Wednesday, January 2, 2008

False Alarm

Petang 31 Disember, aku balik dari pejabat. Jarum penanda aras petrol sudah melebihi takuk E. Simbol pam petrol di atas dashboard sudah beberapa kali menyalakan LED berwarna oren. Sekejap cerah, sekejap malap.

"Oi cepat bagi aku minum".

Mungkin itu akan diucapkan kalau kereta aku itu boleh berkata-kata. Ataupun jika aku memandu K.I.T.T (ala kereta dalam cerita Knight Rider tu), itupun aku terpaksa install software kamus Bahasa Melayu - English, supaya K.I.T.T boleh bertutur dalam bahasa Melayu.. err maksud aku, Bahasa Malaysia.

"Singgah Petronas kejap la". Ada sebuah stesen minyak berhampiran dengan pejabat aku, aku fikir, elok aku isi di sana, takut-takut petrol kering pula ditengah jalan.

Sampai-sampai saja di lorong masuk menuju stesen minyak tersebut...

"Mak aii, banyaknya kete... siap queue lagi... ada konvoi ke apa?" Ujar aku naif. Malas aku nak tunggu, aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

"Isi dekat Petronas kat umah ajelah", ujar aku sendirian. Lagipun orang rumah aku dah pesan secawan jagung manis. Mengidam katanya.

Perjalanan balik melewati kampung-kampung, jalan batu dan tanah, pemandangan indah arus sungai Klang yang mengalir dan kawasan setinggan haram.

Sekarang aku dah sampai di Petronas Taman Meranti. "Aik, apsal ramai sangat orang nak isi minyak ini hari??" Aku tertanya sendiri. Hairan.

"Minyak naik lagi kot??", baru aku terfikir kemungkinan yang melanda. Sampai di pam, terminal kad kredit rosak. Kena masuk dalam. Leceh betul.

Sampai di kaunter. Aku hulur kad. Atendan pam minyak yang cun macam model pencen cakap; "kad tak boleh pakai lah bang, ada problem.", meninggalkan aku terpinga-pinga sebentar di situ. Dalam wallet ada 30 Ringgit saja, maklumlah, gaji belum masuk lagi. Lantas aku isi 20 Ringgit dulu. Esok-esok tonyoh saja kad kredit, kasi penuh tangki.

Di kaunter, pertukaran syif sedang berlaku. Atendan macam model pencen tadi tengah kira collection dia, takut short. Mamat yang bersopan santun akan menggantikan beliau sebentar nanti.

"Apsal ramai sangat hari ni ek?", aku cuba beramah mesra di Kedai Mesra.

"Minyak naik la bang..dah masuk berita tadi"

"Hah, minyak naik lagi??? Celaka punya BN!", dengan spontan aku mengeluarkan kata-kata yang berupa provokasi itu. Nasib baik tiada SB berhampiran.

"Alah isi sekarang pun tahan berapa hari je...", ujar akak 'damn' sebelah aku.

"Kurang-kurang tahan la jugak seminggu...heh", saja aku menambah.

"Berapa sen naik bang?", tanya aku lagi. Bengang.

"20 sen"

"20 sen??!". Mampus. Dah sampai masa untuk kita sama-sama menyumbang idea untuk mencipta enjin yang menggunakan air sebagai sumber tenaga.

Dalam perjalanan balik, biras aku mesej.

"Got this sms fr a fren. X know how true but it's worth being prepared:"Petrol price increase by 20 sen tonight. Pass word around." Fill her up my frens!"

Aku balas balik.

"Baru balik petrol pam. Q pjg. Org Petronas bgtau petrol naik esok"

Esok pagi, aku pergi ke Tanjong Karang. Belikan adik perempuan aku barang-barang sekolah. Singgah isi minyak di Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Tengok dekat paparan harga dekat pam tempat aku berhenti, masih lagi RM1.92 seliter.

Cissss!

No comments:

StatCounter