Saturday, April 26, 2008

Makan-makan

Semalam, bos aku membelanja makan satu pejabat atas sebab meraikan Aprilian, staf-staf yang lahir di bulan April. Oleh sebab yang murni itu, iaitu makan, jadi bos telah membawa kami semua ke JOGOYA, restoran makanan Jepun di Starhill Hotel berhampiran Marriot di Kuala Lumpur.

Sebelum ke sana, bos minta aku tunjukkan jalan ke satu workshop kereta di Glenmarie, sebab Rexton milik syarikat telah pun tiba masa untuk diservis. Selepas dia meninggalkan Rexton aku dan bos terus ke KL bersama-sama aku.

Sampai saja di sana, aku terus melihat-lihat kawasan sekeliling. Mahal juga bayarannya, kira-kira RM 80 seorang, tetapi eat all you can. Kebanyakkan makanan adalah raw seperti kegemaran orang Jepun, sushi, teppayanki dan majoritinya adalah makanan laut.


3 wanita penyeri pejabat - Ms Chew, Hafsah dan Evonne


Selalu minum tongkat Ali, apakata cuba makan tiram pulak?Heh..heh..


Bos makan tiram sampai enam, nak kerja kuat malam karang katanya, hahahah..


Ikan yang aku tak pernah rasa dan sejenis kerang yang aku pun tak tau apa namanya


Udang bakar cicah dengan sos Thai.. bapak sedap ahh!


Kupang? Kepah? Mentarang? Entah aku pun tak tau, bedal aje lah


Mee Jepun dengan kuah kari ada 3 ekor udang besar, cendawan lidi, tauhu dan jagung. Apa signifikan jagung dalam mee aku pun tak tau.


Pinggan besar, letak isi ikan kecik je, konon-konon macam dine dekat restoran chef terkemuka di Paris la tu...hahaha


Udang kara ni, kalau masuk restoran ni walk in menonong je, tak dapat rasa beb, sebab bos aku ada kad VIP, so dapatlah kami merasa menu untuk VIP ni.


Atas gambar sebelum, ni gambar selepas.



Oii, orang lain dah berhenti, ni dua olang aaar, ada bela hantu raya kaa???


Lalu Smart Tunnel masa balik, first time try lalu sini.

Nota: gambar dari Nokia N95

2 comments:

Anonymous said...

bestnyaaaaaaaaaa..sila belanja gua nnti di sana..hehehe..kerang yang nmpk best tu..

aranhellstorm said...

hahahah..turun KL, br boleh citer, hehehe....

StatCounter