Monday, March 10, 2008

Sidang Pak Li-men

Semalam, atas keterujaan pemuda-pemuda Selangor menyambut pemerintahan baru di negeri maju dan bertuah ini, aku telah memanggil semua Exco Kerajaan yang baru untuk bersidang buat pertama kalinya di Pak Li-men. Semua exco hadir kecuali beberapa exco, iaitu Ihsan selaku exco pertanian dan penggembalaan, Ajid selaku exco Undang-Undang yang kedua-dua mereka berada di luar negeri, kesemua exco yang hadir adalah Menteri Besar sendiri iaitu Sdr Bert dan timbalannya yang juga dilantik menjadi Dato Bandar Shah Alam yang baru iaitu Sdr Cpot, Exco Perdagangan Sdr Kacap, Exco Kewangan Sdr Jibam, Exco Kesihatan Sdr Ah Sok, Exco IT Sdr Labu, Exco Industri Sdr Apai bersama isterinya yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Pn Aida. Barisan pembangkang pula diketuai oleh Ketuanya iaitu Sdr Toji dan timbalannya, Sdr Parjo.

Pak Li-men bersidang dari jam 6 hingga 9 malam membahaskan rang undang-undang kanun negeri yang sudah lapuk, isu-isu dan masalah rakyat dan usul luar biasa dari MB iaitu kemerdekaan Selangor dari Malaysia. Antara isu yang didebatkan juga adalah isu bagaimana rakyat melihat perubahan yang drastik ini dan juga bagaimana terdapatnya beberapa pemimpin yang angkuh dan sombong walaupun telah kalah dalam pilihanraya. Terdapat juga isu bagaimana pemimpin-pemimpin negeri yang kalah tidak mahu keluar dari bangunan rasmi milik Kerajaan Negeri dan menangis sehingga berhari-hari lamanya kerana mengenangkan tembelang mereka yang bakal pecah selepas kerajaan baru mentadbir negeri.

Sidang Pak Li-men juga terganggu sebentar kerana cubaan ketua pembangkang, Sdr Toji mengenengahkan isu MB Bert yang selalu keluar negeri menaiki penerbangan Air Asia, namun setelah bertumbuk-tumbuk dengan ahli exco yang lain, barulah Sdr Toji duduk diam di kerusinya.

Bagi, menepati manifesto kerajaan, iaitu ketelusan dalam perbelanjaan, segala makan minum semalam adalah dibayar sendiri oleh exco masing-masing.

Sekian, laporan dari Pak Li-men, wartawan dari Utusan Membelit.

3 comments:

che poonz said...

encik, ada kerja kosong?
saya nak apply untuk jawatan menteri kerja raya ni..
kalo tak pon, pengarah JKR negeri pon bleh la..

harap dapat di pertimbangkan..

"hidup aman tanpa tol"

aranhellstorm said...

sukacita dimaklumkan permohonan saudari telahpun diproses sama seperti permohonan pemohon2 yg lain, adalah diharapkan saudari dapat mengepilkan satu karangan yang bertajuk kenapa saya pilih parti Barang Apa? berbandingdgn parti Barang Naik?

pjg esei tak kurang dari 1000 patah perkataan, lagi byk puji lagi senang cik nak dapat post ni..

ciPuding_7 said...

owh.. begitu..
kenapa bukan parti Apa Barang?

StatCounter