Wednesday, December 16, 2009

Bahasa Sarah Afiqah


Sarah Afiqah dah melewati umur 1 tahun 6 bulan. Selain Babah, Mama, Acu, Tok, Uwan, mata, susu, gigi, ini adalah sebahagian dari bahasa dia, yang kadang-kadang aku pun find it hard to understand. heh.

Loli - Lori
Ayie - air
yon - turun
len- aeroplane
dap - sedap
penpen - upin-ipin
ranch - coco crunch
kut - biskut
vivi - remote tv/remote astro
key - kunci
chut - kasut
acik - nasi/apa-apa makanan
mut - semut
jid - masjid
aloabat - allahuakbar - bila nampak masjid, dengar azan atau tengok tulisan khat jawi.
amin - doa
kiki - akif - adik dia
pon - handphone
ancel - uncle
ujan - hujan
ibat - ubat
nash - panas
tal - bantal
pai - sampai
ulan - bulan
ucing - kucing
bird - burung
ka/ete - car/kereta
bash - bas
bahbahbah - lagu stacy "kenapa bah kau berubah kenapa bah" hehehe
yot - perut
ata - mata
eenga - telinga
ucat - pusat
uk..uk..uk - dog/anjing
aun - daun
acih - terima kasih

dan banyak perkataan lain yang aku totally lost. Kalau tak paham memang masak la aku kena dengar dia meraung. heh.


Harap-harap besok besar jadilah 'orang' hendaknya ya Sarah Afiqah?

Friday, November 20, 2009

Memoir

Tahun 2000.

Hari itu hari sabtu. Malam sebelumnya lepak dekat kedai snuker sampai pagi dengan member-member satu rumah. Ada yang baru dapat duit loan PiTiPiTiPu, dan ada yang baru dapat tu dah habis setengah masuk dalam mesin kuda. Aku punya panggu, belum masuk lagi, jadi main tonjol bola yang banyak kaler tapi takde nombor, paling kuat kalau kalah pun bayar table aje, hok yang lain main yang ada nombor.

Dekat pukul 4 pagi baru balik.

Tidur sampai dekat petang baru bangun. Sia-sia semayang tahajud, dengan subuh dengan zohor entah kemana. Asar pun tinggal paras hidung dah. Budak-budak lain hilang ntah ke mana. Ada yang balik kampung, ada yang pergi dating. Perut aku pulak dah headbanging lagu Master of Puppet. Lepas mandi-mandi lebih kurang, kepala dah teringat mee mamak dekat depan.

Sekali teringat, malam tadi aku bayar table dua kali, lepas main minum teh tarik, lepas minum yang tinggal dalam wallet cuma IC. Ah sudah! Aku nak makan apa? Dalam perut dah macam ada Lars Ulrich tengah bedal dram triple paddle.

Aku seluk beg, tengok atas loker plastik, tengok bawah tilam, dapat cari 50 sen. Aku kejut si Atat yang tengah tido. "bro..lu lapar tak? aku lapar giler nih, tapi ada lima kupang jek ni..."

Aku tau Atat pun macam aku gak, duit PiTiPiTiPu tak masuk lagi, nak keluar duit dalam bank pun pakai buku, hari sabtu mana ada bank bukak.

Atat seluk jeans dia yang tersadai dekat atas loker. "aku pun ada singgit ni je.."

Cantek aku cakap, aku amik singgit tu aku cakap kat Atat. "Aku beli beger kat mamat belakang tu je la, kita tong-tong ok?"

Aku setat motor power aku, yamaha 100 kaler merah, yang kat atas seat ade tompok cat kaler silver penangan anak Cina jiran sebelah yang nakal tahap neraka yang selamba spray moto aku tanpa rasa bersalah, menuju ke kedai burger dekat area belakang rumah.

Sampai rumah, makan macam tak pernah jumpa burger, habis sampai licin, sampai plastik balut burger tu pun aku rasa nak telan, lepas tu sambung tidur balik.

Tidurlah kami dengan mengerekot sambil memeluk perut yang masih lagi lapar sambil mengharapkan boleh bangun bila dah sampai Isnin karang.....

Wednesday, November 4, 2009

Moment of Truth

malam ni Liverpool lawan Lyon. Kena menang. Enough said. Kalah lagi kalu, my respect for Rafa, will crumble into dust.

Tolong la jangan bagi aku alasan untuk MC besok!!! tak tahan dah ni weiii kena bahan kat opis.... macibaiiiii

Tuesday, October 27, 2009

My OBS Adventure (Updated - tambah gambar)

OBS. Outward Bound School atau nama melayunya, Kem Latihan Semangat bertempat di Lumut. Kat Malaysia ni ada 2 je sekolah yang suka-suki nak bina semangat orang, satu lagi dekat Sabah. Benda-benda macamni, organisasi besar-besar sukalah hantar orang-orang dia pergi bina semangat. Organisasi besar semangat pun kenalah besar..tapi bagi yang kecil, semangat pun harus besar juga..

Sebelum pergi, budak-budak department aku semuanya bercerita pengalaman dia orang. Tapi sebelum ni, kampeni tempat aku kerja hantar dia orang pergi 10 hari. Aku cuma pergi 3 hari saja. Itupun aku memang sangat-sangat bersyukur sebab kejap je pergi. Dia orang dulu kena dayung kayak pusing satu Pulau Pangkor, kena solo camp, kena buat raft, kena main cabaran berhalangan, dan macam-macam lagi yang buat aku nak ambil mc hari bertolak tu.

Sebelum naik bas, perut aku macam ada roller coaster dekat dalam.

Sampai je dekat OBML - Outward Bound (R) Malaysia Lumut - dekat jam 8.30. Lepas briefing kejap, pergi makan dulu dekat Dining Hall. Makan pun ada cara beb dekat sini. Kena kasi hidang, kasi tuang lauk, nasik dekat semua ahli kumpulan atau 'watch' lepas tu berdiri di belakang kerusi baca doa or doing a minute of silence, baru boleh makan ramai-ramai.

Lepas makan, ada aktiviti dalam watch, main Bing Bong. haha..kalau korang nak tau main Bing Bong ni apa, kenalah pergi sini.. owh ya, my watch name is Yong Yap. Nama sempena apa, aku pun lupa. (aku baru google..Yong Yap tu nama gunung dekat Sg Siput, Perak setinggi 2188 m)

Lepas tu kena surrender semua personal belonging, IC, handphones, rokok, wallet, duit, barang kemas, tinggallah sehelai spender..eh..sehelai sepinggang..lepas tu naik dorm untuk berehat. Banyaknya tangga nak panjat pergi ke dorm tu mak datuk tingginyalah aii... dorm aku nama dia Gading.

Esok pagi, seawal jam 0530 dah kena bangun, sebab jam 0630 ada upacara naikkan bendera, walaupun 'bendera' kat dorm Gading dah naik dah jam 0530 tadi..hahahaha...korang tak paham, tak payah nak paham...lepas tu, warming up, dan berjogging sampai jam 0715. Lepas warming down, kami pergi makan sarapan.

Lepas tu pagi tu diisi dengan aktiviti yang menggunakan minda dan komunikasi. Ramai-ramai pegang tangan dalam satu bulatan lepas tu nak bikin muka kami yang pandang ke dalam bulatan jadi pandang ke luar bulatan. Terbelit-belit jugak kami dibuatnya, tapi selepas aku dan rakan sebelah menyebelah memerah otak, akhirnya dapat juga kami melaksanakan misi tersebut. Lepas tu ada game 'Crossing the Acid Lake'. Malas nak cerita. Lu pergi la sendiri, baru boleh tau..


Letih lepas main Crossing the Lake Acid


Then, kami belajar cara membuat khemah, tapi orang macam aku yang Pengakap tak berapa nak Raja nih.. takdehal la kot..hehehe..lepas tu tibalah aksi menggerunkan, aktiviti panjat memanjat. Dah berapa lama aku tak memanjat setinggi lebih 10 meter, seingat aku time Hari Guru masa sekolah dulu aku kena panjat scaffolding sebab nak gantung banner hari guru. Itu tahun 98. Badan pun selim melim lagi.


Ni la dia game "Crossing the Acid Lake"



Aku jadi belayer..


Aku volunteer nak panjat dulu, tapi aku jadi belayer dulu. Jadinya aku orang kedua yang panjat. Belayer ni kena kontrol tali untuk turunkan orang dari atas. Mula-mula orang tu panjat tali guni yang macam dekat kapal lanun tu sampai touch beam atas sekali Dewan Serbaguna kat OBML tu, then turun pakai tali yang attach dekat pinggang dia. Belayer ni tugasnya kontrol tali tu supaya orang yang turun itu selamat turun dan bukan selamat dikebumikan ye...

Aku cuak gila, takut tangan aku tak larat nak bawak badan aku yang sangatlah selim ini..tapi dengan penuh kecekalan dan keazaman aku sampai ke atas dan turun dengan selamat. Heh..lega..





Basic Belaying



Lepas tu makan tengah hari, lepas makan, instructor suruh manager watch hebahkan aktiviti petang tu pakai wet attire. Damn.. pasti akan turun ke laut lepas ni...dan benda yang buat aku paling cuak akhirnya menjadi kenyataan, kami akan belajar basic berkayak.

Tapi sebelum berkayak, kena belajar part-part bahagian kayak, bahagian depan kita panggil bow, belakang is stern, kiri is board dan kanan is starboard but seat is seat and paddle is paddle lah..hahahha

Then instructor panggil turun ke laut.. buat satu circle dekat air paras dada tu, then dia suruh kami terlentang. Gila! tapi aku akur dan pasrah bahwa instructor dekat sini brutal-brutal, dia orang akan suruh lu buat sampai lu buat, kalau tak dia orang kasi buat untuk lu. Aku pun terlentang..perghhhh...for 28 years of my life, ini la kali pertama aku terapung dengan jayanya di lautan... tak pernah sekali pun aku turun ke laut kaki tak jejak tanah.... then dia suruh meniarap ke depan plak... time ni lah dekat 10 gelen air laut yang masin tu masuk kedalam perut aku dengan lahapnya.. lepas tu kena berenang plak.. macam lahanat aku cakap.. minum air laut lagi la gamaknya, dengan cramp semua siap... akhirnya boleh la jugak aku berenang sikit-sikit.

Lepas tu kami disuruh sorong kayak tu ke dalam air, practise buat capsize. Capsize bermaksud kayak terbalik, so kena practise supaya kita tau macam mana pengalaman capsize tu kalau ianya betul-betul terjadi. Sekali lagi aku pasrah je dengan apa yang mendatang... aku dengan partner aku Afa awek branch Pahang, menterbalikkan kayak sendiri, menggelupur macam kambing gurun kena campak dalam air sejuk la aku. Sekali lagi bergelen-gelen air laut selamat aku telan sebagai juadah minum petang.



Watch aku sedang praktis 'capsize' - aku yang no 2 dari kiri



"tarikkkk....1..2... tarikkkk....!!"

Lepas tu sorang ahli watch aku menangis-nangis merayu dekat instructor tu sebab tak nak buat. Dengan cold blood nya, Kak Azirin tu selamba terbalikkan kayak dia, meraban minah tu carik punca oksigen, sampai timbul, minah tu menangis lagi, lama pulak nak kena pujuk..sian pun ada aku tengok...tapi tak buat macam tu, tak buat la dia kang sampai ke sudah...

Then kami practise kayak pusing-pusing kawasan pantai tu. Kami belajar cara kayuh ke depan, sharp turn, smooth turn, reverse dan stopping the kayak.

Lepas tu, naik bersiap dan mandi sebelum turun makan malam. Lepas makan, ada briefing untuk aktiviti esoknya.

