Tuesday, September 4, 2007

Titik Itu

Titik itu
Hitam gelap pekat
terlalu banyak

Titik itu
Hitam gelap pekat
menyerang
segumpal daging
bagai hujan
membasahi bumi
setitik demi setitik
sampai hitam semuanya

Titik itu
Hitam gelap pekat
sampai aku juga
turut terkurung
dalam gelap
bukan gelap malam
bukan gelap hitam

Titik itu
Hitam gelap pekat
memusnahkan
memualkan
memeritkan
menghibakan

Titik itu
Hitam gelap pekat
mengerumun, menghambat
aku yang mendakap erat
dua tinggalan Muhammad
untuk para sahabat
untuk semua umat

4 comments:

fauziah nawi said...

best best!!

aranhellstorm said...

toce..toce... huh.. nih fauziah nawi pelakon tu ke....?? terharu ambo...

budak art tak bape nak art said...

mmg ade amek kelas sastera moden ke ape nih??

aranhellstorm said...

huh..taddo amek art, belajo kat tv jek..art attack! hahaha... selamat la menjenguk blog buruk hamba ini... selamat dtg..

StatCounter