Friday, March 28, 2008

Viva Selangor!!

Malam semalam aku, orang rumah dan adik ipar berangkat ke stadium menonton perlawanan piala FA pusingan kedua, 2nd leg antara Gergasi Merah Kuning dan Seladang.

Kali ini, dengan semangat membara aku gagahi pergi ke stadium kerana form semasa Selangor bila aku ke stadium adalah kurang memberangsangkan. 7 kali aku pergi ke stadium, hanya 3 kali menang, 2 kali seri dan 2 kali kalah.


Menunggu sepak mula, ma'am dan adik ipar gua

Belum lagi pertembungan dengan pasukan Perak ni, sepanjang sejarah aku ke stadium, memang jarang sekali Selangor menang dengan mereka, seingat aku, hanya sekali kemenangan Selangor ke atas Perak yang aku tonton secara langsung di stadium. Jibam dan Cpot menyusul kemudian beberapa minit setelah sepak mula.


Entah apa yang kecoh kat row atas tu ntah..


Giant Flag cum Banner

Dan selepas berlangsungnya 90 minit, akhirnya Selangor berjaya menundukkan lawan dengan jaringan 2-1 (6-5 secara aggregat) hasil sentuhan Frankie dan Safee seterusnya mara ke suku akhir.


Gollllll!!!!!!!!! (1st gol by Frank Seator)


Makcik tudung putih ni komentator tak rasmi stadium...jgn terkejut kalau dengar istilah
"tukar side laaa" dari mulut makcik ni...

Viva Selangor!!

2 comments:

kooreen79 said...

tahniah buat selangor..fanatik selangor rupa2nya..bagus2.."Woiiiii pas kat tgh la, main mcm kayu..Mana attacking midfield woii..laa apasal tak through passssss" makcik bertudung putih terus memberi komentar.

aranhellstorm said...

betul la...makcik tu ade ckp camtu gak...series...ko dok sebelah makcik tu ker?

heheh...mmg le fanatik... dok selangor dr kecik... heh..

StatCounter