Wednesday, July 30, 2008

IKLAN

Kepada sesiapa yang sedang mencari atau memerlukan mesin basuh, ada sebuah mesin basuh automatik sepenuhnya (fully auto) berharga RM650 (harga boleh dirunding), seperti butiran berikut:

BRAND : NATIONAL

MODEL : CENTRI

SERIES : OVATION

COLOUR : INDIGO (LIMITED EDITION)

CONDITION : USED. BUT IN EXCELLENT CONDITION. SELDOM USE.

FUNCTIONS:

- FULLY AUTOMATIC

- 6.5 KG LOAD

- FUZZY LOGIC

- WATER LEVEL CONTROL

- WASH, RINSE AND SPIN CONTROLS

- PRE-SETTING

- WHIRLING

- CETRIFUGAL FORCE ( SOAK, HOME DRY CARE, BLANKET)

STRICTLY SELF-COLLECT IN OLD KLANG ROAD AREA, K.L.

PAYMENT : CASH ON COLLECTION




atau klik di sini untuk butiran lanjut.

Tuesday, July 29, 2008

Selamat Datang!


Selamat datang Encik Robbie Keane ke Anfield Darul Liverpool!



Gambar diambil dari TimesOnline

Monday, July 28, 2008

Bachelorisme Is Dead!


Sarah Afiqah dengan senyumannya yang menawan.


Masing-masing 'menyaiko' bakal suami dengan soalan "Apa betul ko nak nikah ni Cap??"


Cpot dengan isyarat best, adakah berkemungkinan beliau akan mengikut jejak langkah mentornya, Kacap?


"Apasal gua rasa macam jantung gua nak tercabut je ni??"


Lepas akad..kena sain kontrak dulu...


"Nak buat apa plak ni?" masing-masing tertanya-tanya di sebalik ramai pegawai-pegawai protokol tidak rasmi di belakang yang mengarahkan itu dan ini, member-member plak suruh French Kiss, "gila apa kau, dalam masjid ni beb!" kata Kacap.


Kacap memakaikan gelang di tangan isterinya, Miszylaydee..


Apai jerit dari belakang.. "Cap bawah lagi Cap, bawah sikit lagi..." hahahaha.... aku gelak.


Senyum lebar Kacap, mungkin dalam hati.."Yess! Dah 'boleh'" heh...


Kacap mendapatkan tips-tips rumahtangga dari en Apai


Mengaminkan doa sebelum mentekedarah...


Sarah di dalam stroller...lepas lemas dikerumun Uncle-uncle nya...

p/s: Selamat berbahagia kepada En Khairul Nizam Saffar dan Cik Norani Md Hamami, semoga dapat menempuh alam perkahwinan dalam susah dan senang bersama.

video
Video Akad Nikah Kacap

Thursday, July 24, 2008

Otak Buntu

Bangsat betul.

Setiap kali aku buka ruangan posting blog, setiapkali itulah juga otak aku jadi buntu(t), benak aku jadi bengap, jari aku tiba-tiba 'cramp' atas keyboard.

Ada orang pernah kata pada aku, banyak tengok benda lagha, porno, lucah, bogel otak boleh jadi bengap, makan benda masam-masam otak pun boleh jadi bebal. Makan kepala ikan, paru, limpa, hati lagilah boleh buat kepala otak kau jadi bangang sebangang-bangangnya.

Tapi aku rasa kebangangan aku makin terserlah sejak akhir-akhir ini fasal banyak sangat baca surat khabar arus perdana.

Dalam suratkhabar perkataan-perkataan dibawah selalu didapati dalam satu ayat, atau satu artikel atau satu berita, menjadi punca kebangangan aku yang tak seperti biasa ini.

Seks luar tabie. Liwat. Konspirasi. Polis. Akuan Bersumpah. Sumpah. DNA.

Anwar. Najib. Pak Lah. Muhyiddin. Ku Li. errr.. tak lupa juga Ibrahim Ali dan kambing-kambingnya. Oh ya, juga Ahmad Said dan mercedez-mercedeznya. Tak lupa 'Uncle Pet' dan Saiful Bukhari.

