Thursday, May 31, 2007

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

31 Mei adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Barangkali mungkin tiada siapa pun tahu mengenainya, apatah lagi bagi golongan perokok tegar. Penulis sendiri pun baru saja mengetahuinya petang tadi, itupun kerana terdengar berita mengenainya di corong radio, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia adalah diilhamkan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) asalnya ialah pada 7 April 1988 yang dikenali sebagai Hari Tanpa Rokok Sedunia selepas Resolusi mengenainya dikeluarkan badan itu pada tahun 1987. Kemudian setahun berikutnya, satu lagi resolusi iaitu Resolusi WHA42.19 telah dikeluarkan dan badan tersebut telah menetapkan tarikh pada setiap 31 Mei setiap tahun adalah secara rasminya Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Di Malaysia kematian yang disebabkan oleh rokok ataupun berkaitan dengan rokok adalah sebanyak 20% dari jumlah kematian tahunan penduduknya. Manakala sebanyak lebih kurang 3.5 juta orang mati akibat ketagihan rokok ataupun disebabkan oleh rokok. Kadar kematian sebanyak itu bukan sahaja disumbangkan semata-mata oleh perokok tegar malah perokok sekunder ataupun perokok pasif yang tinggal atau hidup berhampiran dengan perokok aktif juga menjadi sebahagian dari statistik tersebut.

Hari ini juga dianjurkan adalah kerana untuk memberi kesedaran kepada perokok dan memberi peluang kepada golongan yang tidak merokok supaya hak mereka dihormati iaitu dengan cara tidak merokok di dalam kawasan bangunan yang tertutup sama ada berhawa dingin ataupun tidak, tidak merokok di tempat-tempat awam, tidak merokok disisi orang yang tidak merokok dan tidak merokok di dalam kenderaan.



Di sini juga penulis ingin berkongsi tips-tips dan panduan bagi mereka yang ingin berhenti dari merokok.

1. Buat permulaan cuba kurangkan bilangan jumlah rokok yang di hisap dalam sehari. Boleh bermula dengan langkah-langkah mudah seperti tidak merokok di dalam kenderaan, tidak merokok pada waktu pagi atau pun tidak merokok kecuali selepas makan ataupun ke tandas sahaja. Cipta alasan-alasan atau peraturan-peraturan mudah supaya diri tidak terbeban dengan peraturan yang dicipta secara 'over the top' yang mungkin tidak dapat diikuti atau dipatuhi.

2. Kerapkan meminum air kosong. Bagi perokok, jikalau tidak merokok walaupun untuk jangkamasa kurang dari satu jam, mulut atau lidah mereka pasti akan merasa tidak kena. Inikan pula untuk jangkamasa yang lebih daripada itu. Selain itu air limau juga dapat membantu mengurangkan rasa janggal tersebut.

3. Sediakan gula-gula atau candy sebagai pengganti sementara. Ini adalah tidak digalakkan kerana disebalik mengurangkan kadar nikotin dan bahan kimia lain, secara langsung anda telah meningkatkan paras gula dalam badan anda. tetapi penulis menggunakan cara ini ketika bulan-bulan terawal berhenti mengambil rokok. Penulis mengambil gula-gula seperti Hacks, Fisherman Friend No Sugar dan lain-lain kerana ianya dapat membantu kerana penulis merupakan pengguna Rokok Berperasa Menthol. Sensasi dingin dari gula-gula yang tersebut itu sedikit sebanyak melenyapkan rasa rindu kepada rokok-rokok menthol yang menjadi igauan kepada penulis satu masa dulu.

4. Berpuasa. Secara otomatiknya dapat melenyapkan rasa ingin merokok. Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan membuktikan bahawa setiap perokok berpotensi untuk berhenti merokok. Masakan tidak merokok selama lebih dari 12 jam iaitu selepas waktu imsak hinggalah kewaktu berbuka pun dapat dilaksanakan selama sebulan tanpa henti, inikan pula untuk terus berhenti. PAsti boleh!

5. Berjumpa dengan pakar atau doktor untuk mendapatkan nasihat. Jalani terapi yang ada terdapat dimana -mana pusat kesihatan. Anda cuma perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk bayaran perkhidmatan dan bahan-bahan pengganti nikotin seperti 'Nicotine Replacement Gum' yang berharga lebih mahal dari rokok itu sendiri. Apa salahnya berkorban untuk kebaikan diri dan keluarga.

