Wednesday, August 8, 2007

Mari Membaca

Membaca amalan yang murni. Oleh kerana warga Malaysia dikatakan malas membaca, maka saya cuba untuk menafikan kenyataan itu buat diri saya yang masih lagi rakyat Malaysia. Bertepatan dengan bulan dan pesta Kemerdekaan yang ke 50 ini, saya telah membeli dan mula membaca sebuah buku yang bertajuk "Bukan Kerana Pangkat" yang ditulis dan dikaji siasah dan sejarahnya oleh Ooi Kee Beng yang dialihbahasa dari versi awalnya yang ditulis dalam bahasa inggeris berjudul "The Reluctant Politician". Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan ada unsur-unsur penceritaan, dan pembaca pasti tidak akan bosan dengan gaya bahasanya.



Buku ini menceritakan sumbangan Timbalan Perdana Menteri kita yang kedua yang aku tak pernah pun mengetahuinya ketika bersekolah dulu. Namanya selalu disebut tetapi tidak sekerap sumbangannya terhadap negara kita terutama dalam isu hubungan antara kaum. Buku ini aku beli di MPH Bukit Raja dengan harga RM34 selepas diskaun. Harga runcit sebenar adalah RM 40.

Semarakkanlah bulan kemerdekaan ini dengan pengetahuan tentang negara kita yang tercinta. Bukan hanya sekadar menonton bunga api di tengah malam itu nanti.


No comments:

StatCounter