Thursday, April 17, 2008

Entah Kenapa?

Aku kehilangan idea untuk menulis dan aku rasa penulisan aku akhir-akhir ini tumpul dan memualkan. Idea-idea yang datang kesemuanya 'bullshit' dan entah apa-apa sehinggakan aku sendiri tak mampu untuk 'entertain' kepala otak aku yang sudah berserabut dengan pelbagai benda yang membuatkan aku makin kelam kabut, makin pening, makin naik lemak kerana asyik makan. Hahahaha!

Hahahaha! Ketawakan aku! Ketawakan lemak-lemak yang semakin bercambah dari hari ke hari. Ketawakan aku dengan kekalutan aku. Ketawakan aku lagi dan lagi!

Apa yang aku repekkan ni? Melalut macam orang gila.

Semalam seharian aku di negeri kelahiran Mat Kilau. Dari Temerloh ke Maran hinggalah ke Raub pada sebelah petangnya. Penat tak terkata tapi apa boleh buat, urusan kerja harus diselesaikan.

Dalam perjalanan dari Maran ke Temerloh, ada kemalangan. Mula-mula aku ingat ada rusuhan ke apa di tengah-tengah jalan pasal ada asap tebal, tapi bila fikir balik kata Pak Lah, tunjuk perasaan bukan budaya kita, aku teruskan perjalanan ke hadapan. Sampai dekat, baru jelas ada kenderaan terbalik tengah-tengah jalan. Cepat-cepat aku ambil Canon Ixus aku terus ambil foto kemalangan itu, cumanya aku tak sempat melihat ke nombor plat lori tu. Hahahaha..!!



Malam baru sampai rumah. Jam 8.30 baru sampai. Layan HBO tonton filem Finding Forrester yang menceritakan tentang penulis yang pernah memenangi anugerah Pulitzer dengan hanya menulis sebuah novel sahaja. Lakonan Sean Connery dan Rob Brown (Coach Carter, Take the Lead) membuatkan aku terus terlekat di depan kaca tv walaupun mata dah letih, badan dah penat. Cerita yang bagus untuk orang yang sedang mencari inspirasi untuk menjadi penulis yang bagus. Macam aku.

4 comments:

chanpang said...

sama la bro kita berdua..otak aku pun kosong je xtau nk tulis ape...haiz

aranhellstorm said...

huhu..rasa2nye we need a holiday to refresh our mind kot?? heh

ely said...

holiday??nak..nak..nak..sokong 500%!!..nak hikottt...

aranhellstorm said...

ayg: tak leh, ni writer punya trip makan angin, bukan penulis tak leh ikut ni..hehehe

StatCounter