Aktiviti esok harinya, ahad, kami berkayak dari Lumut ke Teluk Sekadeh jika menurut nama atas peta atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Teluk Segadas. Tempat ni aku dah pergi dengan sahabat-sahabat tahun 99 dulu sebelum mendaftar diri di ITM Shah Alam. Jarak linear atas peta lebih kurang 2 km tapi jarak berkayak kalau ikut route dia lebih kurang 5 km. Jam 730 kami prepare semua kayak sebanyak 17 buah di tepi pantai dan menghantar barang-barang untuk perkhemahan satu malam di sana di atas sebuah bot. Lepas tu kami mula berkayak dalam formasi diamond dalam jam 850 lebih kurang. Kami tiba di sana kira-kira jam 1010 mengambil masa lebih kurang satu jam lebih. Melangkaui jangkaan para instructor kami, kami tiba dalam jangka masa standard untuk perjalanan sejauh 5km. Kami semua pun bergembira dan bertepuk tangan, meraikan kejayaan kami.


route kayak kami, dari lumut ke teluk segadas


Terpaksa la gua kasi naik bendera Perak.... Rival team Selangor tu..heh
berkayak di laut lepas..


Setelah siap mendirikan khemah dan makan tengah hari cara outback, tapi masakan ala kampung, kami semua bersiap sedia untuk satu lagi aktiviti panjat memanjat. Memanjat bukit setinggi lebih kurang 100 meter kemudian menuruni permukaan batu menerusi cara repelling. Aktiviti repelling ni aku dah pernah buat time Kem Motivasi Kesedaran Diri di Kem Yayasan Pelajaran Mara time aku darjah 5 tahun 92 dulu. Jadinya sekali lagi aku volunteer untuk jadi orang 1st turun... pasal masa naik tu perut aku buat hal pulak, nak kena pergi toilet... terpaksa la aku turun 1st...

camp site watch Yong Yap - lunch hour



Lepas tu, semua dah siap, kami prepare dinner pulak. Lepas tu malam tu ada aktiviti dalam kelam. Kami disuruh tinggalkan lampu suluh masing-masing kemudian bergerak dalam satu barisan dalam kegelapan malam. Kemudian kami diberhentikan, dan mula bergerak seorang demi seorang ke dalam hutan, dan yang menjadi panduan hanyalah jaluran tali rafia yang diikat dari satu pokok ke satu pokok. Nasib baik aku tak diganggu oleh instructor-instructor, tapi beberapa peserta ada juga yang menjerit sebab kena kacau, dan ada seorang lelaki yang menjerit macam tarzan panggil gajah daaa....hahahhaha....



The Yong Yap's melepak-lepak


Men's of Yong Yap - aku, Daus, Amal



Bersedia untuk repelling activity


Yong Yap's dengan sijil penyertaan


Malam tu aku tidur berbumbungkan langit, tanpa diganggu nyamuk...guna lah mosquito repellent jenama Stop! <--- pesanan penaja..hhehehehe Esok pagi, seawal jam 7.30 pagi kami dah bergerak meninggalkan Teluk Segadas menuju ke OBML. Dalam perjalanan pulang, satu capsize betul-betul punya terjadi. Jadi kami praktikkan apa yang telah di ajar untuk menyelamatkan orang yang tercapsize dan mengeluarkan air dari dalam kayak yang terbalik itu menggunakan teknik rafting. Jam 11 bermula la episod sebak, upacara penutup dan penyampaian sijil penyertaan. Sesi fotografi dan sesi tangis menangis. hehehe... Selepas itu, personal belonging kami kembali dipulangkan dan perkara pertama yang aku buat adalah menghidupkan telefon. Sms pertama yang aku terima membuatkan aku melonjak dan menjerit keriangan. Liverpool menang 2-0 menumpaskan Mankayu, hahahha...memang kayu pun team tu...hahahha...barulah aku tau ramai juga fan Liverpool dikalangan kami ni. Jam 12 kami meninggalkan kawasan OBML untuk ke Lumut bersama kenangan yang terindah mencabar kewarasan, ketakutan, kekuatan dan kekurangan diri. Tatkala itu, aku rasa kenapalah 3hari je, apsal tak 10 hari???



Peserta OBS SPNB 01/09 bersama para instructor

Monday, October 19, 2009

It's Hell In Here

Sekarang aku sudah terputus dengan dunia luar. (Baca: Dunia maya luar). Aku dah tak boleh berFacebook. Dah tak boleh terima atau hantar email guna gmail, yahoo dan sewaktu dengannya.

Internet dekat PC aku sudah tiada makna lagi. Hanya guna tiap-tiap petang Jumaat untuk update team Fantasy Football aku.

Cibai....

Tuesday, October 13, 2009

Ni yang buat gua tensen nihh!

Lu orang tau apa yang buat gua tensen ni? Bukak dashboard blogger, tapi tak tau apa nak tulis. Damn!

Saturday, October 10, 2009

Aku dan Public Transport

Semalam, gua balik kerja naik pelbagai jenis keretapi. Keretapi satu Malaysia...oppps...satu rel, monorel, Star LRT dan KLIA Transit. Sebab, orang rumah aku hantar masa aku outstation hari tu. Petang tu pulak orang rumah ada jamuan raya di pejabat, maka, terpaksalah aku berasak-asak bersama public transport commuter yang lain selepas waktu pejabat.

Jadinya, aku pesan dengan orang rumah untuk amek aku dekat stesen Putrajaya Sentral. Dari opis, aku naik monorel di Stesen Raja Chulan ke Hang Tuah, bayar tiket RM1.20, lepas tu naik Star LRT pulak dari Hang Tuah ke Bandar Tasik Selatan. Kena RM1.70.

Masa dekat Hang Tuah, ada lah group 3-4 orang amoi ni. Sedang aku pastikan laluan arah train aku masa aku meneliti signboard pandu arah dekat situ, amoi ni tanya aku nak ikut mana pergi Bandar Tasik Selatan. Aku pun tunjuk lah dekat dia nak ikut tangga mana.

Masa dekat platform, train pun sampai, tapi train ni arah Ampang. Aku pun perasan amoi yang tanya aku tadi dengan kawan-kawan dia nak naik train tu. Aku pun jeritla.. "Miss! Miss!" dia toleh, aku cakap.. "Ini train pergi Ampang wooo..you bukan mau pergi Bandar Tasik Selatan kaa?". Dia pun cakap, "haiyyaa..nasib baik ada awak..kalau tidak mesti sudah sesat punya...". Lepas tu aku kata takdehal lah, sikit punya hal saja. Kawan dia tanya macam mana aku tau train tu pergi Ampang? Aku tunjuklah dekat signboard elektronik yang tergantung kat atas tu..."Tren ini ke Ampang, tren seterusnya ke Sri Petaling"

Menteri Pelajaran kena buat sesuatu. Mahu jadi Satu Malaysia, tapi kalau Bahasa Melayu/Malaysia pun tak boleh nak tahu asas, jangan kata Satu Malaysia, setengah Malaysia pun tak dapat.

Lepas tu, aku sampai ke Bandar Tasik Selatan dengan LRT yang penuh sesak, aku naik KLIA Transit. Kena pulak cas RM5.40 untuk perjalanan dari sini ke Putrajaya Sentral. Total semua sekali satu perjalanan balik aku, RM8.30. Baik lah aku naik motor saja. Save duit, save masa. Tapi masa aku naik KLIa Transit tu, perghhh... awek-awek stewardess...geram pulak aku, terasa pulak hari-hari gua nak naik train..hahahhaha

Oklah. Gua baru balik stadium tadi, singgah kejap dekat CC area Selayang ni, gua mau cabut. Chalo.

Mind my language, but my BM for SPM dapat 1 occayyyy....heh

Wednesday, October 7, 2009

Gila Babi Lama Dah....!

Sejak gua pindah kerja ke KL ni, dan sejak letupan Facebook sebagai satu pelantar bersosial yang semakin bermaharajalela ni..gua sudah menganaktirikan blog gua ni. Sebab utama gua dah mati akal.

Tempat kerja baru gua ramai orang. Gua pun terkejut, pasal dulu masuk opis gua tengok muka Hafsah, budak Admin, muka Miss Chew penjaga akaun syarikat, dengan muka dua orang boss gua. Lepas tu dia orang pulak tengok muka gua. Tapi sekarang, row gua je ada 10 orang, row depan gua 10 orang lagi, belum masuk pak guard kat parking basement tu, belum kira tea lady merangkap makcik cleaner kami, belum masuk budak2 kat kubikel hujung tu, belum masuk bos-bos kecik yang dalam partition kat depan nun, belum masuk bos-bos sederhana dalam bilik-bilik derang tu, belum masuk bos-bos besar kat tingkat-tingkat lebih tinggi dari gua, belum masuk bos besar-besar yang duduk dekat tingkat yang lebih tinggi dari bos-bos besar tu.

Belum masuk unit-unit lain dari unit gua, belum masuk jabatan belum masuk division belum masuk branch. Wah...letih nak taip, letih nak sebut tapi letih lagi kalau nak join, nak masuk, nak gaul dan nak huha-huha...

Gua sekarang pun dah lagi berdisiplin, tak macam dulu...Dulu walaupun dok kampeni Cina, gua buat perangai macam kampeni tu abah gua punya. Opis hour mula jam 9 gua datang pukul 10 tanpa rasa bersalah. Rasa gua malas nak pergi kerja gua sms je si Hafsah, cakap gua mc. Padahal MC malam karang baru pergi beli, tu pun jenuh berlakon macam la sakit sangat depan Doktor tu..hahahha...tapi sekarang... gua 7.30 dah keluar rumah, pukul 8, 8.15 paling lambat dah clock in. Opis hour start 8.30. Punya la berdedikasi.

Tu kerna gua belum kompom lagi.

Tapi gua suka kerja dekat sini. Semangat je pagi-pagi pergi kerja, walaupun jadi mat rempit mengharung kenderaan yang lebih besar pagi-pagi dekat LDP, Kesas, MEX dan jalan Sultan Ismail. Gua suka, dan gua masih suka mengharungi semua ni. Tatau la akan datang.

Gua pun suka cabaran baru yang gua dapat. Gua masih lagi outstation macam dulu. Benda yang paling gua suka. Tapi sekarang takde la gua drive Wira je pergi outstation, drive 4wd la plak, even kereta kampeni punya, gua gembira drive outstation. Gua henjut highway tu macam bapak gua yang buat.

Hoh..macam dah panjang je. Gua bebel lain kali lah ek?

Wednesday, July 8, 2009

Sahabat Aku Yang Tulis Ni...

Sahabat aku dah mengorak langkah untuk menjadi penulis/pemikir prolifik tanah air. Ikuti tulisannya di sini.

Monday, July 6, 2009

Kibod Aku Ada Karen!

Chi-bai!

Otak aku terlalu beku untuk berfikir. Minda aku terlalu kusut untuk mendapat idea. Jari aku terlalu kaku untuk menaip.

Jadi bahlul sekejap.

Aku dengar orang cakap, manusia perlu impian (atau mimpi) untuk terus hidup. Mimpi yang bagaimana? Mimpi ngeri? Mimpi indah? Atau mimpi basah?

Hahahaha!

Celah-celah lorong itu, banyak sekali manusia dan orang-orang.

Ya, aku memang maksudkan orang-orang. Orang-orang yang berdiri kaku tengah-tengah ladang, tengah-tengah sawah. Menakutkan burung-burung.

Sekarang burung dah tak takut dengan orang-orang. Burung-burung pun sudah bermutasi. Sedangkan virus selesema burung pun boleh bermutasi, inikan pula burung itu sendiri!

Orang-orang yang macam manusia dan manusia yang jadi macam orang-orang. Kaku, kejat, sudah hilang deria kreatifnya. Hampir sekali jadi robot. Minda sudah terbejat, hampir sekali tiada minda.

Ya, robot seperti orang-orang, tapi dibantu dan dikuasakan dengan alatan mekanikal atau sedikit elektronik. Macam hamba. Robot ini kiranya ketua khadam, kalau dalam filem P Ramlee, dia sebut Chief Khadam - kurang hina sedikit dari khadam, atau hamba.

Hahahahaha! Aku gelak lagi.

Oh ya! Di celah-celah lorong itu tadi, banyak sekali manusia dan orang-orang.

dan aku antaranya yang jadi orang-orang itu.

Thursday, June 25, 2009

Berita Terlambat Sikit


Mungkin kerana aku sudah khabarkan di Facebook, aku terlupa untuk memberitahu di sini, yang mana aku sudah bergelar bapa kepada dua orang anak.

