Tuesday, January 29, 2008

Hohoho....

Baru balik dari maraton Selangor. Pusing keliling aku satu hari ni. Dari pejabat ke Shah Alam, dari Shah Alam ke HQ SYABAS di KL, dari KL ke Kuala Selangor. Dari jam 10 sampai jam 5.30 baru sampai balik ke pejabat.

Sampai saja di kubikel, ada satu lagi surat cinta dari Polis Raja Di Malaysia, eh terbalik pulak! Polis Di Raja Malaysia maksud aku. Menjadikan bilangan surat cinta yang aku miliki meningkat kepada 4 pucuk yang belum lagi aku balas.

Tunggu surat yang ada warna karang, alamatnya menghadap tuan hakim la pulak aku. Itulah akibatnya tidak mematuhi had laju di jalanraya. Ingat adik-adik, jangan jadi macam saya.

Esok ke Kuantan. Lusa Temerloh. 'Kan bagus kalau aku jadi macam Hiro dalam siri Heroes, boleh memutarkan masa dan ruang, ataupun jadi Nathan Petrelli boleh terbang macam Superman. Jimat petrol, jimat tenaga, kurang pencemaran, dan kalau semua orang ada kuasa macam tu, alamat melungkuplah Exxonmobil, Petronas, Shell, Schlumberger dan apa-apa lagi lah.

Amerika pun tak jadi power macam sekarang, kerajaan pulak tak akan mainkan isu subsidi petrol setiap kali belanjawan dan pilihanraya.

Banyak sangat tengok tv. Ni lah jadinya.

Letihlah nak fikir apa lagi aku nak tulis.

Monday, January 14, 2008

Tag

1. Name one person who made you laugh last night.
My wife

2. What were you doing at 0800?
Atas tilam lagi, terpisat-pisat baru bgn.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Downloading football video from net while preparing a payment voucher for sub contractor.

4. What happened to you in 2007?
So many thing to state here. Turned 26. Being a husband.

5. What was the last thing you said out loud?
"P***** mak kau lah!!" kepada seorang pemandu yang tiba-tiba membelok tanpa memberi lampu isyarat

6. How many beverages did you have today?
2. Plain water, nescafe in tin

7. What color is your hairbrush?
Brown ada. Biru ada. Pilih mana nak.

8. What was the last thing you paid for?
Nescafe in tin (no 6)

9. Where were you last night?
at home.

10. What color is your front door?
White, ada grey2 sikit.

11. Where do you keep your change?
Tabung. Pocket pants, Poket kecik kat pintu kereta

12. What’s the weather like today?
Ada mendung sikit.

13. What’s the best ice-cream flavor?
Chocolate la.

14. What excites you?
Liverpool win. ManU bungkus. Sex. Food. Haha..

15. Do you want to cut your hair?
Baru je potong. Tak tahan kena bebel.

16. Are you over the age of 25?
Taklah, baru 17 (dialog ini adalah direkodkan pada 10 tahun lepas.)

17. Do you talk a lot?
Yup. ikut mood la

18. Do you watch the O.C.?
Dulu cerita faveret nih.

19. Do you know anyone named Steven?
Yup. Steven Gerrard. Tapi dia tak kenal aku lah.

20. Do you make up your own words?
Banyak. All for cursing people.

21.Are you a jealous person?
Mungkin kot?

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
Apai.

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
Kama.

24. Who’s the first person on your received call list?
Mr Hew, my sub con.

25. What does the last text message you received say?
pjg sgt nak tulis. from dzul menjemput ke kenduri kawen dia.

26. Do you chew on your straw?
Sometimes.

27. Do you have curly hair?
Lurus.

28. Where’s the next place you’re going to?
Felda HQ KL

29. Who’s the rudest person in your life?
Malaysian driver other than me.

30. What was the last thing you ate?
Roti coklat gardenia

31. Will you get married in the future?
Dah la. Married again? ask my wife.

32.What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
A moment to remember. Korean movie.

