Friday, June 19, 2009

Hati Ini Telah Mengikat Setia

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat
Untuk Mendokong syariatMu di alam maya
Maka ya Allah.. eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Hidup suburkanlah dengan ma’rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia..


Aku sebetulnya sudah lupa sebahagian dari lirik doa cum nasyid Rabitah Hati yang selalu dilaungkan masa sekolah dulu, dan hasil dari carian menerusi Google, terjumpa blog seorang junior aku dulu, Sehening Kalbu yang membantu aku mengingati kembali bait-bait kata dalam nasyid tersebut selengkapnya.

Bersempena ULTAH (bak kata Bert abbreviation for Ulang Tahun) ke 15 SMKAKS, ini pos khusus untuk meraikannya.

Apa yang best sangat tentang SMKAKS ni?

Kat Asrama, tv pun takde, terpaksa pecah masuk bilik tv sekolah sebab nak tengok World Cup.

Menu dewan makan, aku rasa atas sebab keterpaksaan makanan dalam tray biru tu habis kalau tak mahu kelaparan nanti.

Tempat tidur? Nasib la siapa yang dapat katil yang kipas dindingnya sudah rosak atau bilahnya ynag sudah patah-patah. Locker kayu tu pulak, lagi selamat letak duit bawah bantal dari letak dalam locker tu, kalau nak rasa selamat, kena beli pad lock sendiri. Boleh tahan lama kalau tak kena kopak sebab ada orang nak sebat makanan, ataupun spotcheck.

Budak laki macam aku ni pulak, tengok budak perempuan macam alien, kalau kena jalan sorang-sorang melepasi atau melintasi sekumpulan budak perempuan, mesti ada rasa kupu-kupu terbang dalam perut, silap hari bulan kalau ada sakit jantung mungkin boleh pengsan tiba-tiba, bila suruh cakap kat depan kelas, terketar-ketar, rasa nak habiskan secepat yang mungkin, sampai entah apa yang di mumblingkan kat depan pun tak tau, tapi bila dalam kelompok yang ramai, lagak mengalahkan samseng lagi.

Bilik air pulak, selalu tersumbat, sampai bertakung-takung air, shower head pun dah hilang, kadang-kadang air laju, kadang-kadang air slow, kalau malam-malam menyeramkan pulak. Hahahaha...

Cikgu-cikgu pulak, banyak yang masih ikut method biasa. Selalunya membosankan. Untung dapat cikgu-cikgu macam Pn Elina, Cikgu Jeman, Cikgu Sudarmi, Cikgu Syawal, Ustazah Normala sekadar menyebut beberapa nama, yang mengajar merentasi silibus, kurikulum dan di luar kaedah yang biasa.

Jadi apa yang best sangat SMKAKS ni?

Fast forward 15 years dari 19 Jun 1994.

Petang-petang minum kopi, masih lagi bersama sahabat-sahabat yang pernah satu dorm, satu kelas dan paling tidak pun pernah berkongsi satu dewan periksa walaupun sudah lebih 11 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Bukan sekadar angkatan rakan sebaya aku sahaja, aku tengok batch lain pun, seperti Bro Idi & the gang, X-SMAS, batch Che Poon, Batch Napis, (sekadar menyebut beberapa nama) masih lagi berhubungan dan bertemu sekerap mungkin selepas tamat sekolah.

Mungkin berkat nasyid Rabitah Hati yang kami selalu lagukan itu agaknya.

Selamat Ulang Tahun ke 15 kepada semua SMKAKSian di mana jua kalian berada.



P.S: Sedikit fakta mengenai Rabitah Hati:

1) Kata-kata yang terkandung dalam liriknya dipetik dan diekstrak dari Al Ma'thurat himpunan doa-doa dalam satu buku kecil.

2) Di bawa masuk dan diperkenalkan di SMKAKS sekitar tahun 1995 menerusi perpindahan pelajar-pelajar SMAS (SMKA Selangor di Kajang ~ batch Ros Iryani, Hafizul Bard dan rakan-rakan) ke SMKAKS.

3) Menjadi ritual setiap kali selepas sembahyang fardhu, selepas ceramah dan kuliah agama, dan program-program di Musolla.