6. Keluar dari persekitaran yang tercemar dengan asap rokok. Persekitaran sebenarnya memainkan peranan penting kerana persekitaranlah yang membentuk jatidiri anda. Penulis sebelum ini telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi tidak dapat dijayakan kerana persekitaran penulis dikelilingi oleh perokok-perokok tegar.

7. Bertangguh untuk merokok. Sebaik sahaja rokok dikeluarkan dari kotaknya untuk dinyalakan cuba niat di dalam hati untuk bertangguh sebentar dari menyalakannya. Jikalau sudah dinyalakan, buang jika sudah sampai separuh. Biar kita merasa rugi, secara tidak langsung minda anda akan ter'psiko' dengan tindakan anda itu.

8. Cuba katakan malas berkali-kali untuk merokok. Ada-adakan pernyataan negatif tentang rokok di dalam minda anda. Psikologi memainkan peranan penting di dalam kejayaan anda untuk berhenti dari merokok. Percayakan mitos-mitos (kalau bukan fakta) negatif tentang rokok. Seperti mati pucuk (lelaki sangat takut dengan perkataan ini), sperma terencat, air mani berbau tembakau, anak yang dikandung mungkin cacat, atau apa saja yang boleh mendatangkan rasa gerun ke dalam minda anda.

9. Ambil kesempatan dari perkara-perkara yang menghalang anda dari merokok seperti demam atau selesema. Walaupun telah sihat teruskan untuk tidak merokok sepertimana dikala terlantar sakit tersebut anda tidak merokok. Penulis juga bermula dengan langkah ini.

10. Akhir sekali Keazaman dan DOA. Anda harus mempunyai keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok. Jangan takut untuk mencuba berhenti. Penulis juga pernah gagal beberapa kali dalam usaha untuk berhenti. Sekali gagal bukan selamanya gagal. Bentuk satu keazaman yang kuat kalau bukan demi diri sendiri, mungkin demi insan yang tercinta. Walaupun berhenti demi diri sendiri itu lebih murni namun atas alasan apapun sebenarnya, berhenti merokok itu adalah satu usaha yang murni. Berdoa kepada Tuhan supaya diberikan kekuatan agar dapat terus berhenti meninggalkan perkara yang sia-sia itu.

Sebenarnya penghalang utama dari usaha murni ini adalah diri sendiri, ego dan kemahuan atau nafsu. Jika kita dapat mengekangnya, insya ALLAH kita pasti akan dapat mengecapi kejayaan.
Hidup Sihat Tanpa Rokok.

p.s : ada hikmahnya sumbangan aku dalam kempen Tak Nak! tu, walaupun aku merokok di kala itu.

p.p.s : Setiap sedutan membawa padah!




sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/World_No_Tobacco_Day

Wednesday, May 30, 2007

Menunggu dan menanti

Hidup ini sarat dengan penantian. Bermula dari dalam rahim ibu, kita harus menunggu 9 bulan 10 hari sebelum boleh keluar melihat dunia. Menunggu masa diizinkan Tuhan untuk keluar ke dunia dan beribadat kepadaNYA.

Bangun pagi, nak bersarapan atau sekadar menghirup kopi atau teh, harus menanti untuk air yang dijerang mendidih di atas dapur. Jikalau beruntung tuah dibadan, dapat isteri yang boleh dinobatkan isteri mithali peringkat kebangsaan, minuman anda sudah tersedia, anda juga harus menunggu minuman itu suam sebelum boleh diminum, kecualilah anda mempunyai lidah setebal kamus dewan.

Sebelum bergerak meninggalkan rumah, enjin kenderaan perlu dipanaskan terlebih dahulu. Menanti lagi. Bagi yang berkenderaan awam, penantian itu sudah pasti.Lebih-lebih lagi di Malaysia ini, belum lagi ada budaya tepat masa yang betul-betul menepati masa sepeti di Barat, di Jepun dan di mana-mana Negara Maju yang lain (Mungkin sudah bermula sekarang dengan RapidKL...tambang 2 ringgit ke mana saja..).

Di pejabat, harus menunggu mesin fotokopi bersedia terlebih dahulu sebelum boleh mula membuat salinan. Bagi yang kekurangan kerja untuk dibuat, sebahagian besar waktu mungkin dihabiskan menanti jam sampai ke angka 5. Bagi yang kelaparan kerana terlepas sarapan pagi, terpaksa pula gagahi jua menanti hingga ke waktu rehat.

Pagi ke tengah hari, menanti, menanti dan terus menanti.

