Saturday, January 5, 2008

Penat dan Sakit Badan

Semalam, pagi-pagi lagi sudah keluar rumah, jam 6.30, menuju ke Kuantan. Walaupun bagi aku, jam 6.30 kalau di Puchong dan menggunakan lebuhraya Damansara Puchong, waktu 6.30 itu sebenarnya adalah sangat-sangat terlewat. Maklumlah, sesi persekolahan pun sudah bermula, aku terpaksa bersaing dengan para ibu bapa yang keluar awal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebelum ke tempat kerja, dengan pemandu-pemandu bas sekolah dan juga pemandu-pemandu lain yang ingin ke tempat kerja. Selalunya aku akan bangun jam 5 atau 5.30 dan akan mula bertolak pada jam 6 tetapi dek kerana terlewat bangun dari tidur, aku sedikit lambat memulakan perjalanan.

Tetapi, mungkin berkat doa sebelum naik kenderaan, alhamduliLLAH, perjalanan aku lancar tanpa ada kesesakan yang berlaku. Selalunya jam 6.30, keadaan di tol Sunway sudah jadi macam jalan-jalan yang ditutup Polis kerana menghalang orang pergi berdemonstrasi, penuh sesak dengan kereta!

Sampai di Kuantan kira-kira jam 10. Ambil cek bayaran tuntutan kerja, jumpa klien, jumpa orang, jumpa bos, jumpa PBT, jam 12 aku sudah mahu bertolak balik ke Kuala Lumpur.

12.45 aku di Maran. Ambil dokumen. Zoom, terus ke Mentakab!

err...usah di tanya kemana Jumaat aku. Musafir. Insya Allah.

Jam 2.00 tiba di Mentakab. Niat asal untuk ke bank dan menyelesaikan urusan aku secepat mungkin terbantut. Rupanya bank tutup sembahyang jumaat.

Bank pun tahu masa sembahyang jumaat. Aku? heh...

Sambil-sambil tunggu bank buka, aku duduk depan pintu bank, duduk dekat kaki lima bangunan tersebut, sambil-sambil dengar lagu dari Nokia 6680 cum Podcast aku. Sambil-sambil jadi jaga bank yang memberitahu orang-orang yang tak reti baca Bahasa Melayu..oppss Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bahawa bank tutup sampai 2.30. Tak nampak ke 'signboard' tulis TUTUP dan CLOSED yang ditulis BESAR-BESAR depan pintu kaca tu? Lepas tu dah tolak-tolak pintu bank tu, tak mau terbuka bermakna pintu tu terkunci, bila kunci tak faham-faham lagi bahawa bank tu tutup sebenarnya?

Owh, rupanya nak kena cakap, "Pintu kunci tu kak, maknanya bank tutup", seraya menunjukkan jari ke arah 'signboard' tulis TUTUP dan CLOSED yang ditulis BESAR-BESAR depan pintu kaca tu.

Tau pula kau tersengih macam kerang busuk. Tadi bukan main garang muka, macam nak mengamuk saja. Bangang.

Jam 3 aku pergi makan tengahhari. Dari pagi aku keluar tadi hanya makan seketul karipap, dan sandwich saja.

Jam 5.30 aku sampai di rumah aku di Puchong. Malamnya ada futsal di Alam Sentral jam 9. Sebelum pergi, aku habiskan dulu liga yang tertunda lama di permainan video Pro Evolution 2008 di konsol PS2 sebelum beraksi digelanggang malam nanti.

Main 2 jam, sampai rasa otot, urat, tulang, lemak dan daging terbelit antara satu sama lain, fasal dah lama tak main futsal. Jam 1 sampai rumah.

Pagi ni, kepala berat, mata kuyu, belakang sakit, kelangkang rasa nak tercabut. Berat....berat!

No comments:

StatCounter