Tuesday, February 24, 2009

Aik?

Semalam, pagi aku ke klinik. Check up Sarah. Asyik muntah susu. Minum banyak mana, muntah pun ikut banyak yang dia minum. Sekali tengok macam cerita Exorcist pun ada Sarah muntah. Mama Sarah pun check sekali, ada rezeki Sarah bakal dapat adik tak lama lagi.. lalalala....

Tengah tunggu turn, aku belek-belek la majalah-majalah bahrik kat rak buku tu. Aku ambil satu majalah, Dara edisi September 02. Gila bahrik. Orang banjar kata bahrik, kita kata lama, budak-budak shuffle kata olskool. Ravi kata, sudah tukar kaa sekarangg???

Aku selak-selak sekali ternampak satu tajuk, "Sehari bersama pelajar -(nama aku dah lupa) binti Shahkarda"

Eh, ini nama bapak Alut ni, aku kata kat orang rumah kat sebelah. Tengok gambar, memang ada muka Alut sikit minah tu. Aku baca lagi, dia tulis tinggal di Kg Sg Serdang, Kapar. Sahlah! Memang tak syak lagi, minah tu kakak Alut. Kisah seharian seorang pelajar UiTM. Aku belek sampai habis artikel, ada satu gambar, gambar satu family, tapi gambar Alut takde, ada nota kecil di bawah; "gambar bersama keluarga, Mustaza adik saya tiada dalam gambar kerana belum pulang dari kerja".

Tadi, masa makan bersama En. Cpot di seksyen 7, Cpot cakap, Alut ada call dia 2 hari lepas dengan sms, tapi Cpot tak sempat call balik, aku cakap lepas makan kang ko call la dia. Lepas makan, tup-tup Alut call, bagi perkhabaran yang dia akan di ijab kabulkan hujung minggu ni. Kenduri dia 8 Mac minggu depan di Sg Serdang, dia minta aku sampaikan jemputan pada member-member, katanya no contact member semua dah hilang. Aku pun terus hantar sms jemputan pada geng-geng Paklimen.

Alut..alut, panjang umur ko. Heh.

9 comments:

tunfrida said...

Sarah nak dapat adik? waahh...tahniah.

ciPuding_7 said...

jemput tambah nasik..
jangan malu2..

aranhellstorm said...

nomi: heh..jgn tahniah dulu...belum tengok dunia yg penuh tipu daya ni lagi pun dia...hehehe

poon: jom la join sama?

kak yanie said...

kalo panas kat dalam, boleh membawa kepada pemuntahan.
maka harusla disurutkan kepanasan itu.
aku bagi anak minum air cap badak(olskoll) dan lekatkan coolfever di dahi.
kesian sarah.aku takleh dengar bebudak sakit ni,sian.

miszylaydee said...

sarah nak dpt adek?
taniah buat ko & elya..hehe..
time elya pantang nnti, ko nk ajak sape lagi teman ko kat umah? hehe

aranhellstorm said...

kak yanie : dah ok dah Sarah... lega..

miszy: aku ingat nak Kacap la..hahahha

miszylaydee said...

heh?..hoho tak bley, tak bley, tak bley.
dukacita dimaklumkan permohonan pinjaman 'kacap' ko di rejek la ran.. hahahaha

ajid with his sidekick baby said...

yo dude...sarah mau dapat adik?..baru sekejapan engko mendeny kat aku..muahahaa

aranhellstorm said...

miszy: tak leh ke? huhuhuhu....

ajid: itu ari tatau pon..sekali cek dr ade la plak...

StatCounter