Sunday, March 30, 2008

Belum Tidur Lagi!

Jam 7 pagi, hari sabtu bersamaan 29 Mac adalah waktu aku bangun pagi dan aku belum lagi tidur sehingga sekarang.


Malam tadi bermulanya kerja-kerja pemasangan injap di daerah Klang/Shah Alam di mana syarikat aku adalah kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja untuk SYABAS. Ada 5 injap yang rosak ditahap paling kritikal menunggu masa untuk digantikan dengan yang baru, dan malam tadi hanya 2 daripada 5 yang dipasang. Kedua-dua injap tersebut adalah dari jenis kekupu (butterfly valve) berjenama Okumura (OKM), syarikat pembekal alatan kejuruteraan air dari Jepun yang mempunyai kilang pemasangannya di Seksyen 26 Shah Alam.


Malam tadi 2 pemasangan yang terlibat adalah di Seksyen 15 dan di Klang, berhampiran Petronas Tmn Rashna.


Kerja bermula jam 6 petang semalam dan berakhir pada jam 12 tengahhari tadi. Aku hanya sempat melelapkan mata selama 15 minit sebelum bos menelefon aku bertanya khabar di tapak jam 5.30 pagi tadi.


Di ketika ini, jam di PC menunjukkan jam 2.32 petang dan aku belum tidur lagi. 31 jam tanpa tidur. Kepala dah berat, mata dah kuyu dan memerah, terasa macam zaman hisap 'botol' dekat Flat Bandar Baru Bukit Raja dulu, cuma tiada gelak tawa yang menghilai mengetawakan entah yang apa-apa. Zaman gelap aku dulu. Sekarang pun gelap juga agaknya. Selepas PRU 12 barulah terasa cerah sedikit.


Aku mau tidur... tapi ada dua tiga perkara aku mau komen (lagi) tentang perangai/dasar bangang kerajaan sekarang yang masih tak nampak kejelakan rakyat, dan masih lagi mengamalkan politik partisan mereka walaupun sudah berada di dalam kerajaan. Tapi yang ini lain entri lah aarr... tak larat nak celik mata dah.


Tinggal angan sajalah Shabery Cheek nak menghampiri bloggers yang macam aku ni.


Boleh blah la woi!!

No comments:

StatCounter