Saturday, August 16, 2008
Wednesday, August 13, 2008
Stadium Jom!
Malam ini perlawanan terakhir dalam kalendar perlawanan Selangor di Stadium Shah Alam. Penentuan separuh akhir bertemu dengan Johor FC, pasukan kelab dari selatan tanah air. Mungkin aku akan ke stadium, jikalau aku pergi, mungkin ini yang terakhir kerana musim depan sudah tidak ada pemain import dan aku tak mau lagi pergi ke stadium.
Katalah aku tidak patriotik atau apa-apa lebel pun, aku akan tetap dengan pendirian, bahawa kalau setakat pergi stadium nak tengok player-player kita je main, baik aku tengok liga kampung, liga bandar, liga YB atau liga felda atau liga hotel (macam fellow blogger Koreen main tu)..kerana sama saja, semuanya orang tempatan... dan PERCUMA!
Perlukah aku bayar RM 10 untuk melihat game yang sama tarafnya dengan liga-liga yang aku sebutkan tadi?
Walaubagaimanapun, jom ke stadium malam ni! Moga Selangor berjaya merangkul Piala Malaysia buat kali ke 31. (sigh)
dilaung oleh
aranhellstorm
pada
10:01 AM
0
komentar
Tuesday, August 12, 2008
Cerhypen
Anip jalan lambat-lambat. Dia seret sandalnya malas-malas atas lantai koridor. Srettt...srettt bunyinya, menjengkelkan. Memang malas betul dia pagi tu. Pagi-pagi hari minggu sepatutnya boleh berkubang di atas tilam sampai tengahhari.
Ima jalan seiringan. Anip buat muka ketat. Ima senyum-senyum. Kadang-kadang dia toleh arah Anip, Anip cepat-cepat buat muka neutral. Ima senyum lagi.
Anip dah jadi balak Ima dekat 2 tahun. Macam-macam mereka dah kongsi. Dari sebesar-besar kereta Savvy milik Ima sampai lah ke berus gigi pun kadang-kadang mereka berkongsi sama. Sampai benda yang tak patut dikongsi pun Anip dengan Ima kongsikan bersama.
Cuma di rumah kongsi saja yang belum mereka cuba. Cuba apa? Hanya mereka saja yang tau.
Sampai saja di kereta, Ima hidupkan enjin. Anip di belakang, dekat bonet nak ambil kasut. Hari Ahad pun nak kena pakai kemas-kemas. Anip ngomel dalam hati saja, tak berani nak cakap depan Ima, nanti tak dapat duit belanja pula, Anip budak belum habis belajar. Ima baru setahun kerja dengan gomen, tapi dah boleh pakai kereta. Baru jadi penolong pegawai, mana Ima dapat duit banyak-banyak Anip tak pernah nak ambil tahu.
Tapi hari ni Ima kata dia nak bagitau rahsia dia dapat duit banyak-banyak tu. Anip angguk saja, tak pernah nak ambil pusing, tak pernah nak ambil minat untuk tahu duit Ima datang dari mana. Kot-kot karang dia bagi tau duit rasuah ke, duit melacur ke, duit dari kegiatan membohsia part time ke,tak pasal pulak Anip was-was nak guna duit yang Ima bagi, silap haribulan nanti Anip tinggalkan Ima, tapi Anip tak nak tinggalkan Ima, kalau tidak nanti siapa nak bagi dia duit lagi tiap-tiap minggu.
Jadi biarlah Anip buat tak tau mana Ima dapat duit tu.
Minggu lepas Anip jumpa kawan zaman sekolah dekat mamak masa dia tengah tapau nasi untuk makan malam, sebab Ima balik lambat buat overtime katanya. Anip tak jadi tapau, lepak dengan kawan dia, terus makan dekat situ juga sebab kawan dia kata nak belanja.
Sekali kawan-kawan kepada kawan dia tu datang. 3 orang semuanya. Semua bawa fail plastik. Anip perasan kawan dia pun ada satu, dia letak dekat kerusi sebelah dia tadi. Mula-mula mereka cerita pasal susah hidup sekarang, minyak naik, harga barang naik, gaji saja yang tak naik-naik. Tapi Anip tak kisah, duit pinjaman dia memang tak naik-naik pun, dari semester satu dulu RM 3500 satu semester, apa yang dia tau, lepas habis nanti, yang naik mesti jumlah pinjaman dia. Pinjam 21 ribu, bayar 30 ribu. Biasalah tu, dalam surat perjanjian dah ada tulis, kau nak kata apa lagi, Anip selalu kata.
