Wednesday, August 6, 2008

FAM Buat Lagi....

Rasa-rasanya, dah banyak kali aku dengar frasa ini:

"Kita berhentikan pengambilan pemain import supaya kualiti pemain tempatan dapat ditingkatkan"

Pertama kali aku dengar dan orang-orang yang bijak pandai di FAM tu buat pada tahun 1998. Sejurus selepas Selangor menang 3 kali berturut-turut Piala Malaysia. Pahang masa tu tak menang apa pun lalu khabar angin bertiup, "FAM buat pasal dengki dengan Selangor, player import best-best, menang banyak cup, sebab tu tetiba stop player import".

Dan aku percaya betul dengan khabar angin itu. Sebab Sultan Pahang kepala FAM.

Masa tu mereka teruskan sampai tahun 2001. Malaysia menang apa sepanjang masa tu? Nada. Kosong. Sifar. Telur. Takde menang apa pun. Boleh nak cerita kat orang pun, dapat no 3 Piala Tiger tahun 2000. Tu pun cerita pelan-pelan, takut jiran dengar. Kalau depa dengaq, malu habih.

Sekarang, diorang mula balik main lagu yang sama. Tapi aku terkejut juga, orang yang belajar sampai luar negeri pun kepala otak dok sama ngan orang-orang tua lain dalam FAM, ikut sama pulak dengan diorang tu.

Tapi bagi aku sebenarnya FAM saja nak cover malu, fasal banyak persatuan-persatuan yang bernaung bawah FAM tak mampu nak bayar gaji pemain mereka, inikan pulak nak bayar player import. Lepas tu dok bebel pasal nak naikkan kualiti pemain.

Sebenarnya bagi aku, liga kita meriah pasal orang nak tengok player import. Sebab mentaliti fan kita memang macam tu, dan jangan salahkan fan, sebab memang kebanyakkan player tempatan tak cukup bagus pun nak main liga simpanan apatah lagi nak main liga kebangsaan. Mungkin ada segelintir tapi tak banyak.

Sepatutnya FAM ambil kesempatan ini untuk buat duit, nak harapkan persatuan negeri bagi duit kat FAM, janganlah harap, lagi nak pow duit FAM lagi ada, nak settle gaji pun pergi mintak kat FAM, apa punya persatuan ni? Sepatutnya banyakkan lagi player import, dan persatuan yang tak mampu tu, nak buat macammana, ukur lah baju di badan sendiri, jangan tau nak ikut orang lain, team ni ambik import sana sini, kau pun nak ikut tapi nak bayar gaji water boy pun kau tak mampu.

Lagi ramai import lagi bagus. Lepas tu restrictkan ambil player import dari negara yang mempunyai ranking yang tak hina dina macam Malaysia punya ranking. Takdela ambil player yang dua kali lima macam player kita. Lepas tu adakan syarat macam player serantau/South East Asia tak dikira import, so negara dunia ketiga seperti Vietnam, Indonesia yang banyak pemain-pemain yang lagi bagus dari player tempatan boleh la ambil main kat liga kita, gaji tak payah bayar banyak2, asal lebih dari apa yang dia dapat kat negara dia cukupla.

Tapi aku rasa selagi pasukan/entiti/team/kelab yang main dalam liga kebangsaan tak boleh nak generate duit sendiri, tak tau nak fikir macammana nak tarik crowd, nak pasarkan produk, tak tau nak niagakan bolasepak kita ni, selagi tu la bolasepak kita tak kemana.

Selagi ada isu gaji tak bayar, selagi ada mentaliti asal boleh, selagi ada mentaliti 'sentiasa cukup dan selesa', selagi ada rasa takut untuk keluar dari kepompong selesa di tempat sendiri, selagi yang duduk atas tu masih berfikiran dalam kotak, selagi tiada pencapaian yang boleh membanggakan kita di luar Malaysia, selagi tiada rencana atau plan yang betul-betul terurus dan jitu..

selagi tulah bolasepak Malaysia ni kena gelak bukan dengan orang luar, kita sendiri pun guling-guling atas tanah gelak bila sebut Bolasepak dan Malaysia di dalam satu ayat.

2 comments:

kacap said...

aku setuju...

aranhellstorm said...

lagi la takde orang nak tgk game pasni, wat mlm weekdays...ntah la FAM oiii...

StatCounter