Kepala Berserabut
Sejak akhir-akhir ini, kepala aku sering berserabut.
Hal diri sendiri dengan isteri, anak dan keluarga.
Hal diri sendiri dengan kerja di pejabat, rakan sekerja, bos, klien, sub-kon, main-kon, kontrek jungkies (pinjam istilah Brader Isham).
Hal diri sendiri dengan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kenalan. Dan juga jiran tetangga.
Hal diri sendiri dengan perkara-perkara lain yang sangat dekat di hati, Liverpool FC, bolasepak tanahair dan survival kehidupan ditengah-tengah kemelut kenaikan kos sara hidup.
Hal diri sendiri dengan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan diri tetapi ada kesan langsung, kemelut politik tanahair, isu-isu terkini tanah air.
Hal diri sendiri dengan diri sendiri. Krisis keyakinan diri dan krisis di persimpangan. Menuju ke alam tua.
Itu belum kira hal diri sendiri dengan Tuhan yang menjadikan. Lagilah bertambah serabut kerana jalan yang aku langkahi ini memang pasti menuju ke neraka.
Serabut jadi manusia, sebab kita ada akal. Ada akal untuk berfikir. Ada fikiran untuk membuat keputusan. Keputusan datang dengan memilih. Pilihan yang ada jadikan otak kita serabut. Dalam pada itu, apabila datang keputusan, keserabutan hilang, ketenangan datang kembali, jika keputusan itu dinilai sedalam-dalamnya.
Dan setiap keputusan itu ada kesannya. Kesannya itu akan mendatangi kita dikemudian hari. Apabila kesan itu datang, bersedialah untuk berserabut kembali.
Boleh saja aku mengambil sikap apathy. Tidak peduli. Biar saja. Lantaklah. Namun apa guna jadi orang yang tidak mengambil tahu. Tidak tahu itu kebodohan. Tidak mengambil tahu pula kebodohsombongan. Biar serabut jangan jadi bodoh. Biar bodoh jangan jadi bodoh sombong.
Maka biarlah aku kembali berserabut untuk kesekiankalinya dalam kehidupan sebagai manusia.
6 comments:
ko dah terase midlife crisis ke bro..
midlife crisis? Agaknye la kot..muahahaha...!
Blogger aranhellstorm said...
Semoga selamat abah kau hendaknya, salam ramadan..
September 4, 2008 9:56 AM
Aku rasa nilah pembalasan dari Tuhan keatas dusta dan penulisan lucah yang dilakukan oleh lucius maximus.
Berapa banyak dosa telah dibuatnya dari umpatan dan kutukan sambil mentertawakan orang lain.
Mentertawakan Saiful yang dizalimi oleh Anwar ibrahim dan mengutuk melayu2 lain
Akhirnya tuhan balas juga.
hek eleh..
Ni wakil tuhan ke? Mana tau sakit itu balasan tuhan?
Kau ada sakit kot en pembalasan tuhan, sakit nak jd tuhan..dh la, g main jauh2
ni sape lak pembalasan tuhan ni?ko nk mrh si lucius masuk blog ni apahal?menyemaklah!!
syg..err..lucius x penah masuk sini kot, tp dia marah babah sokong lucius..ahh lantaklah...
Post a Comment