan-rakan, kenalan, pengunjung blog ini dan semua umat Islam yang akan meraikan kemenangan pada hari sabtu ini, aku ucapkan selamat menikmati kemenangan tersebut dan selamat berhari raya.

Ingat orang yang tersayang. Kalau dah ingat, tak reti-reti lagi nak berhati-hati di jalanraya??

Selamat bercuti.

Blog ni akan tutup selama 9 hari sepanjang pemergian aku ke kampung yang tiada talian internet jalur lebar. (Dial up ada...tapi tak mau la online, lembab nak mampus.... apa barang dial up??! Heh)

Salam Aidilfitri.

Thursday, October 4, 2007

Penat, Mengantuk dan Lapar

Kala ini, aku di Cybercafe dekat seksyen 7 Shah Alam. Baru saja sampai dari Kuantan sebentar tadi. Kejap lagi nak buka puasa di Hakim bersama Kacap. Oleh kerana aku dah sampai di sini jam 5.30 petang tadi, makanya aku terpaksa mencari alternatif lain untuk mengisi masa terluang selain dari pilihan pertama aku, iaitu tidur di surau Restoran Hakim.


Penat masih lagi terasa. Jam 1 pagi aku dah bangun sebab lepas maghrib semalam aku dah pengsan. Aku bangun fasal nak tengok siaran langsung Liverpool lawan Marseille. Tapi buat sakit hati aku saja.


Pertama, fasal aku kena tipu dengan maklumat pada program rancangan di Astro Guide. Tertera di skrin masa aku tekan-tekan butang remote cari masa perlawanan, bermula jam 1 pagi. Rupa-rupanya ada preview dulu sebelum perlawanan, dan sepak mula adalah pada pukul 2.45 pagi.


Kedua, Ini dah kali ke 5 berturut-turut Liverpool main macam sial, main macam haram, dan main macam team liga perdana Uganda. Momo Sissoko macam semalam baru belajar sepak bola. Bodoh betul!


Ketiga, aku kena bertolak ke Kuantan pagi-pagi buta, pukul 9.30 aku kena ada di sana. Ada mesyuarat dengan Dato' SFINO (State Financial Officer) fasal projek di Endau Rompin. Bukan sakit hati fasal kena pergi ke sana, tapi sakit hati fasal dah tau dalam mesyuarat ini, aku mesti kena bambu sebab projek lewat dari jadual.


Oleh kerana itu, sekarang aku masih lagi terasa mengantuk. Macam nak tidur saja lepas buka nanti.


Jam 6.25 pm. Aku pun dah lapar. Kacap pun dah sampai. Elok aku berambus sekarang...


Selamat berbuka!

Oh ya! Jam 9.00 pagi tadi tatkala aku baru tiba di Gambang, bos aku telefon;

"Ran, meeting postpone Isnin depan. 8 haribulan"

Arrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Wednesday, October 3, 2007

Suspek Pembunuh Nurin.


Gambar suspek pembunuh Nurin telah pun dikeluarkan Bukit Aman untuk diedarkan kepada orang ramai. Aku harap biarlah cepat-cepat dapat tangkap si binatang celaka ni. Your days are numbered you son of a bitch!

Lagi berita di sini.

Monday, October 1, 2007

Lagi Dua Minggu Nak Raya...

Bos...kasi cepat sikit keluar bonus. Aku nak beli baju raya untuk anak bini.

Puasa-puasa ni, malas nak tulis panjang-panjang.

Oh ya. Selamat menyambut bulan Oktober!

Friday, September 28, 2007

Demam campur Sakit Tekak

Cobaan..... huhu.. 8 hari sebelum ulang tahun pertama aku hidup tanpa tembakau....

Wednesday, September 26, 2007

Kenangan Puasa Zaman Dulu

Bulan puasa adalah bulan menahan diri dari makan, minum dan perkara yang boleh membatalkan puasa akan tetapi tidaklah dapat menahan aku dari mengenang puasa aku di zaman dulu-dulu, zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman sebelum berbini.

Zaman kanak-kanak, walaupun masih belum wajib berpuasa, aku tetap berpuasa sebab nak dapat duit raya dan baju raya. Kalau aku puasa tak penuh, makanya duit raya juga tidak dapat penuh, dan jika aku dapat menamatkan Ramadhan tanpa cacat celanya, bukan saja duit raya dan baju raya aku dapat, malah aku dapat membanggakan ibu bapa aku ketika bertandang ke rumah jiran dan saudara mara.

"Along puasa penuh ke tahun ni?"
"Penuh!"
"Terer la Along, kecik-kecik lagi dah boleh puasa penuh..."
"Hehehe..."

Aku jawab sambil membelek sampul duit untuk melihat-lihat ke dalamnya. Selalunya pakcik dan makcik aku di Banting pasti akan memberikan aku duit raya yang jumlahnya berganda daripada apa yang aku dapat di Kuala Lipis, kampung arwah mak aku.

Apa yang mak aku selalu katakan sebagai motivasi jika aku tak larat untuk terus berpuasa adalah selalunya tentang sepupu-sepupu aku yang lain yang diketahui memang tak pernah 'kantoi' berpuasa sebagai semangat untuk aku terus berpuasa. Memanglah, takkan aku nak balik kampung nanti untuk menjadi objek ejekan dan gurauan sebab tak habis puasa, calarlah imej aku sebagai anak Abang Din dan Kak Nana yang baik lagi soleh.

Ketika masuk alam persekolahan, rupanya lagi banyak godaan dari berpuasa sepanjang hari di rumah. Rakan-rakan yang memonteng puasa misalnya yang selalu bertindak menjadi syaitan yang nyata di bulan Ramadhan, ya lah, sebab syaitan betul sudah kena rantai. Jambu dan mempelam milik orang kampung semuanya di 'sebat' dan tempat mereka melakukan aktiviti terkutuk ni selalunya di belakang masjid. Ironinya, masa berbuka puasa ni, masa sekolah agama sebelah petang saja, bukan masa sekolah pagi (sekolah kebangsaan).

