Showing posts with label ingat mati. Show all posts
Showing posts with label ingat mati. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Ramadhan

Puasa kali ini aku rasa much-much better than before. Dari segi mengawal belanja dan nafsu di bazar ramadhan, (minus puasa mata yang paling payah nak control) dan juga amalan dan ibadat. Harap-harap dapat konsisten sampai lepas bulan Ramadhan, dan dapat tingkatkan amalan.

Terkenang memori zaman sekolah dulu. Dari siang sampai malam penuh aktiviti keagamaan, amal ibadat samada berjemaah atau infradi (individu). Tadarus, solat sunat, dan macam-macam lagi lah. Tarawih pun full package siap witir, sekarang sampai 8 je cabut. Kadang-kadang terskip dan terkantoi dua-tiga malam. Alangkah bagus kalau aku dapat mengulangi apa yang pernah aku buat dulu...

Ramadhan 1431 Hijrah hanya sekali sahaja datangnya. Rugi kalau perangai gua masih tak berubah lepas Ramadhan ni.

p.s: nak masuk 10 malam terakhir dah.

Tuesday, June 26, 2007

Aku mau tenang!

Tender, Projek, Tender, Projek.

Tak habis-habis aku kena kejar dengan orang minggu ni. JBA, Boss, Supplier, Sub-Kontraktor, semuanya mencari aku. Tak henti-henti telefon aku berbunyi. Kadang-kadang lagu 'Sack da Boss-KRU' bermakna ~ bos aku panggil atau tuan-tuan haji, kadang-kadang lagu 'Starlight-Muse'~nombor-nombor tak dikenali , dan kadang-kadang lagu 'Keronchong Hujan-Adibah Noor' - bini aku!

Aku mau tenang, dan itu aku pasti takkan dapat sekarang, juga, kalau aku mati sekarang.

p.s : Si Tenang pun dah mati lama dah....

StatCounter