Saturday, June 9, 2007

Si Buta yang Genius

Ray Charles

Aku minat mamat ni sejak aku menonton DVD filem "Ray" lakonan Jamie Foxx, 2 tahun lepas. Entah bagaimana, aku terus meminati muzik-muzik 'gospel+blues+jazz=soul+rock' nya itu. Lagu-lagu seperti 'Georgia on My Mind', 'Hit the Road Jack' dan 'Let's Go Get Stone' sentiasa dapat mendamaikan jiwa yang dilanda gelora.

Melalui kisah hidup beliau, aku kagum dengan ketabahannya mengharungi hidup ini dengan seribu kepayahan, namun, kelebihan yang beliau miliki iaitu memiliki pendengaran yang sensitif, membuatkan beliau menjadi seorang pemuzik yang agung.

Dibesarkan dalam lingkungan penganut Kristian yang warak, sentiasa menghadiri Mass di gereja setiap ahad menjadikan beliau sebati dengan muzik Gospel dan sebagai seorang yang berketurunan Afrika-Amerika (kata sopan untuk Negro), irama Blues juga terbawa ke dalam proses pertumbuhannya.

Betapa geniusnya beliau ini mencampur adukkan genre-genre irama, dan hasilnya, lahirlah seorang pemuzik agung yang merintis budaya pop di Amerika dengan muziknya.

Eh?

Secara kebetulan aku menulis entri ini tanpa mengetahui yang beliau meninggal dunia pada 10 Jun 2004.

Saat aku menulis, tinggal lagi sejam untuk ke 10 Jun.

Kebetulan..kebetulan....Serius. Ini adalah satu kebetulan.

Ray Charles Robinson (23 Sept 1930 - 10 Jun 2004) - bersemadilah engkau dengan aman?

2 comments:

ROSNIZAM said...

Aku rasa roh si Ray Charles tu ada dekat2 ko masa ko tulis entry ni. Mngkin duduk kat sebelah ko sekitar 11-12.00 mlm.Mungkin gak dia dah bisik kat telinga ko..tulis something pasal die. Ko ada tak terlintas ape2 nombor mlm tu? maksud aku nombor 4 digit. Ade tak? ..

aranhellstorm said...

hahaha..psl no ko boleh mintak kat SDN. blog ni tak provide servis mintak nombor. Tapi kalu nak tilik jodoh boleh...hahahaha

StatCounter