17 comments:

Lina said...

zaman sekolah kat smkaks mmg sgt best!! tp bila dlm sekolah tu.. rasa nk abis sekolah secepat mungkin n xnak toleh2 lg zaman sekolah... hahahaha! sengal je rasa :)

ciPuding_7 said...

haha.. btol.. btol.. btol..
jom wat gathering bebetul..
lawan bowling cukup la..
thihihi..

the vulnerable am said...

jadi ape yang best nye? masih tak terjawab pun persoalan tu

farah :: lagi2 ajak bowling! tau la terel! buring i tau!!

aranhellstorm said...

Lina: serupa mcm aku, sekarang rasa macam nak masuk sekolah balik, tapi buat beberapa perubahan la kot..hehe

Poon: bowling..? ok jugak tu ek?

Am: laa..ko tak baca ke? yang bestnya, still lagi rapat dgn budak2 satu sekolah dulu sampai sekarang... tu la yg bestnya..

syiqinsyah said...

aku terfikir, betul gak mcm ko tulis tuh ran...mungkin berkat nasyid yg slalu dinyanyikan (dengan penuh bersemangat!!)..kekadg kita nyanyi nasyid tu lagi kuat drpd lagu Negaraku..huhu...

farah: jom nk??!!kita wat sume batch....nak? (akk suke jek!!hehe...)

the vulnerable am said...

itu budak2 nye... bukan sekolah nye!!

ciPuding_7 said...

jom.. main bowling la senang.. flexible bagi mereka2 yang susah nak dpt kebenaran nk stay outstation.

jom.. sila pilih tarikh..
ujung taun pon takpe..
harap2 muka baru pon dtg gak..
hehehe..

aranhellstorm said...

betul gak tu poon, wat team ke, setiap team mesti lain2 batch... hehehe... impian tu...

am, masa kat sekolah tu tak best pun, tapi bila dah keluar....huhuhu, baru rasa best!

zan said...

Rabitah hati.

Lagu oleh Sunardi / Azman (batch PMR 1993 SMKAS)

Lirik oleh Sunardi (diinspirasi dari doa Mathurat oleh Imam Syahid Hassan Al- Bana)

Thanks kasi kredit kat batch aku.

aranhellstorm said...

zan: laa... ko ni Zaini rupenya.. dah berkurun blog ko di link kan kat blog aku...

aritu Zulhabri aka Bert ada cakap, jumpa ko kat event Soljah... aktif jugak ko dalam line seni marhaen nih... heh

zan said...

Hahaha..

Berjaya tak penyamaran wa?

Wa memang suka bergerak senyap2

Jumpa Habri tu kira 2nd time pergi rumah Pena..

aranhellstorm said...

memang berjaya penyamaran lu..! hahahaha...! shah alam 27 hb ni ade event pekan frinjan. bleh la lu goreng bass lu tunjuk skill kat budak2 baru nak naik..

heh, anyway, kecik je dunia ni.. pusing-pusing jumpa balik orang yang kita pernah kenal.

heh

kak yanie said...

ukhuwahfillah tidakkan musnah
walaupun ombak
walau badai mendesah
tautan erat tak mungkin patah dengan zikrullah kita berbaiah..

eceh...bernasid plak aku neh

aranhellstorm said...

kak yanie: alamak, kak, lupa la pulak nasyid tu, band underground mana punya lagu tu? Mirwana? Shoutul ape ntah? Nada Murni? hehehehe

zan said...

yanie nak menguji bakat tu..
dulu2 taknak tunjuk skil..hahaha

the vulnerable am said...

farah :: hang plan macam tuhari la.. kat alam sentral... kitorang datang ajek lah! hair band ain ari tu tertinggal ade kat sape ah?

kak yanie :: kalo ade team pompan macam Maahad Hamidiah tu, musti kak yanie jadi solo lah! hehehe

ibrahim rabani said...

15 tahun berlalu pantas sekali... walaupun aku stay sampai PMR je n then g Teknik, SMKAKS adalah satu check point yg menjadikan aku manusia... paling xleh lupa adalah pengakap hehe...

StatCounter