Akif Raeid - atau sebutannya 'Akif Ra-id,

membawa maksud 'orang yang menumpukan perhatian atau orang yang beri'tikaf yang mengetuai, yang merintis (pioneer) ' semoga menjadi anak yang soleh hendaknya. Insya Allah.

Selamat dilahirkan pada 15 Jun 2009 jam 5.03 a.m di Hospital Putrajaya.

Sarah Afiqah sudah ada temanlah sekarang!

Mari Menikmati Seni Di Tepi Jalan

PEKAN FRINJAN
27 JUN 2009
Jam 5 Petang sampai Larut Malam, atau sampai dah tak ada orang.
Dekat Laman Menara Jam Dataran Shah Alam

Ada gerai, ada puisi, ada lagu, ada band, ada aktivis, ada artis, ada orang seni, ada awek cun, ada Zulhabri. hahahahah!


Wednesday, June 24, 2009

Simpang Kerjaya

Pekerjaan. Karier. Kerjaya. Maksudnya melakukan sesuatu dan dibayar atau diupah setelah melakukan sesuatu kerja itu. Apa sahaja di dunia ini, lagi-lagi di zaman globalisasi, era kapitalisma ini semuanya boleh mendatangkan pekerjaan dan menjana pendapatan. Jangan kata sampah, taik pun boleh mendatangkan pendapatan, menghasilkan duit, asal mau atau tak saja.

Kerjalah apa saja asal dapat wang, dapat teruskan hidup, dapat memberi makan pada perut sendiri, atau perut-perut lain yang bergantung harap pada kita. Tapi itu jika kita hanya fikir dalam ruang lingkup persendirian, diri sendiri dan keluarga.

Tapi jika dibukakan seluasnya minda ini kepada cakupan skop yang lebih besar dari itu, difikir tentang bangsa, tentang agama, adakah kita hanya mahu sekadar ada kerja dan mendapat upah sahaja. Secara kolektifnya, taraf dan mutu pekerjaan kita ini sebenar faktor penyumbang yang amat besar dalam pembentukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa.

Jikalau mahu menjadi guru, harus mahu jadi guru yang sanggup berhabis, bersusah untuk mendidik anak bangsa walau di hantar ke ceruk pendalaman mana sekalipun. Bukan cikgu yang baru saja dapat surat tawaran sudah resah gelisah, komplen sana, komplen sini sebab mahu minta tukar kerja jauh dari keluargalah, jauh di pendalaman lah, segala-galanya susah.

Kalau mahu jadi pegawai kerajaan, jadilah pegawai yang beretika, bermaruah, ceria kerana kamu berkhidmat untuk negara dan memberi perkhidmatan kepada warga dan rakyat. Tapi yang malangnya, rakyat datang buat kompelin di layan macam bukan manusia. Rakyat datang mahu berjumpa pegawai dalam waktu pejabat, pegawai tiada di pejabat belum pulang dari minum pagi.

Jika mahu jadi kontraktor, jadilah kontraktor yang akan menjadi pakar dalam bidang kejuruteraan masing-masing, janganlah jadi kontraktor yang hanya pakar mencari peluang dan kontrak, kemudiannya makan persen dengan menjual kontrak itu kepada pihak lain.

Jika mahu menjadi apa pun, berusahalah mencapai apa yang dihajati. Apa yang penting kita minat untuk melakukannya dan bukan kerana terpaksa atau dipaksa, kerana hasil kerja kita bergantung kepada nawaitu kita, jika nawaitu kita seawal pagi tatkala melangkah keluar rumah sudah berbau negatif seperti malas, letih, tak ada mood, tak minat, dan pelbagai lagi konotasi negatif, masakan hasil kerja kita boleh jadi cemerlang.

Dan sekarang aku sudah 4 tahun di firma kontraktor sederhana besar ini. Ketika ini datang pula peluang untuk memajukan diri bergolek-golek di kaki. Keputusan pun sudah dibuat, surat tawaran pun sudah ditandatangani, apa pun kehidupan selepas ini harus dijalani sebaik mungkin.
Harap-harap keputusan ini betul-betul memberikan aku hasil yang terbaik dari segi pengalaman dan ekonomi aku dan keluarga.

Err... keluarga membentuk masyarakat, masyarakat membentuk bangsa. Hehehe....

Friday, June 19, 2009

Hati Ini Telah Mengikat Setia

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat
Untuk Mendokong syariatMu di alam maya
Maka ya Allah.. eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Hidup suburkanlah dengan ma’rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..


Aku sebetulnya sudah lupa sebahagian dari lirik doa cum nasyid Rabitah Hati yang selalu dilaungkan masa sekolah dulu, dan hasil dari carian menerusi Google, terjumpa blog seorang junior aku dulu, Sehening Kalbu yang membantu aku mengingati kembali bait-bait kata dalam nasyid tersebut selengkapnya.

Bersempena ULTAH (bak kata Bert abbreviation for Ulang Tahun) ke 15 SMKAKS, ini pos khusus untuk meraikannya.

Apa yang best sangat tentang SMKAKS ni?

Kat Asrama, tv pun takde, terpaksa pecah masuk bilik tv sekolah sebab nak tengok World Cup.

Menu dewan makan, aku rasa atas sebab keterpaksaan makanan dalam tray biru tu habis kalau tak mahu kelaparan nanti.

Tempat tidur? Nasib la siapa yang dapat katil yang kipas dindingnya sudah rosak atau bilahnya ynag sudah patah-patah. Locker kayu tu pulak, lagi selamat letak duit bawah bantal dari letak dalam locker tu, kalau nak rasa selamat, kena beli pad lock sendiri. Boleh tahan lama kalau tak kena kopak sebab ada orang nak sebat makanan, ataupun spotcheck.

Budak laki macam aku ni pulak, tengok budak perempuan macam alien, kalau kena jalan sorang-sorang melepasi atau melintasi sekumpulan budak perempuan, mesti ada rasa kupu-kupu terbang dalam perut, silap hari bulan kalau ada sakit jantung mungkin boleh pengsan tiba-tiba, bila suruh cakap kat depan kelas, terketar-ketar, rasa nak habiskan secepat yang mungkin, sampai entah apa yang di mumblingkan kat depan pun tak tau, tapi bila dalam kelompok yang ramai, lagak mengalahkan samseng lagi.

Bilik air pulak, selalu tersumbat, sampai bertakung-takung air, shower head pun dah hilang, kadang-kadang air laju, kadang-kadang air slow, kalau malam-malam menyeramkan pulak. Hahahaha...

Cikgu-cikgu pulak, banyak yang masih ikut method biasa. Selalunya membosankan. Untung dapat cikgu-cikgu macam Pn Elina, Cikgu Jeman, Cikgu Sudarmi, Cikgu Syawal, Ustazah Normala sekadar menyebut beberapa nama, yang mengajar merentasi silibus, kurikulum dan di luar kaedah yang biasa.

Jadi apa yang best sangat SMKAKS ni?

Fast forward 15 years dari 19 Jun 1994.

Petang-petang minum kopi, masih lagi bersama sahabat-sahabat yang pernah satu dorm, satu kelas dan paling tidak pun pernah berkongsi satu dewan periksa walaupun sudah lebih 11 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Bukan sekadar angkatan rakan sebaya aku sahaja, aku tengok batch lain pun, seperti Bro Idi & the gang, X-SMAS, batch Che Poon, Batch Napis, (sekadar menyebut beberapa nama) masih lagi berhubungan dan bertemu sekerap mungkin selepas tamat sekolah.

Mungkin berkat nasyid Rabitah Hati yang kami selalu lagukan itu agaknya.

Selamat Ulang Tahun ke 15 kepada semua SMKAKSian di mana jua kalian berada.



P.S: Sedikit fakta mengenai Rabitah Hati:

1) Kata-kata yang terkandung dalam liriknya dipetik dan diekstrak dari Al Ma'thurat himpunan doa-doa dalam satu buku kecil.

2) Di bawa masuk dan diperkenalkan di SMKAKS sekitar tahun 1995 menerusi perpindahan pelajar-pelajar SMAS (SMKA Selangor di Kajang ~ batch Ros Iryani, Hafizul Bard dan rakan-rakan) ke SMKAKS.

3) Menjadi ritual setiap kali selepas sembahyang fardhu, selepas ceramah dan kuliah agama, dan program-program di Musolla.

Thursday, June 4, 2009

Entah

Dah berhari- hari rasanya aku tengok blogger dashboard ni, tapi dengan minda kosong. Tak tau apa yang hendak dicoretkan, dimuntahkan, diinzalkan.

Idea ada banyak dalam kepala hotak, tapi tak dapat dituliskan, tak dapat ditumpahkan di atas ruang putih ini. Ada yang hilang begitu saja. Rugi. Macam orang tengah datang nafsu syahwat, tapi tak boleh dipancutkan.

Hahahaha...!

Sarah Afiqah semalam dah genap setahun, maknya pula tengah menunggu masa untuk pengeluaran produk syarikat kami, Asyran dan Elya Sdn Bhd yang kedua. Yang kedua ini orang Inggeris kata, accident. Orang kita cakap, eksiden. Tak seng-haja kata orang dulu-dulu.

Tapi begitulah adanya kehendak kita dan kehendak Allah. Rancangan kita dan rancangan yang Maha Merancang. Tahu-tahu tambah lagi satu. Tahu-tahu saja ada peluang lain datang mengintai untuk menambah rezeki kita.

Bila peluang itu datang mengintai, sekaligus meletakkan kita di satu persimpangan. Apabila jalan yang kita lalui sebelumnya penuh dengan liku dan ranjau berduri, mungkin senang bagi kita untuk memilih untuk bertukar arah di persimpangan itu jikalau jalan yang ditawarkan di persimpangan itu bertar macadam lagi lurus buatannya.

Apa pula jika jalan yang kita lalui sebelumnya biasa dan baik-baik saja, agak selesa bagi kita, dan kita tiba di satu persimpangan yang kita tidak tahu bagaimana pula bentuk rupa permukaannya.

Apa pun keputusan harus di buat dan bersedia sahajalah dengan akibat dan ganjarannya.

P.S: "Rancang dengan apa yang ada ditangan... bukan yang kita angan-angankan.." Ulang tahun 15 tahun SMKAKS (19 Jun 1994 ~ 19 Jun 2009) dah dekat, sahabat-sahabat, buat barbeku lagi??

Saturday, May 16, 2009

Kenangan Bersama Che'gu - 10 Teratas

Ini adalah antara 10 memori aku yang paling teratas mengenai apa-apa yang aku ingat tentang cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari aku tadika sampailah aku tamat program ijazah aku di universiti. Memori ini sama ada berbentuk dialog yang dituturkan atau situasi yang berlaku secara langsung atau tidak langsung antara aku dan cikgu-cikgu aku.

10. Cikgu Rokiah Saad - Cikgu Sejarah yang damn...

Cikgu ? : "Asyran ni, tegas orangnya bla..bla..bla.."
Cikgu Rokiah : "Ha'ah, dia ni dalam kelas saya memang baik sangat, seronok mengajar ... bla..bla.."

Dialog ini kedengaran tatkala aku berdiri di rostrum, menjadi MC buat kali terakhir di perhimpunan pagi pada minggu-minggu sebelum demam SPM bermula, setelah aku menyound direct budak-budak yang tak reti diam dalam barisan, sebelum tugas sebagai pengawas sekolah diserahkan kepada pimpinan baru tingkatan 4.

9. Cikgu Norazah Asari - Cikgu Matematik Tingkatan 3 aku yang damn jugak...

Cikgu Norazah : Asyran! Macammana kamu boleh dapat C ni? Kecewa saya... kamu ni saya harapkan dalam kelas ni... (dengan nada sebak)

Apabila kertas percubaan PMR aku hanya dapat C untuk subjek dia, begitu kecewa beliau dengan aku, siap nak nangis sound aku... walhal yang aku hanya rasa, ialah rasa best bila dapat duduk dekat-dekat dengan cikgu kesayangan aku...hehehe..

8. Cikgu Nor Azman Abdul Aziz aka Jeman - Cikgu Geografi masa aku Tingkatan 2, juga merupakan Cikgu Pengakap aku yang paling best dan happening.