Apa pun Anip belajar lagi, tak ada tanggungan tak ada pendapatan. Cuma tanggung diri sendiri saja, lagipun Ima support dia tiap-tiap bulan.
Sekali lepas tu kawan dia bukak fail. Rupanya kawan dia tu ejen MLM. MLM tu multilevel marketing. Anip pantang betul kalau ada orang ajak-ajak benda yang di tak mau buat. MLM ni memanglah boleh buat duit, masalahnya Anip tak mau sebab kena cari orang nak jadi downline. Nak cari orang kena jumpa orang, cerita dengan orang. Jumpa orang yang tak kenal lepas tu cerita pasal benda yang dia sendiri tak suka, sudah tentulah orang lain pun tak berapa nak suka. Lagipun itulah benda terakhir dia akan buat dalam hidup, buat MLM.
Kawan-kawan Anip pun anti dengan orang MLM. Pernah satu kali kawan kepada teman serumah dia datang nak buat MLM. Dia dengan kawan-kawan dia mula-mula buat-buat dengar cerita mamat tu, lepas tu, mamat tu bagi buku-buku dengan risalah, kawan-kawan dia selamba je ambil buku dengan risalah tu kemudian campak keluar tingkap.
Lepas tu ramai-ramai pergi buat kerja masing-masing. Mamat tu muka bengang je, lagi tambah bengang kawan dia yang duduk serumah dengan Anip pun gelak je, buat hal sendiri. Anip agak lepas tu mesti putus kawan.
Kali ni, Anip mengaplikasikan bakat lakonan dia. Bawah meja, dia hantar sms dekat kawan dia.
"Miskol aku sekarang! Urgent"
Seminit lepas tu hand phone Anip berbunyi. Anip dan kuatkan volumenya. Anip angkat, tapi sebenarnya kawan dia tadi buat miss call. Anip beredar dari meja keluar restoran.
2 minit lepas tu Anip datang balik, dengan muka cuak, dia kata dekat kawan dia,
"Budak rumah aku eksiden la bro, lain kali je lah lu cerita..err..tadi nasi kau belanjakan? Terima kasih banyak arr.."
Anip tepuk-tepuk bahu kawan dia kemudian beredar. Depan kedai, buat-buat nak cepat, pulas throttle motor pun macam baru berlepas dari starting line cub prix racing.
Emergency konon! Kawan dia kata dalam hati.
Anip duduk diam dekat sebelah, sambil layan lagu Irwan Syah, padahal benci betul dia dengan artis dari seberang itu, saja nak ambil hati Ima. Ima minat gila dengan Irwan Syah. Cute katanya. Masa mula-mula Anip dengar Ima kata Irwan Syah tu cute, hampir tersedut straw ke dalam tekak si Anip.
Cute? Cute lagi tayar TT100 motor aku kata Anip.
Sudah hampir setengah jam Anip duduk di dalam kereta. Hampir setengah jam jugalah dia terpaksa melayan lagu-lagu Irwan Syah yang dimainkan melalui pemain cakera padat Clarion kereta aweknya itu.
Dan dah 3 bulan dia asyik dengar lagu yang sama. Sampai Anip hafal semua lagu-lagu Irwansyah, sampai kawan-kawan dia label Anip mat jiwang lentok leleh. Apa barang Anip yang ada poster Metallica sebesar pintu dalam bilik boleh hafal full album lagu-lagu Irwansyah.
Kawan-kawan Anip kutuk gila-gila tapi Anip buat dek saja.
Akhirnya mereka sampai tempat yang dituju. Anip ingat nak pergi sarapan dekat restoren atau dekat maple mana-mana, tapi apa kejadah pergi dekat bangunan pejabat macam ni, Anip kata dalam hati.
Ima, senyum-senyum lagi, dalam hati dia melonjak riang, hasrat hati nak tukar kereta hampir tercapai, downline dia kini sudah penuh.
Anip tertanya-tanya kemana gerangan di bawa Ima akan dirinya, dari kejauhan terlihat ramai orang diluar sebuah pejabat. Kebanyakkan mereka membawa fail plastik berwarna yang seperti pernah dilihatnya.
Muka Anip merah padam, bila terlihat kawannya yang belanja dia makan di kedai mamak minggu lepas melambai-lambai ke arah dirinya.
dilaung oleh
aranhellstorm
pada
11:40 AM
4
komentar
Labels: Cerhypen
Monday, August 11, 2008
Tahniah!
Tahniah kepada Saudara Firdaus Shah bin Azman Shah aka Ah Sok dan Saudari Seri Suharni Yahya aka Yee atas pernikahan kamu berdua dalam dua kali lafaz...(err.. Labu masih lagi mengungguli carta teratas)..