Aku masa sekolah rendah tetap juga berpuasa penuh, sebab aku tak geng dengan mereka yang selalu ponteng puasa ni. Iman aku tetap tak tergugat walaupun seplastik air coke campur ais yang kawan-kawan aku sua depan mata aku yang mereka beli sorok-sorok dari kedai depan sekolah, aku tetap berpuasa. Waktu ini, aku jarang balik ke rumah. Dari sekolah rendah, tamat sahaja sesi persekolahan pagi aku berjalan kaki ke sekolah agama yang terletak bersebelahan dengan kawasan sekolah rendah sebab masa ni aku belum ada basikal lagi. Aku mandi di bilik air masjid dan selepas itu baring-baring dalam masjid menunggu sesi sekolah agama sebelah petang pula bermula.

Walaupun bulan puasa, permainan biasa seperti main guli, main getah (lastik getah), bikalibi (main kejar-kejar), main bola chop, main nyorok-nyorok mahupun main zero-fine [getah gelang yang disambung-sambung sampai panjang dan dihayun-hayun dengan seorang pemain terloncat-loncat mengelak getah tersebut di tengah-tengah] (aku pun tak tau la betul ke bunyinya, tapi main ni budak perempuan suka la!) akan tetap diteruskan tanpa mengenal erti penat dan lelah, ya lah, kebanyakkan kawan-kawan aku tak berpuasa, jadi bulan puasa ke, bulan biasa ke, macam sama saja, tak ada beza!

Bulan-bulan puasa ini aku biasanya akan membawa sehelai sapu tangan yang aku akan basahkan dan aku letakkan di leher dan kadang-kadang aku lekapkan dibibir supaya kehausan dapat dielakkan dan kesegaran dapat dikekalkan sepanjang masa.

Tetapi sepanjang aku bersekolah rendah, aku hanya pernah ponteng puasa hanya sekali saja, tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa aku. Mana boleh bagitahu, malulah dekat adik-adik yang puasa penuh. Hehehe. Itupun pun fasal tergoda tengok kawan-kawan makan jambu dekat belakang sekolah dengan seplastik air berkarbonat Kickapoo.

Masuk sekolah menengah, sekolah pula sekolah agama, makanya penuhlah aktiviti di bulan Ramadhan dengan aktiviti yang menambahkan pahala seperti tadarrus al Quran, hafazan ayat-ayat suci al Quran, sembahyang terawih penuh lengkap dengan qunut nazilah dan lengkap dengan bacaan surah-surah panjang... hehehe... dan mulut tidak lekang dengan zikir memuji Allah. Namun walaupun sekolah tersebut adalah sekolah agama, ada juga pelajarnya yang menjadi musuh yang nyata di siang hari. Ada antara rakan-rakan aku tak berpuasa hanya kerana sebiji gula-gula mentos. Ada juga yang batal puasanya menjelang waktu berbuka hanya kerana tak tahan melihat air tin yang dijual di kantin. Pukul 5.30 beli makanan dan minuman di kantin sebab tak selera tengok menu di dewan makan, jam 6.00 makanan dan minuman yang dibeli sudah tinggal separuh.

Bila dan besar sedikit, sudah mula belajar merokok. Ada juga kawan-kawan sudah berbau rokok pada pukul 12 tengah hari. Selalunya maggi adalah menu utama untuk mereka yang ponteng puasa dan kadang-kadang ada menu istimewa yang dibawa dari rumah seperti nugget dan sosej untuk tambahan perisa ke dalam mi segera.

Selalunya alasan tak berpuasa adalah kerana tak bersahur ataupun kalau bangun, lauk dewan makan tak sedap. Betul juga, kadang-kadang lauk-lauk yang disediakan macam nak tak nak saja masakannya. Ikan busuklah. Daging keras dan liat dan macam-macamlah. Selalunya kalau aku tak sanggup nak menelan lauk sahur di dewan makan, cukup bagi aku beberapa biji buah kurma dan air manis-manis ataupun sekadar air kosong dari water cooler dewan makan.

Bila dan meningkat dewasa, belajar di universiti lagi banyak karenah dan gelagatnya. Duduk rumah sewa bersama kawan-kawan sekuliah lagilah banyak ceritanya. Selalunya di bulan ramadhan ini, akan ada satu bilik yang berkunci pada waktu tengahhari, selalunya bila tamat kuliah sesi pagi. Selepas itu, bau aroma rokok pelbagai jenama akan memenuhi ruang rumah dan aku hanya boleh memendam rasa tak puas hati. Ya lah nak tegur banyak-banyak kali nanti, kata bagi ceramah lah, apalah padahal aku bukannya baik sangat pun. Selalunya lauk-lauk dan juadah 'berbuka puasa' di tengahhari tu mereka beli dari restoran mamak yang di buka sambil bidainya ditarik turun pabila menjelang waktu tengahhari. Selalunya kawan aku yang tukang beli akan membawa beg sandang dan memasuki restoran tersebut tanpa menanggalkan helmet sebab nak coverline lah tu!

Kadang-kadang ada air kotak besar pelbagai jenama dalam peti ais yang malam tadinya kosong, tapi bila tengahhari dah ada wujud tersimpan di dalamnya tetapi dalam keadaan terbuka. Memang misteri, tapi bangkai gajah bukan boleh ditutup dengan pelepah kelapa kan? hehehe..

Sejak aku ponteng puasa di sekolah rendah sehinggalah tahun lepas punya puasa aku tak pernah ponteng puasa. Tahun lepas aku tak puasa sehari sebab demam teruk. Itu pun fasal rasa macam dah nak mati lepas tu bini aku suruh makan ubat.

Itulah kenangan berpuasa aku. Harap-harap puasa tahun ni penuhlah hendaknya.

