Saturday, May 16, 2009

Kenangan Bersama Che'gu - 10 Teratas

Ini adalah antara 10 memori aku yang paling teratas mengenai apa-apa yang aku ingat tentang cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari aku tadika sampailah aku tamat program ijazah aku di universiti. Memori ini sama ada berbentuk dialog yang dituturkan atau situasi yang berlaku secara langsung atau tidak langsung antara aku dan cikgu-cikgu aku.

10. Cikgu Rokiah Saad - Cikgu Sejarah yang damn...

Cikgu ? : "Asyran ni, tegas orangnya bla..bla..bla.."
Cikgu Rokiah : "Ha'ah, dia ni dalam kelas saya memang baik sangat, seronok mengajar ... bla..bla.."

Dialog ini kedengaran tatkala aku berdiri di rostrum, menjadi MC buat kali terakhir di perhimpunan pagi pada minggu-minggu sebelum demam SPM bermula, setelah aku menyound direct budak-budak yang tak reti diam dalam barisan, sebelum tugas sebagai pengawas sekolah diserahkan kepada pimpinan baru tingkatan 4.

9. Cikgu Norazah Asari - Cikgu Matematik Tingkatan 3 aku yang damn jugak...

Cikgu Norazah : Asyran! Macammana kamu boleh dapat C ni? Kecewa saya... kamu ni saya harapkan dalam kelas ni... (dengan nada sebak)

Apabila kertas percubaan PMR aku hanya dapat C untuk subjek dia, begitu kecewa beliau dengan aku, siap nak nangis sound aku... walhal yang aku hanya rasa, ialah rasa best bila dapat duduk dekat-dekat dengan cikgu kesayangan aku...hehehe..

8. Cikgu Nor Azman Abdul Aziz aka Jeman - Cikgu Geografi masa aku Tingkatan 2, juga merupakan Cikgu Pengakap aku yang paling best dan happening.

Budak-budak pengakap perempuan : "Cikgu..dia cakap dia nampak Abang Asyran dengan kawan dia mengendap orang mandi..."

Cikgu Jeman : "Heheheh... budak lelaki macam tu lah.... Eh, kamu dah letak bedak dalam khemah ni belum sebelum kamu lipat? Nanti bau hapak karang."

Ketika ini baru sahaja pulang dari satu perkhemahan Pengakap di Sek Men Keb Seri Desa Tg Karang dan aku berada di tepi tangga sebelah stor pengakap, sedang dalam perjalanan turun untuk ke stor menghantar payung besar, setelah mendengar budak-budak perempuan memperkatakan tentang kejadian paling tak best dalam hidup aku kepada Cikgu Jeman, aku terus sahaja meletakkan payung tersebut di atas tangga dan meninggalkan tempat tersebut secepat mungkin.

7. Cikgu Shamsinar - Cikgu Prinsip Akaun untuk Kelas Aliran Perdagangan dan Agama merangkap jurulatih pasukan bola jaring sekolah.

Aku : "Wah korang, masa tempat ni semak-samun, takda siapa pun nak main ke, berlatih ke kat sini, sekarang dah tak semak, dah jadi padang, senang-senang je korang nak amek tempat kami main ya??? Pergi la kat padang besar sana nun, punya banyak tempat nak training kat sini jugak nak menyibuk" Sambil aku mengangkat tiang gol bola jaring lalu menghumbankannya ke dalam longkang yang berdekatan.

Budak-budak bola jaring : "dah kami datang sini dulu tadi.. nasib la.."

Aku : "ahh..kita main je sini, kena rembat ke apa ke nasib la kan??..."

Cikgu Sham : "Kamu cari la tempat lain nak main bola, diorang ni ada tournament nanti.."

Aku : "Eh? Apa pulak cikgu, tiap-tiap petang kami main sini dari tempat ni semak dulu dah jadi padang, takkan nak bagi macam tu je?! Suruh la diorang carik tempat lain nak berlatih.."

