Wednesday, May 28, 2008
10 Tahun (lagi?) tapi ini lain punya...
Tulisan di bawah adalah dikirim dari blogger Republik Kata melalui email kepada saya.
10 Tahun Reformasi: Makin Maju atau Mundur?
Republik Kata bersoal jawab dengan Fathi Aris Omar, wartawan kanan Malaysiakini.com dan juga pengarang buku bertemakan gerakan reformisme pemikiran Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi bersempena sambutan ulang tahun ke-10 peristiwa Reformasi 1998.
Republik Kata (RK): September tahun ini, genap 10 tahun Gerakan Reformasi, yang telah menjadi petanda baru arus politik sehingga ada orang menyebut "saat-saat penakrifan baru", atau the new defining moments, politik negara selepas Merdeka. Apakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Apakah yang "baru" itu?
Kita ambil contoh mudah, siri-siri demonstrasi yang berlanjutan sejak Anwar dipecat sehingga aktivis-aktivis utama reformasi ditahan bawah ISA pada April 2001. Kita lihat tema-tema yang dibangkitkan mereka dan kita tengok penggerak-penggeraknya. Pastilah gejala ini baru dan khusus sebagai penanda aras lain dalam politik nasional.
Reformasi 1998 sebenarnya gerakan kebudayaan, gerakan pemikiran, gerakan wacana dan gerakan idea untuk merombak negara agar lebih menghargai demokrasi dan hak asasi warganya.
dilaung oleh aranhellstorm pada 12:00 PM 0 komentar
Wednesday, May 21, 2008
10 Tahun
Ini adalah ruangan khas untuk aku mengingatkan bahawa aku dan pengaruh rakan-rakan sebaya aku, yang kita ni, sudah 10 tahun meninggalkan bangku bagi kertas terakhir peperiksaan SPM di SMKAKS pada tahun 1998 dulu.
Tahun yang menyaksikan pelbagai drama dan krisis melanda tanahair kita. Tahun yang kita juga merasai kebebasan yang eternal dari cengkaman penjajah-penjajah, yakni buku-buku teks, buku-buku latihan, cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz, warden-warden dan kader-kadernya (pengawas) dan buku disiplin sekolah.
Dalam masa 10 tahun ini, kita mula mencari arah, mencari makna (atau makan?) kehidupan dan menjalani kehidupan ini mengikut acuan , mengikut arah kiblat dan kompas kita sendiri.
Dalam masa 10 tahun ini, kita melihat kebelakang lantas terkenang satu tahap dalam kehidupan kita di tahun 1998, kita melihat perkembangan yang kita lalui sendiri mahupun bersama, adakah kehidupan yang kita hajati, kita impikan itu dapat kita kecapi?
10 tahun yang panjang ini juga, kita patut bersyukur kerana masih dikurniakan oksigen dan peparu kita masih berfungsi dengan baik walaupun ada antara kita yang sudah tidak lagi dapat menikmati oksigen sepertimana kita nikmati sekarang. Innalillahi wa innailaihi raji'un.
10 tahun ini juga, kita cuba mengingati susuk-susuk tubuh yang pernah bersama-sama menjalani kehidupan di bawah penguasaan penjajah-penjajah minda itu, dengan jerih susah payah, penat lelah dihambat, dikejar, dipenjara, dipaksa, disumbatkan dengan bermacam-macam ideologi untuk kita yang termengah-mengah mengaut semua yang disuakan, yang disuapkan kemulut-mulut kita, kemanakah susuk-susuk tubuh itu pergi? Dimanakah kamu semua sekarang?
10 tahun yang bersamaan 3650 hari itu timbulnya sekarang seolah-olah baru semalam aku bangun dari bangku untuk kertas terakhir SPMku, seolah-olah baru semalam aku melompat girang bersama rokok berjenama Dunhill yang masih berbara terselit di bibir, sambil berjalan keluar beramai-ramai merentasi padang sekolah meninggalkan penjara 'Sona' mahupun 'Fox River' itu buat selama-lamanya. Rupanya-rupanya sudah sepuluh tahun aku meninggalkan kesengsaraan itu, dan ada antara susuk-susuk wajah yang bersama-sama aku telah aku lupakan dan hilang dimamah waktu.
