Thursday, March 6, 2008

Keluar-Stesen

Semalam aku ke Kuala Lipis. 2 jam 30 minit perjalanan dari Kota Kemuning. Memandu secara solo seperti biasa.

Sebelum ke sana, aku pergi ke bengkel terlebih dahulu. "Tayar dah bongkak, kena tukak, takut dia meletup saja", bak kata mekanik di situ, bulan lepas, kali terakhir aku menyervis kereta aku. Kalau tayar yang bongkak kena tukar, apatah lagi pemimpin yang bongkak. Wajib di tukar itu.

Sambil-sambil melihat mereka mengerjakan kereta aku, sebetulnya aku mengganti dua biji tayar yang menunggu masa untuk meletup di tengah jalan lalu boleh menyebabkan kemalangan, aku membaca surat khabar. Suratkhabar The Star. Ahh.. musim pilihanraya ini, aku baca ruangan sukan dengan ruangan kedua akhir dalam StarTwo. Ruangan komik. Calvin and Hobbes. Minat sangat... (dalam intonasi Dafi macam "baikkk punya...") Yang lain, tak perlu baca. Naik muak campur menyampah. Faham-faham sajalah.

Datang seorang pelanggan. Orang Malaysia berbangsa India. Mahu buat crossing tayar. Aku mula dulu perbualan.

"Buat crossing je bang?"

Kemudian, aku banyak mendengar saja cerita-cerita beliau sampai aku keluar dari bengkel tersebut. Cerita politik, orang India dan BN, dan orang India dan Samy Vellu. Kemudian cerita sistem pilihanraya di India.

Di India, daftar di kaunter pilihanraya, dan terus boleh mengundi. Kata dialah, bukan aku.

Di sini, orang India marah sama Samy Vellu, bukan BN. Kalau BN kalah pun nanti jangan salahkan orang India belot, salahkan Samy Vellu. Itu kata dialah, bukan aku.

Abang ni, dia kerja di Seremban, tapi anak bini tinggal di sini, Shah Alam. Ingat hari-hari ulang alik, kalau hari-hari ulang alik, aku tabik spring sama dia.

Dia orang BN. Dia pernah dengar ceramah Anwar dekat Brickfields. "Banyak bagus dia punya ceramah, tak macam dululah, ada matured dia punya style...Kita dengar pun seronok. Tapi saya sorok-sorok juga, takut nanti orang BN nampak..."

Lupa pula nak khabar. Abang ni sebenarnya kerja polis, jadi mata-mata gelap cawangan Jenayah Berat, D9. Mata-mata gelap bukan SB. SB lain kata beliau. SB jaga kegiatan subversif, puak pelampau, isu perkauman dan juga politik. Dia jaga jenayah. Masa dia cakap dia polis, nasib baik aku tak cakap lebih-lebih. Hehehe... entah kenapa, sebut saja polis, nampak saja polis, perut jadi kecut walau tak buat salah. Sebab polis ganaskah? Entah, IPCMC pun tak tertubuh-tubuh lagi, macam mana nak tau keadaan sebenar?

Dan tahu tak? Jika kamu melarikan RM 10 Juta dari rumah seseorang secara senyap-senyap, itu belum dikira jenayah berat. Tapi bila kamu pecah masuk, confront dengan tuan rumah dan tunjuk pisau, geledah lepas tu dapat dalam RM 10 sahaja, itu sudah dikira jenayah berat.

Itu dia katalah, bukan aku yang kata.

No comments:

StatCounter