Sunday, September 23, 2007

Iftar Jama'ie di Aroma Ikan Bakar Jeram

Semalam telah berlangsung satu acara berbuka secara berjemaah bersama sahabat-sahabat bekas pelajar SMKAKS (dan juga SMK Dato Harun..hehehe) bertempat di Aroma Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor. Rakan-rakan yang hadir adalah (mengikut susunan waktu ketibaan)Kapten Asnuri, Ibrahim Rabani, Wan Mohamed Zubir Wan Hamidon bersama teman wanitanya Wahida, aku dan isteri, Bert, Apai dan Aida, C-pot, Irwan aka Skema dan Jibam. Walaupun bilangan kehadiran dijangka lebih tinggi daripada jumlah yang hadir, namun keceriaan dan tahap kerancakkan perbualan tetap berada dalam keadaan yang optimum lebih-lebih lagi mendengar cerita-cerita dan pengalaman Encik Skema, yang sentiasa mengundang derai tawa daripada para hadirin



Mata masing-masing yang rambang melihat lauk-lauk bertebaran di atas meja

Kos yang dikenakan tidak termasuk kos petrol dan pengangkutan adalah sebanyak RM30.00 sekepala dan aku telah membuat pesanan terlebih dahulu kepada pengusaha restoran tersebut, Cikgu Hazura atas menu yang difikirkan sesuai untuk memenuhi selera makan rakan-rakan yang hadir. Menu juadah kami semalam adalah Nasi Putih, Sayur Kailan Ikan Masin, Ikan Siakap Tiga Rasa, Ketam Masak Kari, Udang Besar Goreng Mentega, Tom Yam Campur serta Sotong Goreng Tepung manakala minuman yang disediakan adalah Fresh Oren sebanyak 5 jag. Kesemuanya di hidang dalam 3 set hidangan.



Makan sambil berborak boleh mengundang bencana seperti tercekik dan keracunan saraf.

Setelah makan dan solat Maghrib yang diimamkan oleh saudara Zubir, kami duduk bersembang sehinggalah tidak sedar waktu yang beredar. Seperti biasa acara menyerang peribadi dan mengenang nostalgia lama memenuhi acara sembang dan memang tidak akan pernah mengundang rasa bosan di dalam diri kami. Kapten Asnuri menghubungi tunangnya yang bekerja di Darul Ehsan Medical Centre untuk bertanyakan keadaan rakan kami Ihsan yang terlantar di sana namun kami dikejutkan dengan berita perpindahan beliau ke Hospital Selayang. Aku terus menghubungi beliau bagi mengesahkan berita tersebut, dan Ihsan mengesahkannya dan terkejut tentang bagaimana aku mengetahui berita tersebut. Beliau dipindahkan kesana kerana untuk dirujuk kepada doktor yang lebih pakar tentang penyakit yang menimpa beliau. Semoga beliau akan cepat sembuh dan redha dengan bencana yang menimpa dirinya. Ihsan, ganbatte kudasai!

Jam 9.30 kami pun bersurai sambil membawa sisa-sisa kulit udang yang terlekat di gigi dan isi-isi udang, ikan dan ketam yang telah melebur di dalam kepekatan asid hidroklorik kepekatan 5 mol di dalam perut masing-masing.

Kepada rakan-rakan yang dapat hadir, terima kasih diucapkan, dan sms-sms serta panggilan daripada rakan-rakan yang mahu hadir tapi tidak dapat hadir amatlah dihargai. Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah S.W.T.

p/s : Tujuan asal aku buat majilis ini pada tarikh semalam adalah untuk meraikan double birthday Jibam (20/9)dan Ajid (23/9), tetapi Ajid tak dapat hadir dan Razif hadir lewat telah menyebabkan ucapan selamat aku menjadi anti klimaks. heh. Tapi takpelah, ganti dengan celebrate birthday Skema (25/9) pun kira ok lah! Guys, happy birthday to you all!

YouTubelah bang!

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=yutube sudirman balek kampung&meta=

hehehehe.... macam manalah kau nak dapat apa yang kau cari?

Saturday, September 22, 2007

Kerana Mulut...

Mulut
Sedapnya mulut kamu berkata-kata
Manisnya mulut tertanam tebu di pinggir bibir

Mulut
Kerana mulut badan binasa
Kerana mulut rakan hampir, musuh pun hadir

Mulut
Banyak mulut macam tin kosong lagaknya
Berat mulut banyak berfikir

Mulut
Banyak bercakap banyak silap
Kurang berkata kurang cela

Mulut
Jujurlah menggunakan
Jauhlah kemunafikan

Mulut
Zikir, dakwah, tasbih, banyakkan diam selamatlah ke Akhirah
Fitnah, umpat, keji dan caci laknatlah ke Hawiah

Mulut
Tersilap kata tersilap tutur
aku harap dosa terlebur
maaf segala kata di atur
harap silap segera berkubur

Semalam tak Sahur...

Orang rumah kejut, tengok jam, dah jam 6.30 pagi. Alamak, terlepas waktu sahur! Aku baring lagi sambil fikir, "Hari ni puasa aku mesti jadi macam Rafique macam dalam Diari Ramadhan Rafique di TV3 tu..."

Hari itu sebenarnya aku kena turun ke tapak di Kuala Selangor. Ambil data dan maklumat untuk kerja penggantian injap di sana. Paginya suasana memang tidak mencabar puasa aku kerana redup dan mendung. Bila masuk sahaja jam 11, matahari pun terik membakar, dan perut aku mencucuk-cucuk tajam. Pekerja Indon aku pula, selamba menibai roti dan meneguk air kosong yang kelihatan seperti jus laici ais di mata aku.

Selepas Jumaat, aku tidur sebentar di dalam kereta, kerana kerja-kerja pembersihan lurang (valve chamber) belum lagi selesai. Jam 3 makin teruk pula sakit perut yang aku alami. Jam 4, pekerja Indon dan supervisornya yang berbangsa Cina minum petang dengan kuih-muih yang dibeli dari Pasar Ramadhan yang berhampiran. Kecur air liur melihat air cincau dan kuih lopes yang mereka makan. Aku masuk dalam kereta layan radio kuat-kuat.

Jam 6.30 petang aku pulang dan terus ke pejabat menghantar pekerja-pekerja aku ke sana, dan tepat waktu berbuka aku sampai di sana. Berbuka dengan setin air Nescafe Mocha dan Muffin Coklat Gardenia. Kemudian balik ke rumah cepat-cepat, makan juadah berbuka yang orang rumah aku beli dari Pasar Ramadhan Sungai Sekamat Kajang. Selamat puasa aku!