Pergi ke Bank, pejabat pos, kaunter-kaunter bayaran, semuanya perlu menunggu. Ada tempat yang berteknologi, sistem nombor giliran digunapakai, manakala yang masih ketinggalan seperti zaman penjajah, sistem beratur atau berbaris pula terpaksa diikuti. Semuanya harus menunggu giliran. Ada juga yang kurang ajar tidak beradab sopan memotong giliran yang selalunya bernasib baik kerana tiada siapa yang berani menegur, kalau adapun satu dalam seratus. Majoritinya, diamkan saja, danterus menunggu dengan sabar. Menunggu dan menunggu lagi.

Kita ke jalanraya pula. Di persimpangan berlampu isyarat, semuanya harus menunggu dengan sabar, jikalau tidak, mungkin nyawa melayang. Begitu juga di bulatan atau persimpangan, harus menunggu dan memastikan keadaan yang betul-betul selamat untuk meneruskan perjalanan. Begitu juga ketika sedang mengekori kenderaan yang terlalu perlahan, dan kita tak sabar pula untuk memotongnya, harus menunggu arah bertentangan benar-benar mempunyai jarak memotong yang selamat barulah niat itu diteruskan, maklumlah malang tak berbau, oleh itu kita mesti menunggu. Di tol-tol yang banyak melata sekarangni, kita juga sering menunggu giliran walaupun kita menggunakan SmartTAG, di buatnya kenderaan yang di hadapan terlupa menambah nilai kadprabayarnya, atau baterinya yang sudah habis tenaga terpaksa juga menunggu atendan tol untuk membantunya melepasi tol tersebut sebelum kita dapat melaluinya. Itupun kalau lagi tak bernasib baik, menunggu giliran untuk membayar tol, boleh bertukar menjadi menunggu giliran maut, kalau tak percaya cuba baca suratkhabar hari ini.
Al fatihah bagi semua mangsa yang telah menemui Penciptanya.

Pendek kata dijalanraya pun harus tunggu, tunggu dan tunggu.

Yang bujang menunggu yang teristimewa untuk sama-sama menaiki pelamin. Yang beristeri dan bersuami, menunggu si comel penerus zuriat, yang mampu menunggu masa untuk memajukan borang nikah (lagi) pada isteri tua (uppss!), yang duda janda menanti pengganti dan yang uzur dan sakit menunggu mati.

Yang mati menunggu soalan. Ada juga yang tak sedar, tau-tau dah melangkahkan kaki ke dalam Syurga (Golongkanlah aku kedalam golongan ini, amin!) Ada juga yang mengeluh tak tahan menunggu padang mahsyar minta masukkan segera ke neraka, mana tahu di situ lagi berat seksaanNYA. Ada juga yang mahu melangkah kaki kedalam Syurga, terpaksa menunggu lagi apabila ada hamba Allah yang lain ingin menuntut haknya kerana dulu di dunia dia difitnah dan selalu diumpat oleh beliau yang sudah hampir untuk kesyurga itu. Menunggu lagi kita di saat itu. (Na'uzubillahi minzalik)

Menunggu itu penyeksaan, dan sebaik-sebaik seksaan adalah seksaan yang mampu mendekatkan kita kepadaNYA. Bukan seksaan yang membuat kita menyesal dan mahu kembali ke dunia, itu adalah seksaan yang sebenar-benarnya, sesal ketika itu tidak berguna lagi. Moga dijauhkan kita dari seksaanyang Maha Pedih itu. Amin.

Sunday, May 27, 2007

Aku Seorang Gelandangan II

Seminggu yang amat meletihkan! Dari hari Ahad lepas hingga ke hari Khamis aku sudah membuat perjalanan sejauh lebih kurang 2000km. Dari Kuantan, Temerloh ke Pekan, membawa ke Muadzam Shah sehinggalah Ke Rompin, membawa aku menyusuri daerah-daerah di negeri kelahiran arwah ibuku, melihat dunia untuk aku menginsafi kejadianNYA.

Manakala tengahhari tadi aku menghadiri majlis Perkahwinan rakan karib, Sdr Ahmad Hafidz atau lebih dikenali dengan panggilan manja Apai dikalangan rakan-rakan terdekat. Diharap tali yang diikat itu terjalin kukuh hingga ke hembusan nafas yang terakhir kamu berdua. Amin!

Antara rakan-rakan yang hadir yang sempat dirakam foto kenangan:


Ajid dan bakal suri hidupnya-Sabrina


Labu bersama isteri yang sedang mengidam ayam kampung goreng.


Ajid dan Litat - peguam yang boleh membebas anda dari apa-apa tuduhan yang dikenakan.


