Wednesday, June 24, 2009

Simpang Kerjaya

Pekerjaan. Karier. Kerjaya. Maksudnya melakukan sesuatu dan dibayar atau diupah setelah melakukan sesuatu kerja itu. Apa sahaja di dunia ini, lagi-lagi di zaman globalisasi, era kapitalisma ini semuanya boleh mendatangkan pekerjaan dan menjana pendapatan. Jangan kata sampah, taik pun boleh mendatangkan pendapatan, menghasilkan duit, asal mau atau tak saja.

Kerjalah apa saja asal dapat wang, dapat teruskan hidup, dapat memberi makan pada perut sendiri, atau perut-perut lain yang bergantung harap pada kita. Tapi itu jika kita hanya fikir dalam ruang lingkup persendirian, diri sendiri dan keluarga.

Tapi jika dibukakan seluasnya minda ini kepada cakupan skop yang lebih besar dari itu, difikir tentang bangsa, tentang agama, adakah kita hanya mahu sekadar ada kerja dan mendapat upah sahaja. Secara kolektifnya, taraf dan mutu pekerjaan kita ini sebenar faktor penyumbang yang amat besar dalam pembentukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa.

Jikalau mahu menjadi guru, harus mahu jadi guru yang sanggup berhabis, bersusah untuk mendidik anak bangsa walau di hantar ke ceruk pendalaman mana sekalipun. Bukan cikgu yang baru saja dapat surat tawaran sudah resah gelisah, komplen sana, komplen sini sebab mahu minta tukar kerja jauh dari keluargalah, jauh di pendalaman lah, segala-galanya susah.

Kalau mahu jadi pegawai kerajaan, jadilah pegawai yang beretika, bermaruah, ceria kerana kamu berkhidmat untuk negara dan memberi perkhidmatan kepada warga dan rakyat. Tapi yang malangnya, rakyat datang buat kompelin di layan macam bukan manusia. Rakyat datang mahu berjumpa pegawai dalam waktu pejabat, pegawai tiada di pejabat belum pulang dari minum pagi.

Jika mahu jadi kontraktor, jadilah kontraktor yang akan menjadi pakar dalam bidang kejuruteraan masing-masing, janganlah jadi kontraktor yang hanya pakar mencari peluang dan kontrak, kemudiannya makan persen dengan menjual kontrak itu kepada pihak lain.

Jika mahu menjadi apa pun, berusahalah mencapai apa yang dihajati. Apa yang penting kita minat untuk melakukannya dan bukan kerana terpaksa atau dipaksa, kerana hasil kerja kita bergantung kepada nawaitu kita, jika nawaitu kita seawal pagi tatkala melangkah keluar rumah sudah berbau negatif seperti malas, letih, tak ada mood, tak minat, dan pelbagai lagi konotasi negatif, masakan hasil kerja kita boleh jadi cemerlang.

Dan sekarang aku sudah 4 tahun di firma kontraktor sederhana besar ini. Ketika ini datang pula peluang untuk memajukan diri bergolek-golek di kaki. Keputusan pun sudah dibuat, surat tawaran pun sudah ditandatangani, apa pun kehidupan selepas ini harus dijalani sebaik mungkin.
Harap-harap keputusan ini betul-betul memberikan aku hasil yang terbaik dari segi pengalaman dan ekonomi aku dan keluarga.

Err... keluarga membentuk masyarakat, masyarakat membentuk bangsa. Hehehe....

12 comments:

{blythe.niaa} said...

jika dapat jadi saty-at-home-mom macam aku, jadilah yang sebaiknya agar dapat turut sama memnbantu membentuk masyarakat, membentuk bangsa.

aranhellstorm said...

ada harapan dapat gelaran Ibu Mithali ko nih normi satu hari nanti.. heh

nizam best said...

tambah 1 lagi..klu jd kontraktor jgn jadi kontraktor yg memberi suap kepada konsultan utk melulus kan projek..

aranhellstorm said...

Kacap: alamak... err..anu..ituu...err....alahhhh....

{blythe.niaa} said...

ya, aku ameen-kan aja. hehehe

hahaha [utk komen nizam best]. takkan itu je ayat balasan kau, aran? akeke

aranhellstorm said...

nomi: tu ayat orang yang merasa bersalah...tapi saja-saja buat tu... heheheh

syiqinsyah said...

g mane ran??...

cik_sara said...

tapi status fb anda sering memberi maksud tersirat 'maleh keja'!

:D

ini cuma pertuduhan liar (meminjam kata-kata ajid)!

aranhellstorm said...

syah: insya Allah.. SPNB - sykt perumahan negara berhad

cik sara: ni fitnah ape plak nih...

cik sara said...

tu tengok.. macam hari nih---> not feeling well... maleh keja la tu ape lagik??

aranhellstorm said...

hek ek lehhh... ni cik sara-ntah-dari-mana-datangnya, dah aku sakit, sakit la, apa hal plak nak malas.

aku sakit pun aku datang kerja jugak kau tau.

kau jangan bikin panas...

ibrahim rabani said...

SPNB? masyuk... anyway good move bro.. penat gak kerja construction market ni beb... kejar sana, kejar sini.. aku pun xhenti bergerak satu malaysia nih... bini dh start komen aku xlekat umah dah...

StatCounter