Friday, January 11, 2008

Demam

Demam? Demam pilihanraya maksud aku.

Suratkhabar pun dah war-warkan beberapa minggu sahaja sebelum berlangsung pilihanraya. Ini adalah pilihanraya kedua aku, setelah aku layak untuk mengundi pada tahun 2004.

Dalam kegawatan sekarang, kerajaan tampak tidak berani untuk menangguh lebih lama pilihanraya. Ya lah, makin lama, harga minyak mentah dunia makin menokok harganya, makin lama, makin naiklah kos-kos harga barang keperluan rakyat, atau makin menyusut barang-barang ini dipasaran sehingga kosong rak-rak jualan dari kedai-kedai runcit kecil milik rakyat marhaen sehinggalah ke gedung-gedung hypermarket kepunyaan towkey-towkey besar.

Tepung, gula, minyak masak, ayam dan tak tau apa pula yang kurang lepas ini dipasaran.

Rakyat jelata jadi marah. Nak masak cekodok petang-petang, terpaksa fikir 20 ke 30 kali. Takut guna, habis, di kedai pun habis sama.

Mula-mula tuduh peruncit sorok barang. Habis digeledah semua stor, gudang, entah apa ke lagi.

Lepas tu tuduh kita pula. Balik-balik kita juga yang kena. Tepung, gula, minyak masak, ayam dan tak tau apa pula yang kurang lepas ini dipasaran, dikatanya kita pula yang membeli secara panik sampai habis stok di kedai.

Wah, bukan sahaja disaran membeli secara bijak, tetapi pengguna juga disarankan jangan membeli secara panik.

Panik haram jadahnya. Kalau barang tu memang ada dalam kitaran pasaran, tak kiralah semua orang beli sampai 2-3 botol, barangan itu akan tetap ada. Masalahnya, stok tiada di pasaran. Sudah tentu pengguna menggelabah, anak-anak nak makan goreng pisang kegemaran terpaksa bertukar menu, makan pisang lenyek aja petang-petang nanti.

Itu belum harga petrol naik lagi.

Yuran sekolah yang berapa belas Ringgit Malaysia itu dilupuskan, dikokokkan seluruh negara. Wah, ramai juga yang tersenyum berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin masalah rakyat!

Pabila sekolah buka, barulah tersedar, banyak lagi bayaran lain yang menanti, setakat lupus belas-belas ringgit yang sebelum ini dikokokkan seluruh negara apalah sangat. Cikgu-cikgu pula terpaksa menahan telinga ibu bapa yang berang kenapa yuran sekolah masih ada lagi.

Samalah macam cukai jalan motosikal yang dilupuskan tak lama dulu. Berapa ringgit sangat? Insuran tetap kau kena bayar.

Entahlah, aku bising-bising, aku dah ambil tindakan, kau orang bising-bising pangkah BN lagi buat apa?

Sertai:

"Deny Barisan National A 2/3 Majority in the Upcoming Election!"

hanya di Facebook!

No comments:

StatCounter