Jam 9.00 malam tepat aku berada di Darul Ehsan Medical Centre menziarahi sahabat, Ihsan Syahid yang diserang Hepatitis A. Habis kuning bola mata dan badannya. Teman-teman yang lain, Kacap, C-pot, Yan Tasar dan isteri, Dzulhamka dan Razif juga berada di sana. Kepada sesiapa yang ingin menziarahi silalah datang ke Wad 417 Darul Ehsan Medical Centre Seksyen 9 Shah Alam sebelum jam 10 malam.

Kemudian aku dan isteri, Razif, Cpot dan Dzulhamka ke Restoran Hakim untuk minum-minum teh di malam hari sambil berborak-borak sehingga jam 12 malam. Tak sedar masa berlalu. Aku minta seekor kucing pada Hamka, kalau-kalau ada yang lawa-lawa di pusat Veterinar UPM, itu pun orang rumah aku merengek-rengek minta bela seekor.

Tak cukup ke Garfield seekor ni??

Belasungkawa





Al Fatihah kepada arwah Adik Nurin Jazlin. (11 Sept 1999 ~ 20 Sept 2007)




Adik Nurin Jazlin Jazimin telah selamat dikebumikan semalam. Roh beliau pastinya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dijamin syurga buat mereka. Buat pembunuhnya yang gila, sakit jiwa, berperangai binatang seperti binatang yang paling hina iaitu babi dan babi pun tak macam kau! Semoga kau mati dalam keadaan yang paling seksalah hendaknya.


Semalam tonton berita Buletin Utama, aku jadi sebak dan hendak menangis melihat klip-klip video sekitar pengebumian mayat adik Nurin. Isteri aku menangis teresak-esak. Walaupun antara kami dan dia tiada pertalian saudara, tapi aku rakyat Malaysia dan saudara se Islam turut merasakan kehibaan atas kehilangan dan tragedi yang menimpa keluarga Encik Jazimin Abd Jalil. Semoga kejadian ini dapat menyedarkan kita betapa kita sebenarnya perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada kerana keamanan yang kita kecapi selama ini sebenarnya boleh melahirkan binatang-binatang kejam dan keamanan yang kita miliki bukanlah keamanan yang mutlak.


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Sunday, September 16, 2007

Puasa di Hari Minggu

Puasa di hujung minggu memang seronok. Nak tidur sampai petang pun tiada apa yang dapat mengganggu, macam rutin zaman belajar dulu. Jadi kelawar. Siang tidur, malam aktif dengan pelbagai aktiviti. Tapi aku taklah tidur sepanjang hari di hari minggu ini walaupun puasa, kalau tidur sahaja, terasa rugi pula.

Tadi bangun tidur pun tidaklah lewat sangat, kira-kira pukul 10.30 pagi aku sudah terjaga. Aku bangun dan menggosok gigi tetapi tak mandi, maklumlah bulan puasa ni, saja lewatkan sikit mandi ke tengahhari nanti. Bangun saja sudah menghadap PC dan internet. Oleh kerana tiada apa yang menarik di alam maya, aku belek-belek (Litat, takde niat nak kutuk kau ni! hehehe...) koleksi DVD aku, kemudian terlihat satu DVD-R pelbagai tajuk dihadapannya. Lantas aku masukkan ke dalam drivenya dan aku pun menonton filem Babel yang belum lagi aku tonton walaupun telah lama berada dalam simpanan aku (ihsan: Labu)

Lebih dua jam aku menonton filem ini, dan memang wajarlah di calonkan ke Academy Awards ataupun anugerah festival filem yang lain sepeti Cannes ataupun Berlin kerana mesej dan jalan cerita yang menarik walaupun sedikit perlahan.

Malaslah aku nak ulas filem ini di sini, sudah lama lagipun, walau apa pun, kepada sesiapa yang belum menonton filem ini diingatkan terdapat adegan yang boleh mengurangkan pahala puasa anda jika ditonton pada siang hari! heh.

Malam tadi aku menonton filem Disturbia, walaupun DVD nya sudah aku dapatkan beberapa minggu lepas, namun kerana kekangan masa, barulah semalam aku dapat menontonnya. Kisahnya yang agak menarik untuk ditonton terutama kepada para-para penyumbangleweng dan mat-mat skodeng untuk menambah ilmu bagaimana mahu memperluaskan pengetahuan tentang arena intip mengintip ini. Dalam filem ini aku jatuh cinta pula kepada heroinnya iaitu Sarah Roemer seorang pelakon/model yang baru meningkat naik.

Ok lah, sekarang aku mahu keluar. Selamat ketemu lagi.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Kepada semua teman-teman, aku ucapkan selamat berpuasa. Semoga kita dapat menggagahkan diri dari segala godaan dan cubaan.

Tibalah masa untuk kita menyerang pasar-pasar Ramadhan untuk mencari sebungkus murtabak!

Selamat bertarawikh dan selamat berbuka puasa.

Hari Yang Letih

Belum mula puasa, aku dah mula merungut-rungut letih. Semalam sebenarnya aku kepenatan berkejar kesana kemari sebenarnya. Pagi-pagi lagi aku dah keluar bertemu kenalan niaga untuk untuk urusan projek yang bakal diperolehi. Menghantar beberapa dokumen syarikat ke pejabatnya di Kelana Jaya, kemudian aku ke Taman Perindustrian Subang Mewah USJ1 untuk bertemu dengan Faisal, junior aku di sekolah dulu, untuk meminta bantuan dari kemahiran beliau membuat lukisan kejuruteraan menggunakan AutoCAD.

Setelah makan tengah hari dan membuat sedikit perubahan pada lukisan yang beliau telah siapkan aku bergegas ke Kuala Selangor untuk mesyuarat pra-pembinaan (kick-off meeting) untuk Projek SYABAS di sana. Mesyuarat dijadualkan berlangsung pada pukul 3 dan jam 2.30 petang aku telahpun selamat sampai di sana.