33. Is there anyone you like right now?
hmm....sapa? ada ke?

34. When was the last time you did the dishes?
hari-hari, lepas makan gua basuh. Last time, semalam.

35. Are you currently depressed?
Nope

36. Did you cry today?
Nope

37. Why did you answer and post this?
Sebab sifu gua dah tag nama gua.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Sapa-sapa la yang rasa nak buat, kasi apdet depa punya blog.
Kacap, blek, Cpot, Jibam, am -- nih semua geng sawang blog --mebi except kacap, pasal dia ada PA kasi apdet dia punya blog. Haha!

Friday, January 11, 2008

Demam

Demam? Demam pilihanraya maksud aku.

Suratkhabar pun dah war-warkan beberapa minggu sahaja sebelum berlangsung pilihanraya. Ini adalah pilihanraya kedua aku, setelah aku layak untuk mengundi pada tahun 2004.

Dalam kegawatan sekarang, kerajaan tampak tidak berani untuk menangguh lebih lama pilihanraya. Ya lah, makin lama, harga minyak mentah dunia makin menokok harganya, makin lama, makin naiklah kos-kos harga barang keperluan rakyat, atau makin menyusut barang-barang ini dipasaran sehingga kosong rak-rak jualan dari kedai-kedai runcit kecil milik rakyat marhaen sehinggalah ke gedung-gedung hypermarket kepunyaan towkey-towkey besar.

Tepung, gula, minyak masak, ayam dan tak tau apa pula yang kurang lepas ini dipasaran.

Rakyat jelata jadi marah. Nak masak cekodok petang-petang, terpaksa fikir 20 ke 30 kali. Takut guna, habis, di kedai pun habis sama.

Mula-mula tuduh peruncit sorok barang. Habis digeledah semua stor, gudang, entah apa ke lagi.

Lepas tu tuduh kita pula. Balik-balik kita juga yang kena. Tepung, gula, minyak masak, ayam dan tak tau apa pula yang kurang lepas ini dipasaran, dikatanya kita pula yang membeli secara panik sampai habis stok di kedai.

Wah, bukan sahaja disaran membeli secara bijak, tetapi pengguna juga disarankan jangan membeli secara panik.

Panik haram jadahnya. Kalau barang tu memang ada dalam kitaran pasaran, tak kiralah semua orang beli sampai 2-3 botol, barangan itu akan tetap ada. Masalahnya, stok tiada di pasaran. Sudah tentu pengguna menggelabah, anak-anak nak makan goreng pisang kegemaran terpaksa bertukar menu, makan pisang lenyek aja petang-petang nanti.

Itu belum harga petrol naik lagi.

Yuran sekolah yang berapa belas Ringgit Malaysia itu dilupuskan, dikokokkan seluruh negara. Wah, ramai juga yang tersenyum berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin masalah rakyat!

Pabila sekolah buka, barulah tersedar, banyak lagi bayaran lain yang menanti, setakat lupus belas-belas ringgit yang sebelum ini dikokokkan seluruh negara apalah sangat. Cikgu-cikgu pula terpaksa menahan telinga ibu bapa yang berang kenapa yuran sekolah masih ada lagi.

Samalah macam cukai jalan motosikal yang dilupuskan tak lama dulu. Berapa ringgit sangat? Insuran tetap kau kena bayar.

Entahlah, aku bising-bising, aku dah ambil tindakan, kau orang bising-bising pangkah BN lagi buat apa?

Sertai:

"Deny Barisan National A 2/3 Majority in the Upcoming Election!"

hanya di Facebook!

Saturday, January 5, 2008

Penat dan Sakit Badan

Semalam, pagi-pagi lagi sudah keluar rumah, jam 6.30, menuju ke Kuantan. Walaupun bagi aku, jam 6.30 kalau di Puchong dan menggunakan lebuhraya Damansara Puchong, waktu 6.30 itu sebenarnya adalah sangat-sangat terlewat. Maklumlah, sesi persekolahan pun sudah bermula, aku terpaksa bersaing dengan para ibu bapa yang keluar awal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebelum ke tempat kerja, dengan pemandu-pemandu bas sekolah dan juga pemandu-pemandu lain yang ingin ke tempat kerja. Selalunya aku akan bangun jam 5 atau 5.30 dan akan mula bertolak pada jam 6 tetapi dek kerana terlewat bangun dari tidur, aku sedikit lambat memulakan perjalanan.