Budak-budak pengakap perempuan : "Cikgu..dia cakap dia nampak Abang Asyran dengan kawan dia mengendap orang mandi..."

Cikgu Jeman : "Heheheh... budak lelaki macam tu lah.... Eh, kamu dah letak bedak dalam khemah ni belum sebelum kamu lipat? Nanti bau hapak karang."

Ketika ini baru sahaja pulang dari satu perkhemahan Pengakap di Sek Men Keb Seri Desa Tg Karang dan aku berada di tepi tangga sebelah stor pengakap, sedang dalam perjalanan turun untuk ke stor menghantar payung besar, setelah mendengar budak-budak perempuan memperkatakan tentang kejadian paling tak best dalam hidup aku kepada Cikgu Jeman, aku terus sahaja meletakkan payung tersebut di atas tangga dan meninggalkan tempat tersebut secepat mungkin.

7. Cikgu Shamsinar - Cikgu Prinsip Akaun untuk Kelas Aliran Perdagangan dan Agama merangkap jurulatih pasukan bola jaring sekolah.

Aku : "Wah korang, masa tempat ni semak-samun, takda siapa pun nak main ke, berlatih ke kat sini, sekarang dah tak semak, dah jadi padang, senang-senang je korang nak amek tempat kami main ya??? Pergi la kat padang besar sana nun, punya banyak tempat nak training kat sini jugak nak menyibuk" Sambil aku mengangkat tiang gol bola jaring lalu menghumbankannya ke dalam longkang yang berdekatan.

Budak-budak bola jaring : "dah kami datang sini dulu tadi.. nasib la.."

Aku : "ahh..kita main je sini, kena rembat ke apa ke nasib la kan??..."

Cikgu Sham : "Kamu cari la tempat lain nak main bola, diorang ni ada tournament nanti.."

Aku : "Eh? Apa pulak cikgu, tiap-tiap petang kami main sini dari tempat ni semak dulu dah jadi padang, takkan nak bagi macam tu je?! Suruh la diorang carik tempat lain nak berlatih.."

Cikgu Sham : Pek! (bunyi pipi aku kena lempang)

Tak pasal kena lempang sentimental dari Cikgu Sham, walaupun tak sakit tapi mampu buat aku terkesima. Akhirnya kami berpindah tempat main di belakang Dewan Makan, sampai sakit-sakit badan tercucuk batang-batang daun lalang yang kasar lagi runcing. Malam tu masa prep dapat kek coklat dari Cikgu Sham yang agaknya menyesal kot melempang aku. Esoknya, selepas salam Solat Asar terus je kami terpacak dekat padang kecil tu.

6. Cikgu Esah Md Noor - Cikgu Matematik sekolah rendah
Sebelum perhimpunan pagi, aku beratur bersembunyi di belakang pelajar lain sambil menundukkan muka. Sebab mata sebelah aku lebam. Sekali dia perasan, dia datang dekat.

Cikgu Esah : "Kenapa mata awak ni Asyran, bergaduh ke? Lebam ni..."
Aku : "Takde ape la cikgu..."
Kawan aku : "Dia kena baling dengan pemadam papan hitam cikgu.."
Cikgu-cikgu lain pun datang dekat, sebab aku beratur depan sekali, sekaligus menarik perhatian cikgu lain untuk mengambil tahu sama.
Cikgu Esah : "Hah? Kena baling dengan duster? Sapa baling..?"
Aku: "Ustazah sekolah petang..."
Cikgu Esah : "Eh mana boleh baling-baling macam tu je, kalau kena mata, tak ke rosak mata budak ni.." , dia cakap dekat Cikgu Mat Kasim.

Pendek cerita, pasal aku dengan geng-geng jadi kacang hantu pergi kacau budak-budak perempuan tengah buat latihan nasyid. Sudahnya, aku yang berdiri di muka pintu, tak sempat mengelak dari duster kayu yang melayang tepat ke mata kiri aku. Cikgu Esah memang best, last jumpa dekat kenduri rumah Pian beberapa bulan lepas, dia masih ingat aku lagi.

5. Cikgu Sallehudin - Cikgu Kimia sementara kami semasa di penghujung tingkatan empat merangkap jurulatih pasukan bolasepak sekolah.

Cikgu Salehuddin : "Hah, apa kamu buat dekat sini?"
Aku dengan Labu : "hehe..tengok tv cikgu.." Masa ni kami sedang menyorok di balik pentas kayu dan white board. Sekali kantoi jugak.

Lepas tu Cikgu Salehuddin meninggalkan kami terpinga-pinga dalam bilik tv sekolah, jam 11.00 malam. Ingatkan nak marah ke, nak sound ke, nak halau ke, last-last Labu pergi dalam jumpa cikgu, cakap mintak maaf sebab ceroboh bilik pasal nak tengok tv. Sekali dia cuma pesan, jangan sampai ada barang hilang, setakat nak tengok tv tu, dia paham katanya.

4. Cikgu Hayati - Cikgu Bahasa Melayu aku masa tingkatan dua dan lima.

Aku menoleh kepada Ajid yang berada di belakang untuk sebab yang aku dah tak ingat.

Cikgu Hayati: "Asyran! Yazid! Kamu berdua tu dah la tak lulus subjek ni, SPM dah nak dekat, cubalah bagi perhatian sikit bila saya mengajar dekat depan ni!"

Padahal aku dapat 8, Ajid yang fail miserably dalam percubaan SPM. Pasal karangan keluar tajuk dan salah format. Sampai sekarang aku dengan Ajid masih tak puas hati yang soalan tu sebenarnya vague, dan boleh didebatkan, suruh buat karangan cerita ataupun buat surat tak rasmi?

3. Ustaz Ghazali Omar - Tak pernah mengajar aku secara formal di kelas, cuma beliau adalah ustaz yang selalu memberi kuliah selepas Maghrib di musolla.

Ustaz Ghazali : "Masya allah.. Asyran, ni apa lukis gambar lagha, dari pegang gitar baik lukis macam ni.."

sambil mengambil pen aku lalu mengalter gambar Kirk Hammet yang aku lukis atas fail aku yang sedang goreng gitar menjadi seorang tentera jihad yang pakai serban dan memegang sepucuk senapang.

2. Cikgu Zulkifli Salleh - Cikgu Kemahiran Hidup dari tingkatan satu hingga tiga.

Cikgu Zulkifli : "Rashid, apa unit untuk kapasitor?"
Aku : "pstt..farad..farad.."
Rashid : "Hmm? ok .. arr faraj cikgu.."
Cikgu Zulkifli: "Apa?? (sambil menahan ketawa) Kamu ni Rashid, buat malu kampeni je la... sebut orang punya buat apaaa???"

Satu kelas budak lelaki yang ambil KMT gelak. Kecuali 6 orang budak perempuan yang tough enough untuk ambil elektif KMT, tertunduk dan tersipu-sipu malu.

1. Ustaz Khaspi - Warden asrama.

"Kita minum sampai mabukk!!!"

Jerit Ihsan dekat dewan makan masa minum malam sambil mengangkat tinggi cawan berisi teh manis gila Pak Long dan melenggok-lenggokkan badanya lagak orang mabuk. Lalu di sambut dengan laungan "Yeahh!! Minum sampai mabuk!!!"

tiba-tiba..

Ustaz Khaspi : "Ya Ihsan... Minum sampai mabuk ya? Kamu semua mari sini sekejap yaa?"

Agak-agak dekat 30 minit jugak kami terpaksa dengar ceramah Ustaz Khaspi sambil berdiri dekat luar dewan makan tu malam tu. Letih..letih...

Tapi apa jua sekalipun kenangan, sama ada pahit atau manis, mereka yang pernah mengajarkan kita walaupun satu huruf tetap perlu kita angkat dan hormat kerana mereka adalah guru yang mendidik kita agar menjadi insan yang lebih sempurna.

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Wednesday, May 13, 2009

Dulu-Dulu

Petang tu aku tengah main video game dekat dalam rumah. Alah, time video game pakai cartridge tengah meletup-letup di pasaran mengalahkan game dua kupang dekat kedai video game arked Chee Kong dekat Sekinchan.

Aku tengah main Mario Brothers masa tu. Mario baru nak lompat tinggi sampai dekat tiang bendera.

Tiba-tiba datang pulak sepupu aku sebelah bapak tiri aku datang mengendeng dekat sebelah. Dia nak main Rambo. Sebenarnya tajuk game tu seperti yang tertulis di atas cartridge ialah Super Contra.

Aku kata "kejapla...dah nak sampai stage last nih".

Dia tak makan saman, selamba kodok je dia eject cartridge game Super Mario yang aku tengah main tu. Dekat tv dah tak ada gambar, tinggal warna biru je.

Muka aku pun dah jadi biru campur-campur hijau.

Aku pergi dapur ambik parang, aku jerit kat dia, "Hoi dah menumpang buat la cara menumpang!!" Sambil menghayunkan parang yang masih bersarung kat atas kepala dia.

Nasib baik kau sempat elak Jamil, kalau tak...

Sepupu aku tu, berlari macam tak cukup tanah, ke bawah dan aku kejar sampai aku penat. Sampai dia hilang dari pandangan mata.Aku naik balik ke rumah, nak sambung main game, tapi tukar game lain pulak kot, main Super Contra.

Tangan aku masih menggigil pegang parang, perlahan-lahan aku letak kat bawah almari dapur.

Dah nak dekat maghrib, bayang Jamil tak nampak lagi. Mana pulak dia lari? Takkan balik rumah dia dekat Pasir Panjang nun? Jauh tu, boleh pitam kalau jalan kaki dari Sungai Burong ni.

Tiba-tiba mak aku balik dengan bapak baru aku.

Tak sempat mak aku nak perasan sendiri, adik aku dah repot dulu sama dia. "Jamil dah lari" kata adik aku. Mak aku tanya macam-macam apa aku dah buat, seperti biasala, anak yang 'sangat soleh' mana nak mengaku kesalahan. Semua aku salahkan si Jamil.

Tapi mak aku tak percaya, sekali aku menyirap, kenapa mak aku sendiri tak percaya aku. Aku pandang mak aku satu macam. Sekali aku tanya, "kenapa mak nak menangkan dia, dia bukan anak mak pun.."

Pang! Pang! Pang!

Triple paddle aku kena pelempang tunggal mak aku maghrib tu. Bapak baru aku tengok dari jauh je, tak mau campur hal anak beranak. Aku jatuh dekat lantai, pipi rasa macam Tembok Besar Negeri China. Ada air mata bertakung dekat mata aku.

Lepas tu mak menangis. Menyesal lempang aku kot? Tak pun kecewa dengan aku? Entah.

Tapi lepas sembahyang maghrib, bapak aku ajak aku dengan adik-adik aku cari si Jamil, lepas tu nak beli sate katanya.

Sepanjang jalan, tak nampak pun si Jamil kot-kot ada berjalan kaki, dah sampai Sekinchan baru nampak satu susuk tubuh yang kami kenal. Betul-betul rupanya dia nak balik rumah dia dekat Pasir Panjang nun.

Sampai rumah, lepas kenyang terlentang makan sate, kami pun dah lupa dah hal tu, sambung main game Super Contra sama-sama. Main mode 2 players. Main cheat ambik 30 nyawa.

Tapi pelempang mak walau tak berbekas lagi dekat pipi, dekat hati masih berbekas. Tapi biarlah dekat hati aku je yang berbekas, jangan dekat hati dia.

Sebab kalau dia hidup lagi, bolehlah nak minta maaf.. dan bolehlah aku belikan dia apa yang dia nak pada 8 Mei lepas sebab tarikh tu hari jadi dia.

Selamat Hari Ibu mak. Semoga mak aman di sana ya?

Kepada Semua Liverpudlian



Saya mesti beli!

Tuesday, May 12, 2009

Macam-Macam Hal

Panas. Sudah dekat dua minggu cuaca begitu panas sekali. Siang sudah semestinya panas, nak-nak waktu tengahari, teriknya bukan main. Kadang-kadang nak keluar atas urusan kerja pun boleh tertunda, akibat malas bergerak di bawah terik mentari. Malam pula, terpaksa berlenggeng dan tidur atas lantai, akibat bahang panas yang dirasakan, mungkin sikit hari lagi satu unit penyaman udara terpaksa di beli untuk menyelesaikan masalah ini.