10 tahun yang bersamaan 87600 jam itu telah kita tinggalkan seolah-olah baru sejam kita meninggalkan Dewan Makan yang memberikan kita rasa kenyang.. aku ulang hanya rasa kenyang untuk kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan walaupun tidak ada barang sedikit pun rasa kelazatan dalam butir-butir nasi yang keras seperti bertih , kuah muah yang berceracak tulang temulang di dalamnya, lauk pauk yang pucat lesi, serta dedaunan sayur mayur yang kadang-kadang ditemani ulat berengga mengesot perlahan-lahan di sudut tray biru plastik kita.
Mungkin hanya air teh susu Pak Long membuat jiwa kita gembira di penghujung malam, memberikan kita semangat untuk terus hidup keesokkan harinya. Lalu rasa seperti baru satu jam berlalu itu, kita fikirkan, kita cuba mengingati rasa lauk pauk yang pernah dijamah dek mulut tidaklah dapat diingatkan kerana sebenarnya sudah 10 tahun kita berhenti menjamah makanan itu. Kita pun sudah lupa.
10 tahun yang panjang itu sebenarnya amat singkat sesingkat perjalanan pergi balik ke Kuantan yang hanya mengambil masa 2 jam dari KL berbanding 4 jam sebelum siapnya lebuhraya bertol itu ataupun berminggu-minggu lamanya berkemudi kapal pada zaman Hang Tuah dahulukala. Jikalau ada antara kita yang terbaca luahan emosi ini, ketahuilah kalian bahawa ada usaha-usaha untuk menemukan kita kembali di saat ini. Dapatlah kiranya kita semua menyokong usaha-usaha ini untuk kita sama-sama berpeluang berkongsikan saat-saat itu sekali lagi setelah 10 tahun kita berpisah.
10 tahun.
dilaung oleh aranhellstorm pada 11:36 AM 6 komentar
Labels: 10 tahun
Monday, May 19, 2008
Monday, May 12, 2008
Hujung Minggu Yang Lelah
Hujung minggu yang penuh aktiviti. Dengan keluarga. Sahabat-sahabat. Oh ya, dan kepada tuntutan kerja.
Malam tadi pukul 5 baru tidur. Siapkan Pipe Log untuk dihantar bersama-sama final claim kepada Main Contractor.
Malam tadi juga, orang rumah aku muntah-muntah dari tengah malam sampai pagi ni. Seriau aku dibuatnya. Pagi-pagi dengan tahap kemengantukan peringkat dewa, aku bergegas ke KPMC Puchong. Jumpa rakan sekerja yang tinggal di taman tempat aku menyewa untuk memberikan segala dokumen untuk dibawa pulang ke pejabat. Pesanan untuk bos, EL hari ini.
Semalam, jadual penuh. Ambil adik ipar aku di Puduraya, terus ke MIHAS di MATRADE di Jalan Duta. Ramai gila babi orang. Tapi takdelah sampai tahap kena sawan babi. Borong macam-macam. Dari kek lapis Sarawak, buah tamar, Pau Karts, RM 10 untuk 3 kotak sampailah ke Keropok Lekor Terengganu mari.
MIHAS, time baru melangkah masuk
Jumpa bekas rakan sekelas masa form 5 di SMKAKS dulu. Nurilyani kalau tak silap nama dia. Terlupa pula nak minta nombor telefon, tapi tidak apa, nombor suaminya ade di cop pada brochure yang dia bagi kat aku, brochure takaful. Nasib baik tak kena racun suruh beli insuran kat situ, hehehe.... tapi kat mana pulak aku letak brochure tu ya?
Kemudian ke SOGO pula, dengan hati yang tak berapa ikhlas, ya lah, kepala dok teringat kerja pejabat yang menanti di rumah untuk di usahakan.
Malam sebelumnya, Bert, Baim, Jibam dan C-pot bertandang ke rumah. Menonton DVD Sex is Zero 2. Oleh kerana versi cetak rompak punya, sari kata Bahasa Inggerisnya berterabur ikut direct translation bahasa Mandarin. Letih nak faham. Tapi masih lagi boleh layan gelak tak ingat punya.
Bihun Sup menu kami, oleh chef Elya, dan KFC tajaan Jibam
Lepak punya lepak, tak sedar dah jam 2 pagi, mak Jibam dah telefon 2-3 kali dah.