Tetapi, mungkin berkat doa sebelum naik kenderaan, alhamduliLLAH, perjalanan aku lancar tanpa ada kesesakan yang berlaku. Selalunya jam 6.30, keadaan di tol Sunway sudah jadi macam jalan-jalan yang ditutup Polis kerana menghalang orang pergi berdemonstrasi, penuh sesak dengan kereta!

Sampai di Kuantan kira-kira jam 10. Ambil cek bayaran tuntutan kerja, jumpa klien, jumpa orang, jumpa bos, jumpa PBT, jam 12 aku sudah mahu bertolak balik ke Kuala Lumpur.

12.45 aku di Maran. Ambil dokumen. Zoom, terus ke Mentakab!

err...usah di tanya kemana Jumaat aku. Musafir. Insya Allah.

Jam 2.00 tiba di Mentakab. Niat asal untuk ke bank dan menyelesaikan urusan aku secepat mungkin terbantut. Rupanya bank tutup sembahyang jumaat.

Bank pun tahu masa sembahyang jumaat. Aku? heh...

Sambil-sambil tunggu bank buka, aku duduk depan pintu bank, duduk dekat kaki lima bangunan tersebut, sambil-sambil dengar lagu dari Nokia 6680 cum Podcast aku. Sambil-sambil jadi jaga bank yang memberitahu orang-orang yang tak reti baca Bahasa Melayu..oppss Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bahawa bank tutup sampai 2.30. Tak nampak ke 'signboard' tulis TUTUP dan CLOSED yang ditulis BESAR-BESAR depan pintu kaca tu? Lepas tu dah tolak-tolak pintu bank tu, tak mau terbuka bermakna pintu tu terkunci, bila kunci tak faham-faham lagi bahawa bank tu tutup sebenarnya?

Owh, rupanya nak kena cakap, "Pintu kunci tu kak, maknanya bank tutup", seraya menunjukkan jari ke arah 'signboard' tulis TUTUP dan CLOSED yang ditulis BESAR-BESAR depan pintu kaca tu.

Tau pula kau tersengih macam kerang busuk. Tadi bukan main garang muka, macam nak mengamuk saja. Bangang.

Jam 3 aku pergi makan tengahhari. Dari pagi aku keluar tadi hanya makan seketul karipap, dan sandwich saja.

Jam 5.30 aku sampai di rumah aku di Puchong. Malamnya ada futsal di Alam Sentral jam 9. Sebelum pergi, aku habiskan dulu liga yang tertunda lama di permainan video Pro Evolution 2008 di konsol PS2 sebelum beraksi digelanggang malam nanti.

Main 2 jam, sampai rasa otot, urat, tulang, lemak dan daging terbelit antara satu sama lain, fasal dah lama tak main futsal. Jam 1 sampai rumah.

Pagi ni, kepala berat, mata kuyu, belakang sakit, kelangkang rasa nak tercabut. Berat....berat!

Thursday, January 3, 2008

Buntu

Dah lebih 3 jam aku menghadap 'dashboard' blog ni. Maknanya selama 3 jam aku berfikir tentang apa yang hendak ditulis. Selama 3 jam itu, hanya ini yang mampu terlontar, walaupun sebenarnya duduk buat kerja, sambil otak aku ligat berputar untuk mencari bahan cerita.

Namun...buntu.

Buntu kepala otak. Sebab dah lama tak makan Examo. Sebab dah lama tak makan kismis. Sebab dah selalu sangat makan kepala ikan, kepala udang dan segala macam. Sebab dah selalu melantak hati, pedal, paru dan segala macam. Sebab dah selalu sangat tengok objek, benda, visual yang boleh buat kita seronok. Sebab selalu sangat....

Selalu sangat berasa tertekan. Sendiri mencipta suasana tekanan. Tekanan tempat kerjalah, tekanan perasaanlah, tekanan orang sekeliling, tekanan dari bos, akhir sekali mati kena tekanan darah tinggi.

Dah mati pun tekanan lagi.

Mati? Dah lama tak fikir fasal mati.

Owh. Sebab tu lah aku buntu. Sebab jarang sekali fikir fasal mati. Orang yang selalu ingat mati adalah orang yang cerdik. Mungkin sebab itu aku jadi buntu dan bangang sekarang ini.

...

StatCounter