Cikgu Sham : Pek! (bunyi pipi aku kena lempang)

Tak pasal kena lempang sentimental dari Cikgu Sham, walaupun tak sakit tapi mampu buat aku terkesima. Akhirnya kami berpindah tempat main di belakang Dewan Makan, sampai sakit-sakit badan tercucuk batang-batang daun lalang yang kasar lagi runcing. Malam tu masa prep dapat kek coklat dari Cikgu Sham yang agaknya menyesal kot melempang aku. Esoknya, selepas salam Solat Asar terus je kami terpacak dekat padang kecil tu.

6. Cikgu Esah Md Noor - Cikgu Matematik sekolah rendah
Sebelum perhimpunan pagi, aku beratur bersembunyi di belakang pelajar lain sambil menundukkan muka. Sebab mata sebelah aku lebam. Sekali dia perasan, dia datang dekat.

Cikgu Esah : "Kenapa mata awak ni Asyran, bergaduh ke? Lebam ni..."
Aku : "Takde ape la cikgu..."
Kawan aku : "Dia kena baling dengan pemadam papan hitam cikgu.."
Cikgu-cikgu lain pun datang dekat, sebab aku beratur depan sekali, sekaligus menarik perhatian cikgu lain untuk mengambil tahu sama.
Cikgu Esah : "Hah? Kena baling dengan duster? Sapa baling..?"
Aku: "Ustazah sekolah petang..."
Cikgu Esah : "Eh mana boleh baling-baling macam tu je, kalau kena mata, tak ke rosak mata budak ni.." , dia cakap dekat Cikgu Mat Kasim.

Pendek cerita, pasal aku dengan geng-geng jadi kacang hantu pergi kacau budak-budak perempuan tengah buat latihan nasyid. Sudahnya, aku yang berdiri di muka pintu, tak sempat mengelak dari duster kayu yang melayang tepat ke mata kiri aku. Cikgu Esah memang best, last jumpa dekat kenduri rumah Pian beberapa bulan lepas, dia masih ingat aku lagi.

5. Cikgu Sallehudin - Cikgu Kimia sementara kami semasa di penghujung tingkatan empat merangkap jurulatih pasukan bolasepak sekolah.

Cikgu Salehuddin : "Hah, apa kamu buat dekat sini?"
Aku dengan Labu : "hehe..tengok tv cikgu.." Masa ni kami sedang menyorok di balik pentas kayu dan white board. Sekali kantoi jugak.

Lepas tu Cikgu Salehuddin meninggalkan kami terpinga-pinga dalam bilik tv sekolah, jam 11.00 malam. Ingatkan nak marah ke, nak sound ke, nak halau ke, last-last Labu pergi dalam jumpa cikgu, cakap mintak maaf sebab ceroboh bilik pasal nak tengok tv. Sekali dia cuma pesan, jangan sampai ada barang hilang, setakat nak tengok tv tu, dia paham katanya.

4. Cikgu Hayati - Cikgu Bahasa Melayu aku masa tingkatan dua dan lima.

Aku menoleh kepada Ajid yang berada di belakang untuk sebab yang aku dah tak ingat.

Cikgu Hayati: "Asyran! Yazid! Kamu berdua tu dah la tak lulus subjek ni, SPM dah nak dekat, cubalah bagi perhatian sikit bila saya mengajar dekat depan ni!"

Padahal aku dapat 8, Ajid yang fail miserably dalam percubaan SPM. Pasal karangan keluar tajuk dan salah format. Sampai sekarang aku dengan Ajid masih tak puas hati yang soalan tu sebenarnya vague, dan boleh didebatkan, suruh buat karangan cerita ataupun buat surat tak rasmi?

3. Ustaz Ghazali Omar - Tak pernah mengajar aku secara formal di kelas, cuma beliau adalah ustaz yang selalu memberi kuliah selepas Maghrib di musolla.

Ustaz Ghazali : "Masya allah.. Asyran, ni apa lukis gambar lagha, dari pegang gitar baik lukis macam ni.."

sambil mengambil pen aku lalu mengalter gambar Kirk Hammet yang aku lukis atas fail aku yang sedang goreng gitar menjadi seorang tentera jihad yang pakai serban dan memegang sepucuk senapang.

