Monday, May 5, 2008

Weekend Roundup - KLAB

Semalam dari Sg Burong terus ke KL. Arah tuju ke CM Annexe, untuk KLAB, support untuk sahabat yang menjadi penganjur, Sdr Zulhabri aka Bert.

Tapi sebelum sampai di sana, aku terlebih dahulu menghantar biras aku ke Pan Pacific di PWTC kerana beliau ada mesyuarat selama 3 hari di situ. Kebetulan dia juga pulang ke kampung dari Penang, jadi tak perlulah isterinya bersusah payah menghantar beliau ke KL kemudian pulang ke Penang pula.

Masa keluar dari Pan Pac, kelihatan satu susuk tubuh dengan wajah yang aku kenali sedang berjalan kaki menuju ke arah aku..dan err, bini aku juga kenal, dan barangkali satu Malaysia juga kenal.. dan oleh kerana aku memakai cermin mata ajaib yang selalu membuatkan abang dan kakak tol menoleh dua tiga kali barangkali ingat aku ini artis, maka artis ini, yaaa, orang yang aku nampak tadi adalah seorang artis, lalu beliau mengangkat tangannya menyapa aku. Hehehe..
Nak tau siapa gerangannya beliau, dia adalah Osman Kering!! Hahahaha!!

Jam 3.30 aku sampai di tempat letak kereta di hadapan CM. Seperti dalam filem atau drama, tatkala dalam perjalanan ke Annexe, terus terserempak dengan Bert yang sedang berjalan ke pintu depan CM. Terus aku di bawa ke Annexe untuk VIP tour oleh penganjur.

Selepas melawati keseluruhan gerai di KLAB, oh ya sebelum tu aku ke pameran Hari Kebebasan Media Sedunia bersebelahan dengan KLAB. Di hadapannya ada gig 'Rock Kangkang' anjuran ROTTW di mana band-band yang bermain semuanya berpakaian era rock kapak dengan singlet bercorak matahari Jepun, kasut Aliph, dan ikatan bandana di kepala. Terkenang era kegemilangan rock kapak di tahun 80an.

Di KLAB bukan sahaja ada jualan buku, malah ada pemberian buku-buku terpakai percuma, juga ada booth untuk pengunjung memberikan koleksi buku terpakai mereka. Ada acara baca puisi, maka aku mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan penyair-penyair membaca puisi mereka. Kebanyakkannya berbahasa Inggeris, dan ada juga dalam bahasa Melayu. Teringat aku sewaktu zaman bujang dahulu, ketika gerakan seni indie yang menyusur melalui APUKe kelolaan UBU. Kemana ceruk sahaja aku pergi walaupun ada beberapa siri yang aku terlepas. APUKe ini adalah singkatan bagi Acara Baca Puisi Keliling yang menampilkan susuk-susuk insan yang menghargai seni berkumpul dari satu tempat ke satu tempat untuk menyerlahkan bakat mereka.

Jadi dalam mereka membaca puisi semalam, aku terus bernostalgia.

Jam 4 lebih aku keluar dari Annexe membawa 2 naskhah buku, satu himpunan cerulpen (cerita ultra pendek!) bertajuk Kasut Biru Rubina dan buku dari booth Malaysiakini, Mahathir vs Abdullah. Balik terus ke Puchong dan berehat.


KLAB di ruang bawah


Pengunjung di ruang utama jualan di sebelah atas.


Bunting 'Malaysiakini' di gerai Kinibooks


Mat saleh baca puisi hip hop tentang fastfoods


Bert dengan tshirt propagandanya..haha


best poem dia nih..layan feel plak


On the way balik, jem plak lepas 222


Owh ada accident rupanya, kereta terbakar di tepi jalan

Owh btw, congrats member-member yang baru melangsungkan perkahwinan, Farahanim Abd Ghani (ex-classmate 94-98) dan GD junior aku dan juga fellow blogger yang best, sorry banyak-banyak tak dapat pergi walimah korang, moga istana yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.

No comments:

StatCounter