Di dalam mesyuarat, tiba-tiba wajah yang aku kenali tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik mesyuarat, rupa-rupanya teman sekuliah aku dulu adalah antara kakitangan pengurusan tertinggi di sana. Alangkah kecilnya dunia ini dan bagaimana putaran masa dan kehidupan ini bagai roda yang berputar. Yalah, masakan dulu sama-sama menuntut dan sekarang beliau berada di atas aku. Aku kontraktor dan dia klien, dan sebenarnya beliau ini dulu adalah kurang popular atas sebab-sebab tertentu dan menjadi bahan umpatan rakan-rakan lain, termasuklah aku yang bersubahat sekali. Tetapi sekarang, bagaimana indahnya kehidupan ini, kalau dulu orang yang kita kutuk dan caci kita hina sehina-hinanya, hari ini orang itu kita jilat-jilat pula kakinya, kita sujud, kita hormat dan kita julang setinggi-tingginya. Oleh itu berlaku adillah kepada orang lain di sekeliling kita.

Selepas mesyuarat, dan berbual sekejap dengan teman aku itu, tepat 5.30 aku lantas bergerak ke Kuala Lumpur pula untuk mengambil rakan perniagaan bos aku di Pekeliling. Jam 6.30 aku tiba di sana. Setelah puas mengelak jalan-jalan yang sesak aku dapat juga keluar dari KL yang sesak ketika waktu puncak yang kesemuanya berpusu-pusu keluar dari bandaraya. Aku melalui Bulatan Pahang menuju ke Jalan Sentul kemudian terus ke Jalan Ipoh dan akhirnya keluar di Segambut menuju ke Jalan Duta melalui fly over yang baru dibuka di atas bulatan lama Jalan Duta untuk menuju ke Puchong melalui NKVE.

Jam 7.15 aku sampai di Puchong dan kemudian aku kembali ke pejabat untuk menyediakan beberapa dokumen yang perlu disiapkan.

Walaupun sebanyak 2 botol Livita Honey telah aku habiskan, kepenatan masih lagi terasa, dan jam 9.30 aku pulang ke rumah. Tamatlah kisah sehari yang letih sebelum mula berpuasa.

Heh!

Tuesday, September 4, 2007

Titik Itu

Titik itu
Hitam gelap pekat
terlalu banyak

Titik itu
Hitam gelap pekat
menyerang
segumpal daging
bagai hujan
membasahi bumi
setitik demi setitik
sampai hitam semuanya

Titik itu
Hitam gelap pekat
sampai aku juga
turut terkurung
dalam gelap
bukan gelap malam
bukan gelap hitam

Titik itu
Hitam gelap pekat
memusnahkan
memualkan
memeritkan
menghibakan

Titik itu
Hitam gelap pekat
mengerumun, menghambat
aku yang mendakap erat
dua tinggalan Muhammad
untuk para sahabat
untuk semua umat

Sunday, September 2, 2007

Hujung Minggu yang Memenatkan!

Jumaat bersamaan 31 Ogos 2007, ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 50, bermakna cuti umum untuk semua, maka cuti hujung minggu yang lebih panjang sehari daripada biasa. Perancangan malam Merdeka aku pula tak seperti yang dirancang, kerana keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan, makanya aku menyambut malam merdeka dengan terbaring lesu dihadapan kaca tv. Pada mulanya, aku dan isteri bercadang untuk menonton percikan bunga api di Putrajaya, maka disebabkan keadaan aku yang lemah, maka akhirnya aku menonton sambutan di kaca tv sahaja dan dek kerana ucapan-ucapan yang panjang dari ahli-ahli politik negara, aku alihkan pula ke rancangan sukan di saluran ESPN untuk menonton undian Champions League secara langsung dari Monaco.


Pada siangnya pula, aku bangun lewat, dan kepala aku kurasakan tersangat berat seolah-olah kaki todi yang mabuk dan kesiangan, tekak pula aku rasakan seperti disimbah asid hidroklorik, perit dan pedih terpaksa di tahan. Hari ini aku menunggu keluarga isteriku datang bertandang, dan hanya tiba pada waktu tengahharinya.


Selepas Jumaat dan makan tengahhari, kami bertolak menuju ke Putrajaya untuk melawati tapak Festival Floria yang diadakan di Monumen Mileneum, Precint 2. Setelah ibu mertuaku membeli bunga orkid yang diingininya, kamu pun bergerak menuju ke Restoran Nelayan Titiwangsa untuk menikmati stimbot yang ditaja oleh biras aku yang aku panggil Abang Long.


Kemudian, aku dan isteri singgah sebentar di rumah kami di Puchong sebelum berangkat pulang ke kampung halaman. Perjalanan kami agak lancar walaupun terdapat 3 bilangan sekatan jalanraya yang dilakukan oleh PDRM sepanjang perjalanan dari Puchong ke Tanjong Karang.


Dalam perjalanan pulang, Apai menghubungiku untuk mengajak kami berkaraoke bersama beliau dan isteri, namun apakan daya, aku sudah dalam perjalanan pulang ke kampung.


Di kampung, tak banyak yang boleh aku lakukan selain makan, tidur dan melepak di kedai teman sekampung, Aai, sambil bermain permainan video bolasepak Winning Eleven di kedainya, sambil-sambil membantu beliau melayan pelanggan yang bertandang ke kedai runcitnya. Di rumah tak lepas dari perang Winning Eleven dengan Abang Long yang agak mesra juga dengan aku, walaupun usianya jauh lagi tua daripada aku, dan sudah agak berjaya dalam kerjaya dan telah mempunyai 3 orang cahayamata.


Malamnya pula, menonton perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris, menyaksikan pasukan aku dengan penuh keyakinan membelasah pasukan Derby County 6-0 hasil jaringan pemain-pemain baru Fernando Torres (2 gol), Ryan Babel dan Andrei Voronin. Xabi Alonso menyumbangkan 2 gol dalam perlawanan yang menyaksikan bintang dan anak jati Liverpool, Carragher dan Gerrard disisihkan akibat kecederaan.


Selepas perlawanan, aku, Labu dan Apai keluar minum di Sekinchan sambil bermain snuker beberapa pusingan. Sudah lama tidak merasakan kehidupan bujang yang kebanyakkan masa akan kesiangan akibat menjadi burung hantu disebelah malamnya. Sekitar 2.30 kami pun pulang itupun setelah isteri masing-masing bising-bising dihujung corong telefon. Buat seketika kami merindui kehidupan lama kami dan mungkin masing-masing pun terdetik di hati bahawa betapa cepatnya masa berlalu, dan sekarang kehidupan yang dirindui itu sudah diganti dengan beban tanggungjawab yang maha besar tergalas di batu jemala kami, lebih-lebih lagi Labu yang sedang menanti kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka, semoga isteri kamu selamat melahirkannya nanti, Labu!