Tu belum matahari terpacak sejengkal atas kepala dekat mahsyar nanti. Heh.

Iklim politik tanahair pun tak kurang panasnya. Isu Kerajaan di Perak pun belum nampak jalan penyelesaiannya. Kalau tak kerana katak-katak 3 ekor yang maruah letak dekat bontot kalau melompat kerana wang, kalau rasa berani berjuang letak bawah kaki kalau melompat kerana di peras ugut, aku rasa Perak masih lagi aman ber'Menteri Besar'kan si Nizar tu.

Tak lupa kalau tak kerana campur tangan pihak istana menamakan seorang lagi MB tatkala hujung pangkal MB yang lama masih belum selesai di urus, masih lagi kabur, aku rasa Perak masih lagi aman dan struktur daulahnya masih lagi utuh dan banyak masalah rakyat dapat ditangani.

Sekarang, rakyat pula dipaksa menonton drama ala SpaQ kes siapa sebenarnya MB Perak yang sah. Nizar menang kes mahkamah, si Zambry pula cabar, so on and so on. Tak ada kerja lain agaknya orang Perak ni, nak kena tengok drama hari-hari. Bubar saja DUN, bentuk kerajaan baru, jangan jadi seperti kera mendapat bunga. Negeri yang elok lagi sejahtera jadi kelam kabut sebab ada dua pihak berebut kuasa.

Macam orang bangang lagi tak ada akal dan tatasusila bila tengok gambar-gambar peristiwa yang terjadi dalam DUN di Perak tempoh hari.

Hasilnya, dah berbulan-bulan aku tak baca suratkhabar, tak tengok berita di tv. Maksud aku suratkhabar seperti Utusan dan Berita TV seperti Buletin Utama. Sinar Harian kadang-kadang di beli dan di baca.

Itu cerita di Perak. Minta dijauhkan daripada berlaku di Selangor dan tempat lain, begitulah jadinya kalau tidak berhati-hati memilih pemimpin. Kepada pimpinan PR pula jangan salahkan pihak lain berlakunya kejadian seperti ini, elok periksa saf kepimpinan anda, takut-takut banyak lagi api dalam sekam semacam 3 ekor pocong yang melompat-lompat mendapatkan tuan baru mereka.

Pedulikan.

Cerita fasal bola. Di peringkat domestik, saingan liga super agak sengit namun begitu harap-harap Perlis membuat silap dan Selangor terus mencatatkan kemenangan, supaya Liga Super dapat dirangkul dalam musim ini kerana sejak diperkenalkan pada tahun 2004, Selangor belum lagi dapat memenanginya. FA Cup sudah berada dalam genggaman, Piala Malaysia dan Liga Super harus di buru untuk mengakhiri musim dengan penuh kegemilangan. Harap-harap banyak lagi perlawanan yang dapat saksikan di stadium musim ini. Agak banyak juga perlawanan penting terlepas kerana kesibukan dan lantaran keadaan isteri yang sedang sarat ditambah pula dengan Sarah yang masih lagi terperanjat dengan jeritan gol yang menghalang aku untuk kerap berkunjung ke stadium.

Di pentas antarabangsa, Liverpool, pasukan yang aku ikut perkembangannya sejak 1995 dan terus menyokong secara serius sehingga kini, terus mencatatkan kemenangan dalam margin yang tinggi sejak bertemu Chelsea di suku akhir kedua Liga Juara-Juara, untuk terus menghambat United sehingga secara ke perlawanan yang terakhir. Walaupun begitu aku rasa, kejuaraan akan terus menjadi milik United, kerana meraka hanya perlu 4 mata dari 3 perlawanan yang menyaksikan Wigan, Arsenal dan Hull City menjadi lawan mereka nanti.

Kecualilah ada keajaiban yang berlaku.

Walaupun berkemungkinan kabinet trofi akan kosong lagi untuk the Reds musim ini, aku berpuas hati dengan prestasi pasukan di bawah Program Rafalution setelah 5 musim mengendali skuad ini, Rafa Benitez telah menghasilkan pasukan yang bermain cantik seperti Arsenal dulu dan juga 'ruthless' di depan pintu gol, mungkin hanya satu dua pemain perlu di bawa masuk musim depan bagi memperkuat jentera serangan terutama di bahagian sayap, lebih-lebih lagi apabila menghadapi pasukan yang datang ke Anfield berbekalkan satu pelan tindakan sahaja, iaitu menggunakan taktik 10-0-0!

Untuk Piala Eropah pula, perlawanan akhir pasti menyajikan perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan adalah pendahulu di liga masing-masing. Barcelona mendahului La Liga dengan 8 mata di atas Real Madrid manakala United yang mempunyai 1 perlawanan di tangan mendahului Liverpool dengan 3 mata. Memang sajian bermutu untuk peminat bola di seluruh dunia.

Harap-harap Barcelona menang, kerana belum pernah di buat orang penyokong Liverpool mendoakan kesejahteraan untuk United!

Sigh!

Mengantuk, masuk tidur dulu lah...

Wednesday, May 6, 2009

Sekaki Payung Merah Jambu - Versi Yang Boleh Bagi Kamu Senang Faham...Heh

Gilalah!

Bosan ya amat hari-hari duduk dalam bekas empat segi warna putih ni. Hari-hari aku terpacak, duduk diam di sini, tiada siapa peduli.

Kecuali bila tiba-tiba hujan.

Kadang-kadang, rasa macam pelacur. Duduk diam bersama yang lain, tunggu pelanggan datang, bezanya, aku tak dapat menggoda, memujuk dan merayu prospek pelanggan aku. Bila mereka perlu, mereka tanggal bajuku dengan rakus, bogelkan aku, basahkan aku dengan air mereka. Err.. maksud aku air dari langit.

Bila sudah tiada lagi air yang turun, mereka campak aku kemana-mana, tepi rak kasut, belakang kereta, dalam semak. Atau gantung aku tak bertali. Itu kenalan aku yang cerita, 2 bulan lepas, yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba duduk sebelah aku dengan badan basah kuyup, membebel tak henti-henti bercerita perihal buruk tuannya. Aku pun sebenarnya tak faham langsung apa yang dibebelkan.

Untung aku tercampak ke sini. 24 jam ada manusia datang berkunjung, siap ada penghawa dingin lagi. Dulu masa aku mula lahir, belum sempat apa-apa, aku sudah ditimbunkan bersama-sama adik beradik, sepupu sepapat yang lain, aku fikir aku mahu ditanam hidup-hidup. Seterusnya yang aku ingat aku berhimpit-himpit dalam ruang gelap dan sedar-sedar akhirnya aku tercampak ke sini.

Bosan...

Sudah hampir 8 bulan aku berdiri di sini, rakan-rakan, adik-beradik yang lain sudahpun meninggalkan dunia yang 24jam terang benderang ini bersama-sama tuan baru mereka dan tidak pulang-pulang. Aku tertanya ke mana mereka pergi sebenarnya?

Hinggalah suatu hari.

"Awak! Cutenya payung pink tu...."

"Cute apa kejadahnya, payung je pun..."

"Cutelah! Sebab dia kaler pink, everything in pink is cute!"

"Cheh...cute lagi tapak kaki saya..."

"Huh..tak best betul la awak ni! orang cakap kiut je.. support la sikit.. bukannye nak suruh beli kan pun! apa la!!"

Dua manusia bertelagah. Aku kira mereka memperkatakan aku. Aku jadi tak keruan. Buat kali pertamanya manusia sedar kewujudan aku dan memuji-muji diriku ini. Hampir terkena sawan tarik aku tadi seraya mendengar pujian sebegitu.

Aku lihat kelibat gadis bersuara lunak yang memujiku tadi menjauh. Hilang dia dari pandanganku. Merajuk barangkali. Yang tinggal di hadapanku, lelaki tadi yang mengutuk aku seenaknya. Ya, yang kononnya tapak kakinya lebih comel dariku itu! Dia memerhati aku dengan tekun. Menyesal mungkin dengan kenyataannya tadi. Aku sudah berkira-kira hendak mencanang berita pada rakan-rakan gossip..

"Ada orang cakap aku cute lah!! lalallalala..".

Aneh, dia masih pegun di situ.

Aku jadi kaget.

Pandangannya tajam.

Habislah aku!

Perlahan-lahan dia mara merapati aku, aku sudah hilang arah, namun aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Pasrah. Maria-marianna. Eh apa aku mencarut?

Aku digenggam erat. Tangan kasarnya menyinggahi kakiku yang tidak dibaluti seurat benang pun. Belum pernah lagi tubuhku ini disentuh manusia secara langsung. Aku jadi seram sejuk, syahwat aku tiba-tiba datang. Aku diangkat meninggalkan ahli keluargaku, sahabatku, rakan-rakan segossipanku yang lain.

Prapp! Aku diletakkan di atas meja putih. Belum sempat aku mengembangkan syahwatku ini menjadi satu klimaks, satu tembakkan cahaya merah pula mengenai tampalan yang sudah lama berada di atas badanku.

Sah! I don't belong here anymore. Tiada lagi hawa yang dingin, tiada lagi kawan-kawan untuk bergossip. Perlahan-lahan aku di bawa olehnya keluar dari tempat ini.Kini hanya tinggal aku dan dia.

Aku digenggamnya erat di belakang badannya. Seperti menyorokkan aku dari pandangan orang lain. Seperti aku ini membawa malu dan cela padanya.

Tiba-tiba lelaki itu menyapa seseorang.

"Awak, dah siap semayang?"

"Dah, awak belum kan?"

"Belum, tapi jagakan barang saya kejap boleh?"

Lelaki itu mengalih aku dari balik tubuhnya. Aku terasa badanku seakan melayang dan eh.. gadis tadi!

Aku lihat ada riak terkejut pada wajahnya. Ada genang air di tubir matanya. Ada nada sendu pada suaranya

"Terima kasih awak!"

Monday, April 27, 2009

Hari Tua Aku

Hehehe.

Hari ini hari tua aku. 28 tahun lepas, tarikh ini, aku selamat melihat alam fana ini, setelah keluar dari alam rahim arwah mak aku.

Banyak benda yang aku nak capai tapi belum tercapai dan harap-harap jam kehidupan aku belum hendak berakhir lagi.

28. Hmmm..... tak apa, masih boleh dikategorikan, "Dalam lingkungan 20-an"

Hehehehe...


Semalam.

Semalam kenduri kawan sekampong, Encik Faiz, aka Black, aka Bekas Porn King Tanjong Karang. Hahahahaha.... Dapat jumpa muka yang sungguh lama aku tak nampak, Encik Hishamuddin aka Mat Obe. Dah jadi cikgu dah dia. Cik Shadia Samingan pun ada. Semua budak-budak sebatch aku di SMKAKS dulu. Fais Shahril pun ada. Yang lain, muka-muka wedding crashers yang biasa. Hehehehe...











To black, May Happiness be with you two forever, ok?

To aku, Happy birthday!

Tuesday, April 21, 2009

Jelajah Malaysia Timur - Destinasi Bajet Lari - Sambungan


Gambar dari N95.

Seawal jam 5.45 pagi orang rumah aku sudah bangun mengintai keadaan di luar, mengintai Encik Gunung Kinabalu yang bertelanjang bulat tanpa diselubungi awan. Aku masih lagi berlingkar di dalam gebar, sejuk hingga terasa ke tulang sum-sum walaupun tiada penghawa dingin.

"Apa ni, air cond pun takde", komplen aku semasa mula-mula masuk ke dalam bilik. Bila dah duduk, dah tinggal, dah tidur baru aku tau penangan iklim di Kundasang.

Aku bangun perlahan-lahan, takut Sarah terjaga sekaligus menganggu keheningan asmara antara aku, dia dan encik Gunung Kinabalu.

Jam 6 pagi menonton Gunung Kinabalu secara live! Hehehe...


Milo panas bersama Pall Mall biru tersepit di jari, terasa sungguh syahdu bila berdua-duaan di atas beranda, menghadap dan menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Gunung ke 2 tertinggi di Asia Tenggara (kalau ikut wikipedia lah..) dan ke 20 di dunia, yang aku belajar tentangnya dalam matapelajaran Alam dan Manusia di sekolah rendah dan Geografi di sekolah menengah, kini betul-betul berada di hadapan mataku.

