Langsung Penat Dibuatnya!
Baru sahaja tiba di rumah dari Kuantan setelah 2 hari berada di sana. Pada mulanya, aku tak bercadangpun mahu bermalam di sana, tetapi setelah rentetan peristiwa 'menunggu' yang menyebabkan masa aku terbuang begitu sahaja, aku terpaksa mengambil keputusan untuk bermalam di sana.
Kelmarin, aku terlewat bangun, hanya kira-kira jam 6.45 pagi baru aku terjaga. Penat mungkin. Keletihan akibat tidur lewat dari waktu biasa. Aku sepatutnya perlu bergerak selewat-lewatnya jam 6 pagi untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan waktu puncak, oleh kerana telah kesiangan, maka aku terpaksa menangguh perjalananku ke jam 8.15 pagi, kerana pada waktu ini, Lebuhraya Puchong Damansara tidak lagi begitu sesak, begitu juga di MRR2, kalau sesak pun sekejap iaitu di persimpangan susur masuk dan keluar ke Shamelin Perkasa.
Aku singgah di Kawasan rehat Plaza Tol Temerloh kira-kira jam 10.15 pagi, di sini aku sudah berjanji untuk bertemu seseorang bagi menyerahkan beberapa dokumen penting untuk tujuan pembelian tender di Kuantan nanti. Setelah tiba, aku menghubungi beliau, dan beliau memberitahu bahawa dalam 10 minit setiausaha beliau akan bertemu denganku untuk menyerahkan dokumen tersebut. Lantas aku mencapai majalah Apo? yang aku saja beli untuk menghilangkan rasa bosan apabila memandu bersendirian. Selang sepuluh minit, aku menjengah-jengah keluar tingkap takut-takut kalau ada sebuah Gen2 warna putih singgah di situ. Kemudian hampir 20 minit, bayang keretanya juga belum kelihatan. Ini sudah tidak boleh jadi! Lantas aku menghubungi orang tersebut, lalu satu jawapan atau alasan yang aku dengar di hujung lubang suara telefon amatlah menghairankan aku. Bagaimana seorang penduduk tempatan boleh tersesat di kawasan sendiri?
"Sebenarnya saya terlajak tadi, terus masuk highway arah ke KL, saya kena U-turn balik ni di Lanchang."
Lanchang? Jauh tu! Jarak masa pemanduan biasa dalam 110 km/j mengikut had laju yang ditetapkan dari Lanchang ke Temerloh mengambil masa lebih kurang setengah jam, jadi maknanya aku perlu tunggu selama sejam lagi untuk mengambil dokumen tersebut.
Lahanat! Bodoh! Cipan tanah! Beruk mat yeh! Tongong!
Sekarang aku kena menunggu lebih kurang sejam untuk dia berpatah balik ke sini, tempat aku berpeluh-peluh menunggu si cipan tanah yang menyusahkan hidup aku. Ikutkan hati aku tinggalkan saja dokumen itu, biar tak payah beli langsung dokumen tender, biar tak dapat projek, biar menyumbang angka syarikat-syarikat 'dorman' dalam statistik CIDB, biar menepati ciri-ciri kontraktor Ali Baba yang jadi makanan kontraktor-kontraktor Kasim Baba atau cukong-cukong (rujuk tulisan Hishamuddin Rais) yang menunggu peluang yang akan datang bergolek dihadapan mereka.
Tapi aku tak boleh, misi aku ke sini harus dipenuhi. Kira-kira jam 11.30 setiausaha itu datang lalu menyerahkan dokumen kepada aku.
Sebenarnya, kisah di atas ini tidaklah akan aku siarkan kalau setiausaha yang aku tunggu itu muda, lawa lagi bergetah. (Moral ~ suara boleh menipu anda!)
Sekitar 12.15 tengahhari aku tiba di Maran untuk bertemu bos aku bagi menandatangi cek tuntutan (claim) dan beberapa dokumen lain. Sementara menunggu faksimili beberapa dokumen yang aku tertinggal di Kota Kemuning, aku berborak-borak sambil menghabiskan sebakul rambutan dan manggis di pejabatnya. Musim buah-buahanlah katakan. Aku meninggalkan Maran kira-kira jam 1.00 tengahhari supaya aku dapat sampai di Kuantan setelah waktu pejabat bersambung semula pada jam 2.00 petang.
