Hujung Minggu Bersama Keluarga
Ahad lepas, aku bersama isteri dan adik aku, pergi ke PC Fair di KL Convention Centre untuk mencari perkakas komputer serta gajet-gajet terkini yang lain yang terkenan dek mata. PC aku pun dah dekat hampir 4 tahun sejak aku milikinya dari tahun 2003 lagi, maka banyaklah komponen-komponennya yang telah usang dan ketinggalan zaman. Keyboardnya pula memang dah bermasalah sejak 2 tahun lalu, kadang-kadang ditekan-tekan tak keluar pula huruf-hurufnya, walaupun setelah dihempas berkali-kali. Monitor CRT yang berat hingga melengkung papan alas meja komputer aku di buatnya itu pula sering bermasalah, sehinggalah tidak dapat mengeluarkan gambar lagi, maka monitor baru wajib diganti secepat mungkin. Jadi memang signifikanlah niat murni dan usaha kami melawat KLCC dengan harapan supaya barang-barang tadi dapat diganti dengan yang baru.
Setelah puas meronda dari Dewan 1 hinggalah ke Dewan 5 yang penuh sesak dengan selautan manusia, yang berpusu-pusu menyelongkar dan merambangkan mata dengan pelbagai gajet terkini dan perkakasan komputer yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan, kami akhirnya keluar dengan beberapa barangan seperti Keyboard (PS/2) jenama Microsoft yang berharga RM30, Flat Monitor TFT Samsung 17" berharga RM 580, beberapa keping cakera DVD-R dan satu plastik penuh katalog-katalog dan iklan-iklan yang diberikan sepanjang berada dalam dewan tadi. Manakala adik aku membawa pulang sebuah kamera digital Sony T-20 berharga Rm 1300. Hajat aku untuk membeli RAM tak kesampaian kerana aku tak pasti jenis RAM yang aku miliki sekarang, adakah DDR II ataupun DDR I? Oleh kerana itu, aku tak berani membelinya kerana RAM DDR I dijual agak mahal iaitu RM190 untuk 512Mb, kerana sudah ketinggalan zaman dan bekalannya pun sudah berkurangan. Sebut fasal Keyboard sambungan jenis PS/2, ada satu insiden dimana aku bertanya kepada promoter jualan tentang harga keyboard tersebut yang berbeza.
"amoi, apsal ini 30, yg ni 50"
"owh, ini 30 punya untuk PS2 itu game punya"
"game? PS2?"
Di kala ini aku sudah mula pelik.
"ya la, itu pasat murah punya, itu 50 punya itu USB"
Selepas mendengar sahaja kata-kata promoter tersebut, terus sahaja aku memberi sedikit tazkirah IT kepada beliau dikala itu.
"amoi, ini bukan untuk itu game PS2 punya, ini pasat dia punya ujung (sambil menunjukkan ke arah connection point nya) ini macam kita panggil PS2 maaa..., bukan untuk game PS2"
Amoi yang leng loi tersebut terus sahaja terdiam, dan untuk tidak membiarkan pipinya terus merah, aku terus sahaja membeli keyboard tersebut.
Balik sahaja dari PC Fair, terus ke Bukit Raja untuk makan tengahhari di Johnny's. Kemudian aku menziarahi bapa dan ibu saudara di Seksyen 17 Shah Alam. Hajatnya untuk bertemu dengan sepupu yang pulang bercuti dari Kursus Kapal Selam TLDM di Perancis, tapi beliau keluar bermain golf pula.
Kemudian kami pulang setelah hari kian merangkak senja. Sesampainya sahaja di rumah, aku terus memasang monitor baru bersama keyboard, dan membuat salinan fail-fail video siri televisyen yang banyak di dalam PC seperti Heroes, Prison Break 2, klip-klip video MTV serta program-program lain yang melembabkan sistem PC aku yang semakin meresahkan jiwa raga setiapkali aku membukanya. Setelah mengosongkan hampir setengah dari jumlah kapasiti cakera keras (harddisk) akhirnya, sistem kembali lancar seperti dulu.
Lepas itu aku terus tidur dan pukul 2 pagi aku bangun untuk menonton perlawanan persahabatan Port of Rotterdam antara Liverpool menentang Feyenoord yang berkesudahan dengan 1-1. Pukul 4 pagi barulah perlawanan itu tamat, dan aku menyambung kembali tidurku.
Pagi ini, aku terlambat pergi ke pejabat, setelah isteriku mengejutkan aku dari perbaringan, aku tidur kembali, seperti biasa sms alasan-alasan munasabah akan dihantar dan aku akan sampai ke pejabat tanpa rasa bersalah. Namun sebelum melangkahkan kaki keluar, aku teringat kunci rumahku berada di dalam kereta. Kemudian aku terus memeriksa pintu rumah ku, dan sah aku terkunci dari dalam akibat pagar grill yang berkunci. Akhirnya adikku menyelamatkan keadaan, dia pulang dari tapak bina tempat kerjanya untuk mengeluarkan aku dari sana. Jam 10.40 pagi barulah aku dapat menjejakkan kaki ke pejabat.
Kepala pun tengah sembab akibat tidur yang kurang.

No comments:
Post a Comment