Komen Aku Di Blog Mantan MB Selangor
A'kum Dr Khir,
bagi saya sudah sampai masa untuk UMNO (United Malay National Org) ditukar kpd (united MALAYSIAN national org)sebab bagi saya, parti perkauman sudah tidak popular.
Apakah selepas 50tahun merdeka, kita perlu mengikut acuan british pecah dan perintah mereka? Walaupun gagasan penyatuan semua org Malaysia telah dibuat oleh Onn Jaafar dgn parti IMPnya...
Saya menentang politik perkauman sekeras2nya, parti seperti UMNO, MCA dan MIC mmg tidak pernah ada tempat dlm hati saya.
Begitu juga pengundi2 yg telah mengundi pada PRU 12, separuh pengundi rela hati meninggalkan UMNO dan memangkah selainnya, begitu juga mereka yg selama ini MCA dan MIC.
ini kerana sistem ini telah gagal. Gagal bermanfaat kepada rakyat seluruhnya. Berjaya kepada segelintir org2 besar terutama kepala2 dlm UMNO.
Agihan kekayaan juga tidak telus, byk projek runding terus sambil menyalurkan beberapa persen komisen ke poket sendiri.
jgn nafikan, saya berada di dalam line construction juga.
Isu-isu rakyat biasa yg tak terbela, rakyat yg pro pembangkang lg la tak terbela. Kenapa budaya ugut mengugut ni berleluasa? kerana UMNO sgt berani cross the line, sebab angkuh dengan kuasa yg mereka ada selepas 50 tahun berkuasa.
Dr, sy berani jamin, kalau UMNO masih lagi bermentaliti seperti ini, akhbar masih lg bias, perasuah dari kalangan pemimpin masih lg di bela, masih lagi melaung2 'ketuanan melayu', pemimpin angkuh masih lagi berkuasa, rasanya, 5 tahun ini sehingga PRU 13 adalah tempoh untuk kita ramai2 baca Yasin utk UMNO.
UMNO akan berkubur kalau tiada revolusi yg di buat dr segi kepimpinan, ideologi dan karakter pimpinannya.
hanya pandangan dari rakyat biasa.
2 comments:
erm..aku setuju sngt!membela kaum konon parti2 ini..tp semua tu cuma alasan tok diorg nk mengaut keuntungan je..huhuhu
huhu..entah bila derang nak sedar x tau la....
Post a Comment