Wednesday, July 25, 2007

Senada

Apa yang aku utarakan semalam, ada sebahagiannya senada dengan apayang Dato Mazlan Ahmad utarakan dalam Berita Harian hari ini.



Liga amatur sesuai untuk kita’

Bekas Ketua Pengarah MSN sarankan liga profesional dibubarkan

DUA rumusan – kembalikan kancah saingan tempatan ke tahap amatur dan semi-pro serta pengunduran beramai-ramai pemimpin sedia ada – perlu dirintis demi memperkukuhkan kembali martabat bola sepak negara yang kini teruk tercalar.


Ia harus menjadi tunjang kepada revolusi menyeluruh bola sepak negara selepas terbukti sistem dan corak pengendalian sedia ada – yang dicetuskan hampir dua dekad lalu – tidak lagi mampu menjelmakan hasil dimahukan.

“Realiti ketika ini ialah skuad negara – yang jadi pengukur kejayaan liga tempatan – tidak lagi boleh kita banggakan kerana pelbagai masalah pembayaran gaji, sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan pemain serta jurulatih kedengaran setiap tahun.

“Bagaimana kita mahu anggap bola sepak satu industri jika persatuan negeri dan kelab tidak mampu berdikari daripada segi kewangan,” kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad (gambar).

Mazlan, berwatak setiausaha bersama kepada kumpulan pegawai kanan FAM yang melakukan tinjauan ke Eropah sebelum pengenalan Liga Separuh Profesional pada 1989 lalu, turut menegaskan matlamat ditetapkan, 18 tahun lalu, jelas tersasar.

“Apa disasarkan ketika itu ialah liga tempatan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baru selain membuka dimensi baru kepada pembabitan penaja-penaja.

“Ia bertujuan menghasilkan skuad kebangsaan yang mantap, dibarisi pemain dengan sikap dan kemampuan memuaskan,” katanya.

Lantas, Mazlan mencadangkan pembubaran Liga Profesional ketika ini, yang wajar digantikan dengan saingan amatur – seperti jadi amalan ketika Malaysia pernah diakui antara kuasa utama bola sepak Asia.

“Tempoh penyisihan antara tiga hingga lima tahun perlu diberikan supaya pemain sedia ada diberi peluang beralih dan menyesuaikan diri dengan saingan amatur. Persatuan negeri juga perlu diberi pilihan.

“Mereka yang berkemampuan boleh mempunyai skuad separuh profesional. Pasukan tidak mampu masih boleh bertanding, tetapi mereka tidak perlu terikat dengan kewajipan mempunyai pemain profesional,” katanya.

Mazlan turut mendedahkan betapa ketika pengenalan Liga Separuh Profesional pada 1989, tempoh lima tahun diberikan untuk pemain import beraksi sebelum pemain tempatan harus mampu menjadi bintang dalam liga sendiri.

“Kerana itu juga, FAM perlu berani mengambil langkah drastik mempunyai pasukan kepimpinan baru. Jika orang lama kekal, mereka akan berfikiran sistem sedia ada adalah ciptaan mereka, jadi mahu pertahankannya.

“Mereka akan jadi penghalang kerana menganggap cadangan kembali ke status amatur sebagai dua langkah ke belakang.

“Ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamed beliau memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Apabila Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mengambil alih beliau memberi penekanan kepada pertanian pula.

“Adakah Pak Lah dikatakan memandang ke belakang,” kata Mazlan

Beliau berhujah dalam bola sepak perlu satu atau dua langkah ke belakang sebelum mara lebih jauh kerana ketika ini, pasukan negara dinilai tidak lagi mampu ke hadapan.

“Sudah tentu kita perlu berusaha dengan cara berbeza,” katanya.

Menurut Mazlan, pasukan kepimpinan baru akan mampu berfikir secara lebih objektif, tanpa diganggu sentimen dan emosi, yang mampu menyuntik kesegaran kepada pendekatan sedia ada FAM.

“Ia seperti proses pemulihan yang dilakukan kepada Penerbangan Malaysia (MAS) yang terbukti berkesan. Matlamatnya ialah memastikan kita punya pendekatan dan gaya baru untuk menghasilkan skuad negara yang handal,” katanya.





Macam orang putih kata, wise men think alike. Heh.

2 comments:

nizam best said...

orang kene makin maju jon..bkn makin mundur..sistem liga dah ok x payah bubar liga..bkn senang nk crk sponsor..cume pemilihan pemain import kene betul dan berkualiti..jangan cepat melatah nak tukar liga.Persatuan tidak dapat berdiri sendiri kerana mereka tidak cukup dana. sebenarnye liga malaysia tidak pro pun, persatuan bolasepak belom boleh menjual produk mereka. sanggupkah kite membayar untuk menonton perlawanan bolasepak kat TV (pay per view)? klu anda sayangkan bola mesia mesti anda sanggup. Dari situ baru mereka boleh menjana kewangan mereka.Kita tengok liga J.

aranhellstorm said...

memang... that's why aku cadangkan supaya bubarkan liga sedia ada, dan buat perancangan rapi untuk liga baru, dan perancangannya bukan macam sekarang, musim ni guna import, next season tak nak guna. Keputusan buat suka2 hati, sepatutnya kena ada rancangan macam Rancangan Malaysia, review 5 tahun sekali, itu macam la.

satu lagi, aku tak cepat melatah, psl ape dah dekat 18 tahun, tadde perkembangan pun, tadde apa yang boleh dibanggakan.

the system is fuck up and really in a mess. tiada apa yang dapat diperbetulkan, bak orang kata dah totalled. that's why reformation in FAM is a must.

tapi betulla lu cakap, takkan nak undur kebelakang. Tak semestinya kembali pada liga semi pro. Orang lain semua jln kedepan, takkan kita nak berundur. Memangla betul depa cakap nak patah balik ke semi pro sebab masa tu pasukan kebangsaan kita lagi cemerlang. Memang lah, pasal negara lain tak pandang pun bola sepak ini sebagai suatu yang serius. Korea selatan pun belum ada liga kebangsaan lagi waktu tu apatah lagi jepun yang kita semua tau yang mereka menggemari US based punya sukan spt baseball, ice hockey, basket ball. Memang la patah balik ke semi pro adalah langkah yang sebenarnya langkah yang bahaya kalau tiada perancangan rapi.

tapi dari satu segi yang aku nampak, liga semi pro dari segi pronya, aku nampak, hanya org yang betul2 minat bola akan main bola, bukan setakat main utk cukup makan dan sekadar last resort. Oleh itu, MUNGKIN prestasi pasukan kebangsaan akan meningkat kerana pemain2nya adalah org yang betul2 minat dan hidup untuk bola.

TETAPI, ada lagi ke org macam ni zmn sekarang? takut2 tadde siapa nak main dalam liga nanti...

entahlah aku pun tak tau...tapi yang pasti..kita semua tak nak lagi tgk pasukan negara kita kena sayur macam ulam di persada antarabangsa... we definitely love and live football!

StatCounter