Tsunami Perubahan
Tsunami yang melanda pantai barat Semenanjung Malaysia lewat 2004 meragut banyak nyawa. Akan tetapi, tsunami yang melanda lewat malam semalam, antara yang berada di dalam casuality list adalah beberapa 'top gun' atau 'hard man' dan menteri-menteri di dalam BN juga 5 negeri yang berjaya di raih oleh Barisan Rakyat (dalam media arus perdana disebut pembangkang).
Kira-kira jam 9 malam semalam, aku dan rakan di kampung pergi ke Dewan Dato Hormat Tanjong Karang atas tujuan untuk melihat dan mengetahui keputusan PRU12 bagi Parlimen Tg Karang dan DUN Sg Burong.
Oleh kerana rakan aku ini adalah seorang angkasawan yang selalu pergi ke 'bulan' err...maksud aku ceramah parti Bulan aka PAS, dan aku yang pro-Barisan Rakyat, hampa kerana melihat kiraan undi yang memihak kepada BN. Hampa dan kecewa walaupun bilangan majoriti yang dimenangi BN dikawasan aku menurun dan bilangan yang agak kecil, kami berdua hampa kerana perubahan 1999 tidak lagi berulang pada tahun ini.
Sambil berbisik sesuatu mengenai sesuatu yang menarik perhatian di atas layar putih yang terpancar menerusi projektor di luar dewan, tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menegur kami:
"Kenapa dik?"
(ganti nama dik digunakan mungkin kerana kami awet muda kerana memakan tempe yang boleh didapati dengan banyaknya di sekitar Tanjong Karang)
"Err..takde, tu (sambil menunjuk ke arah skrin besar) ..bilangan kertas undi tidak dikembalikan, ada 20..." ujar aku.
"Ohhhoo...ye la..apa diorang buat dengan kertas undi tu entah, buat kenangan agaknya..."
"Ye la kot",balas rakan aku.
"Ishh..tapi dengar cerita, sekarang Partibhan, Sayuti dengan Fatah kalah sekarang ni.... teruk ni...habislah kali ni"
"Ooooo", balas kami. Mungkin dia ingat kami orang BN. Kemudian rakan aku ditegur oleh bekas rakan sekolahnya yang sudah lama tidak bertemu. Rakan sekolahnya itu bersama beberapa orang lain yang memakai vest kelabu berlambangkan Bulan serta berkopiah. Sambil-sambil berborak mengenai prestasi PAS, aku menoleh ke arah lelaki tadi, langsung beredar meninggalkan kami. heh.
Dalam keadaan hampa, kami keluar dari kawasan tersebut, menuju ke Sg Burong. Tengok game Manchester lagi baik, kata rakan aku yang merupakan penyokong tegar Manscum Utd.
Sambil tengok, dapat SMS dari rakan (alah korang kenal kot sapa..hehehe...), "confirmed, Opposition takes Penang, already won 24". Aku tunjuk sms kepada rakan aku tadi. Hampir tidak percaya dia. Aku balas, "Serious? Sumber?" dia balas, "Yup. tgk mkini 4 latest update"
Ketika ini, bahang keputusan pilihanraya mula dirasai. Seorang rakan lagi masuk ke dalam kedai, "Dengar cerita Nurul Izzah menang". Game sudah habis, Manscum kalah 0-1 kepada Pompey. Treble konon, pigi dahh!!! Sms masuk lagi, "Yup.tsunami sdg berlaku, kl bn kalah semua except s'wangsa. puchong, klang, pju, samy, kayveas bn kalah"
Beralih menonton AWANI kemudian RTM1. Samy Vellu kalah. "Yesss!!!" aku kata sambil keluar dari kedai. Aku balik ke rumah, nak tengok game Liverpool. Sampai rumah tengok breaking news di RTM, TV3, AWANI, lepas tu tukar-tukar siaran dengan StarSport. Sudahnya 3 gol jaringan Pennant, Torres dan Gerrard aku terlepas. Ralit tengok keputusan PRU12. Mesej-mesej keputusan tak rasmi dari rakan mencurah-curah masuk. Rakan call, cakap Selangor jatuh ke tangan pembangkang, tapi belum rasmi. Kening terangkat. Satu rumah kecoh.
The rest is history. Aku tunggu sampai jam 2.30 pagi nak tengok keputusan di Selangor. Apa punya lama keputusan tak keluar-keluar. Di Sarawak yang bergunung-ganang, sungai berliku-liku pun keputusannya dah diketahui. Selangor yang lebuhraya berbayar yang berliku-liku dan bersimpang siur itu pun lambat keluar keputusan. Alih-alih esok pagi baru tau.
Apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang berani menunjukkan kuasa mereka, menumbangkan dinding keegoan BN, membuktikan rakyat tidak bodoh dan tidak boleh digula-gulakan begitu sahaja. Kepada semua yang keluar mengundi, tahniah juga kerana telah menunaikan tanggungjawab untuk negara. Dan ini ada satu amaran kepada KM Melaka, Ali Rustam, rakyat tidak keliru, malah mereka bersatu hati untuk menunjukkan kuasa 'Makkal Sakthi' (Kuasa Rakyat), hanya orang yang angkuh seperti kamu dan pemimpin BN yang lain yang tidak mahu menerima hakikat dan sering menafikan hak rakyat jelata seperti kami. (Ini adalah susulan dari komen beliau yang mengatakan "pengundi terkeliru" berikutan kemenangan pembangkang di beberapa negeri dan kerusi Parlimen di RTM1 semalam selepas pengumuman kerajaan negeri di Melaka).
Hidup Rakyat! Hidup Rakyat! Hidup Rakyat!
No comments:
Post a Comment