Tuesday, March 25, 2008

Sekarang Siapa Lagi Biadap lagi Lahanat ?!

Tengok gambar di bawah betul-betul, di ambil dari berita NTV7 dan TV3. Tiada penggunaan kesan khas kerana aku tak pernah guna Adobe Photoshop. Kebanyakkan gambar yang aku lukis pun guna application 'Paint' yang dekat panel accessories tu je.



Gambar Menunjukkan Penyokong - Penyokong (ataupun pekerja-pekerja JE - Jusoh Enterprise) berkumpul di hadapan kediaman MB Terengganu menentang usaha Istana melantik ADUN Kijal - Datuk Ahmad Said menjadi MB Terengganu yang baru.

Jadi aku mahu bertanya kepada pengunjung dan pembaca blog ini, siapakah sebenarnya ayat "Natang" tu ditujukan?

Jelas menunjukkan kebiadapan yang sungguh memualkan oleh penyokong-penyokong Ummm-NO! ini.

Uncle Lim pun pernah jadi biadap dulu suruh pulau, dan juak-juak UmmmNO! ini membuat demonstrasi-aman-yang-bukan-budaya-kita-bak-kata-Pak-Lah menuntut Lim meminta maaf kepada Sultan. Lim sudah minta ampun sama itu Sultan, sudah pergi mengadap Sultan. Isu MB Perak pun sudah selesai.

Sekarang, apa kata orang-orang UmmmmmNO! yang sama, yang berdemo menuntut Lim supaya menghormati institusi di Raja terhadap orang-orang mereka sendiri yang jelas membelakangi Raja-Raja Melayu!

Dulu bukan main lagi mereka berdemo menyokong Sultan, sekarang berdemo menentang Sultan pulak dah?

Jom kita ulangkaji Rukunnegara, rukun yang kedua apa ya adik-adik?

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Jadi kepada mereka yang berdemo di Penang, di Perak dan di Shah Alam tempoh hari, apa kata kamu berdemo lagi bagi menunjukkan yang kamu betul-betul sayang kepada umat melayu dan menghormati Raja-Raja Melayu.

Tapi seperti biasa, aku dah anggap yang mereka ini bukannya mau memperjuangkan nasib Melayu sangat, tapi lebih kepada perut masing-masing saja.

Fikirkanlah.


Gambar di ambil dari KLPos.com - Ada Siapa Mengapa

No comments:

StatCounter