Friday, August 27, 2010

Ramadhan

Puasa kali ini aku rasa much-much better than before. Dari segi mengawal belanja dan nafsu di bazar ramadhan, (minus puasa mata yang paling payah nak control) dan juga amalan dan ibadat. Harap-harap dapat konsisten sampai lepas bulan Ramadhan, dan dapat tingkatkan amalan.

Terkenang memori zaman sekolah dulu. Dari siang sampai malam penuh aktiviti keagamaan, amal ibadat samada berjemaah atau infradi (individu). Tadarus, solat sunat, dan macam-macam lagi lah. Tarawih pun full package siap witir, sekarang sampai 8 je cabut. Kadang-kadang terskip dan terkantoi dua-tiga malam. Alangkah bagus kalau aku dapat mengulangi apa yang pernah aku buat dulu...

Ramadhan 1431 Hijrah hanya sekali sahaja datangnya. Rugi kalau perangai gua masih tak berubah lepas Ramadhan ni.

p.s: nak masuk 10 malam terakhir dah.

Monday, May 17, 2010

Apa gua mencarut..

When you are so far away from greatness yet so far away from nothing, you are just mediocre.

Wednesday, March 24, 2010

Azam

Gua baru dapat azam tahun baru walaupun dah sampai bulan 3. Tahun ni gua berazam untuk simpan duit tiap-tiap bulan.

Thursday, January 7, 2010

Moh Le ke Shah Alam Sabtu Ni Oii....



Ada Carburator Dung wehhh.... Pengasas APUKe pun ada dtg baca puisi...heh

Kau tahu...?

Kau tahu apa yang mencemaskan aku?
Apabila aku tiada kerja.

Kau tahu apa yang memenatkan aku?
Apabila berjalan kesana kemari mencari kerja.

Kau tahu apa yang membosankan aku?
Apabila datang kerja tanpa ada rasa untuk bekerja.

Kau tahu apa yang meresahkan aku?
Apabila aku tahu ada suatu kerja tapi belum dilaksanakan lagi.

Kau tahu apa yang merimaskan aku?
Apabila duduk diam tanpa berbuat apa-apa kerja.

Kau tahu apa yang menggembirakan aku?
Apabila aku kecapi rasa puas tatkala habis bekerja.

Kau tahu apa yang membuat aku bersyukur?
Apabila aku tahu aku masih mempunyai kerja.
Buat bayar hutang-hutang dengan lintah-lintah darat yang duduk dalam hawa dingin,
dalam bilik kaca, di bangunan-bangunan tinggi itu.

Tuesday, January 5, 2010

Bola

FAM buat perangai lagi, kali ni tambah pulak dengan KBS.

Lu nak pergi hantar budak-budak under 23 tu pegi kat eropah, lepas tu suruh persatuan lepaskan player?

Macibai lu la, kepala hotak korang letak kat kaki keeee??????

Konon takut level training dan kecergasan tak sama la, apa la... dah menang macam ni la, semua nak menempel. Kalau kalah, lu tibai FAM macam nak mampus, menang pulak nak tumpang nama. Lu takut level kecergasan tak sama, lu buat la pertandingan 20 team, kurang2 38 game derang main satu season. Jangan buat game malam je, buat la game petang ke, pagi ke, tengahhari ke.. baru la boleh cergas dan bertenaga.

Babi lah!

FAM pun dok ngangguk macam orang bodoh.. (ke memang bodoh?). Korang cerita berbuih-buih nak bagi liga tempatan meriah. Tapi apahal buat decision backward? As for me, kalau aku turun stadium tengok Selangor main sok, aku nak tengok Amirul Hadi, aku nak tengok Safiq Rahim, Nasriq Bahrom dan hero-hero 'emas' yang lain yang Selangor amik season ni. Bukan nak tengok budak2 baru belajar main bola.

Ni yang aku nak buat spekulasi ni. Mentang-mentang Pahang dah takde player, lu nak kacau daun team lain yang ada budak muda power2???

Lahanat la lu olang kat FAM kalau itu macam...

Hantar luar negara lepas tu kalau tak dapat masuk reserve team nak main kat reserve league derang camna? apatah lagi kalau nak masuk 1st team. Lu olang pikir la, guna la otak sikit, jangan pakai sedap mulut berbuih je cakap. Player kita bagus pun bukan bagus sangat lagi, jangan pasal baru menang emas kat Sukan SEA lu orang dah nak gelabah tak tentu pasal.

Bodoh punya KBS ngan FAM!

SMS

Aku tengah sedap port baekk punya dekat toilet tadi, tiba-tiba phone bunyi. Niamah! Sapa pulak kacau daun ruang privasi aku ni.

SMS dari maxis.

"RM 0: adakah anda faham mengenai konsep 1Malaysia? Taip 1M C untuk YA, 1M D untuk Kurang Faham, 1M E untuk Tidak Faham & SMS ke 15888 dari maxis dan 1 Malaysia"

tet tit tit tet.. aku taip reply sms tu. Aku jawab, 1M E.


Sebab memang aku tak faham. 1 Malaysia ke kita kalau:

1) Sistem pendidikan masih lagi segregated. Ada sekolah melayu, cina dan tamil. Hapuskan sekolah vernakular, buat satu sistem sekolah untuk semua rakyat. Kalau nak buat jugak, buat sebelah petang, belah pagi sekolah 1 Malaysia, petang lu nak gi sekolah cina ke, sekolah tamil ke lu punya suka.

2) Sistem kuota. Kenapa masih guna kuota bumi tak bumi lagi untuk ke U? Guna sistem merit terus, lu pandai lu masuk la U, lu bangang lu terjun longkang!

3) Parti rasis atau berasaskan kaum. Lu cerita pasal 1Malaysia, tapi lu presiden parti melayu, parti cina, parti india, parti iban, parti kadazan dusun, apa ni?? Lama-lama sok, ada pulak parti jawa, parti bugis, parti banjar, parti tapawer..eh... 1 Malaysia ke itu macam?

tapi bagi aku kita dah berada pada landasan yang elok, kurang-kurang non malay boleh berjawatan tinggi dalam angkatan tentera, polis, dalam kerajaan walau jumlah mereka sedikit, tapi ada platform untuk ke arah itu.

Kalau kena gaya boleh jalan idea tu, kalau tak kena gaya, boleh blah la 1 Malaysia!

Friday, January 1, 2010

Selamatlah Kita di Tahun Baru!

Harap-harap tahun ini segalanya lebih baik dari tahun lepas. 2010 dah ya? Kedah dah maju belum?

StatCounter