Altantuya. Perbicaraan. C4. Fitnah. Rosmah. Mahkamah.

UMNO. PAS. Muzakarah. Muqabalah. Berbalah. Ketuanan Melayu. Perpaduan Melayu.

Semua perkataan di atas dipercayai menyumbang kepada kekosongan minda aku, dan aku percaya, orang lain juga mempunyai masalah seperti aku.

Sepatutnya surat khabar perlu lebih banyak dan lebih agresif memaparkan kisah, berita tentang hidup rakyat selepas kenaikan mendadak harga minyak. Supaya Pak Lah Kerajaan tidak hanya tahu tidur dan sedar akan kesusahan yang menimpa rakyat.

Kadar inflasi atau CPI sudah melambung ke angka 7.7%. Tertinggi dalam 26 tahun kebelakang.

'Transport Price' juga naik 20%. Indeks makanan juga naik 6.1%.

Tapi apa pentingnya nombor-nombor ini? Adakah Pak Abu yang hari-hari melepak dekat kedai kopi menikmati duit pencen, atau duit kebajikan atau duit upah mengait kelapa sambil-sambil menghirup kopi faham akan nombor-nombor ini?

Aku tak fikir Pak Abu faham.

Yang dia faham, kenapa dulu kopi dia secawan 60 sen sekarang tiba-tiba naik jadi RM 1.20? Mungkin boleh menyebabkan Pak Abu bertumbuk dengan tokeh kedai, ataupun tak keluar kedai lagi sebagai menyahut seruan kerajaan supaya ubah gaya hidup.

Monday, July 14, 2008

Aku Tak Bujang Lagi

Semalam aku balik ke kampung, angkut anak bini bawa balik ke Puchong. Lepas lebih kurang sebulan menjalani kehidupan bujang. Terima kasih diucapkan kepada Sdr Cpot kerana bersetuju menemani aku selama ketiadaan bini aku dirumah.

Bukanlah bermakna Sdr Cpot itu menggantikan bini aku selama beliau berada di rumah, kerana aku tidak mahu ada akuan bersumpah mengaitkan nama aku ataupun bontot aku di mahkamah nanti.

Hahahaha...

By the way, thanks bro sebab lepak, masak dan temankan aku, bukan apa, kau taulah aku, segan sebenarnya tinggal sorang-sorang ni. (Celaka punya cerita Jangan Pandang Belakang! Cissst)

Sekarang Sarah Afiqah sudah ada di rumah, huhuhu...tak sabar aku nak balik rumah ni! Cepatlah pukul 5.30 oiii...

Wednesday, July 9, 2008

Foto Rencam


Kedai Teh Sebelah Kilang Boh di Cameron. Lepas lelah bekerja sambil minum teh, sambil usha aweks-aweks damn mat salleh....hahha


Pokok teh yang hijau

Kebun-kebun sayur yang bertaburan di sepanjang lembah dan Jalan Boh - Habu. Macam-macam ada, ada kobis, bayam, sawi dan lain-lain. Murah kalau beli terus dari towkey kebun.


Ni aku snap kat Jalan Mahameru. Dibuatnya mengigau terjun atas jalan, tak pasal je kena lenyek.


Aku dan buah hati pengarang jantung, Sarah Afiqah.

Tuesday, July 8, 2008

Cerhypen

Nina dan Zaki berjalan beriringan, berpegangan tangan, sepertimana pasangan lain yang sedang berpacaran, mengharungi usia muda remaja mereka, bergembira meladeni perasaan hati dan emosi, sebahagian dari proses kearah kedewasaan.

Zaki memegang erat-erat tiket keretapi Senandung Malam, kelas ekonomi yang dibelinya minggu lalu. Perjalanan ke selatan tanah air. Perjalanan tanpa arah tuju yang sebenar. Hanya untuk menghabiskan masa bersama kekasih hatinya. Dibahunya tergantung beg sandang berwarna merah hati, tiket yang dipegangnya tadi perlahan-lahan dimasukkannya di dalam poket sebelah dalam jaketnya.