Pagi-pagi tadi aku sudah bertolak pulang. Kami singgah di Puduraya untuk menghantar adik iparku yang pulang kembali ke UiTM Melaka kemudian barulah menuju ke Puchong. Sampai sahaja dirumah, melihat keadaan rumah yang bersepah, aku mengemas-ngemas dan membersihkan lantai dan tangga supaya sedap mata memandang. Seperti biasa, pantang waktu senggang, DVD pasti ditonton. Kali ini filem bertajuk Fracture lakonan Anthony Hopkins dan Ryan Gosling. Bagi aku filem ini sekali lagi Hopkins membawakan watak streotaipnya sebagai seorang psiko yang teliti yang membunuh isterinya yang curang. Cantiknya jalan cerita ini ialah kerana situasi yang digarap oleh penulis cerita ini Daniel Pyne dan Glen Gers berjaya membuatkan aku terpaku di ruang tamu, errr... walaupun tontonan terhenti selama sejam kerana memberi laluan kepada Melodi yang bersiaran pada jam 12.30 tengahhari.


Sedikit sinopsis filem tersebut yang baru sahaja menjenguk skrin lebar di panggung-panggung wayang tanahair, dan telah ditayangkan di USA pada April 2007. Kisah ini yang mengisahkan Hopkins sebagai Ted, seorang jurutera struktur yang merancang pembunuhan isterinya dengan teliti. Isterinya yang curang dengan kekasihnya, seorang pegawai penyiasat, Lt Nunally, pegawai yang bertanggungjawab memberkas Ted yang bertindak mengurung dirinya di dalam rumahnya selepas beliau menembak isterinya. Isterinya tidak mati namun koma selepas kejadian itu. Kemudian datanglah satu watak pendakwaraya yang baru meningkat naik dan 97% daripada kesnya berjaya disabitkan kesalahan dan dalam proses untuk bertukar kerjaya kerana telah diterima masuk ke dalam sebuah firma guaman terkenal di Los Angeles. Watak ini bernama Willy Beachum seorang penolong pendakwaraya. Willy, oleh kerana pencapaiannya, ketika beliau diberikan kes ini, dimana kes ini sebagai kes terakhirnya di pejabat pendakwaraya, beliau hanya memandang sebelah mata sahaja terhadap kes ini, dan apa yang beliau tidak nampak adalah sebenarnya beliau berhadapan dengan seorang psiko yang cerdik dan teliti dalam mengatur strateginya. Ted pula telah mengaku secara lisan dan membuat pengakuan bertulis bahawa beliau mengaku menembak isterinya dan menambahkan lagi keyakinan Willy bahawa ini adalah satu lagi kes mudah dan pasti cepat untuk diselesaikan. Adakah Ted boleh terlepas dari tuduhan cubaan membunuh isterinya ataupun dapatkah Willy membuktikan kes ini?


Filem bercorak perbicaraan, penyiasatan ini memang sangat aku gemari. Peguam mungkin salah satu profesion yang sangat aku kagumi, filem dan drama seperti Double Jeopardy, Law & Order, The Jury, Reasonable Doubts, Ally McBeal memang menjadi tontonan kegemaranku. Bagi mereka yang menggemari lakonan Hopkins dalam Silence of the Lambs, Red Dragon dan Hannibal memang aku sarankan agar menonton filem ini, kerana tahap psiko si Ted ini sama dengan Hannibal Lecter walaupun begitu Ted dalam filem ini bukanlah seorang kanibal seperti Hannibal, namun seperti yang aku katakan tadi, Ted sememangnya seorang psiko. Gila!


Oh ya, hari ini sebenarnya hari ulangtahun pertama perkahwinan aku. Doakan aku semoga rumahtangga aku bahagia! Ok?

Friday, August 31, 2007

Puisi Merdeka

Puisi: Merdekakah kita?

langsung aku berjalan atas batasan sawah
melangkaui parit dan sempadan tanah
menghayati perit dan jerih payah
moyang, datuk nenek, emak ayah
melawan penjajah

langsung aku berjalan atas permatang
meniti titian merentang tali air bercabang-cabang
menatap sejarah negara yang berliku, bercabang
titisan darah yang gugur, badan yang tumbang
untuk kita hidup senang
biar kita hidup aman dan lapang

langsung aku menyusur lorong sempit kota
lihat gelagat anak muda kita jadi buta
amannya negara buat mereka jadi leka
damainya kita buat mereka lalai alpa
merdeka kita takkan kekal lama
kalau kita terus kekal buta, leka dan alpa

langsung aku melintas hiruk pikuk bandar
cuba menyedarkan anak muda yang tak sedar-sedar
cuba buat mereka berfikir walau cukup sekadar
sesaat atau seminit
atau seketika cuma,
merdekakah kita?

August 31, 2004 7:28 PM -- di ulang siar sempena Hari Kemerdekaan ke 50.

Wednesday, August 29, 2007

Malaysia Boleh!

Satu ucapan ringkas buat pasukan bolasepak negara dari aku:

Tahniah atas kemenangan keatas Myanmar, semoga kejayaan ini dapat diteruskan hingga ke Korat nanti!

Tahniah juga buat Safee Sali dan Zakuan kerana menyumbangkan gol dan mengembalikan kepercayaan peminat bolasepak tanahair bahawa masih ada harapan untuk menyelamatkan bolasepak Malaysia yang maruahnya kian tercalar.

Tahniah sekali lagi buat barisan negara dan pengemudinya, diharap anda semua tidak leka.

Aku masih lagi skeptikal, dan diharap kamu, pemain-pemain Malaysia dapatlah membuktikan bahawa aku salah kerana meragui prestasi kamu semua di Korat nanti.

Tahniah ! Tahniah! Tahniah!