Muhyiddin aka Bidin - seorang ahli perniagaan yang berjaya.


Syeikh Kama As-Sudani, Ijam dan Pujan. Pujan hadir juga walaupun bertongkat akibat kemalangan menimpa beliau.


Dzulhamka dan Pengantin - Malaikat dan Syaitan secara metaforanya. Hehehe..


Pasangan bahagia - Ah Sok dan Seri, bila mau bersatu?


Labu dan Shaikh Kama As-Sudani, dibelakangnya seorang super duper senior SMKAKS - Bro Rozaimy


Ijam dengan wajah fotogeniknya


Penulis, isteri bersama pasangan mempelai


Sdr C-pot sedang khayal bersama bubur jagungnya.



Ketika kami berdua keluar dari majlis, penulis berselisih dengan rakan lama yang baru sahaja sampai iaitu Sdr Haikal dan Sdr Zack. Rakan lain yang tidak terlihat didalam foto adalah Sdr Kacap.

Kepada pasangan mempelai sekali lagi diucapkan selamat berbahagia sehingga ke anak cucu, insyaALLAH.

Thursday, May 24, 2007

Shit! Shit! Shit!

Tahi!

Aku tak mahu memblog lagi!

Fuck ref! Fuck players! Fuck Mankayu Utd supporters! Fuck Inzaghi! Fuck ME!

p.s: blog ini akan mengaktifkan mod hibernasi dalam kiraan 5.

Wednesday, May 23, 2007

Shit!

Tomorrow, Kuantan here I come again. Fucking tenders!

p.s : Boss, don't make me speak English! <--- tiru Hattan masa dalam AF5.

p.p.s : aku baru saja sampai shah alam. Ketika entri ini ditulis, aku berada di pejabat di Kota kemuning.

Tuesday, May 22, 2007

Minggu ini, aku seorang gelandangan.

Hari ini aku masih berada di Kuantan. Hari ahad lepas sudah bertolak dimana aku terlepas lagi untuk menghadiri kenduri seorang kawan.

Ngaz, aku minta maaf fasal tak dapat hadir. Selamat berkeluarga dan hiduplah kamu berdua sebahagia mungkin!

Sekarang, di ketika ini, aku berada di dalam sebuah cyber cafe yang aku tak pernah sangka yang aku akan kembali lagi ke tempat sebegini. Memang aku rindukan rangkaian internet. Bak kata isteri aku, aku tak boleh hidup tanpa internet. Baca: internet geek.

Sebetulnya mahu menghabiskan masa sementara menunggu pakcik aku pulang dari tempat kerja. Malam ini aku bermalam di rumahnya, sambil mengharap belas ihsan sesuap nasi untuk aku yang bergelar vagabond ini.

Semalam, aku ke Muadzam Shah sekali lagi untuk menghadiri lawatan tapak di sana, kemudiannya pulang semula ke Kuantan untuk menyelesaikan perkara-perkara tertangguh di HQ JBA Pahang. Kemudian aku bertolak ke Temerloh dan bermalam di sana, di rumah seorang kenalan niaga. Pagi tadi bertolak pula ke Pekan, untuk menghadiri satu lagi lawatan tapak untuk kerja paip bersama beliau.

Terima kasih kepada beliau atas tajaan makan malam, sarapan dan makan tengahhari. Kenyang perut goyang kaki!

Dan esok aku akan ke Rompin pula. Mesyuarat pemilikan tapak. Setelah 2 tahun menunggu projek kerajaan, akhirnya Alhamdulillah, berjaya juga mendapat satu lagi projek dari Kerajaan.
Kemudian aku harus terus pulang ke Shah Alam untuk menghabiskan Tender yang akan dihantar pada hari Khamis nanti. Harap-harap bukan aku yang harus menghantarnya. Fasal aku dah merancang untuk M.C, Champions League Final menanti dan aku harus tak bangun esok pagi!

Di sini aku ingin berkongsi dengan kamu semua, kata-kata azimat Rafa ketika rehat separuh masa, sedang ketinggalan 0-3 dibelakang AC Milan di Perlawanan Akhir Champions League 2 tahun lepas. Selepas itu, semua tahu, sejarah yang tidak pernah terfikir oleh otak seorang manusia normal, telah tercipta.

"Don't let your heads drop.
All the players who go on the pitch
after half-time have to keep their heads held high.
We are Liverpool.
You are playing for Liverpool.
Do not forget that.
You have to hold your heads high for the supporters.
You have to do it for them.
You cannot call yourselves Liverpool players
if you have your heads down.
If we create a few chances
we have the possibility of getting back into this.
Believe you can do it and you will.
Give yourself the chance to be heroes."

