Friday, June 1, 2007

Aku mahukannya!

New LFC Away Kit

Aku benar-benar mahukannya. Melayang lagi RM 270.00 dan hampir rabaklah poket seluar aku nanti!

3 comments:

patahbalekologist said...

Sdr, bolehlah dimuatkan di blog Sdr. Tapi saya tidak pasti sama ada catatan pendek itu "puisi" atau sekadar "prosa yang tidak siap"!

Tetapi yang jelas, itulah mesejnya, tentang ketegasan dengan keyakinan perjuangan, tekanan diktator, pengorbanan, revolusi rakyat yang ditewaskan di dalam parit api, sentimental iman antara bayi itu dengan ibunya.

Ia ditulis sewaktu tekanan ditimpakan ke atas saya, dan ketika saya memang benar-benar marah, kecewa dan patah hati!

Sebut saya "prosa yang tidak siap" nukilan Fathi Aris Omar.

aranhellstorm said...

puisi kalau ikut terjemah Za'aba "khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya" oleh itu saya anggap itu sebagai satu puisi. Satu sebab saja- ia meruntun hati. apapun terima kasih kerana memberi izin untuk saya abadikannya dalam blog saya ini.

patahbalekologist said...

Saya enggan menyebut "puisi" kerana ia sedang diperbaiki, dan dalam proses kritik di kalangan beberapa teman Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT). Jadi mungkin ada edisi atau versi "baru" selepas kritikan tersebut.

Memang, semangat cerita inilah, seperti yang saya pelajari sejak berusrah di bangku sekolah, yang membakar saya untuk menggunakan perlambangan "tragedi" dalam surah al-Buruj ini menjadi "tragedi Sisyphus".

Orang yang benar, orang jujur yang berjuang hidup untuk terus jujur dan benar, selalunya tewas dan umumnya telah tewas dimamah zaman.

Tetapi semangatnya, ruhnya yang meronta-ronta di dalam jiwa setiap manusia merdeka (manusia yang enggan menjilat kepalsuan politik binatang2 korup), itulah yang singgah di semua jiwa yang beriman pada prinsip kebenaran masing-masing.

Surah al-Buruj diturunkan di Mekah, ketika tekanan kuat ditimpakan ke atas sekumpulan kecil orang Islam. Surah itu memujuk dan melunakkan manusia agar memegang tinggi prinsip hidup dan tidak gentar tewas -- kerana semua yang ada akan hilang menuju Kehidupan Yang Abadi.

Jadi, sewaktu kita berjalan dan bernafas di muka bumi ini, bersedialah untuk tewas dan ditewaskan -- yang penting kita jujur, benar dan tulus membawa obor kebenaran dan idealisme.

Jangan takut tewas. Takutlah jiwa kita korup semata-mata mencari sesuap nasi, secebis kemegahan dan nama!

Jangan takut menjadi manusia tewas! Takutlah pada diri yang menjadi bacul --- tewas, menggadai diri dan kebenaran kerana kehidupan dunia yang sebentar.

Beranilah kerana benar ... matilah seperti budak itu (yang mati dipanah), seperti gurunya, seperti ramai orang yang dipaksa terjun ke parit api, seperti ibu dan anak kecil itu.

Mati seperti itulah yang Mulia.

Nama kita terpadam, atau muncul lagi, dalam sejarah tidak penting.

Yang Maha Penting, ruh kita yang mendukung kebenaran ini akan terus meronta-ronta mencari jiwa baru, terbang dan singgah di jiwa baru itu untuk terus memberontak lagi demi kebenaran!

Semangat kita tidak akan mati, tidak pernah mati. Hanya jasad sahaja ditelan bumi. Ruh kita akan terus menjerit dan terbang singgah di jiwa-jiwa baru di zaman akan datang.

Kebenaran, walau berjaya ditewaskan, akan terus mengaum, menganga, mengintai dan menusuk semua jiwa yang bacul, bohong, palsu, dan menggilai duniawi.

Kebenaran tidak mungkin mati. Oleh itu jiwa yang benar, ruh yang benar, tidak pernah mati!

Bebaskan dirimu, bebaskan jiwa daripada belenggu ketakutan pada Sang Penguasa!

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

StatCounter