Huh...off to bed, i am so sleepy.
dilaung oleh aranhellstorm pada 11:05 AM 0 komentar
Wednesday, May 7, 2008
Ahh..Otak Beku
Otak beku
Tak ada apa
Tak ada idea
tak ada rasa
Eh, rasanya ada!
rasa untuk menulis
tapi..ahhh... otak aku beku
Otak beku
mata mengantuk
listrik pejabat habis sia-sia
terus hilang dalam dunia maya
dilaung oleh aranhellstorm pada 12:08 PM 0 komentar
Monday, May 5, 2008
Testing
nih video anak sedara aku, testing pakai N95...
dilaung oleh aranhellstorm pada 12:24 PM 0 komentar
Weekend Roundup - KLAB
Tapi sebelum sampai di sana, aku terlebih dahulu menghantar biras aku ke Pan Pacific di PWTC kerana beliau ada mesyuarat selama 3 hari di situ. Kebetulan dia juga pulang ke kampung dari Penang, jadi tak perlulah isterinya bersusah payah menghantar beliau ke KL kemudian pulang ke Penang pula.
Masa keluar dari Pan Pac, kelihatan satu susuk tubuh dengan wajah yang aku kenali sedang berjalan kaki menuju ke arah aku..dan err, bini aku juga kenal, dan barangkali satu Malaysia juga kenal.. dan oleh kerana aku memakai cermin mata ajaib yang selalu membuatkan abang dan kakak tol menoleh dua tiga kali barangkali ingat aku ini artis, maka artis ini, yaaa, orang yang aku nampak tadi adalah seorang artis, lalu beliau mengangkat tangannya menyapa aku. Hehehe..
Nak tau siapa gerangannya beliau, dia adalah Osman Kering!! Hahahaha!!
Jam 3.30 aku sampai di tempat letak kereta di hadapan CM. Seperti dalam filem atau drama, tatkala dalam perjalanan ke Annexe, terus terserempak dengan Bert yang sedang berjalan ke pintu depan CM. Terus aku di bawa ke Annexe untuk VIP tour oleh penganjur.
Selepas melawati keseluruhan gerai di KLAB, oh ya sebelum tu aku ke pameran Hari Kebebasan Media Sedunia bersebelahan dengan KLAB. Di hadapannya ada gig 'Rock Kangkang' anjuran ROTTW di mana band-band yang bermain semuanya berpakaian era rock kapak dengan singlet bercorak matahari Jepun, kasut Aliph, dan ikatan bandana di kepala. Terkenang era kegemilangan rock kapak di tahun 80an.
Di KLAB bukan sahaja ada jualan buku, malah ada pemberian buku-buku terpakai percuma, juga ada booth untuk pengunjung memberikan koleksi buku terpakai mereka. Ada acara baca puisi, maka aku mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan penyair-penyair membaca puisi mereka. Kebanyakkannya berbahasa Inggeris, dan ada juga dalam bahasa Melayu. Teringat aku sewaktu zaman bujang dahulu, ketika gerakan seni indie yang menyusur melalui APUKe kelolaan UBU. Kemana ceruk sahaja aku pergi walaupun ada beberapa siri yang aku terlepas. APUKe ini adalah singkatan bagi Acara Baca Puisi Keliling yang menampilkan susuk-susuk insan yang menghargai seni berkumpul dari satu tempat ke satu tempat untuk menyerlahkan bakat mereka.
Jadi dalam mereka membaca puisi semalam, aku terus bernostalgia.
Jam 4 lebih aku keluar dari Annexe membawa 2 naskhah buku, satu himpunan cerulpen (cerita ultra pendek!) bertajuk Kasut Biru Rubina dan buku dari booth Malaysiakini, Mahathir vs Abdullah. Balik terus ke Puchong dan berehat.
KLAB di ruang bawah
Pengunjung di ruang utama jualan di sebelah atas.
Bunting 'Malaysiakini' di gerai Kinibooks
Mat saleh baca puisi hip hop tentang fastfoods
Bert dengan tshirt propagandanya..haha
best poem dia nih..layan feel plak
On the way balik, jem plak lepas 222
Owh ada accident rupanya, kereta terbakar di tepi jalan
dilaung oleh aranhellstorm pada 10:21 AM 0 komentar
Friday, May 2, 2008
Tahniah Chelsea dan Penyokongnya.
Tapi aku bangga dengan pasukan yang aku sokong. Kalah dan menerimanya. Kalah pada pasukan yang lebih kuat dan bertenaga. Harap mereka menang di perlawanan akhir nanti.
Sms yang diterima dari penyokong Chelsea juga berbau rendah diri dan tanpa unsur riak, jadi aku pasrah dan menerima dengan hati terbuka.
Tetapi sms dari penyokong Setan Merah buat aku marah!
Tapi takpe, cuba lagi musim depan. Musim depan final di Rome. Liverpool always win in Rome!
dilaung oleh aranhellstorm pada 2:44 PM 1 komentar
Labels: Champions League Final