2. Cikgu Zulkifli Salleh - Cikgu Kemahiran Hidup dari tingkatan satu hingga tiga.

Cikgu Zulkifli : "Rashid, apa unit untuk kapasitor?"
Aku : "pstt..farad..farad.."
Rashid : "Hmm? ok .. arr faraj cikgu.."
Cikgu Zulkifli: "Apa?? (sambil menahan ketawa) Kamu ni Rashid, buat malu kampeni je la... sebut orang punya buat apaaa???"

Satu kelas budak lelaki yang ambil KMT gelak. Kecuali 6 orang budak perempuan yang tough enough untuk ambil elektif KMT, tertunduk dan tersipu-sipu malu.

1. Ustaz Khaspi - Warden asrama.

"Kita minum sampai mabukk!!!"

Jerit Ihsan dekat dewan makan masa minum malam sambil mengangkat tinggi cawan berisi teh manis gila Pak Long dan melenggok-lenggokkan badanya lagak orang mabuk. Lalu di sambut dengan laungan "Yeahh!! Minum sampai mabuk!!!"

tiba-tiba..

Ustaz Khaspi : "Ya Ihsan... Minum sampai mabuk ya? Kamu semua mari sini sekejap yaa?"

Agak-agak dekat 30 minit jugak kami terpaksa dengar ceramah Ustaz Khaspi sambil berdiri dekat luar dewan makan tu malam tu. Letih..letih...

Tapi apa jua sekalipun kenangan, sama ada pahit atau manis, mereka yang pernah mengajarkan kita walaupun satu huruf tetap perlu kita angkat dan hormat kerana mereka adalah guru yang mendidik kita agar menjadi insan yang lebih sempurna.

Selamat Hari Guru, Cikgu!

21 comments:

Dr Kamarul said...

Aran.. hahahahaha..

Terbukti walau apa pun.. guru guru kita di SMKAKS paling banyak bagi kenangan yang tak boleh dilupakan..

Adeh.. rashid rashid hahahah

Unknown said...

ada bbrapa org yg aku nak sgt jumpa, cikgu jeman, ustaz khaspi, cikgu nurul...

cikgu sham tak moh pasal aku kecik ati dia rampas potret yusry kru yg aku bertungkus lumus siapkan dan tepek kat pintu locker. hahaha boleh?

Anonymous said...

Selamat atas kemenangan Liverfool mengalahkan Man United 4-1 tempoh hari.

Selamat atas Man United juara EPL dan Liverfool tempat kedua.

Uppss... sebenarnya aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU...

the magnificent magpies said...

weh ni apehal plak ko pun suka cikgu rokiah nih? lu bikin panas ni beb...cikgu rokiah tu milik aku sorg je ko tau tak?

aranhellstorm said...

wah anonymous sempat lagi kau membakar dekat sini..

alah, dunia je semua tu...

aranhellstorm said...

kama: hehehe..nasib baik aku tak cerita pasal teacher Elina...

"How dare you sumpah-sumpah me arrr???"

hahahaa

normi:hehehe..cikgu sham dah bagi aku kek coklat, so aku boleh la lupakan kes dia lempang aku tu... hehehe...

jibam: c'mon la... best man win la bam...hahahaha

Junior SMKAKS 1996-2000 said...

leh tahan gak ang kat sekolah ek aran.. hahaha!

mmg kat smka byk kenangan ek.. even hampeh jek.. tp mestilah tu cite yg menarik utk di kabo kn pada cucu cicit!

kak yanie said...

lawak cikgu zul -"kapasitor adalah sejenis makanan dalam tin" akan tetap kuingat setiap kali pegang brg tu kat supermarket.

normi : last jumpa cikgu nurul thn 2007, beratur kat belakang aku untuk ujibakat rancangan deko bersama eric kat one utama.sapa taknak hiasan rumah sampai 100k beb!dia still kurus.anak sulung pompuan dia lagi besar dari dia.

aranhellstorm said...