(Rafa Benitez – Half time. Ataturk Stadium. Istanbul. 25th May 2005)

Sumber: liverpoolfc.tv



LOL :))

p.s : sekarang, aku rasa aku lebih Pahang dari Selangor!

Monday, May 21, 2007

Double? Double Decker bolehlah...

Terpampang di dada - dada akhbar beberapa bulan sebelum ini, "man@%&$ utd for treble again", "Chelsea searching for Quadruple", tapi selepas beberapa siri kekalahan penting mereka, maka angan-angan dan mimpi mereka tinggal menjadi debu sahaja.

Mankayu Utd berputih mata, impian untuk mencari kejuaraan 'treble' mereka hancur di lanyak 0-3 oleh pasukan gergasi Itali, Rosonerri ~ AC Milan di San Siro dalam separuh akhir pusingan kedua.

Chelsea juga terpaksa melupakan impian tamak 'haji bakhil' mereka untuk membolot kesemua 4 piala yang dipertandingkan apabila hanya mampu seri dengan Arsenal dalam perlawanan penting penentuan untuk kejuaraan liga perdana Inggeris musim ini. Juga terpaksa melupakan sekali lagi hasrat mereka untuk beraksi di Final Champions League apabila tumpas di Fortress Anfield dalam perlawanan Separuh Akhir mereka, seterusnya melenyapkan impian treble dan impian mereka untuk kali pertama mengucup The Big Ears.

Selepas hampa dengan hasrat "treble" mereka, media Inggeris mula memalu gendang untuk mewar-warkan Mankayu Utd sebagai penyandang yang paling sesuai untuk Piala FA, seterusnya mendapat kejuaraan berganda (double) musim ini. Namun, hasrat itu juga tidak kesampaian. Terima kasih dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurus dan penyokong Chelski diatas kemenangan mereka di Wembley sabtu lepas, dan kemenangan ini amat signifikan bagi aku seorang Penyokong Fanatik Liverpool FC.

Dan apabila Drogba menjaringkan gol tersebut, jari-jariku mula pantas menulis sms-sms untuk dikirim kepada semua penyokong dan pemuja Mankayu Utd yang aku kenali.

"Double? Pegi beli Double Decker kat kedai nuu....",

Sms tersebut berharga 15 sen per sms, tapi semua itu tak penting, sebaliknya senyuman puas yang terukir diwajah aku...priceless.

jadi bagi Semua MANkayU fan... hwahahahhwhawhawhawhawhahahahahahahahahahahahahahwahahawahhahahahahahah!!!!!

Seronoknya aku!

p.s : Jangan lupa menonton perlawanan klasik 24 May ini, jam 2.30 pagi. Liverpool will win it six time!

p.p.s : A.I.G - Mankayu sponsor means : Almost In Greece...hehehhe

Friday, May 18, 2007

Happy Birthday Sayang!

Pada hari ini, 26 tahun yang lalu
telah dijadikan oleh Tuhanku
seorang wanita, peneman sunyiku
seorang wanita, pengisi kalbu
seorang wanita, pelengkap hidupku

Pada hari ini, 26 tahun yang lalu
telah kau berjanji pada Tuhanmu
bahawa kau akan terima jalanmu
sebagaimana aku juga berjanji pada Tuhanku
sebelum mu
Bahawa kau akan bersamaku
di satu masa, di tengah-tengah jalan mu

dan pada hari ini
aku bersyukur
kita bersama redha dan akur
terima janji kita yang ditabur
dengan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar
kita bertemu di jalan itu
dan mohon padaNya agar kita terus bersama
selamanya...

Selamat Hari Lahir Sayangku!

Wednesday, May 16, 2007

Selamat hari Guru!

Pada hari ini, hari yang didedikasikan khas untuk para guru di seluruh Malaysia, aku ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua guru, dari aku bermula sebagai pelajar pra-sekolah tadika KEMAS, dan TASKI (taman asuhan kanak-kanak Islam), sampai aku masuk sekolah Rendah bantuan PENUH kerajaan - Sek Keb Sungai Burong, dan sebelah petangnya, Sek Ren Agama Bt 12 Sg Burong memenuhkan dada dengan ilmu akhirat sambil-sambil ponteng sebab Gaban dan Kesatria Baja Hitam, maskman dan Flashman...