Jaket bundle. Rm15 sehelai di beli di Up Town Damansara.

Zaki mengerling ke arah Nina. Terbayang jelas kegembiraan pada wajah Nina. Zaki juga sangat-sangat gembira. Hujung minggu ini dia akan bersama Nina sahaja. Tiada siapa dapat menganggu mereka berdua.

Zaki menyelak jaket yang dipakainya. Mengerling ke arah kocek dalam jaketnya. Tiket masih terselit kemas di dalamnya. Mau pasti tiket itu masih ada dalam simpanannya. Takut tercicir di mana-mana, kelak menyusahkan dan membantutkan perjalanan mereka nanti.

Perut Zaki mengalunkan lagu Keroncong Untuk Ana. Tanda lapar. Menoleh kearah Restoran rangkaian francais makanan segera, McDonald's, produk ekonomi kapitalis, arah langkahnya yang asal untuk terus ke platform di ubah arah menuju masuk ke dalam restoran tersebut, lambangnya sahaja seakan memanggil-memanggil pelanggan untuk terus masuk tanpa berfikir panjang, begitu kuatnya pengaruh simbol dalam dunia moden sekarang ini.

Padahal dia boleh saja naik ke tingkat atas KL Sentral untuk menikmati pelbagai menu juadah dan hidangan yang tersedia di Food Court yang jauh lebih murah itu.

Tangan Zaki meraih tangan Nina yang membuntuti Zaki. Nina juga lapar. Belum menjamah apa-apa makanan selepas di pulang dari tempat kerjanya di Ipoh. Lepas pulang di terus ke Stesen Bas dan terus ke Kuala Lumpur, nasib baik rakan sekerjanya boleh menumpangkannya ke stesen, kalau tidak, barangkali di terlepas bas ekspres yang membawanya tadi ke sini.

Zaki menunggu Nina tadi di Puduraya. Zaki menaiki KTM Komuter dari Klang dan terus ke KL Sentral. Dari situ dia menaiki Putra LRT terus ke Central Market, dari CM dia berjalan kaki ke Puduraya. Mengharungi hiruk pikuk kotaraya di tengah-tengah kesesakan Kuala Lumpur di waktu puncak, waktu orang pulang bekerja. Sampai sahaja di Pudu, terus dia menunggu di tingkat bawah, tempat di mana bas-bas ekspres tiba dan pergi. Penumpang-penumpang naik dan turun. Tempat di mana warga-warga kota begitu kreatif mencari peluang dan rezeki.

Di Kuala Lumpur, warganya sama ada lelah atau berhelah untuk mencari sesuap nasi.

Jam 8 baru Nina tiba. Dua jam menunggu suatu penyiksaan pada Zaki, tetapi sementelah melihat kelibat Nina, penyiksaan itu bertukar menjadi syurga buat Zaki. Lupa segala-galanya. Lupa peristiwa yang dia tadi di 'pau' RM 20 oleh manusia-manusia kota yang mencari rezeki dengan cara mudah dan senang, memeras dan mengugut orang lain.

Yang penting Nina sampai juga, dan yang paling penting juga, perjalanan malam ini mereka berdua tetap bersama mengharunginya, sepertimana yang telah dirancang.

Sedang Nina dan Zaki memesan makanan di kaunter, pengumuman di corong pembesar suara bagi penumpang ke selatan telahpun dihebahkan. Tergocoh-gocoh mereka memesan makanan lalu membungkus makanan ke dalam beg plastik dan terus berlari-lari anak ke platform.

Pekerja landasan membunyikan wiselnya beberapa kali menandakan gerabak akan bergerak dalam kadar yang segera.

Nina dan Zaki menghenyakkan punggung mereka di atas kerusi. Dari satu koc ke satu koc, dari koc berkatil hingga ke berkerusi, akhirnya sampai ke tempat mereka. Koc mereka tiada nombor tetap, free seating bak kata orang Inggeris.

