Tuesday, July 8, 2008

7 Cara Mahu Popular Masakini

Anda mahu popular? Tapi tak reti menyanyi, tak reti berlakon, tak reti serba serbi. Jangan bimbang, anda tak perlu mendaftar diri ke dalam AF, Akademi Nasyid, OIAM, Gangstarz mahupun Sinaran Passport Kegemilangan, kini ada cara anda boleh popular dengan sekelip mata di negara yang dipanggil Bolehland ini!

1. Buat akuan bersumpah, mengatakan anda ada bukti, kenalan kepada VVIP, Menteri, kalau ada gambar lagi bagus, mengaitkan mereka-mereka ini dengan cerita-cerita politik masakini.

2. Kalau selepas anda mengeluarkan akuan bersumpah tersebut, rasa tidak yakin, ada pihak memprovokasi, anda boleh mengeluarkan akuan bersumpah kedua, nafikan semua yang anda dakwa dalam akuan bersumpah pertama tadi. Nampaknya, bidalan "terlajak kata tak boleh diundur" sudah tak boleh digunapakai lagi di zaman sekarang ini.

3. Anda juga boleh mendakwa diri anda diliwat oleh mana-mana pemimpin untuk menambah rencah dalam drama politik yang melanda negara sekarang. Tapi pastikan muka anda ala-ala jambu baru orang boleh percaya.

4. Buat kenyataan media bahawa anda ada bukti rakaman letupan C4 diatas bukit Puncak Alam, yang jelas menampakkan wajah masing-masing yang terlibat, kemudian bila diminta bahan bukti, jangan bagi, mana tau orang yang betul-betul terlibat tu cuak ke, cari anda dan letupkan anda pula.

5. Buat kenyataan media, bahawa anda kenal si anu si anu yang terlibat dalam drama politik negara masakini, jika ada cerita sensasi yang anda ketahui dari zaman silamnya, lagi bagus.

6. Cipta bahan yang boleh ganti minyak petrol untuk menggerakkan kenderaan, bukan saja anda jadi popular, malah boleh jadi kaya raya macam Ahmad Albab.

7. Buat akuan bersumpah yang mengatakan anda muak sudah dengan cerita-cerita liwat, letup, undi tak percaya, rebut kuasa, inflasi tinggi, minyak naik, dan apa-apa saja yang difikirkan sesuai, lagi bagus kalau akuan bersumpah itu setebal buku laporan siasatan diraja, kemudian panggil media, buat kenyataan media bahawa anda nak muntah dengan cerita-cerita politik dalam surat khabar, padahal isu lain yang lebih penting mudah saja dilupakan.

Senang je nak popular kat Malaysia ni....

4 comments:

che poonz said...

8. pura² baik dgn menjadi seorang yg sangatlah alert dgn peratusan pembahagian biasiswa kepada bukan bumiputera dan mengharapkan supaya pihak bertanggungjawab memandang serius supaya hak bumiputra tidak dicuri org yg bukan bumi..

oh my..........

aranhellstorm said...

hahahaha....

oh my..oh my....

rlya said...

9.enterprem kat balai polis buat aduan pasal kerajaan negeri yg baru x tunaikan manifesto pastu jemput org2 tv yg mmg suka cita2 provoke nih..heh!

10.jd bloggers lps 'kes' timbul..fuhh glamer giler la!!

aranhellstorm said...

wah dah jadi sepuluh ni?? hehehe

StatCounter