Kos setakat ini : Priceless!!!

Sarah dah bangun, enjoying the view with her.

Menjelang jam 8 keadaan mula berawan atau berkabus tebal, dan hujan mula turun. Selepas keadaan reda, kami mula turun meninggalkan penempatan kami di Kinabalu Pine's Resort untuk berangkat pulang ke KK.

Berat sungguh hati kami untuk meninggalkan Kundasang. Mungkin di lain masa, aku akan datang lagi ke sini jika diizinkan tuhan.

Sebelum berangkat pulang.

Jam 10 kami pun meninggalkan Pine's Resort untuk ke Kinabalu Park. Di Kinabalu Park setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 seorang, dan RM 1.00 untuk yang berumur bawah 18 tahun sebagai bayaran pemuliharaan (conservation fees). Kami memandu jalan yang berliku dan sempit, terpaksa memberi laluan kepada kereta lain di beberapa bahagian jalan sebelum dapat sampai ke Timpohon Gate.

Gambar propa. Tak sampai pun dekat tempat yang ditunjuk. Saja mau eksyen.

Setelah menjarah kawasan sekitarnya, kami pun turun dan bergerak pulang ke Kota Kinabalu.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sekali lagi di Gerai Pekan Nabalu untuk membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang.

Setelah terlajak ke Penampang, kami berpatah balik mencari jalan untuk ke One Borneo yang dikatakan gah itu. Setelah sampai, One Borneo memang kelihatan gah dengan kedai-kedai berjenama mewah namun, tidak begitu ramai pengunjungnya, mungkin kerana hari itu bukan hari minggu One Borneo kelihatan lengang sekali. Oleh kerana perut masing-masing kelaparan, kami makan tengahhari di jam 4.00 di Pizza Hut yang lampu-lampunya sekejap hidup sekejap padam.

Kemudian kami bergerak ke KK, pusing-pusing bandaraya, membuat urusan bank dan terus ke Promenade Apartment.

Sementara menunggu makan malam yang akan ditaja khas oleh Encik Emon, aku dan orang rumah berjalan kaki mencari Kedai Jamilah yang dikatakan menjual barang perhiasan khasnya mutiara dengan harga yang berpatutan. Setelah bersusah payah mengharungi kaki lima yang dipenuhi manusia yang menjual pelbagai barangan dari rokok pelbagai jenama yang tak pernah didengari hinggalah ke DVD-DVD pelbagai genre dan tajuk dimana DVD nya tidak kelihatan, ianya harus dipesan terlebih dahulu, barulah kami menemukan Kedai Jamilah tersebut. Malangnya, walaupun tanda di pintu masih lagi "BUKA" namun pekedai tersebut meminta kami untuk datang kembali jam 9.00 pagi esok, kerana kedai sudah mahu ditutup katanya.

Orang rumah pulang dengan perasaan hampa, aku pula tak sabar nak melahap seafood!

Tepat jam 8 malam Encik Emon pun datang bersama beg duit yang tebal, bersedia menjamu kami di Garden Seafood, somewhere near Putatan I think, untuk santapan makan malam kami yang terakhir di KK. Di sini kami di jamu dengan pelbagai menu yang menyelerakan (Siput Tarik aside! hehehe) seperti Payau (Daging Rusa Liar), Butter Prawn, Tauhu Goreng, Sayur Manis atau Sabah Vege dan Soft Crab. Beberapa artis Hong Kong dilihat melintasi dan pengunjung-pengunjung restoran berbangsa Cina menyerbu mereka dengan telefon berkamera masing-masing.

Tersandar macam beruang berkat duit minyak Petronas. Hahahaha...!


Selepas berterima kasih kepada tuan rumah, kira-kira jam 10 kami pun pulang dengan perut yang gembira. Thanks Emon, lain kali aku datang, belanja makan Sayap Ayam Tg Aru pulak ya bah?

Selepas sampai di hotel penginapan, aku dan Opi ke sebuah spa yang berdekatan untuk sesi urut dan refleksologi. Urut satu badan selama 1 jam campur setengah jam refleksologi sebanyak RM 60 aku fikir sangat berbaloi. Di KL full body massage satu jam pun mau dekat RM 80 satu sesi. Masa buat refleksologi rasa macam mahu kutendang-tendang saja muka mamat yang urut aku itu, sakit bukan main! Banyak penyakit aku rasa. Heh..

Esok pagi, sebelum pulang, kami ke Pasar Filipina, Kedai Jamilah dan gerai-gerai berdekatan untuk membeli beberapa barangan dan cenderamata untuk di bawa pulang. Penerbangan pulang kami dijadualkan pada pukul 2.05 petang, dan alhamdulillah cuaca amat baik sepanjang penerbangan dan yang penting Sarah Afiqah yang kepenatan tidur sepanjang perjalanan. Tak perlu lagi aku kelam kabut menenteramkan dia seperti dalam penerbangan ketika perjalanan datang ke KK tempoh hari! hehehehe....

Ada rezeki lagi, aku akan datang ke sana lagi bah!

p.s: tak dapat jumpa minum-minum dengan blogger terkenal, encik LM, dah sampai KL, baru baca email beliau, lain kali ada rezeki kita jumpa ya bah? Heh

Gambar di Facebook.

Wednesday, April 8, 2009

Jelajah Malaysia Timur - Destinasi Bajet Lari

Rabu lepas aku dan keluarga bersama adik-beradik terbang ke Borneo, Malaysia Timur, Sabah, Negeri di Bawah Bayu, panggil apa saja gelaran yang kamu suka, untuk bercuti-cuti Malaysia, sebagai menyahut seruan diri sendiri untuk menakluk semua negeri di Malaysia supaya boleh bergelar 'A true Malaysian' - Orang Malaysia yang sebenar-benarnya. Heh.

Hari Pertama - Rabu 1 April 2009

Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 9 pagi dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke KLIA. Terima kasih kepada En. Marsidi kerana membantu kami menunjukkan jalan mudah ke sana dan memarkirkan kereta aku di rumah beliau. Sesampainya kami di KLIA, kami terus menaiki bas ke LCCT untuk check-in dan boarding. Penerbangan kami akan berlepas pada jam 12.50 tengahhari.

Bajet setakat ini:

Tambang ERL = RM 6.20 x 5 = 31.00 + 3.00 = 34.00
Tambang bas shuttle KLIA - LCCT = 1.50 x 5 = 7.50
Tambang Air Asia untuk 5 orang dewasa + 1 kanak-kanak pergi dan balik = RM 1,060.00
Jumlah = RM 1,101.50

dan oleh kerana kakitangan yang jaga kaunter ERL tu bodoh agaknya tak pun rabun, dia cas juga Sarah Afiqah walaupun dia dah nampak anak gua tu umur tak sampai pun setahun. (Di kira sebagai kanak-kanak adalah antara 2 hingga 12 tahun)



Jam 12.50 penerbangan kami bermula dan 2 jam 30 minit kemudian, kami semua selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu Sabah. Sampai saja di Terminal 2, kami mengambil teksi berbentuk van Toyota Avanza kerana jumlah penumpang dewasa melebihi 4 orang, dan dengan jumlah tambang RM 28.00 kami menuju ke Promenade Apartment.

Pada mulanya aku menyangka apartment kami akan menghadap Laut China Selatan, rupa-rupanya ada pula bangunan Kondominium Marina Court yang menghalang pemandangan syahdu aku ke Laut China Selatan. Cisss....

Setelah mendapatkan kunci bilik, kami terus menuju ke bilik yang sangatlah jauhnya kerana kami terpaksa berjalan kaki dari lobi hinggalah ke unit kami yang berada beberapa blok dari lobi tersebut. Selesai membersihkan diri, kami semua turun berjalan kaki ke Waterfront, Pasar Filipina, Warisan Square, Pasar Malam dan CentrePoint yang sangat hampir dengan tempat penginapan kami.

Oleh kerana perbezaan zon waktu, kami semua berasa takjub dan jakun kerana baru saja jam 6.00 sudah kelam kerana sudah masuk waktu Maghrib.




Kemudian En Mohd Hafiz aka Emon pun datang menemui kami, dan membelanja kami makan di salah satu restoran yang terdapat di Waterfront Kota Kinabalu itu. Setelah itu kami semua pun pulang semula ke tempat penginapan untuk berehat.

Bajet setakat hari ini:

Tambang + Penginapan 1 malam di Promenade Apartment = RM 1,101.50 + 28.00 + RM 166.67 = RM 1,296.17

Hari Kedua - Khamis 2 April 2009

Seawal jam 7 pagi (awallah sangat konon!, jam 7 sudah terang benderang bah!) aku menelefon syarikat yang menawarkan khidmat kereta sewa untuk supaya menghantar kereta. Sebagaimana yang dijanjikan, tepat jam 8 kereta pun sampai. Aku menyewa kereta Perodua Myvi yang berharga RM 130 sehari-semalam, dan aku menyewanya selama 2 hari.

Bajet hari ini : RM 260.00

Selepas sarapan, kami semua pun memulakan perjalanan kami ke Kundasang, tetapi sebelum itu kami perlu mengisi minyak terlebih dahulu kerana minyak yang ditinggalkan terlalu sedikit sehingga sudah berkelip-kelip penunjuk petrol pada ruang meter di dashboard. RM50.00 petrol dituang ke dalam tangki.

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa kira-kira 1 jam setengah pemanduan, dan terletak kira-kira 100km dari Kota Kinabalu, perjalanan melalui kawasan tanah tinggi banjaran Crocker yang berliku-liku namun keadaan jalannya amat baik sekali.



Kami berhenti-henti di satu dua tempat kerana ingin mengambil gambar kenangan Gunung Kinabalu yang masih jauh dari pandangan mata. Kemudian kami berhenti di pekan Nabalu untuk melihat-lihat dan membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang.



Kira-kira jam 12 tengahhari barulah kami tiba di Kinabalu Pine's Resort disambut dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu.





Setelah check-in kami keluar sekali lagi untuk mencari makan tengahhari di sekitar Pekan Kundasang. Benar seperti apa yang dikhabarkan makanan di sini agak mahal, setara harganya dengan makanan di Shah Alam atau Kuala Lumpur. Kadar harga satu bilik untuk semalam pula adalah RM188.00 beserta sarapan dan makan malam. Kami mengambil 2 bilik untuk menampung jumlah bilangan kami yang ramai.



Kemudiannya kami berangkat ke Kawasan Air Panas Poring yang terletak kira-kira 30 km dari Kundasang. Setibanya di Poring, rupa-rupanya banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini seperti Canopy Walkway, Air-air terjun dan taman bunga rafflesia selain dari mata air panas yang menyegarkan. Seorang dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00.

Setelah menghabiskan masa beberapa jam berendam di dalam air panas, sambil mendengar bunyi-bunyian mergastua, kami bergerak menuju ke Ladang Teh Sabah terletak kira-kira 16km dari Poring, malangnya, setibanya kami di pintu masuk, masa untuk melawat sudah pun tamat.







Kemudian kami berangkat pulang ke tempat penginapan, sempat juga kami singgah di Pekan Ranau di perjalanan balik membeli makanan tempatan seperti Kuih Taosa (Kuih Tak Usah kami ingatkan pada mulanya), dan Sayap Ayam yang sungguh sedap sekali.

Setelah itu kami pulang ke resort, dengan keadaan awan atau kabus tebal berarak mengiringi kami.

Bajet setakat hari ini: RM 260.00 + RM 50.00 + RM15.00 + RM 376= 701.00
Bajet keseluruhan dari hari pertama = RM1296.17 + RM 701.00 = RM 1997.17

bersambung...

