Thursday, June 4, 2009

Entah

Dah berhari- hari rasanya aku tengok blogger dashboard ni, tapi dengan minda kosong. Tak tau apa yang hendak dicoretkan, dimuntahkan, diinzalkan.

Idea ada banyak dalam kepala hotak, tapi tak dapat dituliskan, tak dapat ditumpahkan di atas ruang putih ini. Ada yang hilang begitu saja. Rugi. Macam orang tengah datang nafsu syahwat, tapi tak boleh dipancutkan.

Hahahaha...!

Sarah Afiqah semalam dah genap setahun, maknya pula tengah menunggu masa untuk pengeluaran produk syarikat kami, Asyran dan Elya Sdn Bhd yang kedua. Yang kedua ini orang Inggeris kata, accident. Orang kita cakap, eksiden. Tak seng-haja kata orang dulu-dulu.

Tapi begitulah adanya kehendak kita dan kehendak Allah. Rancangan kita dan rancangan yang Maha Merancang. Tahu-tahu tambah lagi satu. Tahu-tahu saja ada peluang lain datang mengintai untuk menambah rezeki kita.

Bila peluang itu datang mengintai, sekaligus meletakkan kita di satu persimpangan. Apabila jalan yang kita lalui sebelumnya penuh dengan liku dan ranjau berduri, mungkin senang bagi kita untuk memilih untuk bertukar arah di persimpangan itu jikalau jalan yang ditawarkan di persimpangan itu bertar macadam lagi lurus buatannya.

Apa pula jika jalan yang kita lalui sebelumnya biasa dan baik-baik saja, agak selesa bagi kita, dan kita tiba di satu persimpangan yang kita tidak tahu bagaimana pula bentuk rupa permukaannya.

Apa pun keputusan harus di buat dan bersedia sahajalah dengan akibat dan ganjarannya.

P.S: "Rancang dengan apa yang ada ditangan... bukan yang kita angan-angankan.." Ulang tahun 15 tahun SMKAKS (19 Jun 1994 ~ 19 Jun 2009) dah dekat, sahabat-sahabat, buat barbeku lagi??

6 comments:

syah said...

15 tahun!!

aranhellstorm said...

kalau lahir anak time tu dah amek PMR dah dia sekarang..hehehe

kooreen said...

gila dasyat bahasa..inzall la, muntah la..penuh ngan nilai2 eksotik yang membakar diri..

tribute to 96 j eke bro..yg skrg ni apa cer..

aranhellstorm said...

koreen: terbakar diri ke? hahahahha...


96 to tribute like forever you know? yg sekarang ni, walaupun dah 3 musim kemarau piala, tapi hasil2 rebuilding yang Rafa buat dah nampak sikit hasilnya...

hehehe

miszylaydee said...

tahniah di atas kehadiran ahli baru family anda..

the virt said...

bbq semedang...!! mana la tak b***i

StatCounter