Juga guru-guru di Sekolah Menengah Sungai Burong walaupun cuma 6 bulan aku di situ. Guru-guru dan Ustaz-ustaz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor yang banyak mengajar aku erti berdikari dan erti hidup, mengajar untuk menjadi berguna, menjadi imam kepada masyarakat, (tapi sayang tak pernah hampir pun untuk menjadi seperti harapan Cikgu semua..)

Kredit untuk semua guru-guru yang pernah mendidik aku, tidak pernah sedikit pun benci dengan kamu semua, tanpa kalian aku takkan jadi sepertimana sekarang. Sebagai tanda aku mengingati kalian dan jasa kalian, aku pahatkan nama-nama guru yang masih aku ingati tanda memori itu masih ada di dalam diri.

Sekolah Kebangsaan Sg Burong - Cikgu Salasiah Dilin, Cikgu Agus Salam, Teacher Asma, Ustazah Masdinah, Teacher Rubiah, Cikgu Mat Kasim (garang oii), Allahyarham Ustaz Zakaria Ijab, Allahyarham Ustaz Ismail, Cikgu Ahmad Yusak Tukiman, Cikgu Adnan, Cikgu Esah Md Noor, Cikgu Zaleha (GPK1), Cikgu Besar Harun Hashim, Cikgu Juffri, Cikgu Halimin, Cikgu Wahab Charang, Cikgu Abdullah, Cikgu Hazizah Hamin (pengakap), Cikgu Syafie (kelas pemulihan/ disiplin) Cikgu Madihah dan Cikgu Hambali (chain - lenteng - smoker)

SRA Bt 12 Sg Burong - Ustaz Munjar, Ustzh Anjariah, Ustzh Salina, Ustzh Katihin Lamiyo, Ustzh Zainab, Ustzh Sabariah Sabari(baling aku ngan duster psl kacau bdk2 training nasyid), err..mungkin ini sahaja yang dapat diingat...(tu la banyak sangat main masa sekolah..)

Sek Men Sg Burong - Cikgu Ainon, Cikgu Razak (Ajar sejarah best woo..), Cikgu Rahim (Can use his both hand to write on the blackboard..pretty impressive!), Teacher Khalijah (juga jiran sebelah rumah aku di Kuarters Pertanian), Cikgu Jalil, Ustazah Khadijah, Cikgu Mat Sani (kereta datsun sunny biru dia ada lambang Batman..karut betul..heheh), Ustaz Khairun ..

Sek Men Keb Agama Kuala Selangor - Cikgu Nurul, Cikgu Shawaluddin (garang nak mamposs, tapi ajar matematik best giller!), Cikgu Zulkifli Salleh (Chainsmoker, no wonder anak2 didik dia semua jadi macam dia..hahah..warden yang ditakuti/dihormati-aku dan yang lain paling suka dia ni...used to be a father figure to me..), Teacher YELLina -- upps, Teacher Elina Choong, mulut non stop, but the best teacher i ever had..and see..? My English is really improved because of her!, Cikgu Mohamad the motivator, Cikgu Shahrom, Cikgu Alpiah@ Aida, Ustazah Normala (banyak loyar buruk dengan dia, lepas tu majoriti dapat 8A 1B PMR, the only B was for Pendidikan Agama Islam--Padan muka!), Cikgu Ismail Jemalos (selambaa...), Cikgu Rokiah, Cikgu Noorazman (pengakap dan geografi--dalam sekolah straight and strict, kat luar, selamba!), Cikgu Rahim Rimon (please get rid of your track bottom..eiiii..heheh), Ustazah Rohana (suka sangat dengan kelembutannya...), Cikgu Norazah Asari (i have a feeling towards her..and it explained the reason that my maths during form 3 really excel..heheh), Ustaz Kamaruddin, Cikgu Hayati (heh..heh..), Teacher Samiah, Ustzh Masri Banun, Cikgu Samihah.
Cikgu Zuraidah, Cikgu Yusof (the really soft spoken cikgu fizik yang memastikan waktu rehat kami kehabisan makanan untuk dibeli di kantin..keluar lambat la tu..), Cikgu Salehuddin, Ustzh Ann Surina, Cikgu Mazlan, Ust Khaspi, Ust Ghazali Omar, Cikgu Shahril (suratkhabar!!), Cikgu Shamsinar, Cikgu Zaleha Ibos (Majalah Sekolah), Ustaz Sariman Rejo, Cikgu Zawawi (akan turunn kepadang!), Ustaz Ali , Cikgu Norliza, Cikgu Tazliah Tazal, serta guru-guru yang tak tersebutkan namanya di disini (aku dah lupa atau buat-buat lupa la tu..err..cikgu bahasa melayu aku time form 4, serious aku suka dia, tapi aku boleh lupa nama dia.., she's really good, mood belajar sentiasa ceria, tapi mengajar sekejap sebelum berpindah ke sekolah lain<---- aku dah ingat, cikgu Sudarmi...hehehe.), sesungguhnya jasa kalian tersangatlah besarnya, hatta harta seiisi dunia belum tentu dapat membalasnya(ye ke?)

