Penat Badan Belum Hilang
Kelmarin berlangsung Sidang PakLi-men kali kedua selepas PRU yang sudah lebih dua minggu berlalu di mana Ahli-Ahli PakLimen bersidang kali ini bagi menyokong usul tidak percaya kepada PM Bert Lim kerana memang kami semua tidak mempercayai beliau sejak dulu lagi. AP yang hadir adalah Ahli Paklimen (AP)Sg Pinang Dato Ah Pai Dee bersama isteri Datin Aida, AP Ijok Sdr Shahril Samad, AP Bkt Kapar Tan Sri Ihsan Sabu, AP Meru Dato Razif, AP Bukit Kuda Tan Sri Toji Lee, bersama setiausaha politik beliau, Sdr Parjo, AP Rembau Sdr Pilus Jamaludin atau nama pendeknya PJ, dan AP Tg Karang iaitu saya sendiri.
PM Bert telahpun berjaya digulingkan dalam persidangan tersebut tetapi AP-AP tidak dapat melantik PM yang baru kerana masing-masing gila kuasa dan tamakkan harta. Adalah dijangka pada pemilihan pucuk pimpinan parti akan datang mantan PM ini bakal kehilangan jawatan presiden kerana ahli-ahli dari akar umbi kesemuanya mahu presiden yang baru.
Jam 9.30 malam barulah sidang Paklimen bersurai.
Semalam ada mesyuarat di Taman Negeri Endau Rompin. Mesyuarat kemajuan projek. Jam 11 pagi mesyuarat tersebut dijadualkan berlangsung. Jadi jam 5.30 aku harus bergerak dari rumah. Jam 9.30 pagi aku tiba di Kuala Rompin. Aku berhenti untuk bersarapan pagi sebelum meneruskan baki perjalanan sejauh 30km menuju masuk ke dalam hutan Taman Negeri tersebut.
Oleh kerana progress kerja yang memuaskan, maka tiadalah panas sangat mesyuarat tersebut dengan sesi debat perdana mahasiswa universiti, tetapi lebih kepada sesi soal jawab macam dekat forum perdana di kaca televisyen tu.
Jam 1 makan tengah hari. Seperti biasa kontraktor a.k.a aku lah yang membelanja. Biasalah itu, hirarki di bawah kena belanja hirarki di atas. Macam zaman feudal dulu.
Cadangan asal hendak berhenti di Temerloh, tetapi kerana tidak jadi, aku terus balik ke KL selepas mesyuarat. Jam 7.30 baru sampai depan rumah. Belum lagi aku sempat matikan enjin, bos telefon, minta tolong hantar barang ke site di Kuala Selangor.
Seperti biasa, pekerja atau khadam cemerlang pasti mengungkapkan ayat sakti mereka.
"Boleh boss!"
Sampai site di Batang Berjuntai jam 9.15 pm. Tengok-tengok lebih kurang, jam 11.00 baru aku tiba di rumah. Badan dah mula letih. Namun kerana ingin melayari bahtera...oppsss, maksud aku melayari internet, jam 12 baru aku masuk tidur.
Gila busy gua!
No comments:
Post a Comment