Thursday, July 24, 2008

Otak Buntu

Bangsat betul.

Setiap kali aku buka ruangan posting blog, setiapkali itulah juga otak aku jadi buntu(t), benak aku jadi bengap, jari aku tiba-tiba 'cramp' atas keyboard.

Ada orang pernah kata pada aku, banyak tengok benda lagha, porno, lucah, bogel otak boleh jadi bengap, makan benda masam-masam otak pun boleh jadi bebal. Makan kepala ikan, paru, limpa, hati lagilah boleh buat kepala otak kau jadi bangang sebangang-bangangnya.

Tapi aku rasa kebangangan aku makin terserlah sejak akhir-akhir ini fasal banyak sangat baca surat khabar arus perdana.

Dalam suratkhabar perkataan-perkataan dibawah selalu didapati dalam satu ayat, atau satu artikel atau satu berita, menjadi punca kebangangan aku yang tak seperti biasa ini.

Seks luar tabie. Liwat. Konspirasi. Polis. Akuan Bersumpah. Sumpah. DNA.

Anwar. Najib. Pak Lah. Muhyiddin. Ku Li. errr.. tak lupa juga Ibrahim Ali dan kambing-kambingnya. Oh ya, juga Ahmad Said dan mercedez-mercedeznya. Tak lupa 'Uncle Pet' dan Saiful Bukhari.

Altantuya. Perbicaraan. C4. Fitnah. Rosmah. Mahkamah.

UMNO. PAS. Muzakarah. Muqabalah. Berbalah. Ketuanan Melayu. Perpaduan Melayu.

Semua perkataan di atas dipercayai menyumbang kepada kekosongan minda aku, dan aku percaya, orang lain juga mempunyai masalah seperti aku.

Sepatutnya surat khabar perlu lebih banyak dan lebih agresif memaparkan kisah, berita tentang hidup rakyat selepas kenaikan mendadak harga minyak. Supaya Pak Lah Kerajaan tidak hanya tahu tidur dan sedar akan kesusahan yang menimpa rakyat.

Kadar inflasi atau CPI sudah melambung ke angka 7.7%. Tertinggi dalam 26 tahun kebelakang.

'Transport Price' juga naik 20%. Indeks makanan juga naik 6.1%.

Tapi apa pentingnya nombor-nombor ini? Adakah Pak Abu yang hari-hari melepak dekat kedai kopi menikmati duit pencen, atau duit kebajikan atau duit upah mengait kelapa sambil-sambil menghirup kopi faham akan nombor-nombor ini?

Aku tak fikir Pak Abu faham.

Yang dia faham, kenapa dulu kopi dia secawan 60 sen sekarang tiba-tiba naik jadi RM 1.20? Mungkin boleh menyebabkan Pak Abu bertumbuk dengan tokeh kedai, ataupun tak keluar kedai lagi sebagai menyahut seruan kerajaan supaya ubah gaya hidup.

2 comments:

Unknown said...

muqa-balah. aku takut demo tu baloh sungguh bilo semuko (balah = gaduh).

aranhellstorm said...

nomi: tu la pasal... dah tau dah musti berbaloh, nak gi jumpa gak wat pe?

StatCounter