Wednesday, February 20, 2008

After the Storm, There's A Golden Sky

Selepas berjaga malam tadi, menonton perlawanan Champions League Round of 16, akhirnya, kegembiraan yang telah lama gersang dari hati dan sanubari seorang penyokong setia The Reds, telah kembali mengisi ruang hati yang belum lagi pulih setelah keluar dari persaingan FA Cup tewas kepada kelab dari liga bawahan, Barnsley (Barli? Roti Ban?).

Sesungguhnya, kekalahan itu memang sukar diterima. Hari ini barulah mampu membuka laman-laman web bolasepak seperti Football365, Soccernet, LiverpoolFC.tv mahupun borakbola.net.

Harap-harap dapat mengekang saingan Internazionale (Inter Milan) di San Siro Mac nanti. Seri pun jadilah. Semoga berjaya ke suku akhir.

p/s: tak sabar nak tunggu keputusan Arsenal v AC Milan dan M*n U*d v Lyon esok.

p/p/s: Selangor menang besar malam tadi belasah DPMM FC 5-1 dalam FA Cup 1st Rd. Heh, cayalah!!

2 comments:

Anonymous said...

hehehe..akhirnya liver mng juga..nmn yang saya sedih sikit Real M tewas tipis..tipis je.Malam ni Barca turun padang..layan je..

aranhellstorm said...

kooreen79: welcome to the site...heh sokong real ke? barca pun sokong gak? mana bleh sokong dedua, rival tu...hehe... btw, barca menang 3-2 ngan celtic kat tpt lawan....

StatCounter