Tuesday, March 4, 2008

Cedok

Ini aku ambil dari blog kenalan, sebetulnya junior aku masa sekolah dulu, Shyda. Kasi baca aarr...

Kuliah Politik dan Pilihanraya 101

In reading Poon's blog and regarding her question... here's an answer...

When you guys learned about Parliamentary system masa tingkatan tiga, you learn about the three-tiers of this system; Judiciary (Kehakiman), Legislature, and Executives (Eksekutif). In the basic democratic system, these three parts has different upper leader. Senang kata, tiga ketua lain-lain. Kehakiman ada Chief Supreme Of Justice, Legislature ada Yang Di-Pertua dan Eksekutif ada Presiden atau Perdana Menteri. Tiga ketua yg berbeza ni yg akan membawa kepada Check and balance, meaning... executives decision would not overshadows legislature and judiciary and so on... (kiranya, taklehla sesuke hati je nak tadbir cemane).

Now, that's the basic Parliamentary system. But in OUR system, the so-called Guided Democracy (bak kata Soeharto, sebab dia tak suke orang putih gelar Asian countries as authoritative democracy), the highest position of kehakiman dan legislature belongs to? Yes, betul... the same ketua of eksekutif... yakni? Ya, tuan-tuan dan puan-puan, siapa tak tau nama perdana menteri meh sini aku tempeleng...

As so... pembubaran parlimen adalah pembubaran yang melibatkan the legislature. Pembubaran legislature yakni ADUN-ADUN dan ahli parlimen. And terdiri dari ADUN-ADUN dan ahli parlimen ini juga sekitar mereka adalah menteri. Tapi tak bermaksud semua ahli parlimen dari barisan hadapan (meaning barisan pihak pencadang) merupakan menteri-menteri, ya tuan-tuan dan puan-puan... oleh itu, apabila parlimen dibubarkan, maka nampaknya seperti pembubaran kerajaan... but since Paklah is also the highest in position at Judiciary and Executive, maka statusnya masih berada di atas...

In technicality, yes, pembubaran parlimen means no government. Tapi that is in basic democracy. Since we have kind of a messed up version of democracy, adelah sedikit pening untuk saya menerangkannya tuan-tuan dan puan-puan.

Contohnya... secara undang-undangnya, pembubaran parlimen sepatutnya berlaku selepas kita dapat tarikh bila pilihanraya akan diadakan... because in legality, "parliament should be dismissed TWO MONTHS before the general election." Jadi, kenalah tau bila nak pilihanraya dulu, barulah boleh bubarkan parlimen. Tapi negara kita yang pelik ini, bubar parlimen dulu baru SPR nak tentukan bila pilihanraya pastu kasi satu minggu je untuk berkempen. Ini salah ya, dari segi teknikaliti politik... ni kalau dah bubar parlimen dulu, patutnya bulan April la pilihanraya kan (cukup dua bulan)? Tapi ni SPR poooooon tak cakap mende... mari kita hampuk kepala SPR dengan pinano....

In short, there are many tricks in Asian politics. Our politicians are very sneaky in playing with system and technicalities...

Contohnya, masa Mahathir membubarkan UMNO dan mendaftar UMNO Baru in the 80s (ada gap dua minggu rasanya antara pembubaran tu), sepatutnya masa tu government dah dikira terbatal sebab UMNO dah bubar. Tapi he's very clever in playing with technicalities, so, sekalipun UMNO as the winning party dah bubar, as ketua Kehakiman and Ketua Eksekutif, he still has power as a Prime Minister and therefore, he is still in power (at the same time, must remember that the only person that can impeach a PM is Agong. Kalau Agong buat taktau je, maka masih berkuase la itu orang)... and thus when he created UMNO Baru (jika anda tanya mana pergi UMNO lama, silalah check semula tahun pilihanraya 1990, di mana sebuah parti bernama Semangat 46 ditubuhkan... ingat Semangat 46? It was named Semangat 46 as a reminder that THEY are the old UMNO, UMNO masa ditubuhkan in 1946... ada paham?), he is still the PM. Others in UMNO may be jeopardized but not him. He is still PM.

Begitulah ceritanya kenapa walaupun parlimen bubar, Paklah still boleh bersiar-siar dengan kereta kerajaan... politics is like a piano. Anybody can push the keys, but not everybody has THE hand to perform a music...

In explaining about kerajaan and winning party.... yes, the winning party akan membentuk kerajaan. But to say the kerajaan is the winning party adalah salah sama sekali. Oleh itu penggunaan perkataan seperti 'Projek Kerajaan Barisan Nasional' adalah salah, sebab Barisan Nasional bukan kerajaan. Political party/fronts is political party/fronts. Once you became a government, you are turning into executives. It's a different entity. Contohnya, bila kita bayar cukai, kita bayar kepada kerajaan, kepada dana kerajaan, bukan masuk dana Barisan Nasional, see the difference? Bila you nak berkempen semula then YES, you turn into political party again. But ah, there's a difference in using the word 'Kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat'. Mari kita lihat contoh...

Bila PAS administer Kelantan, it is under kerajaan negeri. Kerajaan negeri cannot do something without kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan Negeri can be from the same political party with the winning political party yg jadi kerajaan, tapi ada juga kerajaan negeri yang tidak sama dengan kerajaan pusat (seperti Kelantan). Oleh itu, sometimes it is called 'Pemerintahan PAS', because indeed, kadang-kadang bila Kelantan tidak mendapat dana dari kerajaan pusat, tabung PAS akan digunakan untuk membiayai infrastructures and such... so that's why, people simply use the word 'Kerajaan Umno' dan 'Pemerintahan PAS' and that's why soemtimes people got confused. Got it?

Ada faham, anak-anakku?

Semoga jawapanku ini dikira sebagai ilmu pengetahuan dan tidak dijadikan sebagai tempat untuk berdebat pula, aku malas nak layan... siapa bukak cerita politik, aku delete komen dia. Aku suka cerita politik ngan bapak ngan BFFs aku je, aku tak minat bincang dengan orang yang aku tak kenal.

Ye have been warned...

(Untuk pemahaman lebih lanjut, pi tanya Rabiey, dia yang sambung master kat jepun... nak tanya pasal pilihanraya jepun pun dia bleh jawab... sile sile... aku keje kerani je...)

Oh ya, shout out to muh hommie Munira Azman... idup LSSBAP... 'bosdanphotog' memang hampeh... ahahahaha


Saja mau kongsi dengan kamu semua.

Edited version: Untuk menambah fakta dan pengetahuan tentang sistem pemerintahan di Malaysia dengan lebih lanjut, sila klik di sini dan baca.

No comments:

StatCounter