Aku ke Kuantan sebenarnya atas beberapa perkara yang harus aku sudahkan. Beberapa tender JBA Pahang untuk dibeli, bertemu dengan pegawai penyelaras projek aku di Rompin dan juga hal-hal berkenaan Pejabat Perhutanan Negeri. Jam 2.30 petang setelah membeli dokumen-dokumen yang setebal Kamus Dewan itu, aku terasa perutku lapar. Baru aku teringat bahawa aku belum lagi makan tengahhari. Tetapi, aku terpaksa melupakan dulu tentang makan, kerana beberapa perkara harus aku selesaikan sebelum habis waktu pejabat.
Jam 3.30 aku selesai bertemu dengan Pegawai yang memantau projek yang sedang aku jalankan, sekarang aku perlu bertemu dengan orang-orang di Jabatan Perhutanan. Aku harus mencari penyelesaian bagi kemelut yang melanda perjalanan kemajuan kerja kami, kerana surat kebenaran memotong pokok belum lagi diterima.
Setelah ditolak kesini, kesana, surat yang aku cari belum juga ditemui. Kemudian aku menelefon pejabat di daerah untuk membantu aku mencari surat tersebut supaya aku boleh bawanya sendiri ke pengetahuan Pengarah dan melangkaui batas-batas 'red tape' birokrasi yang memeningkan dan melambatkan. Namun jawapan yang aku terima dari En. S pada mulanya amatlah mengecewakan aku.
"Saya cuba cari, tak boleh janjilah, sini pun tengah banyak kerja ni. Saya cuba cari dulu."
"Jadi, tuan, macammana, boleh ke tolong carikan surat tu?"
"Insya Allah, kalau tuhan izinkan, jumpalah nanti surat itu"
Terbakar hati aku, tak boleh nak cerita. Ni nak tolong ke tak nak sebenarnya? Namun aku berharap bahawa beliau akan mencarinya, walaupun ketika ini aku sudah tidak menaruh harapan lagi bahawa beliau akan mencarinya.
Ketika ini, ada seorang pegawai yang aku tak tahu hendak membahasakan dirinya apa, cik atau encik, datang bertanya lalu berjanji untuk membantu aku menyemak senarai surat yang sampai ke pejabat tersebut. Namun setelah setengah jam, usahanya hampa, dan aku dengan berat hati menelefon kembali pejabat di daerah untuk mengetahui status surat yang dihantar.
Ternyata, aku hanya bersangka buruk. En S. menjumpai surat tersebut, namun kemudiannya baru tersedar, bahawa bukan surat itu yang aku cari.
Tetapi setelah aku menghubungi pegawai yang bertanggungjawab, rupa-rupanya belum ada lagi surat berkenaan hal itu dihantar ke ibu pejabat dan aku hanya membuang masa mencari surat yang belum sampai!
Jam 5.30 barulah aku dapat menikmati makan 'tengahhari' aku yang tertangguh tadi. Namun masih ada beberapa perkara lain yang harus aku selesaikan, jadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di sini, walaupun aku hanya sehelai sepinggang di sini.
Lalu aku ke Megamall membeli beberapa keperluan seperti sehelai kemeja untuk dipakai esok, dan barang-barang keperluan kebersihan diri. Aku juga sempat membeli beberapa keping DVD di kedai kegemaranku di sini. Aku pasti membeli beberapa filem DVD jika sempat singgah di sini. Antara DVD filem yang aku beli adalah Borat, Nacho Libre, Last Kiss dan Die Hard
Hari jumaat. Aku terlewat bangun, itupun setelah isteri aku mengejutkan dari lena. Cuaca agak panas dan terik. Perit sekali panahan cahaya mentari di hari Jumaat.
Hari ini aku harus menyelesaikan beberapa perkara di pejabat Perkeso Kuantan dan JKR Kuantan. Kedua-dua urusan berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Kira-kira jam 1.00 tengahhari aku mula bergerak pulang meninggalkan Kuantan menuju ke KL sambil akan singgah di beberapa tempat sebelum ke destinasi terakhir. Jangan ditanya kemana perginya solat Jumaatku, kerana aku bermusafir!
Jam 8.30 malam barulah aku menjejakkan kaki ke rumah ku di Puchong.

No comments:
Post a Comment