Isu Gaza
Tajuk atas tu bukan refer pada Gaza, ustat Ghazali Omar aka Gaza, ustat aku kat sekolah dulu. Ini Gaza di Palestine yang sedang di bantai tentera rejim Zionis sekarang ini.
Tadi pergi Solat Jumaat, ada qunut nazilah. Doa untuk keamanan saudara Muslim di Palestine. Doa supaya Allah hancurkan Amerika, yahudi dan musuh-musuh Islam. Tengok saf depan aku, ada yang pakai seluar Dockers, Levis.. tengok dalam poket, ada rokok Marlboro, Philip Morris punya company. Semua Amerika-Zionis by proxy punya company.
Teringat zaman sekolah dulu, masa hati tengah suci, bak kata Nabil Raja Lawak, "dari jauh nampak suciii je muka gua ni.." la kan, zaman rajin pergi Musolla untuk solat Subuh berjemaah. Ke sembahyang terawih ek? aku pun dah lupa, tapi ada la satu hari ni, tiba-tiba ustaz Khaspi baca qunut nazilah yang amatlah panjang itu. Tapi sebagai insan yang masih suci aku masih teguh berdiri, tapi mamat senior, Bauk, sebelah gua ni dah berdiri pun tak senang. Tiba-tiba aku dengar dia mendengus...
"Apala baca doa qunut panjang-panjang sangat niii..." dengan selamba beliau membentak. Gua nak tergelak dah, tapi sebagai insan suci, kena khusyu' lagi tawadhhu'. Gua buat-buat tak paham, tapi dalam hati gua dah guling-guling gelak...
Lalu dia mufaraqah, pergi belakang sembahyang sendiri. Rebel with a cause, lu memang rock bro..hahaha...
Back to the topic. Tentera IDF (israel defense force) sudah pun membantai tanah, bangunan, penduduk Palestine di Gaza. Banyak kanak-kanak, wanita, orang tua yang mati tertimbus atau terkena ledakan bom, peluru berpandu dari pesawat pejuang IDF. Tapi kita di Malaysia ini, dalam simpati melihat nasib mereka, kita pun banyak pendapat mengenai isu Israel-Arab-Amerika ini yang memang tiada kesudahannya.
Ada yang kata ini isu Islam v Yahudi. Ada yang cakap ini isu Politik dan Kuasa semata, ada yang berhujah ini isu Tanah dan Kependudukan, isu Negara, isu Hamas v Zionis v Fatah, dan berbagai isu lagi berdasarkan pengetahuan, pembacaan, ilmu, pemerhatian bahkan juga latar belakang masing-masing.
Oleh sebab malam tadi gua tengok Reaksi Perang Di Gaza di Astro Awani yang panelnya terdiri dari 2 orang, satu YB Dato Tajuddin bin Abd Rahman, YB dari Pasir Salak, dan satu lagi Hishamuddin Rais, rasa macam tak cukup, so malam ni aku dengan Bert akan ke Dewan Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar KL untuk menyertai forum bertajuk "BUKAN HANYA PERANG – MITOS DAN REALITI DI PALESTINE". Butiran lanjut sila klik di sini.
Jadi, sesiapa yang ada kelapangan, nak tambah pengetahuan moh le ikut teman..
2 comments:
ko punya blog tak de orang nak baca..kesian..jadi ko komplen pasal blog orang lain yang popular..apa punya manusia..
pendek kata..arab itu memang patut kena bantai oleh zionis whoever that is...
Arab itu menyebabkan banyak hal di dunia ini dengan tindak tanduk mereka yang ego dan tamak..
sejak arab mneyerang amerika dan amerika menyerang arab..dunia dah malas..dah...
yang dia kecil pergi serang orang besar lepas tu kena bantai menangis minta simpati kau yang buat candle light vigil..
candle light dinner ada juga faedahnya...apa faedah candle light vigil..itu hindu ooii..islam otak kau..
Senyuman Para Syuhada yang mati syahid di bumi Palestine... nak tengok gambar para syuhada klik pada Palestine.
Post a Comment