Tuesday, May 22, 2007

Minggu ini, aku seorang gelandangan.

Hari ini aku masih berada di Kuantan. Hari ahad lepas sudah bertolak dimana aku terlepas lagi untuk menghadiri kenduri seorang kawan.

Ngaz, aku minta maaf fasal tak dapat hadir. Selamat berkeluarga dan hiduplah kamu berdua sebahagia mungkin!

Sekarang, di ketika ini, aku berada di dalam sebuah cyber cafe yang aku tak pernah sangka yang aku akan kembali lagi ke tempat sebegini. Memang aku rindukan rangkaian internet. Bak kata isteri aku, aku tak boleh hidup tanpa internet. Baca: internet geek.

Sebetulnya mahu menghabiskan masa sementara menunggu pakcik aku pulang dari tempat kerja. Malam ini aku bermalam di rumahnya, sambil mengharap belas ihsan sesuap nasi untuk aku yang bergelar vagabond ini.

Semalam, aku ke Muadzam Shah sekali lagi untuk menghadiri lawatan tapak di sana, kemudiannya pulang semula ke Kuantan untuk menyelesaikan perkara-perkara tertangguh di HQ JBA Pahang. Kemudian aku bertolak ke Temerloh dan bermalam di sana, di rumah seorang kenalan niaga. Pagi tadi bertolak pula ke Pekan, untuk menghadiri satu lagi lawatan tapak untuk kerja paip bersama beliau.

Terima kasih kepada beliau atas tajaan makan malam, sarapan dan makan tengahhari. Kenyang perut goyang kaki!

Dan esok aku akan ke Rompin pula. Mesyuarat pemilikan tapak. Setelah 2 tahun menunggu projek kerajaan, akhirnya Alhamdulillah, berjaya juga mendapat satu lagi projek dari Kerajaan.
Kemudian aku harus terus pulang ke Shah Alam untuk menghabiskan Tender yang akan dihantar pada hari Khamis nanti. Harap-harap bukan aku yang harus menghantarnya. Fasal aku dah merancang untuk M.C, Champions League Final menanti dan aku harus tak bangun esok pagi!

Di sini aku ingin berkongsi dengan kamu semua, kata-kata azimat Rafa ketika rehat separuh masa, sedang ketinggalan 0-3 dibelakang AC Milan di Perlawanan Akhir Champions League 2 tahun lepas. Selepas itu, semua tahu, sejarah yang tidak pernah terfikir oleh otak seorang manusia normal, telah tercipta.

"Don't let your heads drop.
All the players who go on the pitch
after half-time have to keep their heads held high.
We are Liverpool.
You are playing for Liverpool.
Do not forget that.
You have to hold your heads high for the supporters.
You have to do it for them.
You cannot call yourselves Liverpool players
if you have your heads down.
If we create a few chances
we have the possibility of getting back into this.
Believe you can do it and you will.
Give yourself the chance to be heroes."

(Rafa Benitez – Half time. Ataturk Stadium. Istanbul. 25th May 2005)

Sumber: liverpoolfc.tv



LOL :))

p.s : sekarang, aku rasa aku lebih Pahang dari Selangor!

No comments:

StatCounter