Sunday, March 16, 2008

Meluat

Meluat aku bila tengok demonstrasi orang UMNO dekat tv. Satu isu DEB. Satu bantah Lim Kit Siang biadap. Nak buat demo, itu kau punya sukalah, yang aku naik meluat, slogan-slogan provokasi dan mengadu domba macam "Melayu Merempat Di Negara Sendiri", "Jangan Naikkan Darah Kami" dan pelbagai lagi slogan-slogan 'poyo' yang bikin aku meluat gila babi.



Orang UMNO, sudah-sudahlah. Dah kalah, buat cara kalah. Bagi peluang pada parti-parti yang kamu label pembangkang ini, menunjukkan apa yang mereka tawarkan, dapat dilaksanakan sepanjang 5 tahun ini. Lagi meluat bola tengok ketua UMNO P Pinang bila mencadangkan supaya Kerajaan Pusat menahan segala macam peruntukan pembangunan ke Pulau Pinang. Ni sekarang siapa pengkhianat bangsa? Kamu kah atau Lim Guan Eng?



Sudah-sudahlah dengan fahaman DEB kamu tu, macam aku tak tau, kamu semua sudah gelabah, kerana dalam masa 5 tahun ini, tiada lagi projek runding terus dengan kerajaan, tiada peluang buat duit terpijak. Aku juga kenal orang-orang macam kamu ni.



Lagi meluat bila baca akhbar arus perdana, tak habis-habis main isu DEB ini. Kamu harus hati-hati, antara sebab kenapa rakyat menolak BN pada PRU12 adalah kerana akhbar arus perdana bias dan berat sebelah. Tengok tajuk terus nak muntah. Ada lebih baik buat kertas bungkus belacan dari di baca.

Tambah meluat, ingat lepas sudah kalah, sudah mahu pandang ke bawah, pandang ke bumi, tapi tidak, rupanya ada yang masih menongkat langit. Jadilah macam Ong Ka Ting, Koh Tsu Koon, yang terus mengakui kekalahan kepada majoriti rakyat yang membuat perubahan. Jangan jadi macam Samy Vellu, Zam, Ketua UMNO Pulau Pinang, Ali Rustam, dan pemimpin-pemimpin BN yang lain yang tidak dapat menerima kekalahan ini secara positif.

Ahh..meluat pula aku cerita fasal politik, walaupun sebenarnya aku masih belum rasa puas terhadap pencapaian Barisan Rakyat dalam PRU12. Tak apalah, entri selepas ini, aku tulis perkara selain politik.

Lagi meluat bila malam tadi MankayU menang lagi 'last minute', Arsenal pula seri, aku lebih rela EPL dimenangi Arsenal dari MankayU. Apa pun Selangor dan Liverpool menang malam tadi, kurang sikit kemeluatan aku terhadap isu-isu yang cuba diapi-apikan oleh pihak tertentu.

8 comments:

erma said...

aku pon setuju..kalo DEB tuh baekk sgt kenapa melayu penang tak maju2 jugak wpon be end dh memerintah sekian lama..DEB tuh mungkin relevan pd suatu ketika dulu, tapi tidak lagi skang di mana DEB hanya membantu melayu2 UMNO mencari kekayaan..dan yg sebenar2nya racist ialah golongan2 yg kalah dan tak mahu menerima kekalahan nih..

aranhellstorm said...

erma: saya sokong!!! boleh jadi ketua puteri Barisan Rakyat! heh... betul la, DEB tu tujuan nya betullah nak bagi Melayu berdiri sama tinggi dgn Cina, tp perlaksanaannya dah jadi twisted, menjadi tempat melayu2 opportunist yg nak cepat kaya...

Nurul Majdi said...

erma jadi ketua puteri, aku jadi menteri pembangunan wanita la.. Xkan aku xde pape kot? Muahaha... Gipang...

aranhellstorm said...

GD: boleh, aku boleh bagi ko post, Menteri Pembangunan Wanita ganti shahrizat jalil..tp kena ade perkena dari MB selangor yg baru la, bert...hahaha

kooreen79 said...

besttul la..aku hari2 lalu kot umah tok guru Nik Aziz nak gi keja. Subuh jumaat mesti penuh perkarangan umah dia orang pakat dengar dia bagi kuliah subuh. kalau sape nak gi umah dia boleh kontek aku, hehehe..aku nak jadi menteri kerja rayau2 dpt duit..
DEB=Dasar Engko Bolot duit rakyat..

aranhellstorm said...

kooreen79: ko jiran tok guru ke? hehe..kim salam kt dia kalau ko gi kuliah subuh dia...

tadde dgr citer bila husam musa nak naik jd mb plak ke?

chanpang said...

adoi adoi...man utd menang pon meluat!!nnt diorg dpt title EPL dgn dgn champion league, mau ko muntah smpai pengsan!kekeke...
btw, blogroll aku sekali..slmt berkenalan ek!jumper kt borak bola nnt..

-Glory Glory Man utd

aranhellstorm said...

chanpang: biasala seteru utama..lagi tinggi dr dadah musuh negara... sampai kesini kao menjejaki aku ek? hehehe..k jumpa kat BB!

StatCounter