Tuesday, March 24, 2009

Rencam

Minggu Bahagia:

Ini minggu, minggu untuk bergembira dan berfoya-foya untuk aku dan semua saudaraku yang menyokong LIVERPOOL FC di seluruh dunia. 3 kemenangan dalam jaringan besar, membelasah pasukan yang dikatakan favourite, membelasah seteru utama di gelanggang mereka sendiri dan membelasah pasukan yang memburu tempat dalam Champions League dengan 5 jaringan tanpa balas. Stevie G dilepaskan dari tuduhan membelasah orang dan meraikannya dengan jaringan hatrik pertama beliau dalam EPL. Rafa Benitez (or Alex Ferhingusan yang cracking up?? hahahaha!!!) dah pun menandatangani kontrak yang mengikat beliau untuk terus berada di Anfield untuk 5 tahun lagi, dengan authority yang lebih untuk musim akan datang.

Ini minggu juga minggu bahagia bagi yang ANTI MANCHESTER UNITED seperti aku. Kalah lagi pasukan tersebut untuk kali kedua berturut-turut! Kasihan... Imej dua pemain kelab setan tersebut dibuang padang - ScASSholes dan RooNYET - PRICELESS!!! Hehehe... Chelsea pun ikut kalah sama, satu bonus untuk fan the Reds!

Tetapi datang pula international break mengganggu tumpuan dan form Liverpool yang sedang tinggi ini. Harap-harap dapat meneruskan kemenangan untuk mengekalkan tekanan buat pendahulu liga. Tapi tidak apa, bak ungkapan "Form is temporary, Class is permanent!". Next in line will be Fulham.


Politik:

Masa untuk menjarakkan diri dari suratkhabar arus perdana, atau tv arus perdana berikutan Perhimpunan Agung UMNO dan pilihanraya kecil di tiga kawasan. Pasti mengundang jelek dan rasa loya dalam diri.


Cuti-Cuti Malaysia:

Bakal meninggalkan Semenanjung untuk ke Sabah bermula 1 April hingga 4 April. Tak sabar rasa di hati nak tengok banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu dengan mata kepala aku sendiri! Harap-harap cuaca baik dan tiada kemalangan atau kesulitan, amin!


Orang Rumah:

Kandungan dah masuk 28 minggu, alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat, harap-harap sihat-sihat sahaja untuk mama dan cahayamata yang berada dalam kandungan.
Tak sabar nak bagi kawan untuk Sarah Afiqah, hehehehe....


Aku:

Sedang menderita sakit tekak, ulser dekat lidah, nak makan susah, nak ... .... pun susah...hahahaha...!!!! Otot-otot aku rasa sengal, tak tau kenapa. huh....

Thursday, March 19, 2009

Stuck in A Cyber Cafe in Kuantan While Waiting the Drawings to be Endorsed...

...sigh...


Finally, Rafa signed a new contract. What a week!

Wednesday, March 18, 2009

Bila Kau Rasa Kau Malas Untuk Meneruskan Harimu, Bila Kau Mahu Merejam Telefon Bimbitmu Ke Dinding!

"Ko cakap betul-betul! Jangan tipu aku!", Midon atas katil duduk bersila sambil cekak rambut mamat tu.

"Betul bang, tak tipu, sumpah bang.. mana saya ada walkman..."

"Habis kat tangan aku ni apa? Bukan walkman ko?", Pusoy datang pegang sebuah walkman berjenama Sony.

GANG!GANG!GANG!GANG!GANG!

Kepala mamat tu kena hentak pada besi katil.

"Aduhhh bang...sss..sakit..berdarah bang...."

Muka mamat tu berlumuran darah, cuak kejap si Midon tengok darah mengalir di antara pipi dan hidungnya.

"Apahal pulak nak berdarah, aku hentak sikit je! Sini aku tengok.."

"Takde apa bang..jerawat saya je yang pecah..heh..heh...."

Hanya tuhan dan penghuni dorm gelap itu sahaja yang tahu nasib mamat tu malam itu.

*Cerita hanya rekaan tapi berdasarkan kisah benar.

Saturday, March 14, 2009

Minggu Yang Amat Menggembirakan

Pertama, LFC 4 - 0 Real Madrid (5-0 aggregate, mind you!).

Kedua, MANkayU 1 - 4 LFC di Old TrafforDOH pulak tu. 1 tu pulak, penalti je pulak tu...

Alangkah bestnya minggu ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA!!!!!!!!

Thursday, March 12, 2009

Penat

Baru balik dari site visit di Pasir Mas dan Jeli. Penat. Macam kuda lepas berlari 10 round padang lumba kuda.

Pergi melalui jalan darat, bertolak semalam melalui Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu, balik petang tadi lepas melawat tapak di Jeli, melalui Highway Timur Barat-Gerik-Kuala Kangsar-Plus Hiway.

Nasib baik aku tak kena drive. Naik kereta mewah rasa macam bos pulak. Hahahaha....

Tapi serius, aku penat macam lahanat ni.. dah, aku nak tidur.

(hehehehe...dapat buat satu entri....)

Tuesday, February 24, 2009

Aik?

Semalam, pagi aku ke klinik. Check up Sarah. Asyik muntah susu. Minum banyak mana, muntah pun ikut banyak yang dia minum. Sekali tengok macam cerita Exorcist pun ada Sarah muntah. Mama Sarah pun check sekali, ada rezeki Sarah bakal dapat adik tak lama lagi.. lalalala....

Tengah tunggu turn, aku belek-belek la majalah-majalah bahrik kat rak buku tu. Aku ambil satu majalah, Dara edisi September 02. Gila bahrik. Orang banjar kata bahrik, kita kata lama, budak-budak shuffle kata olskool. Ravi kata, sudah tukar kaa sekarangg???

Aku selak-selak sekali ternampak satu tajuk, "Sehari bersama pelajar -(nama aku dah lupa) binti Shahkarda"

Eh, ini nama bapak Alut ni, aku kata kat orang rumah kat sebelah. Tengok gambar, memang ada muka Alut sikit minah tu. Aku baca lagi, dia tulis tinggal di Kg Sg Serdang, Kapar. Sahlah! Memang tak syak lagi, minah tu kakak Alut. Kisah seharian seorang pelajar UiTM. Aku belek sampai habis artikel, ada satu gambar, gambar satu family, tapi gambar Alut takde, ada nota kecil di bawah; "gambar bersama keluarga, Mustaza adik saya tiada dalam gambar kerana belum pulang dari kerja".

Tadi, masa makan bersama En. Cpot di seksyen 7, Cpot cakap, Alut ada call dia 2 hari lepas dengan sms, tapi Cpot tak sempat call balik, aku cakap lepas makan kang ko call la dia. Lepas makan, tup-tup Alut call, bagi perkhabaran yang dia akan di ijab kabulkan hujung minggu ni. Kenduri dia 8 Mac minggu depan di Sg Serdang, dia minta aku sampaikan jemputan pada member-member, katanya no contact member semua dah hilang. Aku pun terus hantar sms jemputan pada geng-geng Paklimen.

Alut..alut, panjang umur ko. Heh.

Thursday, February 12, 2009

Cerhypen

Ajis baru balik dari beli nasi goreng dekat gerai Kak Ina tepi jalan, bawah flat tempat tinggal dia dengan 6 orang kawan-kawannya. Ajis sampai dekat muka pintu, sebelah tangan buka kasut, sebelah lagi menjinjing bungkusan makan malamnya.

Nasi goreng Kak Ina tu bukanlah sedap sangat, saja Ajis pergi situ fasal mau borak sama anak Kak Ina, si Shima yang kiut miut tu. Ajis banyak kali ajak Shima keluar jalan-jalan tapi Shima kata dia tak mau naik motor dengan abang Ajis, sebab abang Ajis pakai motor Honda EX5 je, lainlah kalau pakai 125Z, sekali abang Ajis ajak, seribu kali Shima mau, katanya lagi.

EX5 ok apa? Tak payah pakai minyak tuti. Petrol pun save. Environmental friendly lagi. Tapi pernah sekali dulu Ajis pinjam motor 125Z budak rumah dia, si Apan, dengan harapan dapat bawa Shima keluar jalan-jalan, makan angin tapi tak sampai dua depa, enjin motor asyik mati-mati. Bukan fasal karburator masuk air, tapi Ajis tak reti bawa motor ada clutch.

Akem duduk depan tv, dengan tengok vcd cerita blue. Apis dekat belakang, baca Harakah sambil sekejap-sekejap mengerling ke kaca tv bila pelakon dekat dalam cerita yang Akem tengok tu menjerit-jerit nyaring. Ajis pergi ke sinki basuh tangan, sebelum duduk depan tv.

"oi kimak, apa jadah ko tengok citer ni time waktu perdana skang ni...? tukar..tukar tengok Buletin Utama lagi baik.... dah lah...",

"yelah..yelah.." Akem potong cakap Ajis sebelum dia membebel bagi ceramah free pulak nanti.

"bak mari cover vcd tu, ape tajuk dia..?" Ajis minta vcd yang Akem tengok separuh jalan tadi sebelum Ajis balik mengacau line.

Ajis kerja kilang dekat seberang highway berhadapan dengan kawasan flat tempat dia tinggal. Ajis dah lama menetap di sini, datang dari kampung yang tak sampai pun 100km dari tempat yang dia tinggal sekarang. Tapi apa boleh buat, nak kerja di sawah, tak sampai dek kederat, baru berdiri sambil pikul mesin racun pun sudah terhoyong hayang, belum lagi suruh berjalan dalam lanyau dekat sawah nun. Dengan panas mataharinya lagi, alamat terbakarlah kulitnya yang cerah ala-ala model iklan Hazeline Snow dia tu. Jadi duduk di kampung tolong bapak di sawah bukanlah satu pilihan untuk Ajis.

Nak kerja pejabat, SPM Ajis pun dapat SAP je, lagipun bapaknya bukan Dato atau Tan Sri, kalaulah bapaknya Dato atau Tan Sri, yang punya banyak wang, jangan kata SPM dapat SAP, tak ambil SPM pun mungkin Ajis sambung belajar dekat universiti di luar negeri. Kalau bengap sangat pun, entah-entah duduk bercuti dekat luar negara, bila balik Malaysia mungkin boleh bawa balik segulung ijazah, sama ada beli atau scan sendiri itu tak jadi hal, janji boleh ek dengan anak Tan Sri atau Dato'-Dato' yang lain.

Tapi dia hanya seorang Ajis anak Pak Mail seorang pesawah kampung yang hanya ada beberapa keping tanah yang diusahakan sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu, zaman nenek moyang dia meneroka tanah lalu dijadikan sebuah kampung, kalau dah SAP tu SAP sajalah.

Ajis sudah habis makan, Buletin Utama pun sudah tamat. Ajis buka wallet, ada tinggal RM 14 ringgit, lepas beli rokok karang tinggal RM 7.50. Esok nak isi minyak lagi, tengah hari aku nak makan apa pulak? Hati kecil Ajis berbisik. Tiba-tiba dia dapat idea.

"Akem, gi main lucky jom? tak nak repeat ke minggu lepas punya game?" Ajis bakar-bakar dengan harapan Akem panas hati lalu menyahut cabarannya dalam sukan snuker yang berlainan bolanya dengan apa yang ada kat dalam tv. Bola ada nombor, tepi meja ada kad terup. Kadang-kadang ada duit tunai. Tapi selalunya duit mereka tak letak atas table, takut Polis rush nanti, boleh cas main judi secara haram.

Judi secara haram. Ada ke judi yang halal ek?

Apis dengan Ajak yang tadi duduk dalam bilik layan game Worm dekat komputer Apan lepas habis berita tadi, menyahut dengan girangnya. Sudah lama rasanya tak berkunjung ke Pusat Snuker DD walaupun baru 3 hari lepas Apis dengan Ajak abis RM200 duit gaji dekat mesin kuda. Apis pun sudah rindu mau kacau Mei Mei amoi debab yang suka belanja Apis Coca Cola, sebab Apis je yang rajin layan dia, buat Mei Mei rasa dirinya dihargai. Ah Chin abang dia, tokey kedai snuker selalu marah-marah dia, buat dia macam hamba, suruh buat itu, suruh buat ini, tengking-tengking dia depan customer, tapi Apis suka buat dia ketawa. Sebab itu Mei Mei selalu belanja Apis minum Coca Cola.

Apis pun rajin layan Mei Mei pasal dia nak dapat Coca Cola free je. Tak lebih dari itu.