SELAMAT HARI GURU!

Friday, May 11, 2007

24th May Athens - We will win it SIXTH time!

Adakah para penyokong Manchitpoorahh United dan Chelski akan menonton perlawanan paling agung seluruh musim sambil menyesali bahawa mereka bukan Penyokong Sebenar AC MILAN ataupun Penyokong Sebenar LIVERPOOL FC.

Tapi adakah semua tahu bahawa bermula musim ini, UEFA memperkenalkan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Liga Juara-Juara?

Sila lihat iklan dibawah.

hahahaha...

Thursday, May 10, 2007

Pantai Timur - Perjalanan Rutin

di bawah ini gambar-gambar awan yang sempat aku abadikan di dalam Telefon bimbit berkamera NOKIA 6680 aku semasa memandu.
Matahari terbit di ufuk timur, foto diambil di Lanchang, jam 6.55 am

Petang di Temerloh, awan ini buat aku terpana....


Matahari ingin beradu di ufuk barat

Tinggalkan dulu awan-awan tersebut, buat seketika.

Dalam bulan ini sahaja, aku akan ke Kuantan setiap Khamis bagi tujuan lawatan tapak dan taklimat tender bagi kerja-kerja yang ditawarkan oleh JKR dan JBA Pahang. Bagai sudah menjadi rutin, maka perjalanan itu sudah tidak lagi aku rasakan seperti suatu beban dan perjalanan yang mengambil masa 3 atau 4 jam pemanduan dalam kelajuan biasa, sekitar 110 km/j itu tidak lagi dirasakan panjang. Pemanduan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur yang hanya berlanskapkan Estet-Estet getah, kelapa sawit dan hutan simpan serta diselang-seli dengan kon-kon keselamatan dan papan tanda lencongan memberitahu semua pengguna bahawa wang tol mereka digunakan dengan begitu 'cermat' bagi 'mengulangbina' cerun-cerun yang runtuh, turapan yang tidak rata, aras jalan yang 'tiba-tiba' rebak dan runtuh tidak ketinggalan juga, abang-abang polis trafik yang sentiasa bersiap sedia bersama teropong ajaib mereka disebalik longkang, cerun atau dibawah jejambat memburu pesalah-pesalah trafik yang merasakan mereka lebih laju dari Schumacher ataupun Diego Alonso mahupun Alex Yoong, semua ini tidak lagi mengganggu tumpuan aku di jalan raya, tapi menjadi peneman aku tatkala memandu seorang diri.
Tengaharinya, aku bersama tuan punya syarikat kontraktor bumiputera yang aku tumpangkan dari Temerloh, bersantai seketika di sebuah masjid di Beserah. Aku yang kurang tidur mengambil satu sudut di ruang beranda masjid itu terus sahaja tanpa segan silu berbaring sambil memejamkan mata bagi merehatkan diri seketika.
Orang yang aku tumpangkan itu aku namakan Tn Hj. Beliau juga seperti aku, berbaring berhampiran aku, cuba untuk melepaskan lelahnya. Tiba-tiba, sedang aku cuba untuk melelapkan mata, terdengar satu suara yang pekat dengan loghat Kelantan menegur Tn Hj.

(Dialog ini telah aku alih bahasakan dan disusun atur supaya dapat difahami semua)

"Saya datang jauh dari Pattani, ada bawa ubat panau, ubat gatal, ubat sakit, ubat urut, pakcik mau tengok? Tengok-tengok pun tidak apa, tak mau beli juga tak apa.." Si penjual ubat memulakan bicara.

"Ubat 'anu' ada?" tanpa berselindung Tn Hj bertanya, dalam nada suara yang rendah, mungkin berfikir yang aku telah terlelap.

Lantas dibuka beg ajaib berisi segala macam ubat-ubatan, minyak ajaib dan makjun-makjun yang boleh menyembuhkan semua penyakit di dunia dan bakal muflislah semua taukeh-taukeh ubat, farmasi, hospital-hospital swasta dan tak lupa pawang-pawang tradisional.