Semoga ikatan yang di bina tersimpul erat sehingga akhir hayat korang berdua.
Gambar: takde, lupa nak bawak kamera, camera phone pulak tak berguna kerana bateri kong. Harap maklum.
dilaung oleh
aranhellstorm
pada
2:51 PM
2
komentar
Wednesday, August 6, 2008
FAM Buat Lagi....
Rasa-rasanya, dah banyak kali aku dengar frasa ini:
"Kita berhentikan pengambilan pemain import supaya kualiti pemain tempatan dapat ditingkatkan"
Pertama kali aku dengar dan orang-orang yang bijak pandai di FAM tu buat pada tahun 1998. Sejurus selepas Selangor menang 3 kali berturut-turut Piala Malaysia. Pahang masa tu tak menang apa pun lalu khabar angin bertiup, "FAM buat pasal dengki dengan Selangor, player import best-best, menang banyak cup, sebab tu tetiba stop player import".
Dan aku percaya betul dengan khabar angin itu. Sebab Sultan Pahang kepala FAM.
Masa tu mereka teruskan sampai tahun 2001. Malaysia menang apa sepanjang masa tu? Nada. Kosong. Sifar. Telur. Takde menang apa pun. Boleh nak cerita kat orang pun, dapat no 3 Piala Tiger tahun 2000. Tu pun cerita pelan-pelan, takut jiran dengar. Kalau depa dengaq, malu habih.
Sekarang, diorang mula balik main lagu yang sama. Tapi aku terkejut juga, orang yang belajar sampai luar negeri pun kepala otak dok sama ngan orang-orang tua lain dalam FAM, ikut sama pulak dengan diorang tu.
Tapi bagi aku sebenarnya FAM saja nak cover malu, fasal banyak persatuan-persatuan yang bernaung bawah FAM tak mampu nak bayar gaji pemain mereka, inikan pulak nak bayar player import. Lepas tu dok bebel pasal nak naikkan kualiti pemain.
Sebenarnya bagi aku, liga kita meriah pasal orang nak tengok player import. Sebab mentaliti fan kita memang macam tu, dan jangan salahkan fan, sebab memang kebanyakkan player tempatan tak cukup bagus pun nak main liga simpanan apatah lagi nak main liga kebangsaan. Mungkin ada segelintir tapi tak banyak.
Sepatutnya FAM ambil kesempatan ini untuk buat duit, nak harapkan persatuan negeri bagi duit kat FAM, janganlah harap, lagi nak pow duit FAM lagi ada, nak settle gaji pun pergi mintak kat FAM, apa punya persatuan ni? Sepatutnya banyakkan lagi player import, dan persatuan yang tak mampu tu, nak buat macammana, ukur lah baju di badan sendiri, jangan tau nak ikut orang lain, team ni ambik import sana sini, kau pun nak ikut tapi nak bayar gaji water boy pun kau tak mampu.
Lagi ramai import lagi bagus. Lepas tu restrictkan ambil player import dari negara yang mempunyai ranking yang tak hina dina macam Malaysia punya ranking. Takdela ambil player yang dua kali lima macam player kita. Lepas tu adakan syarat macam player serantau/South East Asia tak dikira import, so negara dunia ketiga seperti Vietnam, Indonesia yang banyak pemain-pemain yang lagi bagus dari player tempatan boleh la ambil main kat liga kita, gaji tak payah bayar banyak2, asal lebih dari apa yang dia dapat kat negara dia cukupla.
Tapi aku rasa selagi pasukan/entiti/team/kelab yang main dalam liga kebangsaan tak boleh nak generate duit sendiri, tak tau nak fikir macammana nak tarik crowd, nak pasarkan produk, tak tau nak niagakan bolasepak kita ni, selagi tu la bolasepak kita tak kemana.
Selagi ada isu gaji tak bayar, selagi ada mentaliti asal boleh, selagi ada mentaliti 'sentiasa cukup dan selesa', selagi ada rasa takut untuk keluar dari kepompong selesa di tempat sendiri, selagi yang duduk atas tu masih berfikiran dalam kotak, selagi tiada pencapaian yang boleh membanggakan kita di luar Malaysia, selagi tiada rencana atau plan yang betul-betul terurus dan jitu..
selagi tulah bolasepak Malaysia ni kena gelak bukan dengan orang luar, kita sendiri pun guling-guling atas tanah gelak bila sebut Bolasepak dan Malaysia di dalam satu ayat.
dilaung oleh
aranhellstorm
pada
5:30 PM
2
komentar
Labels: Bolasepak Malaysia yang Bangang