Akem pun rasa tak best sebab Ajis bakar-bakar dia, Akem bingkas bangun ambil wallet dari dalam locker dan terus kata: "Jommm!!"

Apis, Ajak, Akem dan Ajis pun berjalan girang menuju kedai snuker. Ajis lagi girang sebab dia tahu dia bakal ada duit lepas habis game karang untuk survive dua tiga hari sebelum gaji dia masuk nanti.

Friday, February 6, 2009

Satu Masa Dulu..

Di suatu petang, ketika menikmati goreng pisang dan air milo bersama keluarga, Sam ,adik lelaki aku paling bongsu dan Angah meniru aksi Gaban:


Angah: Baju Api Gaban akan datang dalam masa kosong poin kosong lima saat!!!

Sam: Mark, seret Gaban ke ruang angkasa Setannn!!

Arwah Mak: (laung dari dapur) Sam...Apa cakap setan - setan tu??

Sam: Mark, seret Gaban ke ruang angkasa KOBOIII!!!

entah macam mana dia boleh fikir untuk rephrase dengan perkataan koboi, aku pun tak tau.

Thursday, February 5, 2009

Al Fatihah



Kelmarin, perginya seorang lagi satu susuk penting dalam arena bolasepak negara. Mohd Nazri Abdullah.

Orang yang selalu kena maki, kena carut, kena finger fuck, kena boo bila buat keputusan yang tak dapat diterima peminat di stadium. Tapi dia tetap cool.

Al Fatihah untuk Nazri Abdullah dan salam takziah buat keluarganya.

p/s: Bidang pengadilan dah sampai ke Spain, siap mengajar orang lain lagi. Yang main pulak bila nak sampai Spain? Lu pikirla sendiri..

Wednesday, February 4, 2009

Jom Tonton M Nasir!



Tadi balik dari Syabas Kuala Selangor, aku ke Istana Budaya untuk mengambil tiket Konsert Alam Muzik M Nasir yang telah di beli secara online. Terima kasih kepada orang rumah kerana berbaik hati membelanja daku menonton M Nasir.



28 Februari, hari Sabtu, Istana Budaya kau tunggulah, aku akan datang memperkosa mu buat kali kedua. Heh.

Lagi info tentang konsert Alam Muzik M Nasir, klik di sini.

Untuk tempahan tiket, klik di sini.

Monday, February 2, 2009

What A Wonderful Day....

Dipetik dari laman rasmi Liverpool FC.

... Substitute Yossi Benayoun twice came close late on before El Nino saved the day with a sublime near post header from Fabio Aurelio's pinpoint cross.

And it got better four minutes into injury-time when the Spaniard lashed home the loose ball after Benayoun was challenged in the penalty area.

It means Liverpool have completed their first league double over Chelsea since 1990 - the last time they won the title.

Ayat akhir tu buat bulu roma gua meremang la beb...walk on!

Saturday, January 24, 2009

Bola...? Hmmm.....

Bola.

Kini, sebut saja perkataan ini, ramai yang menyampah. Kecewa. Hilang harapan. Putus asa. Namun rasa ini mungkin hanya dapat dirasakan oleh peminat-peminat bolasepak yang masih setia menyokong pasukan bolasepak tempatan atau setidak-tidaknya mengambil tahu keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan. Lebih-lebih lagi selepas tragedi dibelasah UAE baru-baru ini digelanggang sendiri.

Mungkin ramai poser diluarsana yang kononnya peminat fanatik bolasepak yang bangga memakai jersi pasukan kesayangan dari liga luar negara, masing-masing dengan nama pemain kesayangan tertera megah dibelakang badan, menempelak, mengeji, mencaci dan memandang hina situasi yang menyelubungi scene bola sepak tempatan, tetapi sedihnya tidak pernah langsung untuk mengambil tahu perkembangan bolasepak tempatan dengan penuh minat apatah lagi berkunjung ke stadium berhampiran untuk menonton aksi perlawanan liga tempatan.

Tapi aku tak salahkan mereka. Ini negara demokrasi, kamu boleh pilih apa yang kamu suka, tinggalkan apa yang kamu benci. Pilihan ditangan anda.

Akan tetapi, dari terus menjadi pencemuh, pengeji, pengejek tetap bolasepak tempatan, dan tukang ketawa setiap kali pasukan kebangsaan kita kalah dan dibelasah pasukan lain, adakah cara lain untuk kita turut sama menyumbang walaupun sebesar hama sumbangan itu kearah penambahbaikan mutu bolasepak kita?

Untuk mengembalikan tahap bolasepak kita ketahap yang boleh kita banggakan sekurang-kurangnya dalam kancah pertandingan serantau yakni di Asia Tenggara, kita semua harus menyumbang wang ringgit, tenaga dan idea untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kita semua merujuk kepada setiap warganegara Malaysia yang masih menaruh harapan agar satu hari nanti pasukan Harimau Malaya akan sembuh dari ketempangan dan tidak lagi digelar Harimau Sakit. Sama ada dari organisasi seperti FAM, KBS, Persatuan-persatuan bolasepak negeri, syarikat penaja, atau dari individu pemain, bekas pemain, jurulatih, peminat, penyokong aktif dan pasif, pengulas dan wartawan sukan, dan lain, yang terlibat secara langsung atau tidak dengan bola sepak negara.

Yang memilih untuk terus mencemuh, mengeji, mengejek tanpa ada sumbangan, persetankan mereka.

Sukan ini memerlukan dana yang besar untuk merencana, merealisasikan dan menguruskan pertandingan dan agenda lain seperti pembangunan akar umbi, pembangunan teknikal, pengurusan pertandingan, pengurusan organisasi, kejurulatihan dan lain-lain aspek berkaitan dengan bolasepak.

Ya, sebagai peminat dan penyokong, hanya keputusan perlawanan yang kita mahu lihat. Tetapi itu hanya end-product, jika dari tatkala mula merencana sudah banyak kepincangannya bagaimana kita mahu end product yang baik? Seperti sebuah kapal yang mahu ke Utara tetapi dari mula sudah menetapkan haluan ke Barat, mana mungkin sampai ke Utara. Bukan begitu?

Dengan hanya mengharapkan geran dari Kerajaan persekutuan dan bantuan yang kecil dari tajaan, kancah pertandingan tempatan kita tidak akan kemana, jikalau persatuan negeri masih lagi dengan sikap malas dan sambil lewa menguruskan organisasi untuk berdikari mencari sumbangan dana untuk pasukan negeri masing-masing, dan saban tahun itulah peminat akan terus mendengar tentang isu-isu pemain/jurulatih tidak dibayar gaji, gaji tertunggak berbulan-bulan, dan pelbagai isu berkenaan beban kewangan yang menambah keperitan bolasepak kita yang sedia terbeban dengan isu utama iaitu kelesuan pasukan kebangsaan kita dipentas antarabangsa.

Takkan hanya berharap kepada wang jualan tiket perlawanan? Seperti yang kita maklum, penyokong kita rata-ratanya akan hanya bersemangat ke stadium tatkala pasukan mereka sedang dalam top form ataupun mengecapi kemenangan demi kemenangan, barulah stadium nampak sedikit penuh. Jadi bagaimana kita mahu menarik minat penonton untuk terus memenuhkan stadium dari awal musim hingga ke akhirnya?

Hardship dari penyokong yang mengeluarkan RM 10, setiap kali perlawanan harus diikuti dengan pulangan yang berbaloi, yakni harus dihidangkan dengan persembahan yang bertenaga dari aspek corak perlawanan, susun atur gerakan dan pengetahuan taktikal yang bagus, mutu pengadilan yang tinggi, serta format pertandingan yang menarik supaya mampu menarik penonton ke stadium.

Lontaran persoalan dari aku, adakah langkah FAM menghalang kemasukan import dapat meningkatkan mutu permainan pemain tempatan?

Bagi aku ini langkah backwards yang terus memperosokkan mutu bolasepak kita ke tahap yang lebih teruk, dari buruk ke sangat buruk, dari penuh pengharapan kepada putus asa. Dari ada minat sehingga hilang minat terus.

Liga yang baik perlu ada elemen pertandingan bukan sahaja untuk dua pasukan yang bertemu pada malam match programme, tetapi dalam keseluruhan skuad supaya bertanding sesama sendiri untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama. Tanpa pemain import, yang terbukti berkesan penggunaan mereka di dalam kancah pertandingan (lihat Kedah musim lepas, Selangor tahun 95-97, Sabah pada era Scott Ollerenshaw) maka ruang-ruang kosong yang mereka tinggalkan akan dipenuhi oleh pemain-pemain yang dulunya sentiasa memanaskan bangku simpanan yang mempunyai tahap yang lebih rendah mutu permainannya.

FAM perlu memikirkan langkah seperti menetapkan aras kewangan atau dana yang wajib dimiliki bagi setiap pasukan yang bertanding dalam liga M,supaya gaji semua pemain dan kakitangan mampu di bayar. Langkah lain seperti menetapkan hanya pemain yang berada, let say 20 tempat di atas Malaysia dalam ranking FIFA untuk beraksi di liga M atau pemain yang pernah bermain lebih dari 1 musim dalam liga yang lebih kompetetif dari liga M di negara yang mempunyai ranking 20 tempat atau lebih dari Malaysia misalnya supaya pemain yang datang ke liga M bukanlah pemain discarded di tempat sendiri ataupun pemain picisan yang tak dapat bermain di liga tempatan mereka untuk bermain di liga M, sepatutnya think tank FAM yang harus memikirkan semua yang perlu untuk liga M atas dasar sayang kepada bolasepak negara bukan atas dasar terpaksa kerana kerja sahaja.

Atau mungkin memperkenalkan dasar ASEAN-friendly dengan memperkenalkan import ASEAN dan Non-ASEAN kerana, negara jiran serantau kita lebih baik mutu permainan dan tahap kecergasan mereka berbanding kita, mungkin menetapkan setiap pasukan boleh menamakan 4 pemain Asean atau 1 Non asean dalam kesebelasan utama, dan dengan cara ini pemain tempatan tidak lagi boleh berlatih dan bermain dengan sambil lewa kerana kelewaan mereka hanya menyebabkan mereka tersisih. Di sini harus diingat, dalam sukan seharusnya polisi merit mengatasi segala-galanya dan bukannya berdasarkan kad pengenalan mereka. Tidak sepatutnya lagi isu seperti pemain tempatan hilang mata pencarian kerana kebanjiran pemain dari luar bermain untuk liga M timbul, walaupun sebenarnya ketidakkemampuan mereka mencapai tahap sebagai seorang atlit professional yang harus dipersalahkan. Mereka mungkin boleh mencuba untuk menjadi pengulas atau wartawan sukan jika mereka masih mencintai sukan ini.

Bagi aku biarlah sedikit tetapi yang sedikit itu berkualiti, jikalau dalam satu pasukan utama itu hanya terdapat 4 atau 5 pemain tempatan, tetapi pemain tempatan itu adalah adalah yang terbaik kerana mampu berada dalam pasukan utama walaupun terdapat pemain import yang ramai.

Dari aspek kejurulatihan dan taktikal pula, harus diwajibkan kepada pengurus/jurulatih pasukan yang bertanding di liga M untuk menjalani kursus demi kursus supaya pembangunan ilmu dan taktikal terus berjalan sehingga ke akhir karier. Lihat sahaja jurulatih-jurulatih terkenal antarabangsa seperti Jose Mourinho, Rafa Benitez, sekadar menyebut beberapa nama, bermula dengan menjadi pembantu jurulatih dan seterusnya melatih pasukan remaja, belia, simpanan dan menuntut ilmu kejurulatihan di beberapa kela ternama sebelum menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan profesional.

Liga M bukan bolasepak, kata B Sathianathan, aku setuju secara asasnya, namun hanya dengan melontarkan pernyataan berbau negatif itu tanpa penghuraian, akan membuatkan keadaan menjadi buruk dan teruk, persoalannya apakah orang-orang besar di atas sana ada keberanian yang sama dengan B Sathianathan untuk mengakuinya?

Our football league is obviously pathetic, apakah mereka di atas sana akan terus menafikannya? Langkah pertama untuk pemulihan adalah dengan pengakuan.

StatCounter