Berita Ringkas
Isteri aku baru sahaja menelefon aku tadi, ada ancaman bom katanya. Semua penghuni bangunan tersebut terpaksa turun bagi menunggu pihak polis mengesan bom tersebut dan meletupkannya.
Lokasi kejadian ini berlaku di Balakong, Cheras.
Ada saja manusia yang tidak senang melihat keadaan yang aman dan tenteram. Kejadian seperti ini walaupun kisahnya tidak dipaparkan secara serius di dada-dada akhbar tetapi, kita harus berjaga-jaga dan berhati-hati setiap masa. Kita tidak mahu keadaan seperti ini merencatkan ketenteraman kita di Malaysia yang selalu 'selesa dan aman damai sejahtera'.
Aku tak mahu hidup dalam ketakutan. Aku berharap agar pihak berkuasa harus berbuat sesuatu sebelum nasi menjadi bubur.
Kita mungkin lupa, tetapi beberapa siri ancaman bom dan letupan bom telah banyak berlaku sejak akhir-akhir ini, Di Jambatan Pulau Pinang dan letupan di Terminal Bas Puduraya baru-baru ini, adalah menceritakan bahawa kita sedang di ancam oleh satu bentuk ketakutan yang baru, iaitu letupan bom.
Kita tidak perlu lagi ancaman yang baru, kerana ancaman-ancaman yang sedia ada pun sudah cukup untuk membuatkan kita ragu-ragu untuk melepaskan isteri-isteri kita keluar berseorangan, anak-anak kita, adik-adik kita, saudara-mara kita ataupun sahabat-sahabat kita keluar bersendirian tanpa ditemani. Jenayah Ragut, Rompak, Cabul, Rogol, Sumbang Mahram, Bunuh, Penipuan, Peras Ugut, Pukau dan Curi dan pelbagai lagi jenayah yang kita sendiri tak pernah terfikir tentangnya sehinggalah kita mengalaminya sendiri.
Kepada pihak berkuasa, aku yakin unit siasatan dan risikan mereka adalah yang terbaik dirantau ini. Buatlah sesuatu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. Atau mahu menunggu Menara Berkembar Petronas di bom baru hendak tengadah?
Fikirkanlah.
5 comments:
"...Atau mahu menunggu Menara Berkembar Petronas di bom baru hendak tengadah?..."
kurang hasam ko...kot ye pun janganla mention twin tower kena bom...gua dlm menara ni tgh elok2 buat keje terus jadik cuak plak skrg ni...hampes...
hehehe..takut kena bom ke takut mati...? hahahahaha... sesungguhnya orang yang cerdik itu adalah org yg bnyk mengingati mati...hehe.. insaf tak? insaf tak?
heh. kultim sekali.
mcm mana tak takut mati, tak berhenti hisap rokok lagi.
bert: muahahaha..kultim lagi..
Post a Comment