Saturday, August 4, 2007

Ucapan

Peringatan: Entri ini ada berunsur politik yang tidak keterlalauan, kandungan seks yang tidak keterlaluan, kandungan berbentuk peribadi yang tidak keterlaluan dan kandungan bahasa yang rosak, rojak dan tidak memenuhi piawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang keterlaluan.

Aku mendedikasikan ruangan ini khas untuk sahabat aku Mohd Yazid Sanbaseri aka Ajid aka Chip aka Maikel aka Nyet yang memulakan tugasnya sebagai Senior Assistant Registrar di Mahkamah Tinggi Muar.

Maaf kerana tak dapat menyediakan 'farewell party' kau. Hahaha...!

Sekarang populasi geng 'Hakim' sudah berkurang, peningkatan umur dah taraf hidup mulai menunjukkan kesannya terhadap kegiatan melepak sambil 'memakan daging'.... heh...

Juga dedikasi buat sahabat-sahabat se'Hakim'an, di sini juga khas untuk kamu semua.

Megat ~ Sejak engkau jadi doktor di Melaka, dah lama tak nampak batang hidung. Semoga berbahagialah bersama orang rumah dan anak tersayang.

Labu ~ Nih lagi sekor, lepas kahwin langsung susah nak ajak lepak minum teh petang-petang.. terus malas dah aku nak ajak...hehehe.... semoga kereta kau cepat sembuh....

Bert ~ Dah jadi aktivis sepenuh masa bernaung di bawah satu parti politik di Malaysia. Sejak berhenti dari Borders, dah tak berapa susah nak jumpa mamat ni, semoga kau berjaya dengan perjuangan kamu!

Apai ~ Sekarang agak susah juga, maklumlah pengurus kilang susu cap komunis, sebulan sekali baru nampak batang hidung... baru merasa alam rumahtangga, lagipun kerja ikut syif.. so kena tunggu sms beliau baru boleh set masa lepak ramai-ramai...hehehe.... Pai, dah ada tendang-tendang ke?

Jibam ~ Sejak jadi Akauntan Petronas nih, lagi susah nak lepak petang-petang melainkan kalau mamat ni ambil cuti ataupun m.c, selalu balik jauh malam, public transport commuter pulak tu, nak jumpa pun kalau dah jauh malam, tak pun lepak di karaoke lounge. Bam, lepas nih, Scoin selagu? hehehe....

Ahsok ~ Ni mamat ganas diluar, lembut di dalam, kadang-kadang ada, pasal dia tak suka lepak di Hakim, sebab mandrem Daud sudah meresap ke dalam urat saraf beliau... sejak bertemu bunga ni, susah juga nak plan berkaraoke.... cepat-cepat la kahwin, senang nak ajak bunga kau tu sekali duet nyanyi lagu Kau Yang Bernama Seri...muahahaha...

Blek ~ ni lagi la, setahun sekali baru terasa nak balik Malaysia. Tu baru terasa nak balik, belum balik lagi tu. Mentang-mentang perempuan-perempuan Norway semuanya blonde-blonde dan hot-hot, dah tak ingat kampung halaman ek? Ni lah dia bakal warganegara yang akan menjadi 'Bekas Warganegara Malaysia' nak mewarisi kederhakaan si Tenggang dan Malim Deman. Nasib baik kau baru balik hari tu, hilang rasa rindu dendam kat bekas pembekal utama barang-barang dan DVD/VCD explicit di Tanjong Karang...heheheh...

Toji ~ Sekarang kat Langkawi. Akan datang bakal menjadi juruterbang yang akan meranduk Menara Burj Dubai pulak fasal dengki jadi menara tertinggi di dunia yang terbaru. Sejak ke Langkawi, agak jarang juga berjumpa beliau ni, kecuali kalau masa beliau cuti. Tapi baru-baru ni jumpa jugak, moga-moga cepatlah jadi pilot, esok dapat naik kapalterbang free. Hehehehe...

Ihsan ~ Sejak berhenti dari Pusat Peranginan di Langkawi, sekarang dah lagi susah pulak nak jumpa, fasal join krew regatta. Dengar cerita dari Toji, dia ni akan pulang dari Hattyai lepas habis tournament regatta di sana. San, dah sampai Bukit Kapar, sound-sound la...

Kacap ~ Yang ni, masih setia di Shah Alam dan masih sentiasa ada dan setia untuk melepak dan borak-borak di Hakim yang tercinta. Tapi tak tau lah, sejak ada program tetap hujung minggu ni, susah pulak nak berkaraoke...heheheheh....

Cpot ~ Yang ni pulak, kalau kahwin nanti tak tau la apa jadi pada gerakan 'Hakim' ni. Bubar kot? Bertindak selaku pengerusi majlis dan pengarah program gerakan kami, yang sentiasa menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk kami. Tapi sekarang ni dah aktif bersukan dan beriadah, macam-macam sukan kau masuk, ragbilah, badmintonlah, exploracelah, tetapi selalunya cuba juga untuk memenuhi permintaan ahli majlis untuk bermusyawarah di Hakim petang-petang. Harap-harap kau dapat bakal isteri yang sporting la Pot....heh. Senang kita nak berfoya-foya nanti. Heh!

Kepada semua, aku doakan semoga kita kekal sebagai seorang sahabat tak kira apa yang berlaku di masa hadapan, sama ada kita bakal menjadi musuh politik, seteru ideologi, business rival ataupun menjadi lawan dalam perang sekalipun, ingatlah bahawa kita pernah menjadi sahabat dan akan terus bersahabat. Amin.

5 comments:

ely said...

kpd sume bini kpd "shbt hakim" ni rasanya dh terbiasa dgn agenda harian diorg ni cume akhir2 ni cam senyap je..nk jumpa seko2 pun kemain payah lg..aaa kpd bkl2 bini kenala blaja2 diari diorg nih,silap2 terjebak gak ngan penangan "candu hakim" hahaha..roti nan ayam tandori satuuu!!!

Faiz said...

aku balik setahun sekali,
membawa 'dadu' utkmu sahabat sejati,

mahal beb barang tu, made in paris..hehehe

aranhellstorm said...

faiz: tepat la statement aku sptmana: "bekas pembekal utama barang-barang dan DVD/VCD explicit di Tanjong Karang" ..eheheh dadu tu special beb..tambah seri kehidupan rumah tangga..muahahahha

mohd shahril ismail said...

woi..aku nk pinjam dadu ko tu besok2 tau.cam best je.yeah!!...

aranhellstorm said...

cis...kawen dulu pot... aku tak nak subahat nanti...muahahaha...!!

StatCounter