Tuesday, April 22, 2008

Extreme Engineering

Jumaat malam lepas sekali berjaga dari malam sampai ke siang dek kerana kerja-kerja penyambungan (connection works) paip berdiameter 2000 mm di Sg Langat berhampiran PICC Putrajaya.

Paip yang besar maka jentera-jentera yang digunakan juga besar-besar belaka. Aku tiba di tapak kira-kira jam 8.30 malam dan perkara yang mula-mula bos aku suruh ialah mentekedarah satay dan nasi lemak yang syarikat kami sediakan untuk pekerja dan kakitangan ABASS dan SYABAS yang datang untuk menyaksikan kerja-kerja tersebut. Kira-kira 1000 cucuk satay bos aku sediakan dan satu peti nasi lemak bungkus serta berkotak-kotak serbuk minuman 3 in 1 untuk kegunaan semua personnel di tapak.


Jam 9 aku baru sampai, tengah tunggu air dalam pipeline lama keluar habis.

Jam 11 - Sebahagian dari pipeline lama yang dipotong di alih keluar.


Membersihkan kawasan untuk di kimpal (weld) dari kesan tar/bitumen yang boleh menyukarkan kerja mengimpal menggunakan Oxyacetylene gas cutting (Oxygen and acetylene)


Dua kren berkapasiti 100 tan dan 80 tan digunakan


Jam 12 - Paip baru beserta Butterfly Valve dan Tee dimasukkan ke bahagian yang dipotong tadi.

Jam 1 - Jam 7 : Kerja mengimpal sedang berjalan - di luar dan di dalam paip berjalan serentak



Aku tidur dalam paip dari jam 6 sampai jam 7.


Jam 7.30 - pemasangan Butterfly Valve


Meletakkan di kedudukan yang betul sebelum mengikat skru.


Jam 3 - Ujian Kebocoran


Air keluar dari Butterfly Valve yang di buka.


Eh, ada tentera berkuda pulak!


PICC kelihatan dari tapak pembinaan.

Sekian.

No comments:

StatCounter