Wednesday, June 6, 2007

PM ku kahwin lagi.

Tadi, sedang aku menikmati makan tengahari aku di kafe MeCD Putrajaya (bukan McD!) , mata aku tertancap ke kaca tv. "PM to get married" menurut tajuk berita tv itu.

Dah agak dah. Masakan tiada angin pokok boleh bergoyang. Lainlah kalau ada beruk-beruk di atas pokok tu. Beberapa bulan kebelakang, banyak khabar-khabar angin telah aku terima berikutan 'gossip' panas ini, tak kira dari email-email spam, email-email berantai dari rakan-rakan, juga terdapat di blog-blog.

Biarlah PM ku kahwin lagi. Masalah negara banyak perlu difikir dan diselesaikan. Seorang wanita wajib mendampinginya. Jikalau tidak masalah lain pula akan timbul. Lagipun dah hampir 2 tahun menduda. Bukan dengan orang lain pun, bekas Pengurus Seri Perdana Putrajaya, dah faham benar dengan selok belok tempat tertinggi dalam pentadbiran negara.

Moga Pak Lah dan Jeanne Abdullah selamat diijabkabul Sabtu ini tanpa ada apa-apa masalah. Selamat Pengantin "Baru" Pak Lah!

p.s : Lagi berita di sini

Monday, June 4, 2007

Menanti di Pintu Syurga

Sedang aku mendengar MixFM tadi, deejaynya tiba-tiba memutarkan lagu Sampaikanlah Salam dendangan kucinglorong aka Alleycats. Kumpulan yang lagu-lagunya tidak asing lagi bagi telinga aku, kerana aku dan lagu-lagu itu membesar bersama.

"As a tribute to Loga, we play you this song.."

Hati aku berdetak:

"Loga mati ke..?"

lantas aku google, dan aku bertemu jawapannya.

Dan kini Loga betul-betul menunggu di pintu syurganya...

Sunday, June 3, 2007

Kusut Masai

Minggu ini, aku banyak membaca entri-entri blog teman-teman dan juga blog-blog popular masakini yang banyak mengutarakan fahaman mereka, ideologi, pendapat mereka yang kebanyakkan daripadanya ekstrim dan betul-betul mengujakan. Aku sangat mencemburui mereka ini. Bukan kerana kepopularan blog mereka, tetapi kerana mereka mampu mengutarakan pendapat dan idea, mengupas sesuatu isu itu dengan penuh semangat dan mampu pula merujuk kepada penulis-penulis ataupun pengasas idea yang tersohor sebelum mereka. Adapula yang mampu mengutarakan secara sinis dan satira idea-idea mereka, tidak kurang juga yang mampu dengan lantang mengutarakan hujah mereka disamping membunuh dan menepis idea dan pendapat dari para 'bloggers' yang lain.

Tetapi sedihnya, ada juga kelompok-kelompok manusia yang tidak mahu (atau tidak mampu) menerima idea-idea ini hanya kerana perbezaan - perbezaan fahaman ataupun ideologi yang didokong dengan tidak cuba untuk meyelusuri dan menghalusi idea-idea tersebut untuk terus diperdebat dan seterusnya membentuk satu budaya ilmu yang bakal mewarnai masa depan negara untuk terus cemerlang.

"Jangan masuk blog si anu, si polan, mereka Pendokong Islam Liberal"
"mereka anti-agama"
"mereka Islam Ortodoks"
"mereka Chauvinist Melayu/Cina"
"mereka orang UMNO, si polan orang PAS"
"mereka penganut Eksistentalis"
"mereka adalah Syiah!"
"mereka Kafir"
"Mereka Islam!"
"mereka orang Bangsar!"
"mereka orang Taman Melewar!"
"mereka Kapitalis"
"mereka Komunis!"

Apa kejadahnya semua ini?!

Tuduh menuduh antara satu sama lain, berburuk sangka, dan akhirnya mencela memaki sesama sendiri tidaklah dapat membentuk budaya ilmu yang baik. Hanya meruntuh dan merosakkan masyarakat kita yang kita sayangi ini.

Tidakkah kita dapat mengambil iktibar kejadian-kejadian di Palestin, di Iraq, di Somalia, di Rwanda atau dimana-mana sahaja tempat di dunia ini yang masyarakatnya berpecah-belah, berprasangka, bertengkar atas perkara-perkara yang tidak dapat membawa manfa'at atau atas perkara-perkara remeh yang hanya membawa banyak kemudaratan dari manfa'atnya?

Tidakkah kita dapat mengambil pengajaran dalam perang Salib, yang membawa kepada Pencerahan Eropah yang seterusnya membawa kepada kemodenan tamadun mereka sekarang? Bayangkan jikalau mereka terus menerus mengasingkan diri mereka dari dunia luar, tidak mengambil pemerhatian dari bangsa, agama dan tamadun yang lain dari mereka, barangkali Eropah dan Barat juga sedang dalam kemunduran sekarang, terus menerus menjadi keldai tunggangan Paderi dan Gereja yang menyeleweng akibat tidak menggunakan akal yang dikurniakan tuhan kepada mereka.

Memang benar, idea-idea itu tidak mungkin akan selari sifatnya. Idea-idea itu pasti akan bertentangan, tetapi adakah kerana sifatnya yang bertentangan itu kita jadikan ia sebagai alasan untuk musuh-bermusuhan?

Entahlah, barangkali aku sendiri yang naif. Mungkin ini lumrahnya hidup di dunia ini. Akhirnya fikiran aku sendiri yang jadi kusut masai.

Friday, June 1, 2007

Puisi

Ini adalah puisi yang tidak siap, atau mengikut penulisnya Fathi Aris Omar ia adalah sebuah "prosa yang tidak siap". Namun aku suka garapannya. Amat indah dan aku terkagum dengan 'semangat' yang ada dalam prosa tak siap itu, secara jujurnya aku mahu menjadi seperti ibu itu. Nekad atas kepercayaannya. Percaya dia benar lantas terjun tapi bukan macam si Luncai, terjun dengan labu-labunya. Tapi terjun dengan satu kekuatan. Aku dambakan kekuatan itu.

Parit Api

Kau tidak mungkin membunuhnya, wahai Tuan
Kecuali dengan panahnya sendiri.

Kumpulkan semua orang,
dan gantunglah dia, wahai Tuan
di tengah padang
dan panahlah dia.

Aku memang anaknya si Parit Api,
waktu ia menganga,
ibuku terjun ke dalamnya

Kata ibu: Aku bersumpah Demi Tuhan Budak itu
Lalu dia gementar, tidak jadi
Seorang bayi dalam dukungannya

Bayi itu berkata: Jangan gementar ibuku,
ibu di atas jalan kebenaran
lalu dia pun terjun
hangus dijilat api parit itu

Wahai Tuan, kau tak mungkin membunuhku sekali lagi,
nyawaku telah pergi selama-lamanya,
akulah anak-anaknya si Parit Api itu!

nukilan Fathi Aris Omar

Aku mahukannya!

New LFC Away Kit

Aku benar-benar mahukannya. Melayang lagi RM 270.00 dan hampir rabaklah poket seluar aku nanti!

StatCounter