Zaki sudah lama tidak berkelana menaiki keretapi. Kali terakhir dia menaiki keretapi ketika umurnya 10 tahun, itu pun keretapi kelas 3, dengan kerusi plastik yang selalu terdapat di hospital-hospital kerajaan, itupun perjalanan yang pendek dari Kuala Lipis ke Padang Tengku, ketika pulang bercuti di kampung bapanya di Pahang.

15 tahun kemudian barulah Zaki merasai pengalaman menaikinya kembali.

Gerabak yang mereka naiki perlahan-lahan meninggalkan KL Sentral. Di luar hanya kegelapan yang menyelubungi, sekali sekala cahaya dari lampu-lampu jalan, bangunan-bangunan kelihatan, mewarnai perjalanan malam mereka.

Perjalanan malam ini bukan seperti yang termaktub dalam sirah Muhammad. Perjalanan itu perjalanan yang membawa rahmat ke seluruh alam, perjalanan ini tidak diketahui rahmat atau laknatnya.

Titik-titik air dari hujan yang turun renyai-renyai malam itu seakan-akan menangisi perjalanan malam itu. Entah apa tandanya tiada siapa tahu, mungkin jika Nostradamus masih hidup, dia mungkin dapat menelahnya.

Nina kelihatan ayu sekali malam itu, tudung litup berwarna hitam dikenakan dengan baju kemeja denim berwarna biru yang baru disalin di bilik air KL Sentral tadi kelihatan menarik pada pandangan matanya.

Pakailah baju apa pun, kau tetap menarik, kata hati kecil Zaki.

Sambil berborak-borak mengenai nostalgia lalu, kadang-kadang mengenai kerjaya Nina, pelajaran Zaki dan hal-hal lain, termasuk sembang-sembang tentang perkara-perkara yang berat, semuanya menarik minat Zaki mendengarnya. Sekali-sekala Zaki mengulas panjang tentang hal-hal yang membuatkan Zaki teruja. Sekali-sekala juga dia membebel panjang. Nina suka kalau Zaki berceloteh.

Makanan yang mereka bawa tadi dijamah sambil-sambil bercerita. Zaki kadang-kadang cuba beromantik, menyuapkan batang-batang french fries ke bibir Nina. Nina segan juga, namun bukan sesiapa yang kenal mereka pun. Nina pun jadi suka diperlakukan sebegitu.

Nina juga menghulurkan air untuk Zaki sedut. Macam dalam filem cinta Melayu di kaca tv itulah.

Sampai ke satu masa. Ruang dan masa seakan terhenti ketika mata mereka bertentangan. Tiada bunyi yang kedengaran, hanya degupan jantung mereka yang terdengar oleh telinga mereka. Perlahan-lahan wajah Zaki dan Nina menghampiri antara satu sama lain. Seiringan sambil mata antara pejam dan tidak.

Ketika itulah bibir mereka bertaup rapat. Macam dalam filem Hollywood itulah.

Zaki tersentak. Kelihatan penanggah-penanggah kenduri mengangkat pinggan-pinggan kotor dan juga lauk pauk untuk dihidang di atas meja-meja beralas kain putih. Nasi yang ditelan terasa kelat, lauk-pauk yang dikunyah terasa tawar, air sirap yang dihirup terasa semasin Laut Mati.

Hari itu cintanya mati, Nina telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangan hidup pilihan keluarganya. Zaki terasa keseorangan ditengah-tengah keramaian, terasa sangat pilu ditengah-tengah suasana keraian, ditengah terik mentari antara iklim tropika dan khatulistiwa.

7 Cara Mahu Popular Masakini

Anda mahu popular? Tapi tak reti menyanyi, tak reti berlakon, tak reti serba serbi. Jangan bimbang, anda tak perlu mendaftar diri ke dalam AF, Akademi Nasyid, OIAM, Gangstarz mahupun Sinaran Passport Kegemilangan, kini ada cara anda boleh popular dengan sekelip mata di negara yang dipanggil Bolehland ini!