Jr 96-2000: heh, boleh tahan la... dedua pun boleh cerita kat cucu cicit...heh

Kak Yanie: hehehehe...biasa la lawak kering dia tu...tak abes-abes dengan dalam tin dia tu...

radd said...

yep.. selamat hari guru jugak utk cikgu2 kite... cikgu hayati ekk aran?? teringat aku zaman masa 3 iman dulu... argghh!!! hahaha... cikgu rokiah jugak the best.

aranhellstorm said...

radd: wah semua pro Cikgu Rokiah ni...jibam tak leh jadi ni, cikgu kegemaran kita disukai oleh pelajar lain juga...hahahha

hehehe, cikgu hayati kan cikgu kelas kesayangan kau rad form 3 dulu...

"Guru kelas untuk tingkatan 3 iman, Puan Hayati...."

budak2 3 iman:"haaaaaaa????"

Dr Kamarul said...

Sumpah: Termaktub dalam Sejarah peradaban dunia... satu satunya Presiden yang memberontak depan depan hahahaha.yerlah..maruah nak jaga tapi terover limit pulak.. niat tidak menghalalkan cara tak gitu hehehe tapi hikmah lepas kejadian tersebut.. memang kami baik sungguh... dapat gak A dlm subjek tersebut.. hehe..

Cikgu BM 5 Amal: Bersyukur gak dapat "belajar" BM.. ingat kan kita ramai ramai yang INGKAR buat karangan.. sebab bagi alasan SIBUK time cuti sekolah...

ibrahim rabani said...

haram teringat aku kejadian dalam bilik KH tu hehe.. memang lawak gle tym tu...

aranhellstorm said...

Kama: jgn tak tau ada yang pernah masuk buku disiplin pasal tak siap keje dia...hahahha

baim: bukan kat bilik KH la, kat kelas, sebab masa ni belajar teori je tak silap..

Hamka said...

:) memang kenangan dgn cikgu2 di smkaks xdpt dilupakan :)

Sambutan hari guru sekolah kita kalau xsilap 28hb ni. sape2 free dtgla meriahkan lagi majlis tu. jumpa2 cikgu.

Buat yg nak jumpa cikgu nurul, bolehla sms or call dia 0133949499. jumpa dia nov last year masa wife aku deliver kat hospital an nur bangi, dia melawat kawan dia. Alang2 aku bg jela no2 cikgu yg aku ada, kot2 korg nk wish hari guru, xtaula kalau ade yg tukar no, tp mostly still aktif lagi. Aran tumpang space blog ko ye.

cikgu noor azman - 0129767883
cikgu rahim - 0133403716
cikgu syawal - 0133985141
cikgu zul - 0123617721
cikgu sham - 0123583473
cikgu hayati (skrg kat manjung) - 0195747321
cikgu salehudin - 0193323360
cikgu muhammad - 0132030458
pn arbaidah - 0133654359
pn elina - 0123880964
ust ghazali omar - 0193781848
ustz masri banun - 0123936344
ust ziyad (sekarang pensyarah di maktab perguruan labuan) - 0125159420

polis angkasa gaban said...

en hamka, err... tappe ke publish no tipon cam nih? tak melanggar privacy ke?

Anonymous said...

cite "sejenis makanan dalam tin" tak buboh skali ke???

kah kah kah kah

aranhellstorm said...

polis angkasa gaban: setakat boh no tepon kat dlm ni takpe la kot... tapi takut plak di salah guna...heh

Anon: Wah! sapa ni? Saje carik pasal ni...

nizam best said...

aku tau citer skodeng tu..nak aku cite kat sini ke sape org nye..heh..

aranhellstorm said...

Kacap: hahahaha..kan aku dah reveal siapa nama nya? heh... aku tau ko dah tak tahan nak simpan lagi cerita tu, sebelum kau bongkar ada baiknya aku bongkar sendiri...

hahahahaha

syah said...

sakit x kene pelempang cikgu sham, ran? hehe...

kacap: sape weh?sian bdk tuh...

StatCounter