Peringatan: Entri ini ada berunsur politik yang tidak keterlalauan, kandungan seks yang tidak keterlaluan, kandungan berbentuk peribadi yang tidak keterlaluan dan kandungan bahasa yang rosak, rojak dan tidak memenuhi piawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang keterlaluan.Aku mendedikasikan ruangan ini khas untuk sahabat aku
Mohd Yazid Sanbaseri aka Ajid
aka Chip
aka Maikel
aka Nyet yang memulakan tugasnya sebagai
Senior Assistant Registrar di Mahkamah Tinggi Muar.
Maaf kerana tak dapat menyediakan '
farewell party' kau. Hahaha...!
Sekarang populasi geng 'Hakim' sudah berkurang, peningkatan umur dah taraf hidup mulai menunjukkan kesannya terhadap kegiatan melepak sambil 'memakan daging'.... heh...
Juga dedikasi buat sahabat-sahabat
se'Hakim'an, di sini juga khas untuk kamu semua.
Megat ~ Sejak engkau jadi doktor di Melaka, dah lama tak nampak batang hidung. Semoga berbahagialah bersama orang rumah dan anak tersayang.
Labu ~
Nih lagi
sekor, lepas kahwin langsung susah nak ajak lepak minum teh petang-petang.. terus malas
dah aku
nak ajak...hehehe.... semoga kereta kau cepat sembuh....
Bert ~
Dah jadi aktivis sepenuh masa bernaung di bawah satu parti politik di Malaysia. Sejak berhenti dari
Borders,
dah tak berapa susah
nak jumpa
mamat ni, semoga kau berjaya dengan perjuangan kamu!
Apai ~ Sekarang agak susah juga, maklumlah pengurus kilang susu cap komunis, sebulan sekali baru nampak batang hidung... baru merasa alam rumahtangga, lagipun kerja ikut syif..
so kena tunggu
sms beliau baru boleh
set masa lepak ramai-ramai...hehehe.... Pai,
dah ada tendang-tendang ke?
Jibam ~ Sejak jadi Akauntan Petronas nih, lagi susah
nak lepak petang-petang melainkan kalau
mamat ni ambil cuti ataupun
m.c, selalu balik jauh malam,
public transport commuter pulak
tu,
nak jumpa pun kalau dah jauh malam, tak pun lepak di karaoke
lounge. Bam, lepas
nih, Scoin selagu? hehehe....
Ahsok ~
Ni mamat ganas diluar, lembut di dalam, kadang-kadang ada, pasal dia tak suka lepak di Hakim, sebab
mandrem Daud sudah meresap ke dalam urat saraf beliau... sejak bertemu bunga ni, susah juga nak plan berkaraoke.... cepat-cepat
la kahwin, senang
nak ajak bunga kau
tu sekali duet nyanyi lagu Kau Yang Bernama Seri...muahahaha...
Blek ~
ni lagi
la, setahun sekali baru terasa nak balik Malaysia.
Tu baru terasa
nak balik, belum balik lagi
tu. Mentang-mentang perempuan-perempuan Norway semuanya
blonde-blonde dan
hot-hot, dah tak ingat kampung halaman
ek?
Ni lah dia bakal warganegara yang akan menjadi 'Bekas Warganegara Malaysia'
nak mewarisi kederhakaan si Tenggang dan Malim Deman. Nasib baik kau baru balik hari
tu, hilang rasa rindu dendam kat bekas pembekal utama barang-barang dan DVD/VCD
explicit di Tanjong Karang...heheheh...
Toji ~ Sekarang kat Langkawi. Akan datang bakal menjadi juruterbang yang akan meranduk Menara Burj Dubai
pulak fasal dengki jadi menara tertinggi di dunia yang terbaru. Sejak ke Langkawi, agak jarang juga berjumpa beliau
ni, kecuali kalau masa beliau cuti. Tapi baru-baru ni jumpa
jugak, moga-moga cepatlah jadi pilot, esok dapat naik kapalterbang
free. Hehehehe...
Ihsan ~ Sejak berhenti dari Pusat Peranginan di Langkawi, sekarang dah lagi susah
pulak nak jumpa, fasal
join krew regatta. Dengar cerita dari Toji, dia
ni akan pulang dari Hattyai lepas habis
tournament regatta di sana. San, dah sampai Bukit Kapar,
sound-sound la...
Kacap ~ Yang
ni, masih setia di Shah Alam dan masih sentiasa ada dan setia untuk melepak dan borak-borak di Hakim yang tercinta. Tapi tak
tau lah, sejak ada program tetap hujung minggu
ni, susah pulak nak berkaraoke...heheheheh....
Cpot ~ Yang
ni pulak, kalau kahwin nanti
tak tau la apa jadi pada gerakan 'Hakim' ni. Bubar
kot? Bertindak selaku pengerusi majlis dan pengarah program gerakan kami, yang sentiasa menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kami. Tapi sekarang
ni dah aktif bersukan dan beriadah, macam-macam sukan kau masuk, ragbilah, badmintonlah,
exploracelah, tetapi selalunya cuba juga untuk memenuhi permintaan ahli majlis untuk bermusyawarah di Hakim petang-petang. Harap-harap kau dapat bakal isteri yang
sporting la Pot....heh. Senang kita nak berfoya-foya nanti. Heh!
Kepada semua, aku doakan semoga kita kekal sebagai seorang sahabat tak kira apa yang berlaku di masa hadapan, sama ada kita bakal menjadi musuh politik, seteru ideologi,
business rival ataupun menjadi lawan dalam perang sekalipun, ingatlah bahawa kita pernah menjadi sahabat dan akan terus bersahabat.
Amin.