Tuesday, August 28, 2007

Ciuman Terakhir


The Last Kiss. DVD filem terbaru yang aku tonton, minggu lepas. Maraton DVD hujung minggu bermula dengan Borat, Simpson the Movie, Perfect Stranger, Die hard 4.0, Zombi Kampung Pisang (yang ini aku beli salinan original ok? Dari Tower Record lagi. Heh) dan terakhir Last Kiss.


Aku mahu bercerita tentang Last Kiss sahaja. Yang lain, kamu beli, pinjam, curi ataupun tonton di hadapan kedai-kedai video seperti Speedy secara percuma. Kerana antara semua filem-filem yang aku tonton di atas, hanya membuatkan aku gelak, terangsang (err..jangan ditanya apa), dan gelak lagi. Hanya Last Kiss berjaya buat aku berfikir dan terkesima dengan dialognya yang berisi.


"Stop talking about love. Every asshole in the world says he loves somebody. It means nothing. It still doesn't mean anything. What you feel only matters to you. It's what you do to the people you say you love, that's what matters. It's the only thing that counts. "


Itu kata Stephen kepada Michael (lakonan Zach Braff ~ Scrubs), ketika Michael cuba memujuk teman wanitanya, Jenna (lakonan Jacinda Barret ~ Ladder 49, Human Stain, Poseidon) untuk kembali ke pangkuannya, setelah dia curang kepadanya, dan Stephen adalah bapa kepada Jenna.


Cinta. Semua orang tahu apa itu cinta. Semua orang ada merasai cinta. Sama ada dalam erti kata percintaan antara dua insan berlainan jantina, sesama jantina, berlainan bangsa, sesama bangsa, cinta harta, cinta dunia, cinta hampa, cinta kerjaya hampir semuanya cinta. Terutama bagi kita di Malaysia, lagi banyak cintanya, drama cinta, filem cinta, malah lagu-lagunya juga lagu cinta.


Cinta, antara retorika dan realiti. Apakah cinta itu?


Dalam filem ini, macam-macam jenis cinta ada dikupas. Cinta bebas tanpa komitmen. Cinta hampa. Cinta berkomitmen. Cinta monyet. Cinta untuk seks. Cinta sejati.


Aku suka gaya penceritaannya, garapannya, plotnya dan mesej. (Klise sungguh..mesej, mesej, mesej dan mesej!)


Ceritanya bermula dengan Michael berusia 29 tahun yang bercinta dengan Jenna yang mengandungkan anak mereka, dan dari saat dia mengetahui Jenna mengandungkan anaknya, dia berasa cemas dan takut untuk satu komitmen yang dipanggil perkahwinan.


Michael pula bersahabat dengan 3 orang rakan daripada zaman kanak-kanak, Chris, Izzy dan Kenny yang masing-masing dengan isu tersendiri. Izzy seorang pencinta agung yang obses dengan teman wanita pertama dan terakhirnya yang telah berlaku curang kepadanya, dan ingin mendapatkan kembali teman wanitanya, Chris, berkahwin dan mempunyai seorang anak dan seorang isteri yang perengus, kasar, dan sentiasa bertengkar sesama mereka. Manakala Kenny seorang bartender yang berfikiran bebas dan sangat takut kepada komitmen.


Michael bertemu dengan Kim (lakonan Rachel Bilson ~ The OC), seorang pelajar kolej yang seksi dan menggoda. Dari saat inilah konflik pun bermula. Konflik diri dari dalam diri Michael, konflik antara Michael dan Jenna, konflik antara ibu dan bapa Jenna dan konflik sesama mereka.


dan konflik mereka ini juga mencetus konflik dalam diri aku. Konflik budaya. Pengamerikaan dan aku seorang bangsa Asia. Juga beberapa konflik lain dalam diri aku, yang juga seperti Michael, konflik pertambahan umur dan isu tentang komitmen.


Pendekkan cerita, Michael akhirnya terjebak di dalam alam maya impian setiap lelaki untuk bersama dengan wanita lebih dari seorang, dan rahsianya tidak menunggu lama untuk terbongkar. Terima kasih kepada Chris, rakannya yang tidak boleh menyimpan rahsia kerana padanya, Jenna adalah wanita yang unggul, dia tidak dapat bersetuju dan bersekongkol dengan rakannya Michael dalam kecurangan itu.


Bagaimana kesudahannya, carilah dan tontonlah sendiri, asal bukan dipinjam dari aku. Cerita ini di kategorikan sebagai PG-13 'Parents Strongly Cautioned' pada kulit luar DVD yang aku beli dan R 'Restricted - Sexuality, Nudity and Language' seperti yang tertera di dalam website rasminya, jadi bagi mereka yang masih tinggal dengan ibu bapa, janganlah menonton cerita ini bersama mereka, kelak akan dipatah-patahkan juga cakera DVDnya, kamu juga yang rugi nanti!

sumber tambahan : IMDb

Friday, August 24, 2007

10 Teratas - 10 perkara sebenar yang mungkin kamu tidak ketahui tentang aku

Dulu, masa bujang, tengah-tengah malam aku suka menonton the Late Night Show with David Letterman di ntv7. Bukan apa, suka tengok keletah personaliti yang ditemubual oleh si Letterman yang tua dan kelakar itu. Juga aku suka melihat konduktor muzikal yang sentiasa memakai cermin mata hitam, buta barangkali, yang juga seperti Letterman, raut wajahnya yang kelakar juga melucukan.

Satu segmen yang aku paling gemari adalah segmen Top10 nya yang selalunya menyentuh dan bersatira tentang Presiden Amerika.

Aku juga mahu meniru segmen beliau di sini. Maaf David, aku pinjam idea kamu, 'tolong jangan saman aku, aku takde duit!' heh...

10
Teratas Mengenai Aku

10. Motorsikal aku di curi orang sebab aku tertinggal kunci di motorsikal. Pencuri tersebut pasti gembira kerana aku memberikan motorsikal tersebut secara percuma beserta pakej jaket dan topi keledar sekali.

9. Aku pernah bergaduh dengan sepupu aku yang tinggal bersama di rumah aku. Kami bergaduh, dan aku mengamuk lantas ku kejar beliau dengan parang. Lalu sepupu aku terus lari dan balik berjalan kaki kerumahnya di Sekinchan. Bila mak dan abah aku balik, pendek cerita, aku dapat pelempang sulung dari arwah mak aku.