1. Buat akuan bersumpah, mengatakan anda ada bukti, kenalan kepada VVIP, Menteri, kalau ada gambar lagi bagus, mengaitkan mereka-mereka ini dengan cerita-cerita politik masakini.

2. Kalau selepas anda mengeluarkan akuan bersumpah tersebut, rasa tidak yakin, ada pihak memprovokasi, anda boleh mengeluarkan akuan bersumpah kedua, nafikan semua yang anda dakwa dalam akuan bersumpah pertama tadi. Nampaknya, bidalan "terlajak kata tak boleh diundur" sudah tak boleh digunapakai lagi di zaman sekarang ini.

3. Anda juga boleh mendakwa diri anda diliwat oleh mana-mana pemimpin untuk menambah rencah dalam drama politik yang melanda negara sekarang. Tapi pastikan muka anda ala-ala jambu baru orang boleh percaya.

4. Buat kenyataan media bahawa anda ada bukti rakaman letupan C4 diatas bukit Puncak Alam, yang jelas menampakkan wajah masing-masing yang terlibat, kemudian bila diminta bahan bukti, jangan bagi, mana tau orang yang betul-betul terlibat tu cuak ke, cari anda dan letupkan anda pula.

5. Buat kenyataan media, bahawa anda kenal si anu si anu yang terlibat dalam drama politik negara masakini, jika ada cerita sensasi yang anda ketahui dari zaman silamnya, lagi bagus.

6. Cipta bahan yang boleh ganti minyak petrol untuk menggerakkan kenderaan, bukan saja anda jadi popular, malah boleh jadi kaya raya macam Ahmad Albab.

7. Buat akuan bersumpah yang mengatakan anda muak sudah dengan cerita-cerita liwat, letup, undi tak percaya, rebut kuasa, inflasi tinggi, minyak naik, dan apa-apa saja yang difikirkan sesuai, lagi bagus kalau akuan bersumpah itu setebal buku laporan siasatan diraja, kemudian panggil media, buat kenyataan media bahawa anda nak muntah dengan cerita-cerita politik dalam surat khabar, padahal isu lain yang lebih penting mudah saja dilupakan.

Senang je nak popular kat Malaysia ni....

Tuesday, July 1, 2008

Penat Macam Lahanat

Baru pulang dari Cameron. jam 11 tadi sampai. Baru lepas mandi, layan net dulu baru nak tidur. Jam 6 pagi aku dah bertolak, menuju ke Kamunting, ambil stok barang dari supplier. Kemudian terus ke Cameron melalui Simpang Pulai. Lagi 60 km nak sampai Berincang, jarum dah dekat E, lampu petrol dah menyala-nyala.

Gampang! aku kata dalam hati.

1. pasal masa aku tengah update ni, aku dah tulis banyak2, hang pulak N95 aku (psl tadi Cpot guna PC) tak save pulak tu!

2. pasal tengah hampir kekeringan minyak tu, aku ingat ada stesen minyak tengah2 jalan dari Smpg Pulai ke Cameron tu, sekali....harammmm..... Line pun takde, kalau mati tengah jalan, tak tau nak buat apa la...

Sekali nasib baik dalam aku berkira-kira nak patah balik ke bawah yang jaraknya pun hampir 30km, ada signboard 'Ada Jual Petrol di sini, RM 5 satu botol', terus aku belok masuk ke arah yang ditunjukkan.

Rupanya makcik orang asli jual, lepas tu up plak harganya seringgit, jadi RM 6 sebotol besar air mineral bersamaan 1 liter. Emergency punya pasal, aku tuang 3 botol. Makcik tu boleh jadi lagi kaya dari Tok Arab tokeh minyak...

Penat macam lahanat.

Esok mau pergi lagi ke sana, lepak sana terus 2, 3 hari. Esok mau bawak Indon 2, 3 orang. Semalam supervisor aku bawak 2 orang je naik lori.

Dah aku nak tidur!

StatCounter