Setelah beberapa lama aku ikuti bual bicara dalam separa sedar, aku pasti ubat ajaib 'datang lambat' dan wang ringgit telahpun bertukar tangan, kemudian Tn Hj bertanya:

"Bagaimana keadaan di sana, di Pattani?"

"Kelam kabut, tapi asal boleh cari makan..."

"apa masalahnya?"

"Kami orang islam mau bebas, tapi Kerajaan tidak mahu lepaskan, ramailah pemberontak gerila yang berjuang, kami orang biasa, tolong setakat mampu, beri derma ikhlas untuk mereka berjihad.."

"Kenapa kamu tak lawan?"

"Nak lawan? Thailand hantar tentera ribu-ribu lengkap bersenjata, kami nak lawan guna apa? Biar saja pemberontak melawan.."

"Bukan jeneral Sonthi itu juga Islam?"

"Dia Islam, tapi dia Islam luaran saja, mana mungkin Muslim memakai rantai emas yang besar-besar dan tebal pula. Dia Islam hanya pada nama, tidak sama Islam orang Bangkok dengan islam kami di Pattani, Yala.."

"Agak-agak boleh menang tidak?", Tn Hj menduga.

"Kalau Iran mahu membantu, kami pasti menang..dan dengar khabarnya Najib juga menyokong kami, jika Najib tampil memberi sokongan kamu pasti dapat bebas..."

Aku pada masa ini, tidak lagi berminat untuk mengikuti perbualan ini kerana terlalu letih dan akhirnya terlelap.

Sebelum terlelap aku sempat berfikir, adakah Najib ini dimaksudkan Dato Seri Najib Tun Razak?

Dari mana beliau mendengar khabar itu juga aku tidak pasti. Aku hanya tersenyum sendirian dibalik lengan yang aku sandarkan di dahi sebagai menutup muka. Dan aku terus terlena di atas lantai mar-mar sejuk masjid tersebut yang dingin dihembus angin dari Laut China Selatan.

Macam-macam!

Wednesday, May 9, 2007

Berkobar-kobar

Tiba-tiba, aku dapat rasakan satu semangat menyelinap masuk ke dalam tubuhku, lalu semangat itulah yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk terus menulis. Sudah lama rasanya aku membiarkan ruangan alam maya ini bersawang, dan aku membekukan kreativiti yang aku miliki terkurung dalam ruang diri yang terus menerus disibukkan, dialpakan,dilekakan dengan segala macam rutin hidup yang kadangkala membuat aku mual untuk meneruskan putaran hidup yang sentiasa sama.

Moga dapat diteruskan semangat ini, supaya cetusan idea dan kreativiti ini tidak terhenti di satu persinggahan saja, biarlah ianya terus abadi walau tubuh ini hancur dimamah bumi.

Bulan ini bulan kelahiran insan-insan yang paling rapat dengan aku, yang pastinya kehadiran insan-insan inilah yang banyak mewarnai kehidupan ini, dari zaman kanak-kanak, mumaiyiz, akil baligh sehinggalah ke dewasa, dan aku amat-amat bersyukur!

Dan pada hari ini, aku telah bebas nikotin 100% selama 7 bulan, sejak 7 Oktober 2006. Satu pencapaian yang AMAT MEMBANGGAKAN!

Monday, May 7, 2007

My Best Friend Wedding 2

Last 2 weeks, my best friend finally married with his love from matriculation day. Apai all the best menempuhi dunia kelamin!


Komfem ke tu Aida? Sign agreement tu baca-baca sket..tengok kot2 si Apai boh safe clause plak kat situ....hehehe

Usrah di Masjid Tg Karang..heh


Menjamu selera


Seperti jerami padi dibelah dua..hahaha

Hantaran dari pengantin perempuan


bergaya bersama pengantin sebelum berangkat


apai bersama hantarannya


apai with his sidekick yang bersedia mengkarate tok imam kalu dia banyak songeh...


awat tangan sejuk cam ais?


apai n aida with friends


Masa untuk terus maju kehadapan dan jangan menoleh kebelakang lagi! Aku doakan kebahagiaan kalian sehingga ke akhir hayat.

p.s : Seorang lagi kawan aku telah dirantai dan dibelenggu dengan tali perkahwinan..heheheh...

Penulisan Berkarat

Sudah lama tidak ku jengah ke dunia blog ini. Hingga nama 'hellstorm' untuk blog aku ini pula telah dirembat oleh mamat yang entah dari mana.

this is just a test.

StatCounter