8. Masa UPSR aku dapat 4A. Masa perhimpunan aku dipanggil ke pentas untuk di temuramah oleh cikgu mengenai jadual pembelajaran. Terus terang aku katakan, aku tak pernah belajar pun di rumah, yang aku tahu hanya video game, video game, dan video game! Semua yang ada dalam perhimpunan tu, semuanya telah ditipu oleh aku tentang sistem pembelajaran yang aku ada-adakan.

7. Masa sekolah rendah selalu curi-curi pergi Sekinchan fasal nak main permainan video arked, tapi tipu mak, cakap nak pergi perpustakaan awam di Tanjong Karang.

6. Aku pernah masuk pertandingan drama bahasa Inggeris di UM masa aku tingkatan satu. Othman Hafsham jadi hakimnya masa tu. Masa sekolah rendah, aku belajar tarian asli melayu dan endang, kedua-duanya untuk tujuan pertandingan, dan aku benar-benar sukakannya!

5. Umur 11 tahun, aku dah keluar dari rumah tanpa ditemani keluarga ke Program Anak Angkat Yayasan Pelajaran Mara di Janda Baik selama seminggu tanpa ada rasa 'homesick'.

4. Masa sekolah rendah, aku selalu ambil duit belanja dari tabung lebih dari jumlah sepatutnya iaitu 30 sen peruntukan ke sekolah agama petang. Satu hari, duit syiling yang berjumlah 2 ringgit untuk kegunaan membeli coklat, jatuh dari poket dan berterabur di atas lantai di hadapan arwah mak aku. Terus lepas tu, ambil duit dari tangan mak aku sendiri.

3. Fobia memandu dalam hujan lebat (selain dari fobia darah). Tidak tahu kenapa, tapi mesti jantung berdebar-debar dan tangan berpeluh kalau memandu dalam hujan lebat, lebih-lebih lagi hujan yang terlalu lebat sampai tidak nampak apa-apa di hadapan.

2. Selain Aran, Along, abang lang (gelaran baru), aku juga pernah mempunyai nama panggilan seakan-akan perempuan iaitu As. Jiran aku merangkap cikgu masa sekolah rendah aku, Cikgu Salasiah, yang gemar memanggil aku dengan nama ini.

1. Suka baca diari orang. Aku tau, memang keji. Kalau aku tau sesiapa yang ada diari, aku pasti akan mencari jalan untuk membacanya. Sekali satu hari terkantoi dengan teman serumah, kerana tersasul tersebut nama gelaran diarinya kepadanya, nasib baik tak lebam biji mata!

Monday, August 20, 2007

Bodoh punya Rob Styles!

Liverpool 1 - 1 Rob Styles.

Rob Styles malam tadi adalah 'man of the match' dalam perlawanan Liverpool menentang Chelsea di Anfield. Entah apa yang dilihatnya sehingga beliau memberikan 'unbelievable' (bak kata Rafa) sepakan penalti kepada Chelsea, yang meragut 2 mata berharga dari Liverpool untuk memastikan bahawa The Reds adalah pencabar utama Liga Perdana Barclays musim ini.

Bodoh! Kayu! Mangkuk! Keldai punya referee!

Nampaknya, perang mulut antara pengemudi Chelsea dan Liverpool akan berterusan sampai bila-bila, dan kejengkelan aku terhadap pasukan ini juga akan terus kekal, sama jengkel apabila melihat aksi dan reaksi Drogba ataupun Mourinho.

Tapi dari sudut yang positif, Torres selaku pemain termahal Liverpool musim ini, telah menunjukkan apa yang mampu beliau buat dan dengan golnya tersebut yang menewaskan Ben Haim dengan larian pantas dan bijak serta membuatkan Petr Cech terkesima seketika. Jikalau barisan pertahanan kental seperti yang dimiliki Chelsea pun beliau boleh kucar kacirkan, apatah lagi pasukan yang kurang handal seperti Manchestar United yang belum menang dan hanya menjaringkan satu gol dalam 3 perlawanan pembukaan mereka musim ini.


aksi Torres setelah menjaringkan gol

Sebut fasal Manchester United, takziahlah kepada penyokong-penyokongnya kerana dengan pasukan seperti Manchester City pun boleh kalah, tak payah berangan lagilah musim ini!

p/s: Buat Litat, sokong team Kedah je la tat, tak pun My Team, tak sakit hati. hehehhee....

Saturday, August 18, 2007

Futsal - Selepas setahun

Malam tadi, setelah lebih kurang setahun, aku turun kembali ke gelanggang futsal, kali terakhir bermain, adalah dalam sesi latihan beberapa hari sebelum pertandingan futsal inter-bekas pelajar SMKAKS tahun lepas. Malam tadi, jam 11 malam bertempat di Gelanggang futsal Sportsplanet Seksyen 16 Shah Alam telah diadakan acara futsal jemputan untuk rakan-rakan terdekat.

Kira-kira 20 hadir iaitu saudara Cpot selaku urusetia yang menyediakan tempat dan membuat tempahan gelanggang, aku selaku tukang jemput, Angah (adik aku) dan rakannya, Along Hafiz (sepupu aku) dan rakannya, Squin (bekas teman serumah) dan adiknya, Tuan Yazid (yang datang dari Muar BUKAN semata-mata untuk bermain futsal...heh), Ihsan, Jibam bersama teman wanita, Kacap, Yan Tasar, Arul, Litat, Hazly, Nafis, Semut, Jamili dan rakannya.

Seperti biasa, peraturan 2 gol atau 5 minit digunakan dalam permainan ini. Walaupun tujuan sebenar antara yang hadir bukanlah semata-mata untuk beriadah ataupun mengeluarkan peluh sambil membakar lapisan-lapisan lemak yang tepu tetapi adalah untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara kami dan berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu.

Mudah-mudahan ada lagi sesi mem'futsal' lagilah selepas ini. Berat pun dah makin bertambah, kalau boleh menderma lemak, aku dah lama derma pada yang lebih memerlukan seperti si Farah. Hehehe....

StatCounter