Friday, May 18, 2007

Happy Birthday Sayang!

Pada hari ini, 26 tahun yang lalu
telah dijadikan oleh Tuhanku
seorang wanita, peneman sunyiku
seorang wanita, pengisi kalbu
seorang wanita, pelengkap hidupku

Pada hari ini, 26 tahun yang lalu
telah kau berjanji pada Tuhanmu
bahawa kau akan terima jalanmu
sebagaimana aku juga berjanji pada Tuhanku
sebelum mu
Bahawa kau akan bersamaku
di satu masa, di tengah-tengah jalan mu

dan pada hari ini
aku bersyukur
kita bersama redha dan akur
terima janji kita yang ditabur
dengan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar
kita bertemu di jalan itu
dan mohon padaNya agar kita terus bersama
selamanya...

Selamat Hari Lahir Sayangku!

2 comments:

ely said...

thanks hubby!!this is the great besday present i've ever had!!

aranhellstorm said...

ye ke? tak yah la beli la present? hehehe

StatCounter